You are currently browsing the monthly archive for Jun 2008.
Hari ni aku MC…
Pergi opis jap, pulangkan dokumen yang signed sabtu lepas,
pastu balik gi klinik..
sblm ke rumah.. singah kedai.. jalan2 cari sarapan.. surat khabar..
sungguh! tiada suasana yang lebih mententeramkan aku,
kecuali berjalan2 di bawah matahari pada waktu pagi!
Ya Allah, moga suatu hari nanti aku dapat kerja yang pagi-pagi
aku boleh jalan-jalan macam ni!
(adakah aku tak suka kerja sekarang.. mungkin sbb gaji pertama pun belum dapat lagi hmmm)
*check out my graphic page guyzz!
7 fakta mengenai AKU:-
1. Rabun Warna
2. Warna mata coklat – seringkali orang salah anggap apabila aku mengenakan kanta lakap, mereka sangkakan aku tergila-gilakan warna mata lain – padahal itu warna sebenar!
3. Tidak suka langsung bubur kacang!
4. Sejak tahun ini aku tidak lagi membeli kasut saiz 10, tetapi 11 – aku masih membesar!
5. Ada lesen memandu kereta sejak 1999, namun tak pernah memandu sejak lulus ujian hinggalah sekarang! – lesen diperbaharui juga sebab lesen motor sekali.
6. Suka warna biru
7. Paling pendiam dengan orang/persekitaran baru – paling bising/merapu dengan kenalan lama.
7 perkara yang sangat menakutkan AKU:-
1. Lipas! (geli secara spesifik)
2. Disaman polis kerana kesalahan lalu lintas – 2 kali pernah dimaafkan. Langgar lampu merah dan memandu menyonsang arah trafik.
3. Kemalangan jalan raya – tak pernah, tapi nyaris-nyaris memang tak terkira.
4. Perkara-perkara tidak baik berlaku dikalangan ahli keluarga – Adik pernah diragut, tapi mujur tak cedera.
5. Terlambat temujanji – Ahhh.. buruklah reputasi!
6. Dikenakan dalam rancangan BANG BANG BOOOM! – malunya!
7. Gagal memenuhi tuntutan kerjaya – full time mahupun part time! – sanggup tak tidur siapkan kerja.
7 Lagu buat masa ini:-
1. Bunga Pelangi – Noryn Aziz, Niki & Reshmonu
2. I Need You – Chris Brown
3. Mahligai Permata – Siti Nurhaliza (nak siapkan koreografi zapin)
4. Sirih Pinang – Siti Nurhaliza (juga nak siapkan koreografi)
5. Get Another Boyfriend – BSB (terkenang kisah lama zaman belajar – juga buat berjoget macam haram)
6. Por Amarte Asi – Cristian Castro
7. Ketulusan Hati – Anuar Zain (suka susunan muziknya)
7 Perkataan AKU sering ungkapkan:-
1. Ya Allah – terutama apabila kelam-kabut; marahkan diri sendiri
2. P****t – terutama bila terkejut kena geletek
3. Pun*ek Ayam – terutama bila marahkan klien (selepas meletakkan gagang telefon), atau memarahi teman serumah yang malas basuh pinggan, refill air dalam peti ais dan sampah penuh tak berbuang (bila mereka tiada berhampiran sahaja)
4. Hello – jawab telefon laa..
5. Whatever – bila malas nak layan argument yang kurang penting dan merepek
6. Bodoh! – bila mendengar Buletin Utama – berita/ayat yang terang-terang menipu pendengar
7. Boleh, boleh….. boleh bleh BLAH!
7 Perkara yang paling dihargai:-
1. Kesihatan tubuh badan
2. Kesempurnaan anggota empat kerat – susahnya kalau nak bekerja andai salah satu Allah tarik nikmat!
3. Waktu nak tidur malam
4. Kelapangan masa untuk membuat perkara-perkara yang aku sukai
5. Gambar/ Video/ Pencapaian – buat tatapan anak cucu
6. Motor sendiri – senang dan murah nak bergerak ke mana-mana
7. Internet – Ya Allah, terima kasih atas nikmat komunikasi ini! Aku kalau takde bende ni memang mati kutu!
7 “Pertama Kali”:-
1. Pertama kali menerima bayaran untuk usaha sendiri – ketika di Tingkatan 4, membaca Terjemahan Al-Quran sewaktu Perasmian Mesyurarat Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan di sekolah aku (tuan rumah) – menerima bayaran RM30.00
2. Pertama kali dan terakhir kali menerima tawaran atas bakat (tanpa saringan) untuk menyertai pasukan Debat sekolah – selepas satu perhimpunan yang mana aku membacakan terjemahan Al-Quran pagi itu (juga beberapa perhimpunan sebelumnya) sebab suara sedaplah hahaha
3. Pertama kali ke luar negara – Seoul pada 2005 – seorang diri selama 3 minggu melawat rakan sekolah yang menuntut di sana.
4. Pertama kali audition untuk pasukan nasyid ketika tingkatan 4 – Lagu Keluarga Bahagia (Saujana) – diterima! (Audition seterusnya tak pernah diterima!)
5. Pertama kali mencapai berat 95 kilogram! – ketika semester akhir repeat 1 matapelajaran
6. Pertama kali (dan terakhir) mendapat A untuk core subject – Jurisprudence (1) Tahun Akhir pengajian
7. Pertama kali menonton persidangan Dewan Negara ketika di Tingkatan 5, dan menjengah ke Dewan Rakyat (tidak bersidang) dan duduk-duduk di kerusi Ahli Parlimen terpilih samil membelek-belek barang-barang di atas meja – termasuklah tempat PM!
7 rakan untuk di TAG:-
Nanti lah…
Sebenarnya aku banyak lagi isu-isu nak diketengahkan sebelum ini, lantaran malas mencari kelapangan masa, kebanyakannya agak kurang relevan lagi kalau nak dititipkan di sini.
Sebelum Maghrib semalam aku terima SMS dari teman berpesan supaya cepat-cepat beli minyak sebelum 12 tengah malam sebab harga baru RM2.70 seliter akan bermula selepas itu. Menonton berita jam 8 (sebab terlepas jam 1.30 ptg), aku terkejut, ternganga, bingung… jujur, jantung berdebar-debar memikirkan banyak perkara! Yang pasti segala perancangan perbelanjaan jangka pendek akan akan diubah serta merta! Dalam kepala aku memikirkan perkara-perkara yang sesuai diabaikan dalam 2-3 minggu ini… dan makanan adalah antara yang aku ambil kira untuk dipotong perbelanjaannya…! (moga berbaloi juga demi menurunkan terus berat badan yang tak pernah stabil ini!) Komen teman serumah pula bermacam-macam. Ada yang berkira-kira menunda majlis nikah… Ada yang mencadangkan puasa, tidak kurang meramalkan impian sesetengah pihak menukar kerajaan mungkin tidak lama. Aku sempat membayangkan aku berjalan kaki ke KL dengan kasut sukan baru! (hahaha… mcm nak try je)
Jam 9 teman serumah mencadangkan tangki minyak diisi segera, sambil membeli juga bekalan tambahan diisi dalam bekas guna semula. Aku agak keberatan mulanya, tapi gagahkan juga.. bekasnya pun dah disediakan, bekas minyak masak kosong 5 liter.
Pergi pergi… mmm, pemandangan yang akan ku kenang sampai bila-bila! Stesen minyak kecil berhampiran rumah sesak dengan kenderaan! Terlalu sesak! Penunggang motor sahaja berbaris sampai ke jalan raya. Apatah lagi kereta van lori segala. Macam nak beli McDonald “drive thru pula”!
5 liter berjaya diisi, ditambah 1 setengah lagi untuk memenuhkan tangki. Risau juga dengan mata yang menjeling, terutama mata yang tidak membawa bekas tambahan… Aku layak dijeling! Sebab aku pun menjeling penunggang motor sebelum ku yang mengisi RM20 untuk bekas tambahan sahaja. Sekali fikir berbaloikah semua ini… minyak akan habis juga 2-3 hari lagi, dan kadar baru harus ditelan juga tanpa pilihan. 2-3 kali fikir, hmmm sekurang-kurangnya pengguna ada 2-3 hari untuk merencana perancangan perbelanjaan baru.
Ada terbaca satu komen dalam blog Tun M, beliau terpaksa berpindah rumah untuk merapatkan jarak perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, dari Melaka ke Sri Kembangan dan isteri sukarela berhenti belajar demi mengurangkan beban kewangan suami. Anak beranak berendam air mata malam tadi. Si isteri menangis kerana terpaksa berhenti belajar, si suami menangis terharu keputusan isteri, si anak menangis melihat ayah ibu menangis… Aku, sebak (sempat menitik air mata 2-3) membayangkan aku ditempat mereka.
Satu ayat yang aku takkan lupa sewaktu pengumuman di berita malam tadi berbunyi:-
“Kita tak dapat puaskan hati semua pihak..”
Aku: ?????????

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru