You are currently browsing the monthly archive for Julai 2008.

2 minggu lepas sepatutnya menjadi hujung minggu paling berinformatif lantaran aku bercadang melawat 2 pameran kesenian dalam satu hari; Interior Design di KLCC dan Kerja Kahwin di Kompleks Kraf.

Menjelang tengahari hari terakhir kedua-dua pameran tersebut, aku tersangatlah mengantuk, lalu
tidur dahulu… hmm, yang ajaibnya sampai menjelang senja!
Terkocoh-kocoh solat Asar, terus sahaja merempit ke LRT terdekat.
Dalam LRT seorang teman mengkhabarkan bahawa sekarang mungkin mereka sedang berkemas-kemas,
sebab pameran berakhir jam 8 malam; merujuk kepada Promosi Kerja Kahwin.
Aku dengan hampa memujuk diri, hmmm, tak mengapa.. banyak masa boleh di habiskan untuk Interior Design kalau begini.

Sesampai di KLCC, ramai pengunjung turun ke platform dengan goodies bag pelbagai, percuma untuk pengunjung pameran. Aku singgah bersolat di surau, dan bergerak sendirian dalam terowong menghala
Convention Centre. Aku berjalan dengan relaksnya, menaiki eskalator setingkat demi setingkat
mengikut penunjuk arah pameran. Sampai di tingkat 3, mata aku liar melihat jadual pameran hari ketiga, kotak aktiviti terakhir malam itu agak pendek, sambil mataku perlahan-lahan beralih ke kotak padanan masa dibahagian atas jadual, untuk mendapati..
“Dah habis..!” tegur seorang pengunjung yang hendak turun eskalator bersama temannya yang lain.
Masa terakhir pameran jam 7 petang.
Aku berdiri mengadap jadual pameran itu jam 8.05 malam!

Buntu memikirkan pelan seterusnya (iaitu pulang ke rumah tanpa berbuat apa-apa) aku teringat filem Melayu
yang sedang mengisi tayangan panggung-panggung seluruh negara.

“Bang, SEPI pukul 8.30 ya,” pinta aku di kaunter yang lengang.
“Ok,” sambil memutarkan arah skrin komputer kepadaku yang kelihatan banyak kedudukan kerusi panggung berwarna biru.
“Yang warna biru tu semua kosong… nak yang mana?” tanyanya.
“Ooo.. tak ramai la?” balasku, dia hanya mengangguk, sedikit tersenyum.

Dalam panggung pembukaan filem telah pun beberapa saat berlalu ketika aku masih mencari-cari tempat duduk. Hmmm, SEPI filem yang cantik. Skrip masih skema di sana sini, sekali-sekala pelik kedengaran di telinga… Lakonan Sein ex-Ruffedge paling berkesan bagiku, bersahaja. Tak sangka dia pelakon yang bagus..
Yang lain-lain, hmmm cliche barangkali… Afdlin macam biasa la dengan kelakar selambanya…
Babak tepung jatuh bak salji mendapat sorakan penonton.. (walaupun aku tak pasti bisakah tepung yang keluar dari kampitnya akan berguguran sebegitu di waktu-waktu biasa)
Namun gelagat-gelagat penonton yang berborak kuat ketika tayangan sambil sekali-sekala memberi komentar tanpa dipinta benar-benar mengganggu tumpuanku.
Rasa nak penampar je.. “Aku pun bayar duit tiket oi!” dalam hati la.

Ramai kata SEPI boring, tak kurang juga yang memuji. Bagi aku, kalau penonton tak mampu meletakkan diri mereka dalam apa-apa watak sekalipun dalam sesebuah filem, filem yang cantik tetap takkan mampu memberi kesan kepada penontonnya. Mungkin Afdlin tidak sepatutnya berkata, “Sekiranya anda rasa sepi, bila anda tengok kiri kanan eh! mane orang ni? Filem ini untuk anda..”, seolah-olah iklan yang sepatutnya menarik penonton telah menegaskan bahawa “sang sepi sahaja sesuai menonton filem ini”!

Aku suka filem ini..
Aku keSEPIan…?
Mungkin, atau lebih tepat lagi..
dah lama dah…

sembahyang…
lama aku tak gunakan perkataan ini
setelah sekian lama menggantikannya
dengan solat…
tetapi di lingkungan luar persekitaran
zaman siswazah aku dulu-dulu,
perkataan ini masih popular
digunakan, apa-apa agama pun…

Aku baru menjengah 5 minggu di alam kerjaya
tempat sekarang, namun secara realitinya
aku sudah setahun lebih disitu melakukan latihan
amalan guaman…

Percampuran pelbagai latar budaya dan agama
mewarnai tempat ini…
Masing-masing punyai persepsi tersendiri
terhadap Islam…

Antara petikan kata-kata yang mencuit rasa
dan minda adalah mengenai perkataan ajaib
yang terdiri daripada 10 haruf ini:-
S.E.M.B.A.H.Y.A.N.G

“U tak makan ke hari ini?” tanya seorang staf
sambil aku berwudhu’.
“Eh, mana boleh cakap dengan die mase die ambil
air SEMBAHYANG,” tegur rakan staf seorang lagi.
Aku hanya tersenyum dan menjawab, “Takdelah,
boleh..”
Staf tadi masing-masing seorang India dan Cina.
…….

“Kak, ade duit pecah tak? Nak buat tambang LRT
gi SEMBAHYANG Jumaat.,” tanyaku kepada pembantuku.
“Selalu pinjam pas LRT orang, hari ni rajin nak bayar tambang
pulak?” balasnya.
“Si A (berbangsa Cina) on leave la hari ni.”
“Ala, si B bukannya SEMBAHYANG Jumaat, pinjam la dia punya,”
cadangnya.
Aku tetap memilih membayar tambang. Meminjam kad LRT orang
yang tak sembahyang Jumaat untuk aku gunakan bagi tujuan yang
sama macam tak kena pula. Patutnya aku yang harus mengajaknya
bersolat. B seorang Melayu Islam, bertindik namun rajin bekerja,
sekali-sekala mendengus bila dua tiga staf memintanya mencari
fail itu dan ini dalam satu masa.
………

“Wa… bagus la u, hari-hari pun SEMBAHYANG!” tegur seorang
rakan staf baru.
Aku hanya tersenyum dengan gelagatnya, sememangnya seorang
peramah dan jenis tak duduk diam.
“Eh, I tak pernah pun nampak u SEMBAHYANG lagi, kenapa aa?” tanya
dia kepada rakan staf lain yang sedang merokok mengadap cermin
tandas pejabat kami.
“Lupa..” jawabnya sambil tersengih.
“Lupe aaa? Hari ni lupa, semalam lupa, esok pun lupa?” tanyanya
kembali, sinis.
Aku ketawa dalam hati dengan gelagat mereka.
Staf tadi masing-masing seorang Cina dan Melayu, rakan rokok
setia sebelum masa kerja separuh masa kedua, juga bila-bila masa
sahaja diperlukan.
……….

Seorang staf lelaki berborak dengan pembantuku,
sambil sekali-sekala aku menyampuk.
“Eh, nanti ko masuk bilik tu, tak payah la aku jalan jauh lagi
nak SEMBAHYANG ke bilik loyer tu,” kata pembantuku,
merujuk kepada bilik berhampiran kami yang kosong
lantaran loyer nya berhenti notis tak cukup sebulan.
Aku hanya tersenyum, “Ntah la kak, kalu orang nak bagi bilik
kite ambik, kalu tak.. duduk je la kat luar ni.” jawabku,
yang duduk bersebelahan ‘cubical’nya.
“Alhamdulillah, bos aku SEMBAHYANG… bukan cam ko.. hahaha”
Kata pembantuku bergurau dengan staf seorang lagi tadi,
yang pada hematnya jarang sembahyang. Mereka hanya berbalas ketawa.
Pembantuku adalah antara 2-3 orang staf pejabat kami yang
komited terhadap solat, yang terdiri daripada berpuluh-puluh
kakitangan berbilang bangsa, termasuklah berrbelas-belas
staf MELAYU ISLAM.

Hmm, solat tu bukannya susah pun…
soal nak ataupun tak nak je…
Solatlah kita semua!
(aku sendiri pun terkadang kantoi, aja2!)

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 10,912 hits

Pembaca sekalian dari mana?