You are currently browsing the monthly archive for Oktober 2008.
Malam tadi lepas Isya’ aku bersama dua teman serumah makan malam bersama
di salah sebuah restoran dari sekian banyak restoran nan berbaris di hadapan Taman Greenwood.
Entah mengapa, aku masih memaafkan diriku kerana menyeksa terus-terusan perutku
ini dengan menikmati hidangan-hidangan di restoran-restoran ini, setelah jelas ia
adalah tempat menyediakan makanan paling kotor… silap haribulan tiada satu pun yang lulus piawai
Halal! Bukan sekali aku nampak tikus sebesar anak kucing 5 bulan berjalan2 di kaki-kai pelanggan,
bukan sekali aku dengar makanan terselit lipas… nasi putih dalam bekas berhurung nasi masih
dihidangkan kepada pelanggan…! Aku takkan sekali-kali memandang ke dapur atau tempat membasuh
pinggan atau sekalipun ke lantai apabila berjalan di antara 2 blok deretan restoran sebagai
short-cut untuk ke kedai belakang… Ya Allah, lebih jijik dari memandang tikus-tikus mati di lenyek
setiap pagi sewaktu bergegas ke tempat kerja, kerana pemandangan itu berkait rapat
dengan apa yang masuk ke perut ku!!! Uweekkk!!!
Posting kali ini bukan setakat menyatakan tahap kebersihan, tapi hak pengguna yang
membayar untuk nilai terbaik. Aku order Mi Ladna. Setelah siap terhidang di depan mata,
aku mulakan dengan menghirup sesudu dua kuahnya. Juga meratah sedikit sayuran di dalamnya.
Dah lama, baru aku perasan! Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
….
….
….
…..
….
…..
…..
……
…..
Releks.. bukan la lipas ataupun tikus dalam mi tu!
Tapi betapa secotet sahaja mi yang di berikan kepada ku sebagai pakej Mi Ladna yang
aku order tadi. Aku geram, aku asingkan sayur daging udang semua sebelah kiri pinggan,
the mi/noodle itself sebelah kanan pinggan… korang tak caya tgk sendiri:-
Dua kali suap dah abis mi! Kedekut!!
Pandangan sisi hidangan ku malam itu
Ni la restorannya, aku tak tau nama / tak dapat nak bagi nama
sebab xnampak pun signboard nama dia, just ingat warna kuning kerusi2 nya, dan interior
restoran tersebut! Ingat tau!
Dah makan abis, bayar la apa lagi… Memang la aku tak complaint depan2 diorang, tapi aku percaya dengan blog ini, aku boleh beritahu satu dunia, jangan sokong restoran kotor, sudahlah kotor kedekut pulak tu!

Ni lagi satu yang aku meluat pasal Grinwud ni, nak melintas jalan punyalah susah! Harap ADUN atau orang-orangnya yang terbaca blog ini bolehlah usahakan agar jejantas dipasang di sini, aku lebih sanggup naik jejantas dari menunggu tengah2 jalan dengan kenderaan laju bertali arus depan dan belakang aku…
Sekian adanya…
Jumaat lepas… hmmm, plg byk aku makan dalam sehari sejak bergelar pekerja kebajikan
Pagi, sampai opis.. makan dulu kat meja
Cube teka apa di dalam.. CAUTION : Filling is HHHHOT
Wah, Nasi Lemak, lauk kerang n paru.. kangkung lebih sikit, semuanya RM3.00 “SAHAJA”
Tengah hari ade bihun, ayam, sotong, karipap, puding jagung.. majlis deeparaya kat opis..thannx la Dato’
Sate haruskah dilupakan…?? ooohhh tidak2, tidak sekali2!
Malam (xde gamba) makan kat kedai depan grinwud; Nasi putih, telur dadar, kailan masin n daging merah.. memang meletup perut aku! Duit pun makin nyusut… Eh, tapi bulan ni aku berjaya simpan RM1K setelah 5 bulan keje (Penyimpanan yang pertama pun..) Yes.. insyaAllah sebelum raya tahun depan sampailah menatang ni kat depan umah aku…
Sabtu Ahad aku start joging balik, setelah lameeeeeee gile berehat panjang mase puasa n raya… Betapa sakitnya seluruh badan.. Pool UIA tak bukak, mungkin semua life-saver sibuk stadi kot… maklumlah final exam dah start. alahai rindunya nak mengapung diri bersama lemak-lemakku didalamnya hahaha
Ha.. petang deepavali tadi gi open house umah echah, junior aku mase kat uia… Wah ade makanan ruji aku sewaktu diet! … speghetti dangan sos pekat likat padat nyam2 sedapnyer! Aku ape lagi, double the plate lah! hahaha Pastu ade lontong… aku suke kuah lontong je, sebab ia kaya dgn bende2 yang aku suka macam sayur, tempe even tadi ade tambahan fish cake n cendawan butang lagi! Ya Allah sodapnyo! Double lagi! Aku tak berape berkenan makan ketupat @ nasi impit, tak kira la ape gabungannya, ngan kuah kacang ke, soto ke, lontong ke, sate ke… Aku rase nasi lebih best makan sebagai nasi.. bukan dihimpit2 @ dikiub2kan.. hehehe, just my taste je…
Apa yang unique dengan open house kali ini ialah.. huuuu, biah solehahnya! dah lame aku tak berada dalam suasana macam ni, paling last mase kat “sekolah terrorist” dulu la hahahah terbit rasa rindu pada zaman sekolah upper high, tapi kalau diberi peluang nak ulang semula masa.. aku pun tak hingin! Sekolah upper high yang best academic and friends je.. yang lain2 tu cam poyo je nyampah aku! Especially Ketua-ketua pelajarnya a.k.a. KP .. Kelakarnye lah kehidupan!
Ape-ape hal, family Echah telah membuktikan biah solehah praktikal sepanjang zaman… Nak @ tak nak je! Guest lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tabir… Tak bleh usha anak pompuan orang tau!
Kelihatan secebis kaki dak pompuan dari sebalik tabir.. (kaki tengku Ja tuh!)
Di sini aku kongsikan resepi sos pekat likat padat untuk dicurahkan keatas speghetti anda. Echah yang sms tadi:-
Bahan2
Bawang putih
Cili Boh
Lobak Merah
Daging Cincang (byk dijual di pasaraya)
Tomato paste (bukan tomato puree tau! Jual dalam tin jugak)
Tomato buah
Cendawan butang
Cara2nya
1. Tumis bawang putih
2. Tumis cili boh untuk citarasa tempatan yang sukakan pedas
3. Masukkan lobak merah dan daging cincang
4. Masukkan tomato paste, tambah sedikit sahaja air. Echah kate mase die masak tadi, die pakai 4 tin campur 2 cawan air yang dikocak2 dalam tin dulu. So, kalu satu tin means setengah cawan air sajelah ye!
5. Last sekali, masukkan cendawan butang dengan tomato buah yang telah dipotong dadu… Rase2 dah masak tu angkat je la! Hidang..
InsyaAllah gaji masuk bulan ni takkan ku berlengah-lengah lagi untuk mencubanya! Thanks Echah!
Selang sehari selepas posting Qistina, adik lelakinya lahir pagi tadi…
Sejak semalam kene paksa keluarkan, sbb dah pecah since malam sebelumnya..
Tapi semalam tak kluar2.. Orang Tapah Road balik dulu, jalan jauh..
Belum bernama…
Masih di hospital sekarang…
Kepada abang n kakak aku…
Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah
Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah
Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah
Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah
Semoga bertambah-tambah kegembiraan berkeluarga,
rezeki… dan anak lagi..
(Korang ni nak beat record Tapah Road ke Senawang? Hehehe)

Dagu belah cam kakak die… dah ade tempat main picit2 baru!
Gelagatnya mencuri perhatian..
senyumannya men”senyum”kan orang lain…
lagu2 di tv menjadi hiburannya…
die sedikit kekwat… memilih org yang mahu mendukungnya..
namun mood juga tak menentu..
kadang2 ntah sape2 offer dukung pun die sambut..
siap babai orang lagi.. dengan buka-lipat-buka-lipat jemari runcingnya…
Tak lama lagi kasih Mama Qistina kepadanya akan berbahagi dua.. pasti sama rata..
cuma pada pandangnya pasti tidak adil!.. si kecil belum mengerti apa keadilan.. apa lagi partikeadilan (?)
Mama Qistina is expecting soon.. boy or girl, yang pasti qistina bakal menambah gelaran rakyat
kebanyakan dihadapan namanya.. bukan dato’ apatah lagi dato’ sri wira..
namun sekadar Kak Long.. Kak Long Qistina…
Bile la aku nak beraya umah korang.. bukan kuih lemang dicari..
namus secebis pipi itu..
buat dicubit.. dipicit.. ditarik.. eiiii geram!
Qistina menge”test” sore dan tarian.. rutinnya dikala mendengar lagu2 kat tv
Pagi ini topik pertama yang menarik perhatianku dalam Yahoo! ialah tajuk posting ini yang ditulis oleh Jeffrey Strain, TheStreet.com. Aku nampak ia basic dan kena dengan aku dan kawan-kawan sebaya lain, yang berkerjaya malah sudah pula berumahtangga. Aku cuba terjemah mengikut kefahaman aku dan level Bahasa Inggeris aku yang “suam-suam kuku” ini. Harap pembaca semua dapat manfaat darinya.
10 (lagi) sebab mengapa kita tak kaya-kaya
oleh Jeffrey Strain, TheStreet.com
Ramai menyangka atau berpendapat mereka tak kaya-kaya kerana mereka mereka masih tidak beroleh pendapatan yang mencukupi. “Kalaulah aku dapat duit banyak sikit, mesti aku boleh menyimpan dan membuat pelaburan yang lebih baik,” kata golongan ini.
Teori ini mungkin betul, namun masalahnya mereka sebenarnya telah berpandangan sama sejak beberapa kali kenaikan gaji mereka sebelum itu. Dalam erti kata lain, pandangan ini hanyalah alasan semata-mata. Menjadi seorang jutawan tidak langsung berkaitan dengan seberapa mana pendapatan anda, tetapi lebih banyak berkisar mengenai bagaimana anda menguruskan perbelanjaan harian anda!
Senarai sebab-sebab mengapa anda tak kaya-kaya tidaklah berakhir hanya kepada sepuluh sebab-sebab ini, namun ia turut mengiringi sebab-sebab lain seperti:- terlalu mengambil peduli mengenai apa yang jiran-jiran anda fikir; tidak sabar atau gopoh; bersikap negatif; tidak bersedia; tidak menetapkan matlamat; selalu mencuba membuat pulangan-pulangan jangka pendek; bergantung kepada orang lain dalam menguruskan kewangan anda sendiri; membuat pelaburan dalam skim-skim yang anda tidak benar-benar fahami; terlalu risau mengenai kewangan anda dan juga tidak mengambil berat mengenai pengurusan kewangan sendiri.
Berikut adalah sepuluh LAGI sebab mangapa anda tak kaya-kaya:-
1. Anda mengambil berat mengenai pandangan orang terhadap keadaan kereta anda
Kereta adalah wadah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, namun ini bukanlah pandangan kebanyakan kita. Malah, kita berpendapat kereta adalah refleksi diri kita yang sebenar dan berbelanja besar setiap 2 tahun untuk mengagumkan orang lain dengan kereta yang kita miliki daripada menggunakan kereta kita seoptimum penggunaan dan membuat pelaburan dengan penjimatan yang dapat kita hasilkan.
2. Anda merasakan anda berhak untuk sesuatu perkara
Sekiranya anda merasakan anda berhak untuk sesuatu taraf/ kos kehidupan, memiliki harta-harta tertentu dan membelanjakan sejumlah wang tertentu bagi memenuhi keperluan taraf hidup impian anda itu, maka anda hanya akan berkesudahan meminjam dan meminjam lagi wang dan terus menambah hutang bagi merealisasikannya, di mana akhirnya anda akan terus jauh daripada mengecap kekayaan.
3. Anda tiada kepelbagaian
Di sana ada sebab kuat mengapa satu petua turun-temurun pengurusan kewangan mengatakan bahawa anda harus mengelak menyumbat kesemua telur-telur di dalam sebuah bakul. Memiliki portfolio pelaburan yang pelbagai sekurang-kurangnya tidak akan menjadikan semua kekayaan yang anda miliki hilang dalam sekelip mata.
4. Anda bertangguh dan akhirnya anda memulakannya terlalu lambat!
Keajaiban sistem faedah (interest) hanya dapat dilihat dalam jangka panjang. Sekiranya anda menangguh-nangguhkan niat untuk memulakan suatu pelaburan dangan menganggap anda masih mempunyai banyak masa lagi untuk memulakannya, akhirnya anda akan bangun di suatu pagi untuk menyedari persaraan semakin hampir namun masih tiada apa-apa yang anda dapat kumpul bagi menyara diri anda sendiri selepas bersara.
5. Anda tidak menyukai kerjaya anda sendiri
Tidak semestinya sesuatu pekerjaan itu harus menjadi kerjaya impian anda untuk anda menyukai dan mengerjakannya dengan rela hati. Anda harus sukakan apa yang anda kerjakan! Sekiranya anda memilih kerja yang anda benci tetapi meneruskannya semata-mata kerana gaji yang ditawarkan, anda akhirnya akan membelanjakan baki simpanan anda untuk melegakan stress yang ada alami setiap bulan daripada pekerjaan yang anda benci.
6. Anda tidak berusaha meningkatkan pengetahuan anda
Anda mungkin menyangka setelah anda menamatkan pengajian tinggi, anda tidak perlu lagi berusaha meningkatkan ilmu di dada. Sikap “rasa sudah cukup” ini akan membantu anda tidak lebih daripada mendapat pekerjaan sesuai dangan kelulusan yang diperolehi dan menjamin anda tidak akan menganggur buat suatu jangka waktu, namun akhirnya anda terus-menerus tidak akan mencapai kekayaan. Kesanggupan meningkatkan pengetahuan dalam kerjaya anda mahupun dalam ilimu pengurusan kewangan adalah 2 perkara teramat penting sekiranya kekayaan yang anda inginkan.
7. Anda membeli barang yang anda sendiri tidak gunakan
Cuba perhatikan sekeliling kediaman anda, dan periksa kalau-kalau ada barang-barang yang anda tidak gunakan langsung 2-3 tahun yang lalu. Sekiranya ada, anda sebenarnya telah membazirkan wang sendiri dan terlepas satu peluang pelaburan andai anda sebenarnya tidak membeli barang-barang itu suatu ketika dulu.
8. Anda gagal memahami NILAI (value) dalam erti kata sebenar.
Anda membeli sesuatu dengan sebab-sebab tertentu namun “nilai” bukan dalam senarai sebab-sebab tersebut. Kegagalan memahami erti sebenar “nilai” tidak terhad kepada mereka yang selalu berpendapat barang-barang mahal adalah terbaik, tapi termasuk juga kepada mereka yang selalu membeli barang-barang yang paling murah! Selalunya kedua-dua barang yang paling mahal dan barang yang paling murah tidak langsung mempunyai nilai terbaik, namun sebaliknya sekiranya anda benar-benar membeli barang kerana nilainya yang berpatutan dengan perbelanjaan yang anda keluarkan (value for money) anda akan dapati wang anda masih berbaki bagi meralisasikan pelaburan-pelaburan anda yang seterusnya!
9. Kediaman anda terlalu besar!
Sekiranya kediaman anda terlalu besar melampaui keperluan anda dan keluarga, anda akhirnya akan membelanjakan lebih banyak wang dengan memanjangkan tempoh pembayaran semula pinjaman perumahan; membayar cukai pintu atau tanah yang lebih tinggi; berbelanja lebih banyak untuk penyelenggaraan dan membeli lebih banyak lekapan dan perabot-perabot bagi mengelakkan rumah anda kelihatan kosong kerana keluasannya! Ramai cuba mempertahankan tindakan ini dengan berpendapat semakin besar hartanah, semakin tinggilah nilainya dalam jangka panjang. Namun hakikatnya, melainkan anda rela menurunkan sedikit taraf kehidupan yang sedang anda kecapi, rumah yang besar pun bukannya boleh menjadi aset cair atau wang tunai yang dapat anda benar-benar gunakan!
10. Anda gagal merebut peluang
Mungin anda telah berkali-kali didengarkan dengan kejayaan orang lain mengecap kekayaan melalui cara-cara tertentu, namun respond anda hanyalah bersuara, “Ala, aku pun boleh jugak berjaya kalau aku terfikirkan cara itu dulu..” Peluang mengecap kekayaan sebenarnya terlalu luas. Apa yang perlu anda buat hanyalah menetapkan kesanggupan dan membulatkan tekad untuk terus mencari peluang yang ada atupun mengintai peluang-peluang baru!
Amacam? Praktikalkan tips-tips tadi?
Selamat mengamalkannya dan semoga berjaya mengecap kekayaan/kebebasan kewangan demi kebahagian orang-orang yang kita sayangi!
Nana tag aku (lagi)… layan je la
I just figure out myself that I should think of one (and only) girl when answering these..
1. What is the relationship of you and her?
Friend + junior
2. Your 5 impressions towards her.
# funny
# talkative
# sweet
# poyo
# quite islamic
3. The most memorable things she had done for you.
I would rather say it this way “most memorable thing she had done ON me”
Cancelling on short notice her own request to spend a night at my family’s home
after mak had prepared everything… There are two bathrooms side by side which mak had labelled one with “P” and the other with “L” to ease her and her friend to take shower and use the toilet… todate the stickers are still there unremoved, and it always reminded me of her whenever I put my eyes on it when entering or leaving the bathrooms… to put it mora dramatic, my mak moved around to prepare our home for our honoured guest on her wheelchair… sob-sob
4. The most memorable things she have said to you?
“Kadang-kadang kite kene marah jugak” when I just responseless and show my dissatisfaction to some junior’s act by just being silent, the act that had dislocated my contact lenses from my eyes after they had rubbed my face from behind with the cake’s icing(?), a so-called-tradition they (Malays) love to do on birthday boys during their birthday celebration. My lenses came in contact with the krim kek bergula tu, that I had to wash them with sabun, the only left pairs that I had prepared for Feszam 2007. Shit la! The hell with that stupid tradition calit2 krim kek kat orang.. berlengas la muke bodoh!!
5. If she become your lover, you will…
provide her with some whitening cream.. coz she’s a lil bit dark hehehe
6. If she become your enemy, you will…
surrender.. I tak nak gaduh ngan u la!
7. If she become your lover, she has to improve on…
Her volume controlling.. and that is just all!
8. If she become your enemy, the reason is…
she declared war against me and my God. (Nau’zubillah)
9. The most desirable thing to do on her is?
Jumpe and borak mengenai cita-cita.. dan borak… dan borak lagi..ditambah sedikit gossiping.. yummy daging kawan mati! (astaghfirullah!)
10. The overall impression of her is…
I wish my life time partner would be something like her.. she just OK for me.. coz I’m just an OK2 person too… hahaha
11. How do you think the people around you will feel about you?
Quiet… soooo quiet (eh spelling betul ker?)
12. The character of you for yourself is?
I am a person who allways on the look to improve my skills, explore my many interests and bakat and minda yang Allah beri..alhamdulillah
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Aku ni suka menangguh! Tangguh basuh baju, tangguh nak tukar spect, tangguh taubat(?) tangguh itu, tangguh ini.. Ya Allah!
14. The most ideal person that you wanna be is?
A person that devote himself to what he believe he does best, contribute best, and of coz la gain monetary return best! I want to be something like islamic version of steven spielberg (berangan itu percuma)
15. For the people who care about and likes you, say something about them.
I am always not sure why I’m keep getting friends, after my enemy (which is myself) always remind me that I’m the worst person ever… but I just think maybe I am just lucky to have u guys around… thanks for being good to me dan menerima aku seadanya… Mungkin korang takleh appreciate sejauh mana korang sungguh penting dalam hidup aku kerena aku sendiri sukar menterjemahkannya melalui perbuatan mahupun kata-kata… tapi deep in my heart, korang TERAMATLAH PENTING! Tanpa korang aku adalah semata-mata nama i/c ku… tapi dengan korang aku adalah raz, chirping, tintaberdarah, atbk, malah joe!
16. 10 people to tag:
Emm nantilah… so, soalan seterusnya since ia berkisar mengenai soalan ini, tak dapat ku jawab for the time being.. aku kan professional procastinator!
…..
Fobia… mungkin ada terma saintifik tersendiri untuk menterjemahkan perkataan ini.
Namun bagi aku secara peribadi.. fobia ade 2 jenis; satu yang mmg built within ourselves naturally,
dan dua developed thru experience, and it haunted us ever since…
Untuk yang jenis pertama, anda mungkin pernah berfikir anda bukan fobia dengan sesuatu perkara tersebut, namun akhirnya anda mengenalpasti anda sememangnya fobia tentang sesuatu itu setelah melalui suatu pengalaman “menarik”
FOBIA KETINGGIAN
Aku mula mengetahui bahawa aku sangat fobia akan ketinggian atau GAYAT semasa berada di Tingkatan Enam Rendah (sementara menungu keputusan SPM). Biasa bagi bangunan sekolah zaman2 kita (yang baya2 aku la) ciri bangunan sekolah kerajaan akan mempunyai koridor “tambahan” di bahagian luar dinding yang bertingkap penuh tanpa pintu, di samping koridor rasmi untuk pejalan kaki keluar masuk kelas. Access ke koridor tambahan ini hanyalah tingkap yang telah di alihkan kepingan-kepingan cerminnya. Persamaan biasa kedua-dua koridor ini ialah saiz lebarnya, dan perbezaan ketara ialah kewujudan tembok penghalang daripada pengguna koridor terjatuh ke bawah; tembok ini tiada di bahagian koridor tambahan! Fungsi koridor tambahan? Mungkin meletakkan casing air-conditioner atau paling popular ialah bagi mural dilukis di bahagian dinding koridor tambahan itu! Tentulah cikgu-cikgu pelatih yang melukisnya!
Dan itulah kerja aku sewaktu bertemu fobia ini; melukis mural di koridor tambahan aspura (asrama putera), di bahagian dinding paling luas tanpa tingkap, dan dinding ini di hujuuung koridor tambahan! Lebih dramatik, luas koridor tambahan kali ini lebih kecil, besar sedikit dari jarak dua hujung bahu! Seperti biasa, access ke koridor adalah melalui tingkap yang dialihkan kepingan-kepingannya, berbekalkan cat mural Pelaka, berus dan acuan dari akhbar terpakai… mural yang dilukis adalah huruf besaaaaaar menggambarkan nama blok-blok aspura; iaitu A, B, C dan D. Aku bertemankan seorang rakan Fadzlan yang sungguh laju melangkah meniti koridor! Yakin, malah tersengih-sengih lagi! Aku belum perasan lagi aku gayat, sehinggalah habis mengecat dan bersedia masuk semula melalui tingkap. Aku menuruti Fadzlan, dan ketika aku nak melangkah masuk inilah, dengan satu kaki di atas koridor tambahan, sebelah lagi di bibir tingkap dengan tangan didepa memegang palang tingkap, Fadzlan mengacahku dari dalam dengan memegang bahuku menolak-menolak aku, berlagak ingin menjatuhkan aku dari bangunan asrama. Ya Allah, masa ni Tuhan sahaja yang tahu rasa seram terus menyelinap dalam sanubari, tangan mengenggam kuat (atau mase ni mmg aku dah peluk palang tingkap tu!)sambil marayu Fadzlan menghentikan gurauannya serta- merta! Malah ada nada sebak dihujung rayu… aku nak menangis tau mase tu!!! Memang aku rase aku akan jatuh ke bawah masa tu… Rase nak pitam!!! Rasa ada suatu daya graviti yang menarik aku terlalu kuat untuk jatuh kebawah!
Dipendekkan cerita, aku tak jatuh untuk menceritakan semula kejadian itu sekarang.. dan blok-blok seterusnya, aku tak join cat huruf!!! Haram aku nak jalan semula kat koridor tambahan sekangkang kera tu! Itulah ceritanya bagaimana aku discover fobia akan ketinggian ni yang bersarang sekian lama dalam diri…
Disusuli kejadian-kejadian yang menguatkan kebenaran bahawa aku sememangnya GAYAT GILA, seperti kejadian di mana aku adalah lelaki terakhir melakukan absailing sewaktu camping di Tahun 3 siswazah. Setelah 4-5 kali percubaan, kaki dah letak dah kat hujung tembok tinggi tu, start je nak lean @ sandarkan badan sambil kedua tangan memegang tali; sebelah di depan, sebelah di belakang pinggul, terus aku paut tangan instructer nak naik semula ke atas tebing! Ya Allah, aku pun tak perasan lutut aku menggigil selepas ditegur peserta-peserta selepasku! Memang rasa nak pitam, muntah, pening, semualah!!
FOBIA TENGOK DARAH MENGALIR @ MABUK DARAH
Ya Allah, aku memang tak sangka-sangka aku mabuk darah jugak rupenyer! Dipendekkan cerita, aku bersama adik beradik senior yang lain menyaksikan sendiri proses khatan adik bongsu lelaki kami, di mana tiba part darah mengalir cam air paip bukak perlahan dari hujung “adik” yang telah selamat digunting… Satu saat, 5 saat, 17 saat … ok je, aku senyum… 18 saat aku dah tak senyum.. 21 saat aku dah pening lalat…. 22 saat dada aku berombak mengbil nafas..laju..23 saat suku, lutut aku dah lemah… 25 saat setengah dan minit-minit seterusnya:- aku duduk selamba atas kerusi doktor (yang macam kerusi guru besar tu) kat klinik tu, dengan peluh bertakung di seluruh muka, mata tidak lagi terarah ke spesimen bedah, sambil tangan memicit-micit kepala nan pening. Serius aku nak pitam tadi!!! Itulah ceritanya bagaimana aku discover yang aku sebenarnya mabuk darah, nasib baik aku memang tak jadi amik science stream lalu gatal tangan amik kos medic!
Untuk fobia jenis kedua, iaitu pengalaman pahit yang dilalui mungkin selepas sekurang-kurangnya 2 kali, menjadikan kita berusaha sehabis effort mengelaknya berulang, lantaran kita.. fobialah!
Fobia lintas jalan dari LRT Star Sultan Ismail ke Sime Darby Building
Sewaktu kenderaan tiada, atau selalunya ketika kenderaan sedang behenti menunggu isyarat JALAN dari lampu trafik atau polis trafik, pejalan-pejalan kaki akan mencelah-celah kenderaan untuk melintas jalan. Perlu diingat penunggang motosikal jarang tergugat dek kesesakan, selagi ada ruang “mencilok”, selagi itu tiada apa yang dapat memberhentikan motosikal, apatah lagi ketika kederaan beroda empat (atau lebih) sedang berhenti beramai-ramai, kerja “mencilok” ternyata the easiest thing to do in this world! Ruang penglihatan pengunggang ke arah pelintas jalan ini terhad di sebalik lori-lori tinggi, begitu juga pelintas jalan sukar menjangka kedatangan penunggang nan laju andai mencelah lori mahupun bas. Nak dijadikan cerita, pagi itu seperti pagi-pagi lain aku bersedia mengambil langkah besar bagi menjejak kaki lima sebelah Sime Darby tu selepas mencelah dihadapan bas sebelum skriiiiiiiiiiiitttttttt… Motosikal yang ditunggang laju sebelah kiri jalan (sebelah bas tu la)memang dah hinggap ke tubuhku, cuma ketika itu aku dan motor itu “status quo”.. lalu tiada momentum yang mengizinkan aku terpelanting, kalau tidak dilenyek! First time belum serik, kali kedua aku masih ingat aku mencelah hadapan lori berlogo *Mi sedap dan sebelah kaki memang dah jejak kaki lima belah Sime Darby tu, apabila skreeeeeeeeeeet skali lagi, adoi! this time memang sebelah tangan aku luka calar panjang terkena handle motor bawak sayur tu! Kedua-dua penunggang tadi mempamerkan muka bersalah melihatku sambil bertanya “You ok?” I memang ok je, cume I yang salah. Masakan tidak? Jejantas atas kepala sahaja semasa kedua-dua kejadian berlaku. Tiada perlanggaran ketiga, kerana aku sudah fobia melintas jalan dari LRT Sultan Ismail ke Sime Darby atau sebaliknya. Jejantas is a must! No way aku akan lintas lagi! Dua kali sudah cukup!!!
Fobia digigit nyamuk aedes
Seperti diceritakan dalam posting lalu, kali ini bukan dua, tetapi sekali! Sekali kena denggi sudah cukup! Sehabis effort aku akan pastikan aku takkan mengidap denggi untuk kali kedua! Berbanding demam pelentong (bahasa kitorang), demam selsema atau demam-demam biasa, demam denggi jauh memeritkan! Bayangkan terjaga 10, 15 kali di waktu malam untuk merasakan pengalaman ini:- anda lupa bahawa anda punya bibir, mulut dan lidah, apabila anda terpaksa membuka mulut perlahan-lahan dan menggerak-gerakkan bibir serta lidah sebab anda dapati air liur hampir tahap zero dalam mulut anda! Tangan pantas sahaja mencapai air untuk diteguk, lebih tepat lagi air 100plus… berbotol-botol aku tonggang! Malam-malamku mahupun siang jenuh ke tandas mengosongkan pundi penuh air! Badan terlalu penat, kepal pening ebrdenyut-denyut… Itu semua denggi tahap awal!
So, tiada lagi malam-malam tak berkelambu di Gombak ini, juga semburan pembunuh nyamuk diwajibkan sebelum kelambu dipasang!

Kelambu ku… ayah yang belikan. Kebetulan my fav color, match dgn cadar, comforter n sarung bantal. Kelihatan di sudut bawah kiri, sebahagian botol-botol kosong 100plus.
(Amaran: Penulisan kali ini penuh bahasa pasar, tidak sesuai diadaptasi ke dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR, PMR apatah lagi SPM)
Aku apdet untuk pertama kalinya melalui brodband yang baru kubeli sebelum raya ari tu. Itupun setelah jenuh di suruh si nidxam. Aduih, mengenang-ngenangkan kembali harganya, menyesal pun ada! Namun, ku pujuk sahaja diri yang terlalu ingin menjejaki Irfan Khairi, insya Allah, setiap pelaburan pasti ada pulangan! Makin kuatlah sebab aku untuk terus mengejar cita2.. sekurang-kurangnya menjadikan pembelian brodband ini suatu yang amat berbaloi!! Takbir! (aku kalau bersemangat nan berkobar sikit, mesti nak bertakbir… mungkin didikan di sekolah “militan” dulu-dulu hahaha)
Aku nak cakap pasal kucing this time, malah sebab aku ada gambar-gambar terbaru kucing-kucingku di kampung, ingin ku kongsikan visi dan misiku bersama makhluk Tuhan yang sungguh comel ini, yang sangat di cintai sahabat Rasulullah, sehingga digelar Bapa Kucing (Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu)…
Dulu2 ade kucing induk betina jenama Malaysia menetap di rumahku, nama Tompok.. (satu kebiasaan di kalangan ahli keluargaku bilamana satu nama itu dicipta, lalu terevolusi seiring masa hingga menjadi nama lain; yang sekurang2nya berbunyi tak jauh dari asal) .. dalam kes ini, Tompok jadi Apok, beranak lah dia beberapa generasi, sehingga lahir lah kucing2 baru; antara yang popular arwah Areren (terevolusi dari Oren; bercorak sangat cantik macam kucing Benggal!)… Namun jenama kucing Malaysia sudah lama hilang seluruh generasinya dari rumahku…
Kini induk baru betina ialah Princess; baka parsi+malaysia kaler kelabu; bulu panjang, badan agak pendek muka kecik comel2 je.. sehingga raya baru ini, generasi terbaru adalah generasi ketujuh… dan generasi2 yang sebelumnya yang masih hidup aku pun tak pasti diorang ni generasi ke berapa… Princess merupakan kucing abang aku yang dibawa pulang ke kampung setelah dia harus menumpukan kepada benda baru yang kene dibela lebih rapi; bela anak bini la hahahah.. Princess satu-satunya kucing yang dibenarkan lepak dalam rumah; satu, sebab die pandai berak dalam tandas.. dan kedua; die pandai signal kat orang die nak keluar rumah dengan menyuruh org bukakkan pintu.. memang kucing ter’smart’ la stakat ini yang family kitorang ada… princess juga tahu namanya princess, sebab die pasti menoleh walaupun kita panggil die macam panggil kawan atau adik beradik, tanpa perlu bunyikan bunyi cicak nak pangil kucing makan tuh..

Ni la Princess, “Beranak lagi aku… hmmm” katenye

Bebola kapas yang comel menjemput rasa nak memicit-micit mereka semua! Geram!

Meme; anak princess generasi ke berapa ntah… body biasa, ekoq terlebih kembang sket, berlagak la tu!

“Meme, tengok sini..” “Tak maaaauuuuu..!”

Momo, adek badek Meme. “Momo, tgk sini!”

“Momo…..!”

Momo… echeh, Meme tayang ekoq plak!

Susah2 sangat, aku pegang je! Ha, ni la Momo.. monyok je kan muka die..
Aku rasa antara bisnes part time yang akan aku ceburi di rumah suatu hari nanti ialah breeding cats… hehehe
Sungguh aku tak faham orang kita!
Malam tadi aku sekeluarga diganggu bunyi mercun berdentam-dentum
oleh jiran sebelah… Ya Allah, bingitnya telinga!
Apa yang seronok sangat dengan penghasilan bunyi yang memekakkkan telinga itu?
Puas gila ke? Tercapai ejakulasi kepuasan spritual ke? Aku berharap sangat-sangat satu dua mercun terkena batang hidung anak-anak mereka sendiri, biar belajar! Biar menyesal! Geram!
Kita nak bercuti bersama ibu-bapa ni naklah malam-malam yang menenangkan, merehatkan.
Nasib baik demam aku dah surut, dibuatnya aku memerlukan rehat yang urgent malam tadi,
aku memang dah terbayang parang golok segala ku hayun ke rumah sebelah, mahu ku tetak-tetak
kepala mercun mereka. Biar ke penuhi hajat mereka bermain dengan maut!!! Geram sungguh!
Mak bapak diorang biar je! Mak bapak yang patut kene penjara sebab gagal menyekat access bende haram tu ke tangan anak-anak! Heisyhhh, memang aku bara lah malam tadi… ku sabar-sabarkan sahaja diri sambil kepala mengulang-ingat tempat ayah letak parang! Serius!
Kepada kawan-kawan ku, janganlah dok suka main mercun, apatah lagi mengajar anak-anak main mercun! Sesungguhnya itulah kebodohan nyata bangsa Melayu Islam kita disamping sekian banyak kebodohan-kebodohan lain (Jika bisa kusebutkan di sini; lumba haram; memulakan tabiat merokok setelah tahu akibat buruknya; mengampu pemimpin dan mengundi pemimpin zalim; makan rasuah; berjudi dan banyaaaaaaaaaaaaakkk lagi!)
Geram!
Selamat menyambut ‘Eid al-Fitri…
makan ingat-ingat, pandang-pandang…
jangan kebas semua!
Tengah apdet mengadap Teratak Siti Nurhaliza..
Jap gi balik kampung kat Gopeng..
Adiosss!






< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru