Jumaat lepas… hmmm, plg byk aku makan dalam sehari sejak bergelar pekerja kebajikan PhotobucketPagi, sampai opis.. makan dulu kat meja

PhotobucketCube teka apa di dalam.. CAUTION : Filling is HHHHOT

PhotobucketWah, Nasi Lemak, lauk kerang n paru.. kangkung lebih sikit, semuanya RM3.00 “SAHAJA”

Photobucket
BURRPP!

PhotobucketTengah hari ade bihun, ayam, sotong, karipap, puding jagung.. majlis deeparaya kat opis..thannx la Dato’

PhotobucketSate haruskah dilupakan…?? ooohhh tidak2, tidak sekali2!

Malam (xde gamba) makan kat kedai depan grinwud; Nasi putih, telur dadar, kailan masin n daging merah.. memang meletup perut aku! Duit pun makin nyusut… Eh, tapi bulan ni aku berjaya simpan RM1K setelah 5 bulan keje (Penyimpanan yang pertama pun..) Yes.. insyaAllah sebelum raya tahun depan sampailah menatang ni kat depan umah aku…

PhotobucketGod, how I wish I had a WISH!

Sabtu Ahad aku start joging balik, setelah lameeeeeee gile berehat panjang mase puasa n raya… Betapa sakitnya seluruh badan.. Pool UIA tak bukak, mungkin semua life-saver sibuk stadi kot… maklumlah final exam dah start. alahai rindunya nak mengapung diri bersama lemak-lemakku didalamnya hahaha

Ha.. petang deepavali tadi gi open house umah echah, junior aku mase kat uia… Wah ade makanan ruji aku sewaktu diet! … speghetti dangan sos pekat likat padat nyam2 sedapnyer! Aku ape lagi, double the plate lah! hahaha Pastu ade lontong… aku suke kuah lontong je, sebab ia kaya dgn bende2 yang aku suka macam sayur, tempe even tadi ade tambahan fish cake n cendawan butang lagi! Ya Allah sodapnyo! Double lagi! Aku tak berape berkenan makan ketupat @ nasi impit, tak kira la ape gabungannya, ngan kuah kacang ke, soto ke, lontong ke, sate ke… Aku rase nasi lebih best makan sebagai nasi.. bukan dihimpit2 @ dikiub2kan.. hehehe, just my taste je…

Apa yang unique dengan open house kali ini ialah.. huuuu, biah solehahnya! dah lame aku tak berada dalam suasana macam ni, paling last mase kat “sekolah terrorist” dulu la hahahah terbit rasa rindu pada zaman sekolah upper high, tapi kalau diberi peluang nak ulang semula masa.. aku pun tak hingin! Sekolah upper high yang best academic and friends je.. yang lain2 tu cam poyo je nyampah aku! Especially Ketua-ketua pelajarnya a.k.a. KP .. Kelakarnye lah kehidupan!

Ape-ape hal, family Echah telah membuktikan biah solehah praktikal sepanjang zaman… Nak @ tak nak je! Guest lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tabir… Tak bleh usha anak pompuan orang tau!

PhotobucketKelihatan secebis kaki dak pompuan dari sebalik tabir.. (kaki tengku Ja tuh!)

Di sini aku kongsikan resepi sos pekat likat padat untuk dicurahkan keatas speghetti anda. Echah yang sms tadi:-

Bahan2
Bawang putih
Cili Boh
Lobak Merah
Daging Cincang (byk dijual di pasaraya)
Tomato paste (bukan tomato puree tau! Jual dalam tin jugak)
Tomato buah
Cendawan butang

Cara2nya
1. Tumis bawang putih
2. Tumis cili boh untuk citarasa tempatan yang sukakan pedas
3. Masukkan lobak merah dan daging cincang
4. Masukkan tomato paste, tambah sedikit sahaja air. Echah kate mase die masak tadi, die pakai 4 tin campur 2 cawan air yang dikocak2 dalam tin dulu. So, kalu satu tin means setengah cawan air sajelah ye!
5. Last sekali, masukkan cendawan butang dengan tomato buah yang telah dipotong dadu… Rase2 dah masak tu angkat je la! Hidang..

InsyaAllah gaji masuk bulan ni takkan ku berlengah-lengah lagi untuk mencubanya! Thanks Echah!