You are currently browsing the monthly archive for November 2008.

Ni cerita makan2 sebelum menyaksaikan kejadian mangsa kemalangan menggelupur tempoh hari…
Ntah kenapa aku memilih untuk bercerpen hal-hal koyak terlebih dahulu haha

Makan di Deen’s Seafood dengan hosmet, the only restaurant yang ada kat situ
dan selalunya mereka-mereka yang membasuh kereta bersebelahan
restoran ini (bukan la sebelah betul2, so xde la sabun basuh tu masuk makanan ke ape ke)
akan makan kat restoran tu sementara tunggu kereta siap; termasuklah kete hosmet aku nihh..
Kalu uia student senang sikit nak bagi tau, sebelum jambatan kecik menghala ke “kubur”
on your right side. (“kubur” refer to medan selera kat area batu 8 (ke 12?) gombak ni yang
terletak sebelah kiri jalan sekiranya anda memandu dari arah pekan Gombak menghala
ke Pahang ikut jalan lama, kubur terletak bertentangan medan selera ini on the right side of the road..)
So, jadilah budak2 uia ni gile ke ape, bile berborak sesama mereka “Makan kat mane weh? Makan kat kubur jom!” Dah takde kerje lain ke, makan kat kubur???!! (kalau orang yang tak tahu terdengar la..)

Nak di jadikan cerita, aku order Mi Ladna yang aku pernah black list restoran yang
menyediakan santapan ini kepada ku dulu2…

Nak dijadikan cerita jugak, huh… same je??? Mi sikit, perencah (or sampah, shud i say?) yang lebih.. PhotobucketMi nyer Secotet lagi??!!

PhotobucketTengok dekat2

PhotobucketHa, ni la lambang restoran yang “hebat” tu..


Aku takkan boikot restoran ni, sebab fizikal nya tidaklah kotor… Harga pun standard la…  Sebab aku rase macam sebenarnya aku patut boikot mi Ladna la… ke macam mana? Tapi kat kampung aku series banyak je mi die! Kuah pun pekat likat padat beraroma .. heehh meleleh dah ayaq liuq ni..

Nanti aku nak promote tempat2 makan kat opis aku plak… tempat makan golongan pertengahan je..


Pagi tadi seperti biasa, jam 8 aku bersedia meninggalkan
perkarangan rumah menuju ke tempat kerja…
Sedikit berhati-hati daripada biasa.. masih teringat-ingatkan
peristiwa malam tadi,
terlihat mangsa kemalangan
jalanraya, penunggang motosikal tertiarap disebelah kenderaannya di tengah jalan…
ketika aku makin menghampiri tempat kejadian makin jelaslah keadaan mangsa..
helmet selipar tertanggal… yang syahdu; mangsa menggelupur seluruh badan! Insaf! (sekejap)

Perjalanan ku teruskan sahaja…
jalan jem seperti selalu, kelebihan kepada penunggang, jadual perjalanan
jarang terganggu… aku biasa mengambil 20-30 minit sahaja untuk sampai ke opis..

Sampai sahaja di bangunan opis kami, aku seperti biasa memberi
isyarat belok ke kiri untuk ke parkir dalam bangunan tingkat M..
selalu juga aku pastikan kelajuan motor dalam gear 2 terlebih dulu
sebelum press minyak sampai M floor…

Namun ntah mengapa kali ini aku press.. ohhh masih berat..
aku press jugak, dalam kepala mesti aku set gear tiga nih!
ah malas nak tukar gear… nak sampai dah M floor..
press jeeee.. press press…
mata menjeling side mirror..takut ada kenderaan megekori
Takde..
lagi setengah meter je nak sampai lantai rata tuhh,
Ya Allah mmg dah tak boleh bergerak!
Last aku turunkan dua2 belah kaki,
kayuh2 je laaa .. ade la 2-3 kayuh je…
fuh! sampai!

Namun perasaan itu menakutkan…
memaksa jemari disuakan ke arah “itu”
jemari hebat ku.. pasti mempunyai deria sixth sense

kerna ia dapat membezakan
antara dua..
fabrik seluar kerja..
dengan..
fabrik seluar pendek yang pendek..
kerna itulah sentuhan pertama jemariku;
fabrik seluar pendek yang pendek…!
Perasaan aku tepat!

Pagi ni aku lambat masuk opis…patah balik..
9.30..
sampai2 orang senyum2..
sebelum tu aku sms akak assistant, cakap lambat sket,
hmm, mesti akak assistant bagitau sekali sumer
orang alasan aku! cheit!

PhotobucketKelihatan en. myraz melalui “lubang” yang tercipta daripada peristiwa tadi sedang khusyuk menonton astro

Hujung minggu bagi ku adalah dua hari yang terlalu pantas untuk aku menyelesaikan tanggungjawab dan dalam masa yang sama melakukan perkara-perkara yang aku tak dapat lakukan ketika 5 hari bekerja. Masa ni lah nak basuh kain (malah kadang-kadang basuh pinggan yang dah 2-3 hari berkampung dalam sinki hahah), nak berjoging, nak swimming, nak shopping, tengok wayang, lepak-lepak dengan kawan malah nak jugak lepak-lepak kat rumah tengok TV yang dirindui hahaha Dua hari ini jugalah kadang-kadang impromptu plan berlaku, contohnya kena repair motor, hantar orang balik kampung paling best kalau tiba-tiba ada orang nak belanja makan nyam2!

Hujung minggu ni (sekarang, hari ini, Sabtu) aku masih mengadap komputer meng’upload’ bahan-bahan Zapin Nusantara yang berbaki dua klip sahaja lagi. Nasib baik kain dah basuh, tapi belum sidai. Sarapan oat susu dengan hirisan-hirisan epal hijau yang aku amik dalam peti ais ntah siapa yang empunya hahaha. Kejap lagi nak menjerang speghetti, nak makan bodoh2 je… Lunch!

PhotobucketBasuh kain!

PhotobucketMyraz basuh kete, enjin, wayar-wayar semua la dibasuhnya!

PhotobucketMinggu sebelumnya, basuh lagi?? Maklumla kereta baru...

Setakat ni dah dua geng ajak keluar jalan-jalan melalui sms. Eh, tiga lah, termasuk geng hosmet. Aku memang tak plan apa-apa kali ini, sebab tu aku basuh semua baju busuk, juga yang busuk sikit-sikit, tinggallah aku bersluar tracksuit ber-tshirt (seluar pendek yang pendek pun habis basuh semua!) so, aku tak dapat la penuhi permintaan mereka… baju takde, plan pun takde.. aku sekadar berjanji dengan geng kumbang mungkin keluar esok kalau ada baju koleksi terbaik aku sempat kering hahaha

Cakap pasal geng, aku baru perasan aku ada geng-geng tertentu untuk hang-out, dan geng-geng ni pun jarang aku kumpulkan bersama, sebab masing-masing kepala lain-lain, malah ada sahaja ahli-ahli geng ini mengutuk ahli-ahli geng lain hahaha.. so, daripada apa yang korang lihat, geng-geng aku terdiri daripada macam-macam kepala, means kepala aku la yang paling serabut sekali sebab kerenah dan kemahuan aku paling banyak berbanding orang lain.. Mungkin bisa aku kongsikan personaliti geng-geng tadi…

Geng adik-beradik – hmmm, aku selesa keluar dengan adik-beradik ramai-ramai, tengok wayang ramai-ramai, makan ramai-ramai… kebetulan 2-3 orang adik beradik aku kat KL, selalu jugak keluar skali, makan ramai2 bayar sorang-sorang pun selalu la hahaha… aku kan abang! This week adik-adik aku balik kampung. Bila bersama mereka mengingatkan aku pentingnya keluarga. Mak selalu pesan masa kitorang kecik-kecik berkelahi bermasam muka dulu-dulu, “Kalau kamu sakit, kawan-kawan kamu datang melawat kamu lepas tu dia balik, yang tinggal nak jaga kamu siapa? Adik-beradik kamu jugak lah!”

Geng baik-baik/thiqah/wufi – geng-geng ni aku dapat masa kat uia la, malah sebahagian besar terdiri daripada school mate masa sekolah terrorist dan sekolah izzuddin dulu.. selesa bersama diorang, sejuuukk sikit.. Namun ada juga yang skeptikal terhadap persekitaran luar, suka pandang sinis orang lain, maklumlah kebanyakan diorang ni memang takde geng2 lain macam aku, dok dengan puak-puak diorang je.. Paling best sebab masih ada dikalangan mereka yang sempoi, gila-gila dan buat lawak nak pecah-perut walau empunya diri berkopiah berjubah segala… some of them are my present hausemates la, paling aku suka dengan housemates sbb semua dah dewasa dan bisa berbicara isu-isu  nasional mahupun global dengan dewasa sekali hahaha… Bila bersama mereka it reminds me that aku dah dewasa la (yang selalu aku lupa), juga mengingatkan aku pentingnya cara hidup Islam, bangganya aku menjadi Muslim!

Geng-geng adventure/active – Juga dikenali sewaktu di uia, banyak berprogram outdoor bersama, joging and swimming. Otak mereka pasti gila-gila, matang tu sudah pasti, kadang-kadang kebudak-budakan. Bila bersama mereka mengingatkan aku peri pentingnya kehidupan aktif, sihat dan fit. Dan sebab mereka jugalah aku selalu “bertaubat” dari kegemukan walaupun berkali-kali gagal maintain berat badan hahaha

Geng kumbang – geng sekolah izzuddin, semua dah dewasa namun cara bercakap dan berkongsi pendapat masih merapu macam zaman-zaman sekolah dulu. Aku pun malu kalau orang tahu cara kami berpoyo-poyo kalau keluar bersama, memang poyo lah! Kalah budak2! Ala-ala Jack Black tu! Bila bersama mereka mengingatkan aku it’s a relief when knowing that you don’t have to be what people say you ought to be, but you should once in a while run from norms and act like an “idiot” among “idiots” hahaha Geng kumbang, see you tomorrow!

Geng zapin – geng team zapin la, jarang la keluar KL sekali tapi selalu berjumpa untuk something we share in common that is…. we love zapin like hell! Projek terdekat Festival Zapin MAKUM 2008 1-4 Disember ini di UPM, mampukah team junior mengulangi kejayaan tahun lepas?? Berdebarnya!! Bila bersama mereka mengingatkan aku menari tu taklah seteruk orang sangkakan mengenai sifat-sifat seorang penari, dan tak lah semudah yang orang tonton persembahan-persembahan tarian tu! Kepala-kepala mereka boleh dikatakan neutral la, kalu kat uia tu nak kata wufi bukan, nak kata wawasan pun bukan. Sekali-sekala diorang kutuk jugak wufi masa meeting ke.. aku sabar-sabarkan aje la. Ye la, budak wufi kan ala-ala sempit, pegi konsert tapi bila orang start terover sket mase buat performance, keluar ramai-ramai tinggalkan majlis, dah la dok depan plak tu. At the very first place kenapa la budak-budak wufi ni datang? Agak malang ada dikalangan geng zapin bukan sahaja mengabaikan kewajipan solat, malah even declare “Aku tak semayang” macam org declare die vegetarian ke ape ke.. Alhamdulillah tidak kurang jugak yang masih bersolat seperti biasa. Yang pasti menari tu best, dan bila bersama meraka training dan peform, ia mengeluarkan hormon endorphine pada tahap maksimum yang menyebabkan aku happy dan puas, eager untuk melakukannya lagi dan lagi! Idop zapin uia!

Geng kerja - geng ni hangout masa lunch hari kerja je la, hari wiken biasa masing-masing ada laki bini anak-anak. Kutuk bos, rakan sekerja lain tu memang biasa la menjadi agenda kalau berjumpa hahaha… “lauk” lebih skit la masa lunch tu! Bila bersama mereka mengingatkan aku bahawa aku manusia ada perasaan dan bukanlah robot disuruh buat itu ini ujung bulan dapat duit. Release tention sikit la dapat borak masa lunch ni.

Tu geng-geng utama la setakat ini. Ada juga kenalan yang aku jumpa masa berinternet yang memang tak pernah bersua muka namun masih boleh share our thoughts and ideas about what we have in common. Kalau satu hari nanti kitorang decide nak hang out mungkin bertambah la senarai tu, tapi tak kot. Semua dok jauuuuuuuuuhhh-jauh… abis duit beli tiket kapal terbang plak nanti..

Aku nak share satu clip yang sungguh inspiring yang aku jumpa dalam youtube pagi tadi. Clip pasal ustaz kat Mesir yang belajar bahasa Melayu (loghat Kelantan), komen dia mengenai cara belajar pelajar-pelajar kita di sana malah nasihat macam mana nak menguasai bahasa asing. Paling aku suka ayat last dia, dia mampu berbahasa Melayu dengan baik sebab dia boleh makan semua makanan Melayu (budu is his favourite), tapi pelajar Malaysia tak bolah nak makan makanan Arab, sebab tu susah nak kuasai bahasa Arab. Aku sentiasa mencari-cari peluang menajamkan penguasaan bahasa Inggeris, Arab, Jepun dan Korea, dan semua makanan-makanan diorang aku belasah je! Ustaz tu pun ambil masa 10 tahun ++ belajar bahasa Melayu, so aku tak perlu lah rush nak belajar semua, sabar…! Masanya pasti akan tiba. hahah Layan!

Ha, jugak nak kongsi clip inspirasi kepada abang dan akak aku; anak-anak diorang lah! Qistina shayang adik die Hazim tak abis2! Cute!

Semalam Jumaat hari terakhir bulan Oktober
Juga hari gaji masuk (firm aku polisinyer gaji masuk 1haribulan the next month,
kalau cuti jatuh pada hari tu, maka gaji akan masuk hari kerja
terdekat sebelumnya)
Selalunya 2-3 hari sebelum hari penting ini,
aku dah berkira-kira membelanja itu ini.. senarai pendek akan disiapkan
apa yang wajib… apa yang perlu… apa yang “macam perlu”…
kebiasaannya jugalah senarai “macam” perlu yang paling panjang..
juga paling banyak dipotong dari senarai… means cancel n carried forward..
tak berapa penting dan bisa ditangguhkan…

Cuma semalam baru aku perasan aku tak buat list lagi,
aku dah semakin sibuk di opis..
bagi aku list penting supaya tak over spend.. nak2 hidup sendiri ni..
xde saper nak monitor perbelanjaan kita..

Sengaja nak kongsi dengan korang “senarai” aku…
Bujang berpendapatan 4 angka di Kuala Lumpur yang serba mendesak ini..

Auto debit list:-
100++ untuk pusat kesihatan (Ya Allah aku mcm menyesal join kelab nih!!! Haha)
100 untuk Takaful
(bulan2 akan datang auto debit list akan bertambah, sebab aku harus segera
invest dalam unit trust.. dan aku baru perasan Tabung Haji aku dah kering)

Wajib list:-
1. 200++ untuk sewa rumah, bil letrik, air, broadband, barang dapur asas
2. 150++ untuk barang makan personal (this include susu anlene, oat, telur ayam,
speghetti, roti blablabla)
3. minyak motor

Perlu list:-

1. Tukar spect yang dah genap 3 tahun
2. Repair brek motor
3. Beli shirt baru (aku bertuah bukan lawyer litigation, so my range of choice for
coloured shirt is wider, berbanding putih.. putih dan putih! Bosan!)
4. Kasut kerja baru
5. Sport sock ..( maklumlah dah kembali ke rutin kecergasan ketat, stokin dulu pun dah
kemana2)
6. Swimming thight baru (maklumlah perut dan peha dah menggelebeh, nanti ade
yang berenang sambil “adik” melambai2 dari thight yang koyak tengah! hahaha (lucah ke?)
7. Repair PC.. atau kalu unrepairable, beli CPU baru trus!
8. Pisau n chopping board (ni perlu memandangkan tak lama lagi akan ke rumah baru..
beli sikit2 perkakas dapur)

Dan lagi.. dan lagi…

“Macam” perlu list:-

1. Headphone joging.. earphone ayik terjatuh dari telinga je!
2. LCD monitor for my PC
3. Graphic card
4. Register my business name and logo (ni kompem2 awal2 dah kene potong, aku ade tanyer
lawyer Intelectual Property firm aku .. dekat RM800++!)
5. Kamera DSLR (ingat nak beli pakai kredit)

And the list goes on..

Aku kadang-kadang bertanya pada rakan sekerja terutamanya yang sudah berumah tangga,
“Banyak ke simpan bulan-bulan?”
rata-rata isteri menyatakan selalunya duit cukup2 je… tapi suami banyak support la..
dan selalu juga mereka membalas, “Ala, ko bujang lagi, esok2 dah kawin haa, baru ko tahu!”

Ya, ia benar-benar menggusarkan. Aku yang bujang ni pun cam tercungap-cungap
nak maintain keluar masuk duit.. apatah lagi yang berumah tangga…
Bulan ni i’ll try my best untuk simpan 1K lagi.. dan berusaha ke arah
memulakan part-time business..
Doakan aku…

Eh! Lupa plak aku.. mesti ade yang tertanya-tanya berapa aku bagi kat mak ayah
bulan-bulan… hmm, jujurnya aku tak pasti berapa byk yang aku perlu bagi..
Mak ayah pesara guru dan kini usahawan sepenuh masa..
Pendapatan bulan-bulan mereka jauh lebih byak dari gaji bulanan mereka dulu..
Mak ayah idola pertama aku untuk memiliki perniagaan sendiri
Sikit2 dulu.. lama-lama jadi empayar haha
So, aku segan nak bagi amaun-aman tertentu.. sbb aku tau mak ayah pun
ada duit…
Mak ada “peti” perbelanjaan, dalamnya ada sampul2 kecil
Aku pernah terlihat isi peti ini dulu2.. ade nama2 kitorang untuk duit belanja poket
bulanan… ade petrol, makanan, bil dan macam2 lagi
Adik pernah terlihat “peti” perbelanjaan mak baru-baru ini..
Adik cakap ada satu sampul tak pernah berisi..
sampul bertulis “percutian”..

Mungkin aku akan bagi mak duit untuk top up sampul ini bulan-bulan…
Satu; sebab aku dah lama nak bawak mak ayah jalan-jalan
Dua; sbb mak dah lama letak sampul ni dalam “macam” perlu list,
terutama sejak mak berkerusi roda…

Tak kira! aku dah terbayang dah aku usung mak tepi pantai kesana kemari
sumer naik kerusi roda! aiman tak kisah!

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

November 2008
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 11,017 hits

Pembaca sekalian dari mana?