You are currently browsing the monthly archive for Disember 2008.

Emel…
Aku start punya emel sendiri seingat aku sewaktu tingkatan empat…
mase tu guna waumail…
cipta emel paling hebat la konon, hahaha
dengan menterbalikkan ejaan nama, hehe
aku pernah ditanya apa maksud perkataan emel aku tu,
sbb kawan aku menyangkakan ia adalh perkataan arab,
kire terrer la gak aku bab2 “branding”-mem”branding” neh, kuang3

lepas tu tah camane waumail dah takde..
pastu tukar plak catcha..
pun xde jodoh dgn catcha… lagipun waktu tu mmg tak guna sangat emel,
ala2 nak eksyen jeh ngan org bahawa aku pun maju cam org len.. hahaha

aku belek2 emel aku yang ketiga dalam hidup tadi..
hmm.. check2 emel as read, malas nak bukak..
sampai la ke page pertama emel aku…(means yang belakang sekali la)
ade jugak emel yang tak dibace lagi?? pun malas nak bukak, delete je..
hmm aku tak tau la betul ke tak..
tapi anggap2lah betul ye..
aku tgk emel inbox first aku bertarikh 1 Jan 1998!
hmm so by the end of today, emel inbox aku dah berusia 11 tahun!
wow..

tu je la posting menjelang tahun baru..
hmm, nak cakap pasal pencapaian ke, azam ke..
cam nak jugak, tapi malas pun ader..

so ni je la posting aku hari terakhir 2008…
esok aku apdet la lagi k! ala, lagi 2 jam 5 minit lagi tahun 2009…
At least sebelum tahun depan, aku dah terkocoh2 parking sejumlah
besar income bulan ni dalam akaun lain pulang saje dari opis td
(with the hope of not touching it! God help me!)
ujan lebat plak tu, menitik2 dari elmet ngan jeket, abis basah bank
depan cash deposit machine tuh!

selamat datang 2009

emel-shrinked1

My first inbox email!

Malam semalam bersama teman serumah menonton Discovery Channel: Half Man, Half Tree. Mengisahkan Dede dari Indonesia si pengidap ketuat serius, ditambah burukkan lagi dengan tahap imunitinya yang terlalu rendah (setelah penemuan dilakukan oleh sukarelawan doktor yang merawatnya) yang menjadikan ketuatnya “hidup” malah memanjang dan membesar hingga kelihatan seakan-akan akar-akar kayu dan ranting-ranting pokok di hujung ke dua-dua belah kaki dan tangannya. Wajah yang sugul tak mampu menyembunyikan kesengsaraan yang di alaminya, bertarung dengan psikologi negatif, sekurang-kurangnya yang lahir daripada dirinya sendiri, setiap waktu, setiap saat. Ya Allah, rasa kasihan, insaf, sayu malah geli terbit dari sanubari tak henti-henti! Kita yang melihat rasa kurang selesa, apalagi Dede yang menanguung keperitannya bertahun-tahun!

Nak dipanjangkan cerita keinsafan, menyusul selepas itu dokumentari “A Child With A Tumor For A Face”, juga dari Indonesia. Ya Allah lagilah kasihan… anak kecil yang belum mengerti apa-apa mengidap tumor di kedua-dua belah pipi dan bawah rahangnya, empat ketul semuanya! Besar! Terlalu besar sehingga matanya terhimpit keaatas, bibirnya terjuih terlalu besar hingga meleleh-lelehkan air liur. Doktor terpaksa membuangnya satu persatu melalui empat pembedahan berasingan. Struktur wajahnya telah rosak akibat himpitan tumor keatas tulang pipi dan rahangnya yang hancur, menyebabkan doktor terpaksa membentuk wajahnya daripada saki baki tumor itu sendiri. Doktor terpaksa “mengukir” dengan menggunakan pahat dan tukul! Ya Allah betapa kerasnya tumor itu, hingga terpaksa dihentak-hentak pula tukul besi keatas wajah kecil kanak-kanak malang tadi…

Dipendekkan cerita, InsyaAllah sinar baru menanti kedua-dua pesakit dalam dua dokumentari tadi.

Mengikuti cerita ini,  tak dapat tidak keinsafan akan semua manusia itu serba kekurangan lahir tak semena-mena. Diri selama ini yang bertarung dengan segala macam ujian, kekurangan diri, kebencian manusia, malah sehingga satu peringkat menyalahkan Tuhan atas segala-galanya, terasa tewas! Tewas dengan ujian manusia lain yang serba dahsyat, jauh lebih dahsyat dari ujian yang pernah dilalui. Banyak perkara Tuhan beri yang tidak tersyukurkan, terlalu banyak! Namun perkara yang kita tak dapat itulah yang kita keluh-kesahkan… Manusia… manusia (aku… aku..), bersabarlah, kalau kita rasa berat.. ada orang lain di ceruk lain alam ini ujiannya jauuuuuh lebih berat dari apa-apa yang dapat dibayangkan oleh mana-mana manusia. Kalau aku ditempat Dede, mungkin dokumentari ku tak sempat dirakamkan sebab aku dah lama lari masuk hutan membiarkan diri mati dibaham binatang buas (itupun kalau ada yang berselera) atau setidak-tidaknya mati kebuluran! Dede sememangnya tabah!

Sempurna itu tiada. Semaikan perkara ini dalam diri, pasti terbuka menerima kekurangan-kekurangan yang Allah beri (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya), disamping terus bersyukur dengan sekian banyak lagi nikmat yang Allah limpahkan! Nikmat itu terlalulah banyak untuk kita (aku)  sebaliknya mengisi masa dengan bermuram-durja, bersedih hati atas kekurangan diri!

Mata coklat? oh.. mata ini, berwarna coklat jernih, sering disalah anggap sebagai warna palsu apabila mengenakan kanta lekap. Kenapa dengan mata coklat? Hehehe, sebab bagiku setiap kali terpandangkan betapa dalamnya keindahan sepasang mata sendiri di cermin, sehingga hati berkata, “Ok what, rabun jauh, rabun warna, tapi ada mata coklat pun kira ok la! Cantik!”

Mata yang menimbulkan rasa kekaguman di mata orang lain, lebihlah baik dikagumi empunya mata sendiri sehingga terbit rasa syukur, Alhamdulillah…

Perasan?
Mungkin! hehehe

Sejak peguam baru yang seorang ini masuk, firm dah tak seperti selalu… kecoh dengan gelagatnya, ketapak ketepuk tumit tinggi kasutnya… ber”sayang” dan ber”dear” dengan sesiapa sahaja di hujung sana talian… dengan suara standard tahap aku menjerit kene pijak kaki… suara jeritnya lebih la lagi… 5 tahun experience… previously, partner at old firm, “so ape yang tak cukup lagi?” tanyaku terlihat sahaja letter head lamanya tertera empunya nama sebagai salah seorang partner… “ntah, selesa macam ni…” yup, cover marketing… bwk portfolio juta-jutaan masuk firm…

skali tu ade iranian nih die dapat bawa masuk file, out of 6 properties, 2 dapat kat kitorang utk attend loan die… each 2 million plus… legal fees? lagi la masyuk… aku terima offer to attend one of it, sub-sale… huh, baru ku tahu gile nak mampos attend sub-sale sebab kite kene chase after completion date sale & purchase agreement… and of coz, bile dapat keje marketing hasil kipas yang berkesan, mmg kene attend urgent se urgent-urgent nyer… n dalam kes aku completion date expire next week… my first case sub-sale, my first case loan amount over 1 million, my first case bank foreign nih… xpernah buat pun bank nih! gelabah aku..! 2-3 kali la jugak kene tempik dek loyer baru tu dari bilik die… pace die mmg cepat, secepat langkahnyer… aku yang terkial-kial ni setengah mati maintain accuracy, tp die sound jugak “for a lawyer to prepare LU after 3 days is totally unaccceptable!” die sound aku, 2 3 kali on the same point… huuuu, nak nangis!

setelah beberapa babak chasing-menchasing, follow-up meng follow-up.. haduih, kene panggil dalam bilik loyer baru… “tutup pintu..” kate die. aiiyooo, kene marah lagi ke ni???
Iranian tadi call, die explain die mmg nak amik islamic loan, tp takde bank yang nak offer die, yang satu fail kitorang dapat tuh die proceed je sbb dah byk progress, tapi sementara sempat, die cancel fail aku… die tak jadi amik loan untuk property ni…
Aku: YAHHHHHHHHHHHHHHHHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!
(kalu hati tu ade kaki, mesti dah terkeluar dari mulut aku sbb terlompat2 die kegirangan!)
“So, die cancel la purchase tu?” aku tanye. Buat muke ala2 kecewa, sedih, tabarru’ ngeh3.
“Nope. Die proceed… Die bayar cash.” jawab loyer tuhhh..
Aku: HHHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA (mulut nganga n mata terbeliak)

Tu la kawan-kawan, citer iranian yang kaya-raya, bayar cash untuk property 2 million ++..
aku mencemburui mu wahai iranian, namun aku tetap bangga kerana aku seagamamu… kalu ko boleh, kenapa aku tak boleh? rite? InsyaAllah, antara bende2 tak logik aku angan-angankan ialah BELI UIA! biar terlepas dari tangan-tangan berkepentingan! hehehe ni la aku namakan cerita “saudara-mara” Abdurrahman…
Abdurrahman bin ‘Auf…
Si kaya kesayangan Rasul…

Tadi account officer distribute pay slip..
bagi 2 copy, satu kite sign utk record derang…
satu kite simpan sendiri…
Baru nak layan slip gaji..
Terbeliak mata aku… Ha? 7K????
Ya Allah Dato’ takkan sebegini cepat ko upgrade gaji aku…
sayang dato’.. sayang dato’… sayang dato’..
Eh, apsal nama aku pendek sangat?
LAAAAAAAAAAAAA ORG LAIN PUNYER LAAAAAAAAAAA!!!!
Loyer baru tuhhh!!!
cis cis cis cis cis
Aku pulangkan kat officer tadi.. terkocoh2 die sorok..
policy firm, gaji rahsia.. haha, Allah pilih aku utk tahu gaji org lain ari ni… hikmah?
InsyaAllah aku kaye jugak cam die nanti.. yeayyy!

Kira-kira, aku dah ade 6 keping pay slip..
hmm dah leh wat aeon! nak beli barang baiiikkkk yeayyy
dunia baru bakal dijengah sedikit masa lagi..

Nak jadi “saudara-mara” Abdurrahman kat dunia…
Nak jugak berselisih bahu dengan radhiallahu anh kat sana…

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Disember 2008
I S R K J S A
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 10,912 hits

Pembaca sekalian dari mana?