You are currently browsing the monthly archive for Januari 2009.

Seorang teman ketika keluar bersama hujung minggu lepas mensyaratkan agar restoran sejuk (sebab petang itu sangatlah panas) yang akan kami kunjungi hari itu haruslah selain KFC mahupun McDonald…
Aku agak terkejut dengan pendiriannya mungkin kerana selama ini aku “underestimate”
keperihatinannya mengenai isu-isu semasa… atau mungkin kebiadaban Yahudi kali ini tak dapat membendung perasaan benci nan meluap-luap dalam diri!
Memang! Memang aku makin meluat dengan Yahudi!
Bertambah-tambah meluat dengan apa saja yang ada kaitan dengan Yahudi.
Benci! Benci! Benci!

Terlanjur bercakap mengenai produk-produk Yahudi,
terbaca juga mengenai produk hiburan Yahudi
macam siri Heroes, 24, American Idol… di Blog Tehrani Faisal
Hahaha.. Bagi aku selagi aku tak keluar duit, ok kot..
so kalu dapat downloded version nan percuma, aku layan je..
Tengah kumpul TV siries buat tontonan cuti Raya Cina
Aku tak balik.. keje site opis hari Ahad!!!!!!!!!!

Masa kecoh2 isu salafi-wahabi zaman2 belajar uia dulu..
pernah ustaz yang kini penasihat syariah Bursa Malaysia
membuat kenyataan;
“Tak payahlah kita nak terlalu sibuk-sibukkan diri dengan itu bidaah ini tak bidaah..
sesungguhnya Arab As-Saudi tu la pengamal BIDAAH TERBESAR sekarang
sebab bersekongkol dengan Amerika Syarikat, lebih baiklah ulama’  Salafi
dakwah pemimpin-pemimpin diorang..”
Itu cerita 5 tahun dulu…
2 minggu lepas masa awal-awal serangan Yahudi di Gaza..
sempat aku terlihat pertemuan wakil Palestin dengan wakil Arab Saudi..
sekonyong-konyong pembaca berita mewakilkan rasa simpati wakil Arab Saudi
dengan menyebut, “Arab Saudi akan membekalkan lebih banyak ubat-ubatan kepada
mangsa..”
Tak sempat pembaca berita menghabiskan ayat terus sahaja lidahku
ringan mencarut-carut seluruh Arab Saudi dengan alat sulit binatang itu binatang ini!

Kalau Malaysia tiada Kedutaaan Israel untuk dihalau..
aku mengangkat tangan mencadangkan
HALAU SAHAJA KEDUTAAN ARAB SAUDI DAN MESIR
DARI MALAYSIA

hentikan menghantar pelajar-pelajar kita disana!
Kalau menghentikan ibadah haji selama setahun tak mengkafirkan
dan bisa membuka mata puak Arab nan bodoh ini, boikot haji tahun ini!
Kita tangguh haji ke tahun hadapan!

Semuak-muak aku dengan Yahudi,
aku lagi muak dengan penjaga dua Tanah Haram ini!
Gelaran tak setanding tindakan!

Semalam dalam kul 11 diberitahu perlu attend signing kat client’s office..
Kat jalan ampang.. hehe, pe lagi singgah klcc la sebelum tuh..
sempat makan makanan feveret aku kalu gi klcc
“sizzling black souce yee mee” nyam3

pastu terkocoh2 keluar gi kat moto sbb aku nyer enset “cuti” 2 hari
sbb tukar dari prepaid ke post paid.. so, aku tak tau jam kul baper..
sampai kat opis klien trus aku tenyer pak gad.. kul 2.10 katenyer..
fuh, i’m on time!

tengah sign2 tuh, tgk2 interior opis die.. sleek and modern..
ala2 ikea nyer duta plak opis tuh.. mule berangan ade opis sendiri..
tibe2 perut memulas2 tahap cipan..
Ya allah!.. lagi sikit je… sabar2..

abis je signing bergegas aku turun ke motor letak dokumen dalam box…
gi toilet kat ground floor..
iklan: hmm, nape yer.. kite bleh tahan je lame2.. tapi bile “tempat putih”
tu dah depan mata.. tak sabar2 lagi dah “produk” kite ni nak kluar…?

“Produk” yang menjadi mimpi ngeri andai berpakaian kerja..!
aku makan ape tadiiii???

Dipendekkan citer..
“Produk” hilang sabar..
lalu “tereksport” bukan sahaja ke “tempat” putih..
malah “tertempias” ke “pakaian pendek yang pendek” (selepas ini disebut sebagai “ppyp”)
… bile “investment” menemui jalan buntu..
aku cube bangkit… “produk” yang “berpaut” pada ppyp terus tereksport ke ..
lantaai!!!
stokin!!!
malah sedikit ke kasut!!!
Pakej disaster bertambah lengkap dari saat ke saat!
Aku releks.. pelik gak, mungkin dah biasa kene unfortunate events..
Minda terus bekerja keras..
“ppyp” ku terpaksa laburkan sekali ke tempat putih
dengan harapan tidak tersumbat..
Bye3… ala2 shin chan mengucapkan selamat jalan kepada “coklatnya”

Pejam mata saje aku akan “keindahan” yang terkena sana sini..
cuci mane yang perlu.. (pakai bare hands tauuu..)
zohor dan asar ku jamakkan saje nanti di rumah.. dharurat!
Balik opis terpaksa menggabungkan seluruh minda mengawal
“ehem2″ sebab pendingin hawa sebelah petang jauh lebih sejjjuuukkk
ye la.. “ppyp” dah bye3 dalam “bank pelaburan”!!

5.30… igtkan pakej unfortunate events dah lengkap.. belum lagi!
kene rush gi bank terkemuka di jalan ampang collect
s. 322 consent..
separuh jalan, dengan jalan sesak sbb org balik keje..
tak leh nak mencelahhh…
Hujaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!
basahhhhh kuyup aku!
naik lift bank menitik2!
org pendang senyum je….
kolek dokumen pun mengigil2 mcm dapat result exam ..

turun kat bawah..
ujan still lebat..
call? enset takleh pakai..
redahkan saja diri menuju public phone yang modern-takde-bumbung-kepale-hotak-diorang
berujan lagi aku sambil mendail2 dan bercakap kuat..
bas stop sebelah yang penuh dengan manusia aku wat tak tau je..
loyer senior suruh tunggu ujan berenti, baru balik opis..
aku ? pe ke jadah aku nak tunggu alang2 basah ku redah saja..
kasut (baru!!) dah bertakung air..
sampai opis naik tingkat sebelas..
sib bek land opis boy tercongok depan lift
trus aku pas kat die, aku nak balik trus!!
ujan stil tak benti… aku malas nak tunggu sebab alang2 basah biar mcm mandi sambil nek moto!

nape aku nak citer bende2 sedih, aib dan malang?
ntah la, mungkin just nak share malang menimpa sesape saje..
dan utk malang2 yang aku pernah hadapi..
tak leh lawan malang org palestin yang menghitung hari kematian..
setiap hari, setiap saat…
so, malang aku adalah malang yang jauuh lebih remeh…
terlalu remeh untuk disimpan buat rahsia peribadi apekejadah..
syukur, semalang2 aku pun.. hidup masih bleh diteruskan macam biasa..
ari ni MC
demam tu tak la..
kasut basah, the only kasut.. tgh jemur kat luar tu

Tahniah pade Faizal Tohir kerana berjaya membolot
Anugerah Persembahan Terbaik;
Anugerah Vokal Terbaik; dan
Anugerah Juara Lagu Kategori Balada dalam AJL 2008 beberapa minit lalu!

Hidup Faizal Tohir!!!
Luve your voice, luve your songs, luve your hair toooo eheheheheh
(sib bek mase performance die tak kerat betul2 rambut ko, kalu tak lemah semangat
aku nak simpan rambut muahahahaha!)

Malas nak citer panjang , korang layan je la!

Kan best kalu ade rimau sendiri, bosan2 kalu benci orang..
“Mau, gigit die!”
ehehe

Pastu aku terjumpe gak video response pade clip kat atas tu… lawak pun ader, kurang ajo pun ade
hahaha
klik sini

It’s raining heavily outside, the clock just ticked 11.30p.m. and everybody in the house has gone to sleep since asteruk will experience it’s usual total uselessness when it’s kuali satelit is poured by heavy rain.

Just want to share a bit of things i thought the most significant during last year:-
1- Dimasyhurkan sebagai Peguambela & Peguamcara pada Mei. Bende yang aku paling tak hingin mase sekolah, last2 aku jadi jugak. Kelakar dan terharu sebab perjalanan 9 bulan chambering plus 5 months extension sbb Bar Exam repeat 2 kali agak memenatkan!

2- Start berkerjaya dengan pendapatan tetap pada Jun. Alhamdulillah! Walaupun terlambat berbanding rakan satu batch lain (jauh terlalu lambaaat), but still aku hargai. Biarpun nampak mcm tempat sekarang ni macam hanjing, takpe la… aku sabar2kan dulu… InsyaAllah, my fortune nut will cracked sooner or later.

3-Ntah.. tu je kot! Hahaha Yang lain cam sama je… Masih gemuk, masih tak all out dalam apa yang aku buat, kurang fokus, yang lebihnyer tu la… lemak, lemak, lemak! Bosan!

Cume malam tahun baru tadi, aku berjaya YM dengan seseorang dari masa hadapan!  Sebab die di Australia, aku plak kat sini (encik nama  la.. heheh). Die dah berada di tahun 2009, namun aku masih lagi di tahun 2008… menarik tak? Jangan jeles k…

Dan malam tadi aku berYM paling lama dalam sejarah hidup aku!!! 2 tahun tu!! Tak ke lama?? Kalah David Blaine tau! Sejak pas Isya’ 2008, sampai menjelang qiyamullail (yang aku tak buat pun) pada 2009… Fakta menarik yang rugi kalau tak dititipkan!!

Azam 2009?

Ha, ini azam paling kurang penting pada pandangan korang, tapi agak penting bagi aku!
Aku nak panjangkan rambut ke paras bahuuu!!! Hahahaha Yep, itulah azam aku yang paling realistik dan materealistik! Lantak la org kate tak sesuai ke, ape ke.. Dah capai target ni baru aku pikir nak rebonding ke, even nak potong pendek balik sebb rimas.. hahaha, tungguuu!

Satu lagi, i want to make sure i develop at least one skill sepanjang tahun ni… Tapi tak decide lagi la; sebab byk sgt pilihan dalam kepala, antaranya kalu korang bisa decidekan untuk aku:-
a) photography
b) videography
c) foreign language (japanese / korean)
d) swimming
e) hiphop/freestyle dance (haa? gile ke ape?)
f) main musical instrument (piano ke, violin ke, or gambus?)
Tolong decide kaaannnn!!! At least sebelum February aku wajib start! Semua diatas pakai duit and some of them bleh gak generate income, so aku akan pilih satu je.. karang kalu byk2 aku yang bankrap, skill dah power pun tapi duit pokai wat pe ye tak?

And of coz la, nak improve my fitness! Asyik lembik tak bermaya naik jejantas pun cam dah joging 10 km, ape kes?

Yang lain2 tu let me just keep it to myself. So, yang tiga diatas, kalu korang rase aku dah menyimpang dari azam aku, sound2 la ok! Kalu mcm aku tibe2 menghala ke kedai gunting rambut, halang aku cepat2! Kalu aku tibe2 nak makan macam nak gile, tepuk blkg aku bagi tersedak keluar muntah semua hahahah!

Semoga 2009 aku lebih byk create history!

Aja2 to myself!

Aku tak tahulah sama ada korang semua dah mencarum takaful atau insurans,
tapi bagi yang belum, apa kata korang baca atau hadiri kelas (kalau student la)
pasal Takaful, kemudian baru buat pilihan mencarum mana-mana produk Takaful yang ada sekarang. Sebab melalui cara ini, korang akan jadi pencarum bijak, bukan jadi orang-orang yang bodoh tak tahu apa itu Takaful, tapi menghentam yang bukan-bukan!

Aku tergerak untuk tulis pasal takaful sebab aku terbaca blog seorang agen PrudentialBSNTakaful mase tengah cari coverage pasal album terbaru Siti Nurhaliza hehehe.. Posting yang satu ni sangatlah menarik bagi aku, namun komen-komen pembaca yang juga tak sengaja terbaca posting tersebut macam aku sangatlah mengejutkan dan mengecewakan!

Nak tahu pasal posting tu, klik sini
Baca juga komen-komen tau, ada ilmu penting diselitkan, terutama fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi pasal Takaful!

Harap-harap kawan-kawan aku nan bijaksana tidaklah tergolong dalam pengomen2 bodoh tersebut! Dalamilah ilmu seikhlas hati daripada mengkritik sesuka rasa namun dalam masa sama menyerlahkan kebodohan diri sendiri.

Dan… carumlah Takaful cepat2! Jangan bertangguh-tangguh dan beralasan bertimpa-timpa!
ok!

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Januari 2009
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 11,017 hits

Pembaca sekalian dari mana?