You are currently browsing the monthly archive for Februari 2009.
Aku meminatinya sejak dulu lagi
Meminatinya dari jauh
Dia terkenal baik
Sopan
Bercakap bahasa orang biasa
Orang-orang kampung
Kerana dia baik, dia diuji bermacam-macam dugaan
Finah
Fitnah
dan finah lagi
Fitnah itu sarapan pagi
Makan tengahari, minum petang, makan malam
Sehinggalah makan lewat malam
Hidup kenyang dengan fitnah
Kakak tergesa-gesa malam tadi
Ke sana, ke mari
Mata sering mencuri pandang seorang kakak yang manis
lalu lalang sibuk bekerja
Ada sinar segan di hujung mata
Segan dipandang-pandang
Namun kakak tetap fokus
Kakak yang seorang ini tetap kakak yang dahulu
Masih seratus-peratus dalam what she do best!
Kakak berhak meninggi diri
Kakak berhak tidak mempedulikan permintaan kami
Kami tahu kakak di tahap mana sekarang
Apatah lagi kakak telah lama dimiliki orang lain
Kami faham keadaan kakak
Kami tak kisah…
Apabila kakak menolak permintaan salah seorang daripada kami
secara baik
“Akak nak pergi toilet kejap ye…”
…
Namun
Kakak datang semula
Menunaikan permintaan
Menepati janji
Aaaahhhh…. Baiknya kakak!
Kakak
You’re simply the best kakak ever!
Kakak No. 1 Malaysia!
Terima kasih kakak!
Kakak tetap all out walaupun rehersal… bagusnya!

Aku lupa pasal berenti kerja…. terus terlupa! Hahaha
PTD
Kali terakhir tahun 2006..
I’m thru to 2nd call interview… But rezeki takdak hahah
Macam dah malas nak apply gomen lepas tuh
especially peristiwa campak file oleh inteviewer(s)
Pastu meneruskan kehidupan…………………..
Keje private tak sampai setahun lagi
dah muak dah… ayooo
Awal tahun ini re-apply gomen..
Moga terubat kemuakan ini
Baru semalam exam
Hmm… we’ll see lah how (tak suke ckp english cenggini.. yucks!)
Tengok! Sampai exam pun tidor2!!!
Salah satu “monumen” kat skolah tu
Eloo, iklan junk food kat skolah??
Layaaann
Antara point/question menarik mase exam…
- Antara negara Commonwealth berikut yang manakah bukan merupakan negara yang pernah dijajah oleh Britan?
(Series aku ingatkan selama ini semua Commonwealth Countries ex-jajahan British!)
- Antara personaliti berikut siapakah yang pernah berkhidmat sebagai HAKIM?
(Dato’ Siti Norma la… bos aku kenal die personally, byk kali jumpa in person, even pernah shake hands… Bos aku suruh ok… mase jamuan raya kat sebuah Bank hehehe)
- Hakim membeli itu… Hakim membeli ini… Hakim berjaya menjual 20%… berapakah jumlah yang laku? [lebey krang cenggitu la bunyik die]
(Lame gak aku sangkut kat soalan nih setelah beberapa lama baru aku perasan … La.. ni soalan math la, hakim tu takde mengena dengan hakim kat court!!! Apasal la tak letak nama Muhammad Intepreter ke, Siti Nor Peguam kehh.. alang2 nak bagi dabel mining kan?)
- Esei Bahasa Melayu aku pilih perkembangan perniagaan jualan langsung di Malaysia yang semakin menjadi pilihan, mengapa, dan terangkan kesannya terhadap individu, masyarakat dan negara
(aku pilih ni sebab aku pun pernah join la.. CNI, pastu Omegatrend.. pastu dah malas nak join mane2 dah… point terakhir aku pasal kesan terhadap negara yang terkocoh2 aku tulis sebelum kertas jawapan dikutip “Kalu semua orang dah berpendapatan Berlian, Paltinum whatever (kaya la maksudnya), so banyak la cukai pendapatan dapat kerajaan kutip, banyak la pulak prasarana yang lebih baik dapat dibina untuk rakyat seperti hospital yang lebih baik, sekolah yang dinik taraf juga lebuhraya-lebuhraya percuma hahahahaha “percuma” tu yang paling mahal tuh!)”
- Esei bahasa inggeris aku pilih use of security cameras in public places, some object because it encroach people’s privacy, give your stance…
(antara point yang aku rasa pelik sebab byk “the” dalam satu ayat “The wider the usage of the security cameras, the wider the safe zone the public would be in” Betul ke ayat aku nih??)
- Kalu dulu separuh soalan math aku tak siap, this time suku je siap!!!! Tembak la ape lagi!
Result maybe sebulan plus baru keluar… Teringat result SPM, oohhh bagaimanakah result adik gemukku?? Mampukah die dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2008? Aku suruh die masuk uia je… amik akaun, tp die science straem, aku tak galakkan die amik kos sains2 sebab die rabun warna, belajar mungkin tak efek, tapi kerja nanti pasti!
Weiihhh ade sapa2 nak bagi aku keje tak? Kalu takde keje baru menjelang Mac ni, aku kene teruskan jugakla keje aku sekaranggg? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Pernahkah anda lalui saat-saat ke”muak”an yang tidak tertanggung lagi…
Saat seolah-olah “i’m at the wrong place at the wrong time…”
Saat hari-hari selalu tak seronok…
Hari-hari macam terpaksa…
Hari-hari makin gemukly stressed…?
Ada berpendapat i’m just being personal…
Personal feelings has no regard in work… professional work
Yep, i hate a person…
She’s my immediate boss…
A total jerk!
An experienced lawyer yes but a jerk
Yucks!
God why you create her…
for amongst all staff, why i’m destined to work under her?
When everybody hate her they can just turn their back on her
but not me who have to swallow everything…
Her mouth is so wide she wants to speak everything in this world
Including her pussy??? Euuwwhhh
Kerja baru!!!
Datanglah jemput aku…
for i can’t bear myself being unemployed even for a day
i just have to earn for my living i can’t just quit
Nak berenti
Nak berenti
Nak berenti…
Harta
Harta datang dalam pelbagai bentuk
Paling utama wang ringgit
emas berlian…
Ada harta yang bertambah nilai… Hartanah contohnya
Namun harus ingat tips ini yang disebut 3 kali
“Location… location… location!”
Supaya tak terbeli rumah sebelah loji kumbahan,
tepi lereng bukit nan runtuh,
mahupun di kejiranan segah nama Bukit Beruntung
hartanah tiadalah berharga lagi…
Harta juga susut nilainya…
Macam kereta van mahupun MPV
Harta begini liabiliti
Duit makin lama makin habis semata-mata memilikinya
Dulu anak adalah harta
Sekarang anak pun dah jadi liability
“Tanggungan” katanya
….
Aku baru menambah harta semalam…
Dah lama nak memilikinya
Chef knife! Hahaha lepas ni boleh memotong-motong dengan bongkaknyer!!!
Beli kat giant…
Pas beli harta semalam, gi servis harta percuma Allah beri kat Sri Gombak..
Harta perut perlu diservis dengan diSUMBAT makanannnn!!! Nyam3


Sorang 14 henggeeettt (makan bertiga) … adooii!
Harta2 lain…
Penapis sayuq IKEA
iKEA pots… a set of three
Prata pan (?) Giant…
Blan 4 insyaAllah nak masuk umah baru…
Sek bek “harta” agak byk…
hehehe
Aku layan face book tadi,
terpandang iklan ni…
Penangan pengharaman pengamalan YOGA oleh JAKIM ke atas Muslim, kelab-kelab kesihatan nampaknya tiada pilihan untuk tidak ketinggalan mengumumkan kelas-kelas yang mereka anjurkan adalah halal demi menarik perhatian pengguna Muslim. Agak menarik juga perkembangan ini, mungkin kita boleh buat kelab senam robik mesra Muslim, ada kemudahan surau, jadual kelas yang tidak bertindih dengan waktu solat, kemudahan kafe untuk berbuka puasa bagi aktiviti kesihatan sepanjang Ramadhan, suasana menutup aurat dan yang penting yuran berpatutan!
Tak terbayang brochure2 gym2 franchaise yang mahal tuh ade logo halal JAKIM satu hari nanti! Sebenarnya kuasa pengguna Muslim Malaysia (atau tak mustahil seluruh dunia) sangat berpengaruh, kita yang tak perasan dan gagal memanipulasi keadaan ini. Memanipulasi untuk kebaikan la..
Kali terakhir aku perform zapin sebelum hari ini ialah
pada penutup Sport Carnival UIA… Atas trek merah yang menipis dan sudah tidak lagi memberi “baunce effect” kepada para pelari, pejalan mahupun penari… Kerasnya lagi dua tiga cubit lagi nak sama seperti keras jalan raya…
Namun hujung minggu ini kembali terisi dengan aktiviti seni. Reinforcement (lagi..) untuk team zapin UIA yang kepupusan ahli. Bergegas ke raptai selepas solat maghrib di ofis, training di tengah-tengah lalu lalang pelawat booth2 kelab2 uia, ber”jejak kasih”an dengan beberapa personaliti sastera seperti Cik Nas, re-connect dengan junior pantun, paling tak bley blah terjumpe jugak mamat2 sebatch dok tolong2 junior gak dalam performance team2 art yang lain.. Hmm, aku tak keseorangan la.. hehehe
Persembahan kali ini di pentas yang didirikan di dataran commercial area depan masjid (betul2 depan tempat parking van jenazah tu)… Sambil menunggu-nunggu giliran raptai bersama team member yang lain, mendengar diorang berborak-borak pasal study, lecturer, project report, aku terbawa-bawa memori zaman-zaman belajar dulu… namun kali ini perasaan terbawa-bawa itu menjadi-jadi sampai tiba-tiba aku risau dalam hati, “Eh, aku lepak-lepak kat sini ni assignment aku dah siap ke?” Sebelum aku cepat sedar bahawa, “Weeiihhh, aku dah kerja la….! Takde apa yang aku perlu risaukan.. exam , assignment, tutorial.. no.. no… no!” Hahahaha Bukan ape, dua tiga orang jugak la yang menyangka aku masih student, malas la nak tanye soalan ni balik kat diorang, “Do I really look that young?” Muahahahaha… 3 tahun sudah aku tinggalkan zaman’kelas-study-assignment-revision-exam’ ni… Rasa macam sekejap je…
Hari ini berpagian awal, performance pagi dan tengahari… Sempat 2-3 round perform depan booth zapin team sambil orang lalu-lalang… Rasa macam pro je Muahahaha
Persembahan pagi agak janggal sebab jarak penonton dengan kitorang sangat dekat.. terlalu dekat sampai melangkah pun takut-takut… Walaupun selangkah dua menggel, tapi layaaan kan aje sorakan diorang… Best pasal perform kat uia ni sebab penonton sporting la… Dak uia tak kira interest background memang selalu exited kalau tengok cultural performance… Maybe U lain susah nak dapat sebab kat sana raaaammmmaaaiii sangat student yang boleh a.k.a. berbakat atau berminat untuk join sebagai performer… So, macam tak heran la kalau tak pegi tonton persembahan kebudayaan pun..
Persembahan sebelah tengahari bermula 2.30 pm… Dan giliran team kitorang memang paling optimum la suhu dan kepanasan matt martial art yang dibentang untuk demo taekwondo, juga “pentas” kitorang nanti… Performace kali ini agak historic sebab (1) First time bawak zapin sebat dari sarawak dan (2) First time persembahan buat 3 orang jeee… Kesiannya kelab ku…! Alhamdulillah tak menggel, cuma kaki hampir melecet sebab rasa macam menari atas dapur je.. addooiii.. senyum kena senyum, dalam hati damn! damn! damn!
Hmmm.. satu yang aku perasan, design kerawang aku dah melambak-lambak junior guna wat poster la, bunting la… t-shirt la… Hmmm, walaupun xdapat royalti, tapi rasa bangga jugak la sebab ade orang appreciate kerja aku, mesti la bangga kan?
Lagi satu yang aku perasan dak uia sekarang, disamping laptop dibawa kemana-mana, mesti bawak kamera dslr sendiri untuk merakamkan event2… raaaammaaaiii sangat yang berjalan2 sambil dslr dalam genggaman.. tak kira yang
berpakaian ketat menampakkan bentuk “jamban” mahupun yang bertudung labuh… maybe berbanding zaman aku antara barang wajib dibeli guna ptptn or jpa ialah pc dan handphone, dak uia sekarang mesti ada pc, handphone, laptop dan kamera dslr… Bagus la, makin tinggi permintaaan, makin competetive la harga dslr nanti… zaman anak-anak kita mungkin dslr dah gune sejak diorang sekolah rendah, dan masuk U, dah pakai kamera photogarpher F1 yang macam teleskop anak bulan tuh! Wawawa
tak terbayangkan muka aku bertebeng kat photopages mana2 wat performance tadi.. malunya…
Berlaku sehari sebelum Hari Raya Cina… Aku ditugaskan ke Developer’s site opis kat hujung alam,
yang sebenarnya bukan giliran aku tetapi loyer laiinnn!! Semua orang mcm tertipu,
dan apabila semua sudah tahu perkara sebenar, semua orang buat-buat tak tahu..
Aku yang bujang la kene berkorban untuk mereka-mereka yang nak balik
jumpa mak ayah mertua merata Malaysia.. huuuuu…
Memang awalnya tak plan nak balik kampung, tapi mcm gatal jugak kaki
nak merempit, sebab last minit decide, so tiket bas kompem takde.
Motor dah repair sikit, yang pada akhirnya ntah ape2 yang direpairnyer
aku pun tatau.. melayang RM80!
Ah, belasah je la..
This was my first time riding a motorbike to hometown…
sepatutnya pengalaman paling best…
jadi pengalaman paling ngeri..
Mujur.. terlalu mujur aku balik tidak berseorangan, tetapi dengan adik aku yang
memang dah puluh kali merempit dari KL ke Tapah…
Nak dijadikan cerita, masalah motor akhirnya
bernoktah dengan motor dah tak bleh press lagi
Clucth die dah tak lekat dah dengan enjin,
kalu berenti tak idup enjin, gear 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke… bleh je tolak ke depan…
Nak start enjin pun dah tak boleh
Last2.. adik aku tolak motor aku dengan kaki die DARI R&R RAWANG DEPAN SIKIT…
SAMPAI KAMPUNG MAK TEH TAPAH ROAD!
3 JAM!
Ya Allah kesian aku, kesiannnnn lagi adik aku…
Berenti rehat di R&R Tapah sambil adik aku mengepam “aircond”…
Whenever I look into these pictures, I feel energized! Hilang segala duka!
My cute anak sedara yang pantang di sua kamera… hehehe Qistina Hanim





Bakal mengikuti jejak langkah Neneknya yang excel dalam badminton zaman sekolah-sekolah…
maybe this time lebih power, muslimah pertama mencapai Rank Pemain No. 1 Dunia, InsyaAllah!!
Eh-eh Hazeem pun tak ketinggalan, like kakak like adik!

Aku suke bertangguh… Alasan paling konkrit; “ala, nanti aku buat jugak…”
Bab apdet blog antaranya… Byk peristiwa yang aku sempat rakamkan,
tapi bile dah bertangguh lama2, peristiwa itu macam dah tak relavan lagi..
Malam ni ntah kenapa aku rase malas dah nak tangguh bab apdet-mengapdet nih..
So, untuk 2-3 post lagi, sebenarnya ia adalah posting2 yang sepatutnya aku dah lame letak dulu,
cuma aku letak jugak sebab aku rasa ia penting… tu je!
Cuti 3 hari ni (sempena Thaipusam) aku banyak habiskan masa depan komputer,
sebab paling utama ialah aku nak install Photoshop (PS) dalam CPU aku nih..
lame dah tak edit-mengedit.. rindu gile!
Install punyer install, sampai aku tersengguk2 depan PC petang tadi!!
Dan sedihnyer menjelang 12.00 tengah malam tadi, aku masih gagal install PS..
7 jam lagi nak keja dah, sie2 saja cuti 3 hari!
Macam-macam problem, punyalah aku berusaha nak install,
sampai kat tangan aku sekarang ade 2 installer PS CS2, satu installer PS CS3 dan yang aku beli sendiri PS CS4!
SEMUANYA PROBLEM!
Sabar je la… Ingatkan dah boleh mengalihkan stress kerja sebelah siang kepada kerja design-mendesign sebelah malam..
Hmm, nampaknya tak start jugak lah minggu nih…
Sebelum ni stress dialihkan melalui joging ke, swimming ke, training zapin ke..
Tapi akhir-akhir ni hujan sebelah malam, joging tu mmg dah tak bleh lah,
swimming pun sama, nak2 pool tgh repair until further notice..
Request untuk performance ader, pack plak tuh.. tibe2 je kan?
Clash plak ngan training citrawarna, haiih, mane satu nak pegi nih..?
Training citrawarna dah la jauuuuhh nun kat MPAJ..
Pas keje nak balik umah, tukar baju, kluar balik…
Nape la tak wat kat stadium negara cam tahun lepas?? Leh aku trus gi pas opis..
Stress sangat ke kerja aku? Conveyancing je pun?
Aku suke je kerja ni, tapi kerenah immediate bos aku, walaupun bagi aku agak personal,
tapi kalu dah tiap-tiap hari mengadapnyer… Ya Allah, memang sape2 pun penat!
Aku bukan tak pernah kerja bawah perempuan sebelum ni,
tapi yang ni memang special case sikit… Kalu die kawan aku, bahasa yang sesuai aku gambarkan die ni
POYO! Mcm bagus…! eish! Penat lah! Sekarang pagi2 aku gi kerja susah hati je..
Nape la di saat-saat Bos besar dah bagi kebenaran terminate contract, takde plak offer datang??
Apapun tahniah pada rakan bijaksana akak H kerana akan memulakan karier di LHDN Putrajaya bulan depan
(aku plak tgh gelabah sbb kalu xde loyer baru, nampak sgt aku yang kene take over fail die
yang baaannnyyyaaakkk gile ittew),
aku tumpang gembira sbb kitorang mmg selalu meluahkan keluhan sesama sendiri…
Tahniah jugak kepda Pitat yang telah seminggu memulakan karier baru juga di LHDN, tapi lebih
kaya plus penjimatan berganda sebab dihantar ke Teluk Intan… jeleuosnyerrrr!
Begitulah ye Tuan-Puan, badan tgh bleh kerja ni.. semua benda nak buat!
Ya Allah berikanlah kekuatan!
(sape tau mane2 kelas muzik traditional? Ingat nak belajar violin or gambus la..)
Sekarang RM1,000 pun dah bleh dapat full set brand new desktop, flat panel monitor lagi, of coz la student package! Aku ingat lagi first sayang aku full set berharga RM2,100! Kopak duit JPA aku! (JPA ye, bukan PTPTN heheheh, tp duit poket RM1,500 tak bayar lagi!)
Bagi sesiapa yang tak sempat apdet pasal latest PC hardware cam aku, ikut cadangan abang aku camner nak beli PC kat loyat:-
1. Gi link ni klik Ni site kedai PC kat wangsa maju, die dah list out PC price ikut specification yang kite mahukan, cam spec bisnes, game, graphic and dipecahkan kepada 2 processor utama iaitu AMD dan Intel. Tapi kedai wangsa ni memang mahal la… Bagus jugak die provide package list tuh.
2. Bawak spec yang kite berkenan tu ke loyat. Jangan la print bulat2, nampak sangat kite tengah wat comparison! Salin je dalam kertas/buku cam aku…
3. Tanyer la best price ikut bajet kite. “Bos kalu spec ni u bleh bagi berapa? Yang spec ni plak? Yang ni? Yang ni?” Jangan la ko tanyer sampai semua spec dari student package sampai ke graphic deluxe pulakk hahaha… Amik ikut keperluan la, kalu nak taip word je, jangan la pi amik spec graphic kaw2! Membazir je!
4. Opp, jangan lupe, gi loyat beli PC jangan naik moto @ public transport dan jangan pergi berseorangan! Banyak la barang nak angkat! Aku nyaris naik moto ari tu, gile ke ape? Thanks to Pidin pinjamkan kereta. Thanks juga kepada Tengku Ja ngan Echah yang turut membantu angkat barang hehehe
Aku dapat PC (cpu sahaja) dengan harga yang tersangatlah berpatutan dengan spec game Intel. Huh, bile aku cakap PC aku spec game, tekalah sape yang beria-ria nak PAU pc aku nak lepaskan gian main game?
Blue’s Clue: PengePAU lah!

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru