You are currently browsing the monthly archive for Mac 2009.

Pada tanggal 29 Mac 2009 yang lalu, genaplah setahun usia blog wordpress aku.
Aku sebelum ini pernah menggunakan blogspot namun berubah hati kepada wordpress.
Namun setelah aku berjaya mendapat pengunjung tetap, aku mula berfikir untuk meletakkan iklan sebagai passive income. Barulah aku tahu, wordpress percuma tak boleh letak iklan. Sedih!

Kalau nak letak jugak, kena buat domain sendiri, namun posting/entry lama tak boleh dapat balik sebab wordpress free tiada access ke database. (Kalau ada siapa2 boleh tolong pasal ini, pls let me know!) So, aku ada dua pilihan:-

1. Membuat domain baru dengan sedikit kos menggunakan wordpress lalu meletakkan iklan; atau
2. Menghidupkan kembali blospotku secara percuma dan mula letakkan iklan.

Antara keduanya, aku masih tidak dapat membuat kesinambungan daripada blog sekarang ini, terbaik hanyalah membuat link ke blog ini di blog akan datang.

So, kepada pelawat bijaksanan sekalian, bersedialah untuk apa-apa kemungkinan.

Sebelum itu, jom tiup lilin and makan cupcake ramai-ramaiiii!! Jemput2!

cup-cake-pink-candle

Ringkas statistik blog aku yang terkini:-
1. Views untuk bulan Mac 2009 adalah paling tinggi iaitu 961 views. Mungkin sebab bulan ini paling banyak aku update sebab aku dok mengadap internet sebulan tak kerja nih. Hehehe
2. Antara search engine terms yang mencadangkan blog aku untuk hari ini ialah:-
- perempuan duduk terkangkang Hahaha (mungkin sbb posting aku complaint penari Melayu berpakaian ketat terkangkang kobak blabla masa Citrawarna)
3. Entry tertinggi dengan 81 views ialah pasal Tips Jual Beli Hartanah 1. Ini sememangnya tema entry-entry yang akan aku selalu apdet lepas ni. Hehehe

Terima kasih kepada pemilik-pemilik blog yang meletakkan link ke blog saya di blog mereka.
Ya, anda yang sedang membaca blog ini!
Tanpa anda siapalah saya!
Terima kasih, syukaran jazilan, thank you, merci, arigato gozaimasu, maramin maramin salamat, gomasumida, muchas gracias, blablabla

Lanjutan daripada entry dengan tajuk yang sama pada 25 Mac 2009 yang lalu, aku akhirnya menerima maklumbalas tuan yang terhormat tersebut. Sesuatu yang aku jangkakan. Hmm, malaslah aku nak bicara panjang. Anda nilailah sendiri.

Mesej balasan dari tuan terhormat tersebut berbunyi begini:-

Saya tidak menyalahkan tuan dalam hal apa pun. Tetapi saya hanya ingin memberi tahu tuan kalau Zapin itu adalah tarian Tanah Melayu seperti yang saya sudah katakan sebelumnya. Hal ini perlu saya katakan karena saya takut banyak warga Malaysia berfikir, “Tari Zapin itu adalah tarian Jawa, Bugis dan seluruh daerah di Nusantara, oleh karena itu tarian Bugis, Jawa, Lampung, dan dearah Nusantara lainnya adalah tarian Malaysia juga. Oleh karena itu wajar sahaja kalau tarian Nusantara lainnya juga di-copyright oleh Malaysia atau digunakan sebagai iklan untuk perlancongan ke Malaysia.” Dan saya yakin bahwa festival ini akan membuat banyak warga Malaysia berfikir bahwa seolah-olah Tari Zapin ditarikan oleh banyak dan pelbagai masyarakat di Indonesia, padahal hanya di tarikan di Sumatra, terutama di Tanah Melayu atau oleh orang Melayu pendatang di daerah luar Tanah Melayu.

“Jika tuan utuh berpendirian begini, maka tuan pasti bersetuju bahawa zapin sepatutnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab,…” Di Indonesia memang banyak orang yang berpendapat bahwa budaya Melayu itu tidak berbeza jauh dengan budaya Arab (kecuali dalam hal makanan, baju adat dan beberapa satuan budaya lainnya), tetapi budaya Jawa, Sunda, Minang dan yang lainnya berbeza dengan budaya Arab.

“Maaf kalau saya lancang, namun saya nampak isu yang tuan ingin bangkitkan disini seolah-olah mahu mempolitikkan kesenian dan kebudayaan.” Dasar dari rasa prihatin saya memang berakar dari masalah politik. Ini tidak mengherankan karena negara memang sangat berperan dalam hal menentukan budaya dan kesenian seperti contohnya lagu apa saja yang dijadikan lagu-lagu kebangsaan seperti contohnya masalah dengan lagu “Rasa Sayange” yang dulu membesar di Indonesia-Malaysia. Sedangkan lagu ini adalah lagu daerah Ambon dimana banyak lagu dari daerah itu sering menggunakan kata ‘rasa sayang’ dan kata-kata lain yang terdapat di lagu itu yang diwariskan turun-temurun di Ambon. Ini membuat banyak warga Indonesia merasa seperti ditusuk dari belakang oleh Malaysia, karena orang Indonesia banyak yang menganggap bahwa budaya itu adalah sesuatu yang sakral. Bukan sakral seperti Tuhan atau agama, tetapi sakral karena itu adalah warisan dari nenek-moyang yang harus dipegang teguh oleh keturunannya. Memang Islam memiliki banyak sekali peraturan-peraturan tentang hidup, tetapi setelah semua peraturan itu dipenuhi, budaya dari nenek-moyanglah yang menjadi acuan kedua setelah agama yang juga dipegang teguh. Ini mungkin dikarenakan warga Indonesia (kecuali Melayu dan Bali mungkin) cendrung membedakan antara agama dan budaya, terutama agama Islam dan budaya Arab, sedangkan di Malaysia mungkin agama dan budaya tidak berbeza jauh. Oleh karena ini semua, untuk mencegah adanya permasalahan lain di masa mendatang, saya merasa sangat penting bahwa sebuah tarian itu diperkenalkan dengan daerah asalnya. Warga Indonesia tidak merasa tersinggung bila Malaysia meng-copyright tarian, lagu dan satuan budaya lainnya yang berasal dari Tanah Melayu (walaupun saya cendrung berfikir bahwa budaya adalah milik rakyat dan tidak sepatutnya di-copyright oleh negara.) Tapi akan sangat sakit hati kalau sebaliknya dilakukan.

Sekali lagi mohon maaf kalau saya sangat berlaku sebagai pengganggu. (Kalau anda sendiri tidak perlu minta maaf atas apa-apa, sayalah yang sedang mengajukan permintaan). Saya hanya tidak ingin masalah di kedua negara membesar, karena kalau saya bertemu dengan orang Malaysia diluar negri (walaupun dia orang Cina atau India Malaysia) saya merasakan adanya kedekatan. Sekian dari saya. Saya tunggu jawabannya. Salam saya dari Jakarta!:)

Tetapi diluar itu saya sangat sedih dan prihatin bahwa keturunan Bugis di Malaysia banyak yang sudah tidak faham bahasa Bugis dan budaya Bugis dan mungkin menganggap dirinya orang Melayu daripada Bugis.

Manakala balasan TERAKHIR aku berbunyi begini:-

Tuan “x”…

Balasan tuan baru-baru ini menyebabkan saya berfikir panjang, terlalu panjang sebelum saya benar-benar membuat keputusan adakah saya perlu memberi respond balas yang seterusnya. Sebelum saya teruskan, biarlah saya berterus-terang ini adalah mesej terakhir buat saya kepada anda. Saya tidak berminat lagi melanjutkan perbincangan ini.

Saya juga melihat-lihat comment-comment channel milik anda di Youtube.com. Terus sahaja saya terdetik, “No wonder!” I’m sorry but I have just found out that you are a person who loves to argue on anything regardless of its relevance or importance. Ini amat berbeda dengan budaya atau latar belakang saya bahkan ramai lagi rakyat Malaysia, bahawa kami tidak suka berdebat yang bukan-bukan. Kalau ada pilihan, kami lebih suka mendiamkan diri dan meneruskan kehidupan seperti selalu.

Tuan “x”, saya menghormati sesiapa sahaja tidak kira asal keturunan agama mahupun kerakyatan. Sekali lagi saya jelaskan, saya adalah orang-orang biasa, tidak punya pengaruh dalam politik mahupun keputusan-keputusan kerajaan. Namun saya amat sedih dan kecewa kerana respond tuan seolah-olah menjadikan diri saya mewakili seluruh rakyat Malaysia. Menggunakan perkataan “ditusuk dari belakang oleh Malaysia” amat pedih untuk saya terima, dan saya membuat kesimpulan tuan adalah seorang yang tidak menjaga adab dalam berdebat atau berhujah dan menggunakan perkataan dengan semberono tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ini juga adalah antara sebab saya tidak lagi berminat melanjutkan perbincangan kita. Maaf. Namun itu tidak bermakna saya tidak lagi berminat mengikuti perkembangan Indonesia, malah saya teringin juga ke Bali kerana saya dengar pantai di sana sungguh cantik.

Hujah-hujah tuan dalam respond yang lalu tidak sedikit pun menarik perhatian saya, malah saya faham semua ini berakar dari failure to appreciate history. Tuan harus faham dan menerima hakikat bahawa sejarah dan perkembangan sosio budaya Malaysia dan Indonesia amat jauh berbeza. You always make reference to this and that ethnic; Java, Bugis etc. but you just have to accept that we Malaysian regards these ethnics comes under one race i.e. Malay. Ini memudahkan kami walaupun masih timbul perdebatan dan percanggahan akan pendekatan mendefinikan “Melayu” terutama berkenaan hak-hak Melayu di sisi undang-undang di Malaysia. Percayalah, perdebatan akan jauh lebih teruk sekiranya kami membeza-bezakan etnik-etnik ini! Namun, adakah rakyat Malaysia berbalah dan berbunuhan hanya kerana isu kecil itu? Mungkin berlaku sedikit ketidak puasan hati di sana-sini hasil tangan-tangan politikus berkepentingan, namun kami masih meneruskan kehidupan seperti biasa kerana kami perlu makan dan minum secukupnya, belajar, berkerja dan berehat seperti manusia lain. Kami tidak sekali-kali akan berdemonstrasi berhari-hari malah berbulan-bulan seperti negara-negara jiran kami, kerana kami dibesarkan begitu, kami dididik begitu, kami diajar bahawa masih banyak lagi perkara dalam kehidupan jauh lebih penting daripada meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan. Rakyat Malaysia telah melalui banyak pengalaman pahit tentang perpaduan rakyat, dan kami banyak belajar dan lebih menghargai perpaduan dan keamanan yang dikecapi, lalu untuk berbalah dan berhujah mengenai budaya itu milik siapa hanyalah satu lagi isu yang kami boleh terus tutup telinga lalu meneruskan kehidupan kami dengan aman dan tenteram.

Subjek yang kita bincangkan pada mulanya hanya berkisar satu point kecil dalam kebudayaan iaitu TARIAN RAKYAT/ FOLK DANCE. Tarian rakyat sepatutnya menghibur dan memeriahkan hubungan persaudaraan sesama ahli masyarakat. Namun untuk berbicara panjang atau berantakan sama ada sesuatu tarian rakyat itu milik negara apa apatah lagi samada ia harus di copyright bagi saya adalah usaha yang membuang masa. Tuan, tarian adalah tarian. Manusia bisa sahaja hidup tanpa tarian, mungkin kehidupan akan menjadi sedikit bosan, tetapi hakikatnya hiburan itu datang dalam pelbagai bentuk dan untuk sekadar bermati-matian membincangkan tarian itu atau tarian ini milik siapa is not worth the arguments at all! Tuan, get a life!

Saya masih berpendapat tuan haruslah membawa perkara ini ke meja akademik jika tuan benar-benar mahukan penyelesaian. Saya dapati hujah-hujah tuan sangatlah berat dan untuk membincangkan perkara-perkara berat di Youtube bagi saya adalah satu lagi perkara membuang masa. Lihat sahaja komen dan respond di channel tuan, kesemuanya tidak relevan dan hanya mengundang lebih banyak spekulasi dan menonjolkan kejahilan masing-masing. Berhujah biar menepati adab. Isu yang dihujahkan, tempat mahupun masa biarlah jelas dan tepat, dan hasratnya biarlah tulus dan murni iaitu untuk mencapai kata sepakat dan meghormati perbezaan, bukan sekadar menambah kecelaruan apatah lagi menabur benih-benih kebencian sesama sendiri.

Tuan harus sedar tuan hanya mewakili sebahagian kecil sahaja khalayak negara tuan apatah lagi jika hendak dibandingkan oleh seluruh penduduk dunia. Bayangkan apa akan terjadi kalau semua orang pun dipaksa menerima pendirian tuan, maka pastinya tarian bharanatyam atau odissie tidak boleh di panggil tarian Malaysia kerana negara India berhak keatasnya, begitu juga tarian lion dance lebih berhak kepada negara China, malah tarian hiphop adalah milik mutlak Amerika. Tidakkah tuan sedari tarian ini mampu hidup dan dikembangkan ke peringkat global dengan penganjuran pertandingan tahunan bertaraf antarabangsa kerana pengasas mahupun pengamalnya tidak berpendirian sempit seperti tuan? Baru sahaja hendak memperkenalkan tarian zapin negara-negara Nusantara sudah terus melatah dan meniup semboyan sengketa. Kalau begini takkan berkembanglah tarian-tarian di sekitar Nusantara ini kerana semua tidak boleh dikongsi, semua harus ada copyright. Yang rugi masih juga orang-orang kita, kerana anak-anak muda Malaysia mahupun Indonesia berterus-terusan gembira menarikan dan menajamkan kemahiran tarian-tarian barat pujaan mereka yang percuma tanpa copyright itu!

Berkenaan kesedihan anda tentang perkembangan orang Bugis di Malaysia atau apa-apa etnik sekalipun yang bukan berasal dari Tanah Melayu seperti keturunan Mamak yang tidak lagi tahu berbahasa Tamil/ Hindustan, keturunan Cina yang hanya bercakap bahasa Inggeris, keturunan Syed/Syarifah yang tidak tahu lagi berbahasa Arab, keturunan Jawa, Mendiling, Banjar dan apa-apa keturunan lagi, apa yang dapat saya lakukan hanyalah “tumpang bersedih”. Sekali lagi, apakan daya, manusia itu berubah mengikut peredaran masa, kehidupan harus jua diteruskan.

Maaf. Saya tamatkan perhubungan singkat kita di sini sahaja. Terima kasih atas pehubungan ini.

Iklan kempen EARTH HOUR 2009 dah bermula berbulan lalu.
Iklan paling best bagi aku iklan Sarimah dengan Zainal Abidin, sebab suara penyek Sarimah mase sambung lagu Hijau
nyanyian Zainal Abidin dengan pitcing sumbang kedengaran kelakar.

Zainal Abidin : “Kulihat…”
Sarimah : “HITAAAaaaaAAAAAAAaaaaaAAAAAaAAAAAAaaaaaaaaaaaaaAAAAAaaaaaaaMMMMMM!”

37

Untuk banyak lagi iklan-iklan EARTH HOUR MALAYSIA klik sini!

Detik 8.30 malam 28hb Mac 2009 tiba jua!
Hahaha, mule-mule aku ingatkan takde siapa nak ambil pusing pasal bende ni kat rumah aku.
Tapi ternyata aku silap! Budak-budak umah yang lain dah tutup lampu tepat 8.30 malam, siap Safwan sanggup seterika baju dalam gelap sambil mengadap TV!?
Aku pulak masih terkial-kial di dapur dengan lampu masih terpasang menyiapkan makan malam aku!
Pukul 8.40 malam baru aku padamkan lampu dapur! Sorry Bumi, terlambat 10 minit!
Pukul 8.39 malam adik aku kat kampung SMS suruh tutup lampu, means orang Tapah Road pun memberi sokongan padu kepada kempen ini! Yes!
Pukul 9.06 malam Echah SMS bagitau die dan beberapa orang ade training program, dan semua orang sibuk mencatat menjadikan ia mustahil untuk mereka menyertai kempen ini. Sorry, Echah for you were not part of the biggest history ever recorded in 2009! Hahahaha

8Sepuluh minit dah berlalu Earth Hour 2009, aku masih sempat tuang sos atas spegetti, sebelum snap gambar
then baru tutup! Ahahaha

7Makan dalam gelap! (Makruh kan?)

1Kelihatan sosok wan sanusi and pidin atas toto tgk tv dalam gelap,
gambar night mode.

61sosok Wan sanusi and pidin dari angle berbeda

218TV gave full support, no tv program for one hour!

51Mengelat jap bukak lampu tgh nak pegi toilet

4Layan AF7 jugak?

Itulah serba sedikit usaha kitorang untuk mengurangkan pemanasan global, biarpun tak pasti keberkesanannyer, yang penting kitorang dah buktikan kitorang rakyat Malaysia yang sporting! Yeay!!

Can’t wait for EARTH HOUR 2010!

Aku tahu pasal tempat ni masa aku menumpang rumah sewa abang aku kat Sek. 2, Wangsa Maju, sepanjang semester akhir aku kene repeat satu subjek (sahaja). Aku tak pasti la nama rasmi bukit ni, tapi itulah yang abang aku bagitau, Bukit Tonggek hahahahaha.. puncaknya menempatkan kolam tadahan air Wangsa Maju. Memanjatnye memang kene wat gaye bontot tonggek la dek kecuramannya yang mencabar kekuatan otot punggung, peha dan betis. Haa, siapa rasa PEHA FAFAU (macam aku) tu boleh la datang exercise kat sini. Ye la, kalu asyik joging je, panjat tangga ke macam boring plak. Sekali-sekala panjat la bukit pulak, di bawah rimbunan pepohon nan menghijau, barulah refreshing kan?

Kat mana? Cari dalam peta ni…peta-bukit-tonggek-12

33Pejabat TM Wangsa Maju, “trek” mula Bukit Tonggek ialah sebelah kanan

32Ni lah “trek” mula dia, tak payah lari, joging-joging pun tak payah sangat. Berjalan je. Memang kecerunan die mencabar! Tapi pastikan buat regangan terutama bahagian kaki, takut kejang nanti, sape nak tolong plak turun bukit?

34Antara panorama kat situ

35Kecuraman paling mencabar!

30Nak pakai selipar pun boleh, kan makcik?

31Nak buat hulahoop pun bleh! Hulahoop bagaimanapun tidak disediakan, sila bawa sendiri ye.

36Check point terakhir, pintu pagar kolam tadahan air, lepas jumpa ni, just patah balik la, turun bukit balik. Macam tu la biasanya siapa-siapa buat, ulang-alik dalam 5-6 kali, kira ok la. Its better to bring along some friends for you to chit chat with. Kawan yang rajin bersenam jugak la. ahak3

291Lawak paling best pun bleh didapati di pintu pagar tuh. Wat pe la membazir duit beli mangga sejambak macam ni? Kalu pencuri nak masuk pun die hanya perlu bukak satu mangga je, yang lain2 tu hiasan je! Kan menyusahkan nak simpan semua anak kunci? Sambil joging sambil ketawa!

So, pada yang belum cuba Bukit Tonggek, apa lagi tunggu?

Just browsed my personal Jobstreet job application history some 5 minutes ago. Out of three, one of them had been rejected. The feeling of rejection is indeed so awful. And so the inner side of me just shout out loud as a response, “NEXT!” Job, job, come to mama!

rejected1
*Dah la kene reject dengan universiti sendiri, sedih berganda nan berlipat-lipat aku!

Aku mempunyai channel sendiri di laman Youtube.com yang mana aku kongsikan rakaman-rakaman persembahan kebudayaan untuk tontonan umum, terutamnya persembahan zapin. Sepanjang mengendalikan channel ini, bukan sekali pengguna-pengguna laman Youtube.com dari Indonesia “menyerang” ruangan komen yang disediakan di setiap paparan video dan menghentam Malaysia sebagai “pencuri” budaya masyarakat Indonesia. Serangan lebih hebat apabila isu delagasi Indonesia memulaukan majlis yang diadakan di Malaysia suatu ketika dahulu masih panas kerana penganjur iaitu Malaysia sebagai tuan rumah mempersembahkan tarian/persembahan muzik  yang didakwa bukan milik Malaysia tetapi Indonesia. Malah pernah juga aku terjumpa satu channel di laman Youtube.com yang didedikasikan khas untuk menunjukkan bukti-bukti bahawa lagu-lagu rakyat tertentu yang selama ini di popularkan sebagai lagu rakyat Malaysia sebenarnya adalah milik Indonesia. Salah satu lagu tersebut ialah lagu “Rasa Sayang, Hei”.

Aku nampak ini satu lagi usaha memperbesar-besarkan dan mempolitikkan isu-isu remeh oleh rakyat tempatan, bukan oleh pemimpin negara mereka. Sama sahaja dengan isu perebutan wilayah-wilayah tertentu satu ketika dahulu, forum-forum di internet penuh dengan pengguna dari kedua-dua belah negara yang tidak tahu hujung pangkal undang-undang antarabangsa dan sejarah bertelagah sesama sendiri, malah menggunakan kata-kata kesat “mengadili” isu tersebut! Memalukan!

Aku ingin kongsikan satu mesej yang aku terima hari ini dari pengguna Youtube.com. Pengguna ini pernah juga beberapa kali membetulkan tajuk-tajuk video-videoku yang salah, terutamanya bab asal tempat tarian tertentu. Aku hanya mengucapkan terima kasih dan membetulkan mana yang patut, ye lah, siapalah kita yang tidak arif pasal seelok-belok Indonesia, biarlah orang Indonesia yang membetulkan kita. Aku sekadar berpandukan kepada sebutan pengacara majlis sebelum mengumukan persembahan tersebut, maksudnya penganjurlah yang salah. Hehehehe

Mesejnya berbunyi begini:-

“Maaf, kalau saya lancang, tapi kalau di Indonesia Zapin itu adalah tarian Melayu dari daerah Riau, Kepri, Bangka dan Belitung dan Malaysia Barat. Ini semua adalah tanah Melayu. Misalkan ada tari Zapin yang ditarikan di Jawa, Madura, Sulawesi Selatan, Cina ataupun Amerika, tarian itu tetap disebut sebagai tarian Melayu atau tarian dari daerah Riau, bukan tarian Madura, tarian Cina atau tarian Amerika. Macam Melayu, suku Jawa juga berada di seluruh wilayah nusantara dan bahkan luar negri, tetapi tariannya akan selalu disebut tarian Jawa, bukan tarian Malaysia, Cina ataupun Amerika. Jadi sangat aneh atau mengherankan kalau ada ZapiNusantara, karena Zapin adalah tarian orang Melayu atau dari tanah Melayu. Macam itu pula, kalau ada tarian Bugis yang dipertunjukkan di Malaysia atau Afrika Selatan. Walaupun kedua daerah ini memiliki banyak keturunan Bugis, tarian itu tidak boleh disebut tarian Malaysia atau Afrika Selatan, melainkan tarian Sulawesi Selatan. Sekian, mohon maaf kalau lancang.”

Hmm, aku macam pelik jugaklah dengan niat pengguna ni. Dia ni nak menyerang aku ke ape? Lalu aku balas je lah macam ni:-

” Tuan “x”,

Saya kurang faham dan kurang jelas apakah isu yang ingin tuan sampaikan.

Melalui pemahaman saya, tuan berpendapat tarian-tarian rakyat selayaknya dinasabkan kepada tanah asal kelahiran tarian tersebut, tidak kira di mana ia ditarikan. Saya bersetuju, tetapi saya tak nampak pun isu yang tuan ingin bangkitkan disini.

Mengenai nama “Zapin Nusantara”, saya hanya mengambil nama program tersebut iaitu Festival Zapin Nusantara anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor. Saya tidak nampak apa-apa masalah dengan penggunaan kata “Zapin Nusantara”, kerana tujuan festival ini diadakan ialah menunjukkan kepada masyarakat akan kepelbagaian jenis zapin yang ada di negara-negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Tuan seolah-olah berpendirian tarian harus dinasabkan kepada nama asal wilayah tersebut bukan bangsa atau ras yang mencipta/mengasaskan dan mengamalkan tarian itu, sebagai contoh tuan berkata tarian Bugis tidak kira dimana-mana ia ditarikan harus dipanggil Tarian Sulawesi Selatan, walaupun yang menarikannya adalah khalayak Bugis sendiri yang menetap di Malaysia atau Afrika Selatan.

Jika tuan utuh berpendirian begini, maka tuan pasti bersetuju bahawa zapin sepatutnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab, kerana itulah asal tempat tarian zapin, yang kemudiannya berkembang bersama-sama tersebarnya Islam ke serata pelusuk dunia melalui perdagangan. Jadi sepatutnya zapin-zapin yang ditarikan oleh mana-mana bangsa/ras/etnik di Nusantara ini seharusnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab! Benarkan?

Maaf kalau saya lancang, namun saya nampak isu yang tuan ingin bangkitkan disini seolah-olah mahu mempolitikkan kesenian dan kebudayaan. Saya pencinta budaya dan kesenian masyarakat saya, masyarakat Melayu Islam yang tinggal di Malaysia. Niat saya meletakkan rakaman-rakaman persembahan zapin di laman Youtube.com adalah sekadar berkongsi dengan orang tempatan dan dunia luar akan kekayaan budaya masyarakat saya, tidak lebih dari itu. Saya lebih cenderung dengan tarian zapin kerana ia datang dengan Islam, lalu sifatnya jelas iaitu sekadar tarian-tarian yang memupuk persaudaraan dan nilai-nilai kemasyarakatan. Saya juga suka menonton tarian seperti Tari Saman Acheh dan juga Tarian Horon/Horonu salah satu tarian masyarakat Turki kerana ia berlandaskan nilai-nilai yang sama iaitu kemasyarakatan dan persaudaraan.

Saya kurang berminat menarikan tarian-tarian Jawa, Mak Yong atau yang sama dengannya kerana tarian ini mempunyai asal keturunan dari agama Hindu, mempunyai gerakan keagamaan dengan maksud tertentu juga mempunyai ritual, bacaan doa dan mantera tertentu. Saya bukan anti Hindu, tetapi saya berpendirian tarian ini selayaknya ditarikan oleh mereka yang beragama Hindu. Begitupun ini tidak menghentikan saya daripada menghargai kesenian sebagai kesenian, jadi saya tiada masalah menonton persembahan tarian-tarian ini dan merasa terhibur dengannya. Lihat sahaja persembahan-persembahan tarian oleh penari-penari Tample of Fine Arts, Kuala Lumpur, sungguh mengasyikkan dan menghiburkan!

Jadi, sekiranya tuan masih mahu meneruskan pertikaian kesenian itu milik siapa ataupun milik negara apa, saya rasa tuan haruslah berbincang atau berhujah secara ilmiah dengan tenaga-tenaga akademik di universiti-universiti yang mengkaji kesenian dan sejarahnya secara mendalam. Saya hanya orang-orang biasa yang mencintai dan mengamalkan seni selagi ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama saya iaitu agama Islam.

Sekian.”

Sebenarnya, aku pun kurang pasti samada aku perlu melayan mesej ini, tapi aku balas je lah. Hahaha
End of story.

Semua,

Setakat saat ini, dengan rendah diri aku mengishtiharkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah TIDAK PERLU DIMANSUHKAN DAN PERLU DITERUSKAN.

Setakat ini inilah pendirianku, dan pendirianku bisa sahaja berubah.

Yang benar,
Alang Tengah Biru Kundang
- Muslim
- Melayu
- Penganggur 20 hari
- Pemegang Sijil Amalan Guaman 2009
- Pencinta dan Pengamal Seni Melayu
- Penutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang masa
- Menguasai asas Bahasa Arab
- Bekas pelajar Sensei Ahmad Shiyozaki Yuki untuk Bahasa Jepun
- Belajar sendiri-sendiri Bahasa Korea
- Berhajat belajar bahasa Cina, Hindustan, Perancis dan Rusia, juga memantapkan Bahasa Arab, Jepun dan Korea

Bersama beberapa teman menonton raptai penuh Citrawarna 2009 semalam di Dataran Merdeka.
Spot terbaik yang tak tersangkakan menjadi tempat duduk kami malam itu;
hujung pentas VIP bahagian hadapan sekali, kami duduk beralaskan platform pentas
sambil kaki berbuai-buai, dibelakang sebelah kanan  kami Dato’ Azalina Othman Menteri Pelancongan
turut menonton raptai yang akan dihadirinya esok pada majlis sebenar bersama-sama DYMM Seri Paduka Sultan Mizan.
“Eh, nampak kurus jugak die ye, dalam TV nampak lain!” Bisik seorang teman.

Hmm, overall persembahan malam tu:-

1. Persembahan terbaik aku anugerahkan kepada segmen kebudayaan India yang dipersembahkan oleh Tample of Fine Arts, Kuala Lumpur (TOFA) dan persembahan kebudayaan Cina oleh (hmm, tak ingat nama kumpulan). TOFA did it again! Menampilkan adat resam perkahwinan India sebagai latar belakang, persembahan ditampilkan sungguh bertenaga dan meriah!!! Dari muzik, gerak tari, pola lantai, para penari yang terdiri daripada semua peingkat umur, wahh memang mengasyikkan! TOFA berjaya membuktikan mereka adalah antara pemain utama arena persembahan-persembahan berskala besar, setelah mengulangi kehebatan persembahan tahun lalu dalam Citrawarna 2008 di Putrajaya! Kumpulan kebudayaan Cina juga menampilkan persembahan yang menarik, kemas, menggabungkan unsur ketangkasan dalam seni Wushu dan kelembutan dalam tarian yang menjadikan kain-kain panjang sebagai props (tak pasti nama tarian ini), persembahan nampak terkawal, simetri… sedap mata menontonnya!

Malam ni aku tonton siaran langsung di TV2. Namun betapa kecewanya siaran di TV gagal menggambarkan kemeriahan sebenar persembahan mereka! Kamera shoot ntah ape2, mase persembahan India, fokus dekat pengantin je banyak! Lepas tu mase ending yang sepatunya best, kamera tengah shoot penari kat belakang dekat2, perlahan baru zoom out ke center stage! Mase ni dah berhenti dah semua orang tak guna lagi nak tengok diorang la RTM oi! Bengong la! Aku terus malas nak tengok, buat sakit hati maki-maki TV adelah. Nasib baik datang raptai! Mujur sangat! Hahaha

Tapi mase persembahan TOFA di TV, jelas kedengaran penonton bersiul bersorak exited dengan persembahan mereka, klimaksnya semakin meningkat perlahan-lahan, sehingga disudahi dengan penuh bertenaga diiring tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton! Tahniah sekali lagi TOFA!!!

2. Segmen belon berkembar kiri dan kanan pentas dengan penari tergantung dibawahnya membuat aksi ala2 terapung-apung menari di udara sepatutnya boleh menjadi gimmick yang hebat tetapi sebaliknya meninggalkan kami tertanya-tanya, “Motif!?” Sebab agak lengthy dan masa tu memang persembahan bertumpu kepada diorang dan semua pun cam , “Ape ni? Diorang nak wat pe sebenarnyer?” Hahaha

3. Segmen paling kelakar (bukan sebab lawak tapi sebab nampak bodoh, minta maaflah para performer sekalian) ialah segmen yang memaparkan Malaysia sebagai destinasi (scuba diving? ala pe istilahnyer tak ingat!) Menari pakai flippers dengan gogle bawak tuala bagai! Ish, tak berkenan aku!

4. Lighting ke arah perfromer di atas pentas kadang-kadang tak kena, suram semacam! Sia-sia pakai busana berwarna-warni tapi lighting fail!

5. Segmen pasar lambak pun meriah jugak disertai persembahan nyanyian oleh Adibah Noor. Lagi sekali siaran langsung RTM di TV2 sewaktu beca masuk ke tengah pentas, kamera pergi fokus kat beca, mase ni semua pelakon-pelakon pasar pelbagai bangsa dengan pakaian kebangsaan masing-masing menari serentak beramai-ramai dengan gerakan yang sama (nampak sangat meriah sewaktu raptai sebab penuh atas pentas dari kiri ke kanan !) seolah-olah tidak dipedulikan oleh juru kamera, terus zoom kearah mat Arab yang kemudian naik beca, dan beca keluar pentas! Mase tu nampak kaki penari-penari je! Bodoh la RTM!!! Bangang! Macam baru semalam je RTM ditubuhkan, tak mencerminkan pengalaman langsung!

6. Segmen tarian Melayu hmmm, apekan daya… over shadowed by Indian and Chinese performance. Ntah di mana silapnya, center of attention persembahan ntah ke mana-mana, pola agak serabut… Muzik dan koreografi dah menarik tapi macam kurang kick! Hmm sorry la guyz, maybe 2share production harus belajar dari TOFA untuk create wow factor yang lebih berkesan di hati penonton.

Semoga Citrawarna 2010 segmen Melayu berjaya menemukan wow factor nya! Tak sabar juga nak tunggu persembahan TOFA tahun depan!

Secara peribadi, bagi aku kumpulan Melayu yang berjaya sebagai pemain utama dalam persembahan-persembahan berskala besar setakat ini adalah kumpulan Yayasan Warisan Johor.

Tonton clip dibawah dan nilailah sendiri!

Isu kali ini aku tulis dalam point-form, sebab isinya bercampur-campur. Sekadar campur aduk pendanganku mengenai isu PPSMI, jati diri Melayu dan orang Malaysia kita. Anda bebas bersetuju atau berbalah pendapat denganku, kerana aku bukanlah Kementerian Pelajaran atau Perdana Menteri sekalipun yang merupakan sole-decider dalam isu-isu pendidikan negara.

1. Aku selalu “menyindir” adik-adikku bila sahaja mereka merungut DVD yang aku bawa pulang untuk tontonan bersama di kampung tidak mempunyai mode sarikata berbahasa Melayu. Biasanya sindiran aku berbunyi begini, “Ala.. kate belajar Bahasa Inggeris dan Sains dalam Matematik,” (memang aku selalu tersasul pun bila sebut istilah gemilang ini) “Bukanlah, Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!!” Jawab mereka ketawa…

2. Aku mengaku sepenuh-penuh pengakuan bahawa ketika keputusan PPSMI dibuat dahulu aku tidak pernah merasakan ia perlu, malah membuang masa dan mengambil langkah ke belakang, apatah lagi membaca atau mendengar alasan pihak berwajib bahawa PPMSI perlu bagi memastikan penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar kita bertambah baik.

3. Setelah beberapa tahun perlaksanaannya, reaksi aku terhadap isu PPSMI bercampur-campur (cewah, ala-ala laporan BSKL dagangan ditutup bercampur-campur!) Bagi aku (setelah menimbangkan BANYAK pandangan pro dan kontra) untuk memansuhkannya sekarang selepas enam tahun adalah satu (lagi) pembaziran dalam perlaksanaan polisi-polisi pendidikan kerajaan. Samalah juga seperti perlaksanaan dan pembatalan Penilaian Tahap Satu (PTS) suatu ketika dahulu. Kita tidak habis-habis mengatakan/ membuat keputusan/ bereksperimen untuk anak-anak kita, yang ini baik untuk mereka, yang itu tak baik untuk mereka, namun setelah kita rasa keputusan itu tidak lagi relevan, kita batalkan begitu sahaja, tanpa mengucapkan, “Minta maaf anak-anakku! Ayah/ibu telah membuat suatu tindakan yang salah!”

4. Namun, untuk meneruskannya (PPSMI) bulat-bulat, aku masih dan masih lagi percaya realiti yang pahit pasti terpaksa ditelan oleh khazanah warisan bangsaku; BAHASA MELAYU. Namun, adakah perjuangan memartabatkan bahasa Melayu akan terhenti dengan pemansuhan PPSMI ataupun ketika PPSMI tidak pernah pun dilaksanakan? Adakah pula ia akan bertambah hebat selepas ini sekiranya PPSMI terus dilaksanakan? Mari kita lihat atau imbas serba sedikit realiti Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melalui kaca mata aku nan berlapis ini dalam point2 yang seterusnya.

5. Aku bukan “mangsa” PPSMI, namun aku bertuah sebab emakku guru bahasa Inggeris di sekolah, biarpun itu bukanlah penentu utama pencapaian bahasa Inggeris kami adik-beradik. Mak selalu memarahi kami dengan arahan “Get lost!” kalau kami menyibuk mengganggu kerja-kerja mak di dapur atau di mana sahaja. Kami memahaminya tanpa perlu ia diterjemahkan oleh mak, iaitu kami harus berambus dari pandangan mata mak, walaupun setelah semakin dewasa aku mendapati “Get lost!” agak susah diterjemahkan secara literal (Sila hilangkan diri anda!), apatah lagi menerangkan hukum nahu atau grammar yang terbabit dalam ayat yang mengadungi hanya dua perkataan itu. Kami faham bila mak tanya “Have you take your bath?” namun kami sebenarnya tidak tahu menjawabnya dengan betul apabila menjawab begini, “Dah ambik (merujuk kepada take) dahh!” Memahami bahasa melalui perbuatan harian tenyata pengalaman amat menarik, terutamanya apabila kita faham sesuatu terma atau frasa itu tetapi kita tidak pasti bagaimana harus diterangkan maksudnya! Ia membayangkan suatu yang eksklusif bila kita dapati tiada cara lain menerangkannya (Terasa macam bangga gila bila budak-budak lain tak paham atau cuba meminta maksud GET LOST!). Contoh macam orang utan, dalam bahasa Melayu orang utan dalam bahasa Inggeris pun orang Utan, sebab orang utan hanya eksklusif di Borneo, pulau dimana mereka merujuk binatang comel berbulu panjang itu sebagai orang utan.

6. Akhirnya penguasaan bahasa Inggeris kami adik-beradik di tahap bercampur-campur. Aku yakin kami semua mudah faham kalau menonton rancangan berbahasa Inggeris, namun untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, masing-masing di tahap berbeza, apatah lagi membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris. Sebahagian kami merungut jika DVD tiada sarikata bahasa Melayu, namun tidak pernah setakat ini kami merungut Naruto yang berbahasa Jepun hanya menyediakan sarikata berbahasa Inggeris! Naruto merupakan animasi yang menarik, gambar yang cantik dan cerita yang kelakar. Semua ini praktikal dan realistik, kehidupan dalam Naruto dan segala-galanya menjadikan bahasa Jepun seronok didengar, walaupun hanya difahami setelah membaca sarikata berbahasa Inggeris. Samalah juga seperti menonton rancangan Hindustan dan Korea. Sedapnya bahasa mereka! Kami masih bahagia dan gembira melihat kepelbagaian ini, aku sendiri gila Korea sehingga membawaku ke negara itu 3 tahun yang lalu, dan adik bongsuku gila Jepun sampaikan hampir kesemua friend listnya dalam Friendster adalah orang Jepun (which I’m worried my sister is buta-buta being cheated!)

7. Aku pernah dan masih melihat bukan sedikit anak-anak Melayu sekarang terutamanya di bandar yang ibu bapanya membiasakan mereka berbahasa Inggeris di rumah, di pasar raya mahupun di kampung atuk mereka. Kebanyakan mereka bukan sahaja kedengaran kelakar apabila berbahasa Melayu tonggang terbalik, malah pencapaian bahasa bangsa mereka sendiri agak memalukan (Ye la, kalau dah dapat straight A, tapi kantoi Bahasa Melayu, kan kelakar?) Bagi aku ini realiti kelakar yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu.

8. Aku juga mendapati medium pengantara antara masyarakat muda Cina dengan masyarakat muda India, apabila berbual sesama mereka bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Bagi aku ini realiti malang bagi bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu. Namun aku tidak anggap ini masalah besar, tapi bila ada generasi muda Cina atau India mengaku malu berbahasa bangsa mereka (ni betul tau, aku tak tipu!) aku menyamakannya dengan realiti no. 6 – KELAKAR!

9. Aku akan berbahasa Inggeris apabila menghubungi klien bukan Melayu, hanya satu dua sahaja meminta aku berbahasa Melayu kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka kurang baik, dan bukan sedikit juga yang meminta staf yang boleh berbahasa bangsa mereka menggantikan aku supaya mereka lebih faham, dan aku bernasib baik staf bukan Melayu memang ramai di pejabatku (dulu). Di sebalik realiti ramai bukan Melayu lebih selesa berbahasa Inggeris, bukan sedikit orang bukan Melayu mengusai bahasa Melayu begitu baik sekali! Sehinggakan ada yang melatah opocot kalau terkejut! Hahaha Dan tidak kurang juga ramai Melayu boleh berbahasa Cina! Realiti ini bagi aku menarik dan penuh warna-warni!

10. Sektor korporat lebih mengutamakan bahasa Inggeris. Aku tak rasa syarikat-syarikat yang gagal menguasai bahasa Inggeris akan maju dan berdaya saing di Malaysia ini, apatah lagi hendak ke luar negara. Realiti ini wajib diterima semua usahawan negara kita yang menjadikan bahasa Inggeris bahasa kedua (atas kertas, tapi bukan realiti).

11. Bahasa Melayu salah satu khazanah bangsa Melayu, tahap penguasaan dan penggunaan pasti berbeza-beza di kalangan orang Melayu sendiri. Ada orang Melayu tidak tahu atau tidak mahu berbahasa Melayu standard . Mereka lebih selesa berbahasa daerah, dan mengharapkan atau memaksa orang lain memahami mereka. Bukan sekali orang Melayu berbahasa daerah (yang bukan daerah aku pun!) dengan aku di tengah-tengah Kuala Lumpur. “Hello, saye bukan orang negeri tuuutt nape nak cakap dengan saya bahasa tu??” jawab dalam hati la. Bagi saya ini orang macam ni biadap, melainkan di daerahnya tiada televisyen atau surat khabar, saya maafkan. Namun saya bangga dengan orang Melayu yang mampu menguasai bahasa daerah masing-masing, sekali lagi realiti amat kelakar apabila ada orang Melayu malu dan tidak mahu berbahasa daerah sendiri lagi!

12. Kebanyakan orang Melayu berbahasa Melayu standard, namun bukan bahasa baku. Sebahagian besar pengguna bahasa Melayu standard pula mencampur adukkannya dengan bahasa pasar, bahasa daerah dan juga bahasa Inggeris. Realitinya, bahasa Melayu baku dengan sebutan baku hanya diucapkan oleh sebahagian kecil pejuang dan pencinta bahasa (Setelah penyampaian bahasa Melayu baku oleh penyampai TV3 dimansuhkan).

13. Kebanyakan orang Melayu juga sekadar menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengantara, tidak pula mendalami bahasa Melayu dari segi sasteranya secara mendalam, apatah lagi mencintai dan mengamalkannya. Aku sendiri hanya mencintai dan mengamalkan (sekarang dah kurang) pantun dan sajak sahaja, namun agak kurang berminat dengan genre-genre sastera yang lain seperti cerpen, novel-novel sastera, teater atau bangsawan dan lain-lain lagi. Malah aku percaya lebih ramai lagi orang Melayu tidak pun ambil peduli pasal perkara ini. Aku dapati isi yang mudah dan biasa-biasa sahaja dalam kebanyakan cerpen atau novel sastera diterangkan menggunakan kata-kata yang tidak praktikal, berbunga-bunga dan ini menjadikan ia bagus dan sungguh “kesasteraan”. Banyak juga karya-karya kreatif berbahasa Melayu yang mengandungi jalan cerita menarik, mendebarkan dan menyeronokkan dianggap karya picisan oleh pejuang bahasa hanya kerana karya-karya ini menggunakan laras kata standard kurang berbunga-bunga, lebih dasyat lagi ada pejuang bahasa muda merujuk karya-karya sebegini sebagai “buat baca dalam kapal terbang, sebelum landing dah boleh buang dalam tong sampah!” Ini bagiku pejuang bahasa biadap dan macam bagus!

14. Kebanyakan generasi muda Melayu yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa harian tidak ada kaitan langsung dengan point2 no. 11, 12 dan 13; iaitu mereka tidak berbahasa daerah dan tidak juga ambil peduli kesusasteraan bahasa Melayu.

15. Realiti pahit yang perlu diterima, filem atau drama Melayu yang pernah atau cuba menggunakan bahasa Melayu baku dalam skrip kedengaran kelakar dan satu penipuan paling nyata sebab tiada pun orang Malaysia bercakap begitu! Apatah lagi drama-drama korporat Melayu yang berkereta besar, berkot bertali leher bermain golf, berapa kerat sahaja yang berbahasa Melayu semasa bermesyuarat di alam realiti??!!! Realitinya lagi, realiti penggunaan bahasa Melayu sebenar takkan berjaya dipaparkan di skrin TV mahupun layar putih sebab ini tidak dibenarkan! Dan penonton akan berterus-terusan bersedia untuk ketawa menantikan skrip-skrip yang tidak praktikal dan tidak realistik ini.

16. Bila lah sahaja kita akan mendengar orang Malaysia atau orang Melayu menyebut “Tumpang lalu!” dalam LRT yang sesak berbanding “Excuse me!”? Aku sendiri macam pelik nak sebut tumpang lalu berbanding excuse me. Ini lagi satu realiti kelakar!

17. Orang berkerjaya sekarang berbahasa Inggeris bukannya telo standard, tapi telo Melayu atau Cina, grammar pun bukannya betul, alah orang pejam mata je pun, asalkan faham dan maksud sampai, yes lorr! Aku masa-masa awal kerja pernah disalahkan tak mahir berbahasa Inggeris, padahal aku mengambil masa menyesuaikan diri dengan bahasa Inggeris telo Cina, sebutannya agak laju dan sedikit kelakar! Generasi muda pun sama, cakap bahasa Inggeris konon, berterabur jugak! Setakat nak berlagak je boleh cakap English. Paling tak tahan ade remaja dalam LRT ni guna “Hey, why lah?” Penggunaan “lah” dalam Manglish paling kurang tepat, bile pulak lepas “kenapa” ade “lah”? “Kenapalah?” Bodoh!

18. Bagi aku la, matematik dan sains pun bukannya nak dipelajari dan digunakan sampai ke tua, belajar yang asas-asas pun sudah cukup. Kalau peguam tu, kuadratik ape semua bukannya nak guna pun mase kerja. Samalah juga dengan matematik, bagi aku siapa yang jelas tidak berminat berkerjaya dalam bidang sains atau lemah matematik, belajar matematik moden pun boleh hidup, kenapa nak diwajibkan pelajar semua aliran mengambil matematik tambahan? Sudahlah susah, memburukkan slip keputusan je! Kalau yang belajar ekonomi asas atau perakaunan, tak perlu lah ambil matematik tambahan… Belajar tak pernah lulus, ni nak berbangga lulus mase SPM, sah-sah lah graf turun nak bagi muka kat orang Melayu! Bukan semua manusia otak die cepat tangkap benda teknikal, sebab otak die Tuhan jadikan lebih kepada kreatif. Tak payahlah nak paksa-paksa budak-budak ambil add math. Sape yang confident ambillah, sape yang tak confident tu berilah kebenaran untuk mereka gugurkan.

18A. (Ditambah pada jam 11.59 pagi, 20/3/2009) Dengan mengatakan aku lemah atau lembab Matematik, itu tidak bermakna aku tak suka Matematik. Aku sangat suka belajar Matematik, suka menyelesaikan masalah Matematik malah berjaya menjawab soalan Matematik yang agak susah dengan tepat adalah suatu yang sangat memuaskan! Aku yakin ramai manusia yang “artistic”, yang minda mereka “graphic-pattern-of-thinking” macam aku menggunakan pendekatan berbeza dalam mendapatkan jawapan dalam masalah Matematik, dan pendekatan ini biasanya direka sendiri, agak lambat pada mulanya dan semakin cepat selepas melalui latih tubi berkali-kali. Kalau dalam kelas, memang agak lambatlah nak pick-up ape cikgu ajar, cuma dapat teori je. Balik asrama kene buat latihan dengan dibantu kawan-kawan yang pick-up math ini. (Terima kasih kepada mereka!) Dan tempoh masa latihan yang panjang akhirnya membuahkan hasil ketika peperiksaan sebenarku seperti UPSR, PMR dan SPM. Kesemua percubaan peperiksaan ini aku masih tak score, tapi nasib baiklah sistem peperiksaan Malaysia bukan belajar hari ini, periksa esok! Kalau tak, orang-orang macam aku memang wajib “F” lah kalau tidak “E”!

18B. Subtopik2 tertentu sangat membantu aku dalam kehidupan sebagai penggiat seni, contohnya Pembesaran, sub-topik ini berjaya membantu aku membesarkan lencana sekolah yang aku ukur pada kulit buku untuk melukis mural lencana sekolah yang lebih seratus kali ganda dari saiz asal dengan kemas sekali kalau bukan tepat. Begitu juga dalam mencari huruf centre dalam penyusunan huruf-huruf backdrop pentas, membesarkecilkan imej atau layer dalam Photoshop dan banyak lagi! Kebanyakan subtopik-subtopik Matematik tidak langsung lagi digunakan, malah aku pun dah lupa cara menyelesaikannya. Umur yang semakin dewasa menjadikan aku terus mencipta cara-cara tersendiri dalam penyelesaian Matematik, seperti mengira umur seseorang melalui tahun kelahiran. Katakanlah tahun lahir A adalah 1956. Biasanya orang akan tolak 2009 dengan 1956. Tapi aku akan kira dengan jari, bermula dengan 66 (lipat satu jari), 76 (lipat jari kedua), 86 (lipat jari ketiga), 96 (lipat jari keempat), 2006 (lipat jari kelima), so mase ni aku dah dapat digit puluh umur A iaitu limapuluhan (50-an) mewakili lima lipatan jari, dan aku perlu sambung mengira sampai 2008 untuk mendapat digit sa umur A, bermula dengan 2007 (lipat lagi satu jari) dan 2008 (lipat lagi satu jari), so ada tambahan dua lipatan jari lagi disamping lima yang sebelumnya, jadi umur A adalah 52 tahun yeaaaa!!!

19. Bersambung dari point no. 18 diatas, kita tambah menyusah-nyusahkan lagi anak-anak kita dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Aku percaya ramai juga yang suka belajar malah mahir berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya Sains dan Matematik mereka tidak ke mana kerana mereka tergolong dalam pelajar-pelajar kurang pick-up subjek-subjek teknikal. Aku akan tergolong dalam senarai ini kalau aku sempat menjalani PPSMI. Dah susah-susah belajar dalam bahasa Inggeris, macam dalam point no. 18, akhirnya bukan semua sub-topik dalam matematik atau sains tu pun digunakan dalam hidup! Setuju tak? Habis tu orang Melayu malas tak nak berusaha memantapkan bahasa Inggeris ke kalau menetang PPSMI? Perkara yang kurang perlu kalau disusah-susahkan tambah menyakitkan kepala. Ini masalah sikap dan juga pilihan, memanglah ada pelajar luar bandar menjawab sains dan matematik dalam bahasa Inggeris malah score, tapi kenapa nak dipaksa-paksakan budak-budak yang nak belajar namun penerimaan dan penguasaan ilmu teknikal mereka agak lambat berbanding yang lain-lain? Kesian kat aku!

20. Bersungguh-sungguhnya “pencinta bahasa” berdemonstrasi menyuarakan supaya PPSMI dimansuhkan, tapi tidakkah mereka sedari aspek lain dalam jatidiri bangsa Melayu turut terhakis? Berapa ramai perempuan Melayu masih mahu berbaju kurung atau berpakaian longgar ke mana-mana di Kuala Lumpur atau mana-mana ceruk bandar sekali pun, berbanding mereka yang update dengan fesyen semasa. Kalau setakat berjalan nampak lurah dada tu fesyen lama la, sekarang disamping nampak lurah dada, kalau duduk tu mesti boleh nampak lurah punggung dari belakang. Barulah apdet namenye! Yang lelaki pun, kalu jenama atau warna getah seluar dalam tu mesti boleh bagi nampak mase duduk atau masa tangan diangkat sebab memakai t-shirt muat-muat badan. Jom berdemonstrasi menghalang orang Melayu Islam meninggalkan jati diri Melayu kita! (Boleh ke?)

21. Eh, tapi aku memang peliklah kenapa penari-penari Tample of Fine Arts (TOFA) boleh berbaju kurta sopan tak payah nak pakai baju-baju menari ala-ala penari ballet seluar ketat semua? Kenapa penari-penari perempuan Melayu kena pakai ketat-ketat tersembul tetek bontot semua sekadar nak menari tarian Melayu yang takde pun step-step terkangkang-kobak (bahasa mak aku)? Kenapa? Kenapa? Lebih malang lagi ade juga penari-penari ketat tonggek ini di kalangan penuntut universiti yang melatih bakal cikgu-cikgu untuk anak-anak kita, malu aku! Inikah contoh terbaik untuk anak-anak murid? Ini juga isu jati diri Melayu kita, belum cerita lagi bab-bab orang Malaysia kita yang taksub gila hip-hop lah shuffle lah stomping lah pekejadah semua, menari hip-hop pun berterabur jugak, koreografi pun lembik jer, meyampah! Asalkan cakap yo-yo aww yeaahh kira ok lah! Asalkan boleh tiru barat! Barat adalah segala-galanya! Kahkahkah

22. Majlis makan malam di hotel tu bolehlah (macam) diterima, ini kenduri kahwin di kampung-kampung pun nak panggil resepsi (pinjaman reception). Inilah kerja-kerja orang surat khabar, nak-nak akhbar hiburan menggunakan kata-kata pinjaman Inggeris sewenang-wenangnya, lepas tu semualah mengikut! Paling tak boleh blah, menggunakan “momen” sebagai ganti saat-saat… Kepala hotak diorang!!! Kalau memang dah takde perkataan bahasa Melayu tu lainlah! Lagi satu “berpacaran”, bila pula dah jadi bahasa umum Malaysia? Pernah bahasa pasar kekwat guna dalam akhbar!! Merapulah wartawan-wartawan ni! Orang DBP pun sama, dari zaman sekolah lagi, tatabahasa asyik berubah-ubah. Lepas tu ubah lagi, pastu balik kepada yang asal. Paling terbaru, “baru” sekarang disebut “BAHARU”! Ntah ape ape!

Kesimpulannya, pandangan peribadi aku:-

a.    PPSMI di peringkat sekolah tak perlu pun, kalau diteruskan bagi aku tak membawa banyak beza pun sebab bukan semua rakyat Malaysia akan berkerjaya di bidang sains. Kalau dimansuhkan sekarang mungkin sedikit pembaziran akan berlaku, jadi lebih elok kalau membuat sedikit penyelarasan sana-sini.  Pandai-pandailah pihak berwajib ye!

b.    Bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain sepatutnya dipelajari sebagai kemahiran bekomunikasi (bercakap dan mendengar) terlebih dahulu sebelum dipelajari dalam bentuk kemahiran pemahaman ataupun karangan apatah lagi mengira dalam bahasa selain bahasa ibunda.

c.    Kalau bukan Melayu ada kelas peralihan, sepatutnya dan sepraktikalnya semua pelajar ada kelas peralihan bahasa Inggeris sebelum masuk tingkatan Satu (kalau masih nak teruskan PPSMI la). Satu tahun belajar bahasa Inggeris yang ditajamkan dalam 4 kemahiran; membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Sama juga sekolah agama, patutnya ada peralihan setahun tu belajar bahasa Arab je dulu, barulah fair dengan budak-budak yang dah memang terrer bahasa Arab mase sekolah rendah, kan? Kan?

d.    Pra-universiti (terutama aliran sains) pun harus ada satu pre-requisite sebelum boleh ambil mata pelajaran kursus-kursus sains, mesti melepasi tahap tertentu penguasaan bahasa Inggeris, selagi tak lepas, tak boleh ambil subjek kursus! Macam matrikulasi UIAM atau lepasan diploma/STPM yang masuk main campus, mesti lepas semua skill English, baru boleh ambil subjek fakulti. Sama juga macam pelajar-pelajar yang nak sambung belajar ke Jepun dan Korea yang sedang kita praktikkan sekarang, belajar bahasa diorang bagi kaw-kaw dulu baru pergi sana, ni tak lah ternganga-nganga kat sana, tak lah membuang masa nak faham lecture dan buku-buku rujukan sebab dah boleh berlakon dalam soap opera Korea, dah terrer cakap diorang kan? Ahahaha

e.    Same jugak, semua kursus aliran agama kat universiti mesti belajar bahasa Arab dulu! Ni tak, malu je ustaz-ustazah bahasa Arab yang simple-simple pun tak tau maksud!

f.    Pembelajaran sains dan matematik haruslah lebih praktikal dan menyeronokkan. Tak tahulah sekarang macam mana, tapi zaman aku makmal sains sungguhlah dhaif, kalau eksperimen tu cikgu yang buat sorang-sorang kat depan, takde pun nak buat sendiri-sendiri ikut kumpulan, bosan! Cuba banyakkan program-program TV yang cantik-cantik dalam TV pendidikan tuh, tak pun alih bahasa dokumentari-dokumentari National Geographic ke dalam Bahasa Melayu, kan menarik? Barulah best budak-budak nak belajar!

g.    Penguasaan bahasa Inggeris generasi sebelum PPSMI bukannya masalah sistem, tapi masalah sikap. Ramai pelajar Melayu memang malas pun nak improve bahasa Inggeris, nak cakap pun malu. Pernah dalam satu group interview, satu pelajar Melayu ni angkat tangan awal-awal tak mahu cakap bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris die kurang bagus, malunya aku, takde usaha langsung! Cakap je… berterabur pun lantaklah, lama-lama ok punyer!

h.    Ramai jugak bukan Melayu yang tak pandai berbahasa Inggeris, tapi diorang belasah je. Beza diorang dengan orang Melayu, CONFIDENT! Takde sape pun nak bagi kita markah kalau cakap English perfect atau tonggang terbalik. Cakap je, yang penting yakin dan mahu belajar dan improve lagi dan lagi!

i.     Bahasa Melayu bagi aku tinggal atas kertas je lah nampaknya sebab realitinya memang begitu, ade PPSMI ke takde PPSMI ke sama je. Takdenye terbela nasib bahasa Melayu dengan pemansuhan PPSMI. Nak kata PPSMI menambahburukkan bahasa Melayu mungkin betul, tapi bahasa Melayu semakin buruk sejak dulu lagi. Orang surat khabar tak hormat bahasa Melayu. DBP pun buat kelakar. Kita pun tak cakap bahasa Melayu standard. Setakat ada Hadiah Sastera tiap-tiap tahun, baca-baca puisi sempena itu ini kira ok lah tu! Tak boleh nak paksa pun orang Melayu semuanya nak cinta bahasa Melayu. Terpulang pada mak ayah pulalah, nak ajar bahasa apa bercakap dengan anak-anak di rumah, nak terapkan jati diri Melayu ke jati diri orang putih ke kepada anak-anak? Kalau mak ayah pun dah tak kisah, anak-anak kenapa nak peduli?

Huhh, abis tulis ni jam pukul berape tau, 3:29 pagi! Meluap-luap sangat nak utarakan isu Bahasa Inggeris nih, selepas baca pro dan kontra macam-macam blog kat internet nih. Hahahaha

Watched this yesterday with a girl friend.
So summed up, so fast.
With only 1 and a half hour length of show time,
you’ll definitely waste your RM10 if you intend to refresh yourself
of the comic version by watching it.

Just wait the free downloaded version (if you could find it la.. heheh)

*This film also provides two kissing (or should i say smooching?) scenes!
Reaaaaalllyyyy a bad example to the underage! I don’t see why LPF cannot delete it.6

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 11,099 hits

Pembaca sekalian dari mana?