Aku mempunyai channel sendiri di laman Youtube.com yang mana aku kongsikan rakaman-rakaman persembahan kebudayaan untuk tontonan umum, terutamnya persembahan zapin. Sepanjang mengendalikan channel ini, bukan sekali pengguna-pengguna laman Youtube.com dari Indonesia “menyerang” ruangan komen yang disediakan di setiap paparan video dan menghentam Malaysia sebagai “pencuri” budaya masyarakat Indonesia. Serangan lebih hebat apabila isu delagasi Indonesia memulaukan majlis yang diadakan di Malaysia suatu ketika dahulu masih panas kerana penganjur iaitu Malaysia sebagai tuan rumah mempersembahkan tarian/persembahan muzikĀ yang didakwa bukan milik Malaysia tetapi Indonesia. Malah pernah juga aku terjumpa satu channel di laman Youtube.com yang didedikasikan khas untuk menunjukkan bukti-bukti bahawa lagu-lagu rakyat tertentu yang selama ini di popularkan sebagai lagu rakyat Malaysia sebenarnya adalah milik Indonesia. Salah satu lagu tersebut ialah lagu “Rasa Sayang, Hei”.
Aku nampak ini satu lagi usaha memperbesar-besarkan dan mempolitikkan isu-isu remeh oleh rakyat tempatan, bukan oleh pemimpin negara mereka. Sama sahaja dengan isu perebutan wilayah-wilayah tertentu satu ketika dahulu, forum-forum di internet penuh dengan pengguna dari kedua-dua belah negara yang tidak tahu hujung pangkal undang-undang antarabangsa dan sejarah bertelagah sesama sendiri, malah menggunakan kata-kata kesat “mengadili” isu tersebut! Memalukan!
Aku ingin kongsikan satu mesej yang aku terima hari ini dari pengguna Youtube.com. Pengguna ini pernah juga beberapa kali membetulkan tajuk-tajuk video-videoku yang salah, terutamanya bab asal tempat tarian tertentu. Aku hanya mengucapkan terima kasih dan membetulkan mana yang patut, ye lah, siapalah kita yang tidak arif pasal seelok-belok Indonesia, biarlah orang Indonesia yang membetulkan kita. Aku sekadar berpandukan kepada sebutan pengacara majlis sebelum mengumukan persembahan tersebut, maksudnya penganjurlah yang salah. Hehehehe
Mesejnya berbunyi begini:-
“Maaf, kalau saya lancang, tapi kalau di Indonesia Zapin itu adalah tarian Melayu dari daerah Riau, Kepri, Bangka dan Belitung dan Malaysia Barat. Ini semua adalah tanah Melayu. Misalkan ada tari Zapin yang ditarikan di Jawa, Madura, Sulawesi Selatan, Cina ataupun Amerika, tarian itu tetap disebut sebagai tarian Melayu atau tarian dari daerah Riau, bukan tarian Madura, tarian Cina atau tarian Amerika. Macam Melayu, suku Jawa juga berada di seluruh wilayah nusantara dan bahkan luar negri, tetapi tariannya akan selalu disebut tarian Jawa, bukan tarian Malaysia, Cina ataupun Amerika. Jadi sangat aneh atau mengherankan kalau ada ZapiNusantara, karena Zapin adalah tarian orang Melayu atau dari tanah Melayu. Macam itu pula, kalau ada tarian Bugis yang dipertunjukkan di Malaysia atau Afrika Selatan. Walaupun kedua daerah ini memiliki banyak keturunan Bugis, tarian itu tidak boleh disebut tarian Malaysia atau Afrika Selatan, melainkan tarian Sulawesi Selatan. Sekian, mohon maaf kalau lancang.”
Hmm, aku macam pelik jugaklah dengan niat pengguna ni. Dia ni nak menyerang aku ke ape? Lalu aku balas je lah macam ni:-
” Tuan “x”,
Saya kurang faham dan kurang jelas apakah isu yang ingin tuan sampaikan.
Melalui pemahaman saya, tuan berpendapat tarian-tarian rakyat selayaknya dinasabkan kepada tanah asal kelahiran tarian tersebut, tidak kira di mana ia ditarikan. Saya bersetuju, tetapi saya tak nampak pun isu yang tuan ingin bangkitkan disini.
Mengenai nama “Zapin Nusantara”, saya hanya mengambil nama program tersebut iaitu Festival Zapin Nusantara anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor. Saya tidak nampak apa-apa masalah dengan penggunaan kata “Zapin Nusantara”, kerana tujuan festival ini diadakan ialah menunjukkan kepada masyarakat akan kepelbagaian jenis zapin yang ada di negara-negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Tuan seolah-olah berpendirian tarian harus dinasabkan kepada nama asal wilayah tersebut bukan bangsa atau ras yang mencipta/mengasaskan dan mengamalkan tarian itu, sebagai contoh tuan berkata tarian Bugis tidak kira dimana-mana ia ditarikan harus dipanggil Tarian Sulawesi Selatan, walaupun yang menarikannya adalah khalayak Bugis sendiri yang menetap di Malaysia atau Afrika Selatan.
Jika tuan utuh berpendirian begini, maka tuan pasti bersetuju bahawa zapin sepatutnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab, kerana itulah asal tempat tarian zapin, yang kemudiannya berkembang bersama-sama tersebarnya Islam ke serata pelusuk dunia melalui perdagangan. Jadi sepatutnya zapin-zapin yang ditarikan oleh mana-mana bangsa/ras/etnik di Nusantara ini seharusnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab! Benarkan?
Maaf kalau saya lancang, namun saya nampak isu yang tuan ingin bangkitkan disini seolah-olah mahu mempolitikkan kesenian dan kebudayaan. Saya pencinta budaya dan kesenian masyarakat saya, masyarakat Melayu Islam yang tinggal di Malaysia. Niat saya meletakkan rakaman-rakaman persembahan zapin di laman Youtube.com adalah sekadar berkongsi dengan orang tempatan dan dunia luar akan kekayaan budaya masyarakat saya, tidak lebih dari itu. Saya lebih cenderung dengan tarian zapin kerana ia datang dengan Islam, lalu sifatnya jelas iaitu sekadar tarian-tarian yang memupuk persaudaraan dan nilai-nilai kemasyarakatan. Saya juga suka menonton tarian seperti Tari Saman Acheh dan juga Tarian Horon/Horonu salah satu tarian masyarakat Turki kerana ia berlandaskan nilai-nilai yang sama iaitu kemasyarakatan dan persaudaraan.
Saya kurang berminat menarikan tarian-tarian Jawa, Mak Yong atau yang sama dengannya kerana tarian ini mempunyai asal keturunan dari agama Hindu, mempunyai gerakan keagamaan dengan maksud tertentu juga mempunyai ritual, bacaan doa dan mantera tertentu. Saya bukan anti Hindu, tetapi saya berpendirian tarian ini selayaknya ditarikan oleh mereka yang beragama Hindu. Begitupun ini tidak menghentikan saya daripada menghargai kesenian sebagai kesenian, jadi saya tiada masalah menonton persembahan tarian-tarian ini dan merasa terhibur dengannya. Lihat sahaja persembahan-persembahan tarian oleh penari-penari Tample of Fine Arts, Kuala Lumpur, sungguh mengasyikkan dan menghiburkan!
Jadi, sekiranya tuan masih mahu meneruskan pertikaian kesenian itu milik siapa ataupun milik negara apa, saya rasa tuan haruslah berbincang atau berhujah secara ilmiah dengan tenaga-tenaga akademik di universiti-universiti yang mengkaji kesenian dan sejarahnya secara mendalam. Saya hanya orang-orang biasa yang mencintai dan mengamalkan seni selagi ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama saya iaitu agama Islam.
Sekian.”
Sebenarnya, aku pun kurang pasti samada aku perlu melayan mesej ini, tapi aku balas je lah. Hahaha
End of story.

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






3 comments
Comments feed for this article
Mac 25, 2009 pada 2:13 pm
AhmadWM
Alang, saya suka bangat jawapan balas anda itu! Saya rasa ianya sangat tepat. Adakah dia membalasnya kembali? Maaf kalau saya lancang, saya cuma sekadar ingin tahu.
Mac 26, 2009 pada 2:24 am
tan sri mohd. ikram
yeay!!aku sokong ko!
Mac 26, 2009 pada 2:42 am
alangtengahbirukundang
j: belum, dia tak jawab lagi… aku pun tak mengharap dia menjawabnya sebab aku tak yakin dia faham apa yang aku maksudkan…
tan sri: sokongan tan sri adalah segalanya, hendak pula di kesibukan pemilihan UMNO ini ahak3