You are currently browsing the monthly archive for April 2009.
Minggu lepas minggu makan free
Makan makan makan

Home-made cookies lah


Pizza lah…
Brownies lah…

Dinner amal Persatuan Bekas Polis kat PWTC…
Kek dengan agar-agar plak.. ni pagi ni punyer tau..
Begitulah rutin ku sehari-harian di opis baru nih,
petang-petang sebelum semayang Asar ku singkirkan
serba sedikit kalori dengan memanjat tangga
16 tingkat… maklumlah dah takde mase nak joging malam sebab
balik malam makin tak tentu…
Ibu-ibu dan anak dara “bermesyuarat” sambil menikmati makan free
Setelah sekian lama berniat untuk memulakan setiap pagi dengan jogging, akhirnya berjaya gak hari nih.. seronoknye pagi-pagi bawak moto
pakai t-shirt angin sejuuukk menerobos celah-celah ketiak hahaha
Ntah kenapa lagu nasyid Hijrah zaman sekolah-sekolah rendah
aku dulu jadi dendangan dalam helmet
“Di gua Hira’ bermula sejarah..
didakap Jibril di beri surah
dari kejahilan serta kesesatan
membawa pada Nur kebenaran..”
Sebelum tu agak keliru antara Bukit Tonggek atau stadium UIA
Last-last stadium UIA jugak arah tujuan
macam dekat sikit, lagipun budak-budak dah balik cuti sem
lengang la sket
Dendangan lagu hijrah terus berkumandang…
Nyanyian dalam helmet dengan shield tertutup memberi efek
nyanyian seolah-seolah dalam studio rakaman hahah
Sampai simpang tiga kat Mancongkam tuh
(kalu terus pegi ke Pahang ikut jalan lama, kanan ke UIA),
aku slowkan motor nak ke kiri traffic light tengah merah..
ade van terlebih garisan putih nak belok kanan gak,
aku masuk belakang van tuh, traffic light dah terlindung dari pandangan
and mase ni la kereta sedan belakang van tuh
bergerak sebab dah hijau, tapi aku tak tahu..
Bedebab jugak la bunyi bumper depan die himpit betis kanan aku
“Adoi..” sekonyong-konyong terhenti dendangan lagu hijrahku…
Aku berjaya balance motor, lalu terus sahaja menunggang
tanpa menoleh ke arah pemandu mengangkat tangan atau apa sahaja
Dalam kepala aku…
“Mungkin ini harga yang perlu di bayar untuk berhijrah
ke kehidupan yang lebih baik dan berdisiplin…”
Teringat Rasulullah
Harga yang baginda bayar untuk HIJRAH jaaauuuuhhh lebih mahal
Hmmm..
Check result exam PTD aku semalam
Takde rezeki sedari awal nampaknya kali ini…
Sedih+trus merancang masa depan tanpa menoleh lagi
~lalalalala~
Aku baca tag ni dalam blog en. ikram malam semalam lepas maghrib sebelum balik opis, so aku capture je wallpaper aku and send to my email to sambung kat umah plak. Sebab kat umah pun ade PC, so aku pun letak gak aa yang kat umah punyer.
1) anda perlu “printscreen” wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.
2) beri tahu mengapa anda suke “wallpaper” anda itu.
3) tag 10 orang.
4) itu sahaja.
Wallpaper opis
wallpaper umah
Dah kene tag, baru lah aku perasan laaa selama ni aku tak memberi perhatian pun pada
wallpaper aku.. hahaha aku selalunyer buat sendiri pakai photoshop ke ape ke…
so, xde sebab pun aku suka atau tak suka wallpaper diatas… sbb bile aku capture,
“eh, ni wallpaper aku rupenyer…”
dah lama tak merodek2 photoshop
n baru aku teringat aku ade assignment abg aku bg tp tak buat-buat lagi.. ayooo
Mereka Yang Ditag :
Aku nak tag kenalan-kenalan blog/utube channel aku, if you guys happen to have a blog la. Kalu tak sudi, sudi-sudikanlah… for fun je!
1. cik Min sungai besi pakar kereta
2. encik burn pakar pergigian
3. encik mehmet pakar animasi n videografi
4. encik adam rauf kaki joget gak
5. cik oney!
6. encik abdul rasid org kg chulek
7. encik muluttempayan
8. encik ridz comel
9. cik ila nordin
10. cik hartini omar! hehehe tu la sape soh declare silent reader kan dah tak silent!
Kesebelas-sebelas personaliti di atas (termasuklah tukang tag, encik ikram) aku kenali mereka melalui internet. Ade yang jumpe kat youtube, yang melawat blog ni, tak kurang jugak ade yang tersalah bagi email bertahun-tahun dahulu! Out of them, dua orang je yang aku dah jumpe in real life i.e. encik ikram and encik adam, yang lain tak pernah bersua muka pun lagi. Pasti diorang terkejut beruk jumpe aku yang debab innew, sebagaimana aku terkejut kera jumpe encik adam yang kurusnyerr dan encik ikram yang kecikkkknyerrr hehehehe jangan marah aaa
Nasib baik ia hari Jumaat, hari turun makan tengahari pakai selipar
Nasib baik tiada ad-hoc appointment diaturkan
Nasib baik keje aku ngadap komputer je tak keluar-keluar opis
Tu la,
len kali tido lambat lagi!
Aku dah separuh jalan ke opis pagi tadi,
jam pun dah 9.20
sewaktu menunggu lampu merah bertukar hijau
aku terdetik melihat ke arah kakiku
laaaaaaaaaaaa…..
Stay up tidak sesuai untuk golongan bekerja,
malah dalam situasi tak terduga pasti memberi
risiko kurang sihat terhadap imej professional anda!
~laloq x hengat~
Pernah tak tak tidur malam dan cuba menjalani siang seperti biasa keesokan harinya?
Rasa kepala kosong masuk angin jalan pun terhuyung-hayang, kan?
Seingat aku pertama kali aku tak tidur malam straight sampai Subuh ialah sewaktu di tingkatan Empat di kolej terrorist.
Aku dan kawan-kawan aku sibuk training nasyid untuk satu event yang aku dah tak ingat,
dan sewaktu pulang melintasi jejantas ke aspura, azan Subuh pun berkumandanglah!
Kekerapan tidak tidur malam bertambah ketika di universiti, terutamnya malam-malam peperiksaan.
Gila! Tapi, bukan aku seorang! Ramai lagi golongan-golongan study last minute macam aku Hahaha,
entahlah, tapi memang ia reflects genetik lelaki kot, lelaki kan lebih fokus di dalam tekanan!
Selalu jugak tak tidur malam siapkan artwork, masa nih memang idea datang mencurah-curah, dan rugi kalau berhenti dan sambung keesokan harinya sebab momentum sudah pasti berbeza! Selalunya yang memberhentikan aku hanyalah kalau PC hang dan aku tak sempat save artwork tuh! Mase ni rasa nak mencarut kat semua benda di depan mata, so daripada teruskan kerja, aku biasanya akan usap-usap monitor PC aku penuh kasih sayang dan matikan komputer lalu tidur dengan memaafkan PC ku tanpa apa syarat pun! Hahaha Psycho plak rasa diriku ini!
Pernah gak beli VCD Korea atau Jepun, balik-balik bilik terus pasang semua episod sampai habis.. of coz la sampai pagi esoknyer!
Zaman kerja, biologically minda dah berubah tanpa aku setting. Mengantuk mesti dalam kul 11 malam, mengantuk tahap cipan! Pernah jugak ambil kerja-kerja artwork part time mase kerja, try jugak la stay up even time cuti, TAK BOLEH!! Siap tertidur-tidur depan PC lagi!!
Namun malam ini bakal mengulangi sejarah, aku TERPAKSA RELA stay up! For the following reasons:-
1. Aku dgn beria-ia nak bawak balik empat fail nak buat kat umah depan akak-akak opis ngan bini bos petang tadi! Setakat saat ini satu pun x terusik lagi! Mampus aku kalau tak siap esok! Mesti derang kate aku poyo!
2. Aku berborak pasal YASMIN AHMAD dengan kawan youtube aku thru YM. Baru aku perasan aku dengan die sependapat, KAMI ANTI YASMIN AHMAD! Yahoooo!
3. Aku borak dalam masa yang sama thru facebook dengan new-dad-kawan aku, pasal baby, komen Syed Zul yang meletup dalam entry blognyer yang terbaru, dan juga pasal nama anaknya yang unik! Layan!
4. Aku tunggu Susan Boyle punyer klip buffering kat Youtube.com! A good example of “Don’t ever judge a book by its cover… and age too!” Really truly inspiring!!! Sedap giler suare makcik 47 tahun nih! Semua orang looked down on her mase die kluar pentas, tapi start je die keluarkan suara.. ambik kau!! Ternganga semua orang!!! Balik umah je sementara menunggu pusingan seterusnya, makcik Susan telah pun didatangi ramai agen-agen syarikat rakaman menawarkan kontrak! Layan jugak!
My ever-semak work station! My SOHO! Hahaha
My supposed-to-be-finished-by-now homework! Aaaa!!!
Rupenyer aku tak keseorangan membawa pulang homework…
…cuma aku masih keseorangan meneruskan “perjuangan” malam ini,
contoh terbaik TV tengok tuan!
Diam tak diam dah seminggu aku di tempat kerja baru…
Wah, segala-galanya baru dan luar biasa!
Dulu masuk mesti sharp pukul 8.30, 8.45 masa kecederaan, pukul 9 dah kene kad merah, siap ada “guru besar” ambil kedatangan,
Sekarang, masuk pukul 9, datang pukul 8.45 pun pintu belum tentu bukak lagi, so datang 9.30 pun bos tak kisah… Hahaha, sempat aku joging2 dulu pagi2, best3!!!
Dulu sembahyang celah rak buku dalam library, dengan staff lalu lalang amik jurnal itu ini,
Sekarang sembahyang di surau khas berlatar belakangkan pemandangan Sentul, masjid Sri Gombak pun nampak dari opis aku, so, kalu dah tak nampak tu maksudnya dah ujan la, boleh la aku siap2 pakai baju ujan…
Dulu makan kat meja kerja sebab pantry sempit nak mampos,
sekarang pantry ade kerusi meja, sambil makan tengok bandar Sentul, siap ada penimbang berat badan macam menyindir2 jangan melantak banyak2 hahahaha
Dulu emergency staircase berkunci (??!!) Gila ke apa bos aku (sebab bangunan tu di punya),
sekarang tidak lagi, boleh la aku rajin-rajinkan diri panjat tangga kalau tak sempat bersenam… Tingkat 16 tuh! Adoi! Aja2 diriku!!!
Dulu takde masa nak pikir bende lain… kerja, kerja, kerja… kene marah pun buat tak tahu, dalam kepala “Eh, ape lagi aa nak buat lepas nih??” Nak mendengus mengeluh pun tak sempat.
Sekarang boleh berfikir la, boleh kutuk-kutuk orang lepas letak telefon, boleh jerit-jerit mendengus merungut sebab semua orang pun bebas bersuara hahahaha
Dulu nak jumpa bos macam nak mengadap sultan, kena buat appointment,
sekarang bos dengan bini bos pun selamba kene jelir lidah secara comel oleh staff (belakang2 la), cakap aku-kau, “Eh, ko gune PC sana jap, aku nak pakai printer, PC aku bengong!” Hahaha kelakar la bini bos, dah la comel ahak3
Dulu semua kene print, dokumen ori, duplicate, triplicate dangan copy printed semuanya, surat2 ori, file copy, c.c. copy semua print, memang byk la membazir. Sekarang dokumenn ori dengan surat ori je print, yang lain sumer fotostet!Yeayy senang koje aku!
Dulu semua sendiri-sendiri,
sekarang semua boleh kongsi, beli murtabak la, kuih kemboja bini bos la, home-made cookies la (habislah perut aku dok merasa home-made cookies akak akaun yang sedap-sedap ittew!!)
Dulu takde aktiviti dengan staff,
sekarang bulan depan dah nak pegi Cameron Highlands dengan budak-budak opis yang aku tak pernah pergi tu hahahaha Name je duduk je kat Tapah!
Dulu internet haram,
sekarang HALAL.. alhamdulillah!
Dulu gaji banyak tapi sakit kepala rasa macam di’anjing’kan,
sekarang walaupun gaji sikit tapi rasa macam manusia…. Yes!!!
Breakfast pertama kat opis sbb terlewat bangun, xsempat breakfast kat rumah macam selalu
Famous quote kat dinding pantry
Pancit sesampai sahaja tingkat 16! Adoi
Sentul di kala pagi
Sentul di kala malam
Semua ok kat opis baru, cume lepas probation kalu aku tak capai target bawak kerja sekurang-kurangnyer RM5k sebulan hmmm, alamat you are fired laaa.. adoi lagi!
Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! “
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.
Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”
Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”
Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.
Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”
…
Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.
La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”


< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru