La syukran ‘alal wajib


Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! “
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.

Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”

Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”

Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.

Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”

Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.

La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”

Di tag

3 thoughts on “La syukran ‘alal wajib

  1. Nafastari berkata:

    Jarang dapat baca political view Alang kat dalam blog sendiri. Hmmm.. Menarik kupasan ini! Kawan saya yang belajar di Maghribi memberitahu “laa syukran ‘alal waajib” digunakan secara meluas di negara Maghribi berbanding di negara Arab lain. Orang Maghribi secara keseluruhannya memang menggunakan perkataan ini bagi membalas kepada “syukran”.

  2. mawar berkata:

    ye, setuju2…
    entri ini menarik..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 359 other followers