Setelah sekian lama berniat untuk memulakan setiap pagi dengan jogging, akhirnya berjaya gak hari nih.. seronoknye pagi-pagi bawak moto
pakai t-shirt angin sejuuukk menerobos celah-celah ketiak hahaha
Ntah kenapa lagu nasyid Hijrah zaman sekolah-sekolah rendah
aku dulu jadi dendangan dalam helmet
“Di gua Hira’ bermula sejarah..
didakap Jibril di beri surah
dari kejahilan serta kesesatan
membawa pada Nur kebenaran..”
Sebelum tu agak keliru antara Bukit Tonggek atau stadium UIA
Last-last stadium UIA jugak arah tujuan
macam dekat sikit, lagipun budak-budak dah balik cuti sem
lengang la sket
Dendangan lagu hijrah terus berkumandang…
Nyanyian dalam helmet dengan shield tertutup memberi efek
nyanyian seolah-seolah dalam studio rakaman hahah
Sampai simpang tiga kat Mancongkam tuh
(kalu terus pegi ke Pahang ikut jalan lama, kanan ke UIA),
aku slowkan motor nak ke kiri traffic light tengah merah..
ade van terlebih garisan putih nak belok kanan gak,
aku masuk belakang van tuh, traffic light dah terlindung dari pandangan
and mase ni la kereta sedan belakang van tuh
bergerak sebab dah hijau, tapi aku tak tahu..
Bedebab jugak la bunyi bumper depan die himpit betis kanan aku
“Adoi..” sekonyong-konyong terhenti dendangan lagu hijrahku…
Aku berjaya balance motor, lalu terus sahaja menunggang
tanpa menoleh ke arah pemandu mengangkat tangan atau apa sahaja
Dalam kepala aku…
“Mungkin ini harga yang perlu di bayar untuk berhijrah
ke kehidupan yang lebih baik dan berdisiplin…”
Teringat Rasulullah
Harga yang baginda bayar untuk HIJRAH jaaauuuuhhh lebih mahal
Hmmm..

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






No comments yet
Sumber komen-komen untuk artikel ini