You are currently browsing the daily archive for Mei 9th, 2009.
Aku selalu kagum dengan klip-klip lagu filem-filem Hindustan.
Akar budayanya selalu ditampilkan dengan sungguh mengesankan, penuh warna-warni dengan tarian dan lagu-lagu yang sungguh mengasyikkan melalaikan ape lah semua yang sesuai… Nilai seni dalam setiap shoot (cinematography, penataan cahaya dan bunyi) terlalu sempurna untuk digambarkan, hidup! (Pelik jugak persalinan tradisi perempuan mereka yang macam banyak gila kain berkerudung kepala segala, tapi tang pusat tu mesti expose jugak.. hahaha)
Ini sudah pasti juga bersandarkan industri perfileman India yang sudah terlalu develop dan sofistikated sebagai negara pengeluar filem paling banyak di dunia dalam setahun!Lagu-lagu mereka masih menekankan cara nyanyian tradisional dengan iringan alat-alat muzik tradisi, mereka memberi peluang seluas-luasnya pada nila-nilai tempatan mereka untuk berkembang walau sehabis moden manapun cara hidup yang ditampilkan dalam sesebuah filem! Hasilnya; irama tradisi mereka jauh lebih membangun berbanding irama tradisional negara-negara lain, termasuklah Malaysia!
Filem mereka seringkali dikritik di barat sebagai tidak realistik, too good to be true! Apapun, mereka telah menunaikan tanggungjawab menaikkan nilai-nilai bangsa di dalam filem-filem.
Kita jarang mahu mengangkat nilai-nilai tempatan ke dalam filem. Bila lagi unsur thrill seperti adengan kejar mengejar atau lumba-melumba mahu diiringi dengan paluan kompang rebana segala? Adakah terhenti setakat filem-filem epik? Kita ada pemain serunai tersohor seantero dunia, mainannya hanya terhenti setakat mengiringi slot-slot tazkirah, klip-klip tsunami dan yang sedih-sedih sahaja. Lagu-lagu tradisional kita kemeriahannya terhenti setakat fanomena Pak Ngah-Siti-Kak Ani. Kita lebih suka kontroversi dalam filem, balik-balik isu-isu kebejatan sosial, menampilkan tempelan-tempelan kemesraan keluarga dengan adengan himpi-himpitan dan berbogel separuh di ruang tamu rumah, tak ketinggalan bermain puting dada sesama berlawanan jantina… Alahai, malasnya kita berfikir dalam berkarya! Hmm, bila baju Melayu dipakai sehari-harian ketika babak menggambarkan masa depan, dikata tak realistik pula… Macam-macam orang kita!
Akhirnya aku terjumpa klip lagu yang aku suka dengar ketika selalu menonton MTV waktu pagi di NTV7 sementara nak tunggu masuk Tingkatan 4 lepas PMR dulu. Aku tak tau tajuk lagu dia hinggalah malam ini, tapi aku selalu suka part oooo-oooo, ooo tuh! Cam layan gila ah! Korang pun layan gak k!
Akhirnya aku berjaya come out with my very first entry on *tutorial grafik untuk semua! Yeaayy!
Sama-sama aku ucapkan hahahaha
Mula ingat nak wat corak pucuk rebung + bunga tabur…
Last-last jadik kepala kain pulak… ahahaha
Tapi penatlah menenun pakai komputer (adobe photoshop)… pening ngadap skrin berjam-jam
nak muntah rasa!
1. Bukak layer baru dengan pixel dan resolution yang tinggi (250 ke),
sebab nanti corak ni akan dikecikkan ikut keperluan, so kalu dari awal dah kecik resolution layer,
nanti bile kecikkan die tak sharp, buruk dan mengabiskan beras je!
Guna aplikasi “show grid”, pastu select la ikut petak2 grid tu dan delete la dengan rajinnya..
(make sure layer / background bawah layer kerja anda berlainan warna, senang la nak bezakan)
2. Pastu wat la corak ikut ape yang di drafkan/ bayangkan/ impikan apa-apalah sahaja haha
3. Buat dengan sabar, bayangkan anda memang menenun pakai mesin tenun manual yang
mencabar kesabaran dan ketelitian itu… suspek la kat derang!
4. Selalu zoom-outkan layer anda untuk melihat perkembangan corak yang
telah ditenun dari semasa ke semasa, tak apa kalau kurang detail sangat
sebab inikan corak songket, bukannya corak batik k! Jangan malas buat
amendment kalau ada kesilapan atau ketidak seimbangan, pendek kata; sabar
dalam menumpahkan idea anda ke dalam karya!
5. Dah siap, padamkan background yang tidak berkenaan, copy pastekan corak tadi
keatas layer baru yang sekali ganda lebih sikit panjangnya. Kita sambung kerja kat layer ni plak k.
Layer yang tadi jagn tak save, save dulu sebagai stok raw material kerja grafik kita ye adik2!
6. Copy paste lagi sekali corak yang sama, jeng3..!! sekarang kita ada dua corak yang sama
kiri dan kanan ! Yeay!! (Photosop kalu nak copy paste layer xde aplikasi klik,
kena tekan “ctrl A” (select all), “ctrl c” (copy) dan “ctrl v” (paste!!) hahaha
7. Horizontal-flipkan corak belah kanan.. Tu dia!! Kan dah dapat corak semetri!
Magic tak adik-adik dirumah sekalian? Hahaha
Mase ni lah aku terpikir, halamak tak jadi la pucuk rebung ku.. pelik plak.. kembang sangat,
x “memucuk” pun!
8. Jangan bersedih Captain Planet ada jawapannya!
Select aplikasi transform untuk corak belah kanan, bawak corak itu ke kiri
sampai die overlap corak belah kiri sedikit demi sedikit.. anda dapat saksikan keajaiban
corak-corak baru yang lahir tak semena-mena!
9. Bawa lagi ke kiri sedikit demi sedikit.. Tengok! Tengok! Tengok! (Ikut iklan raya hehe)
10. Anda bleh savekan corak-corak pelbagai yang lahir tak semena-mena tadi
dengan nama bersingan sebab setiap satu daripadanya unik dan tersendiri.
Aku decide untuk finalize sampai sini… dua-dua corak overlap hampir centre
(adjust lah supaya hujung-hujung corak bersambung di tengah, gunakan kreativiti anda k!)
Dah puas hati, right click dekat layer kerja macam kat atas, pilih aplikasi
merge down supaya corak kiri dan kanan akan melekat jadi satu corak, tapi better save nama lain la
ye adik-adik!
11. Sekarang die dah jadi satu corak sekeping, kemaskan bahagian tepi yang ada terlebih-terlebih tuh,
delete kan aje!
12. Ha, lepas step ni kerja “menenun” dah jadi bertambah senang…
Apa lagi, copy paste kan saje corak tadi, dan temukan kedua2 nya untuk
memberi kesinambungan corak yang bersambung dan berulang-ulang,
itulah karakter corak pada songket, kan?
13. Ha, kan cantik tuh? Ulang semula step tadi, selepas kita adjust dua-dua corak
dan berpuas hati kedudukan letaknya, barulah merge!
14. Buat lagi layer baru yang lebih panjang… pastu ulang-ulang aje
step tadi, copy paste, merge!
15. Copy-paste-merge, copy-paste-merge, lapan lagi!
16. Buatlah proses tadi berulang-ulang .. konsep istiqamah+sabar la kiranya kekekeke
Dah siap, save jgn tak save! Format pdf terutamanya… senang nak recycle bila ada keperluan nak pakai corak-corak ini.. So, corak ini ialah kepala kain songket, so letaknya di atas la… nanti kite flipkan la vertically bile nak guna, guna corak-corak tradisional biarla ada ilmu dan adil, jangan pakai taram je k! Tapi tak strict la, xde sapa nak saman pun kalu kita salah guna.. nak letak sebagai corak tatu ke ikut suke ati mak bapak korang la kan.. (eh, biadap nye bahasa, terase adik-adik di rumah, sorry dik, ter”emo” sekejap)
Len kali kita wat corak pucuk rebung, bunga tabur dan **pantat sampin sekali k…
*Banyak tutorial-tutorial yang aku dah lama nak buat mcm tutorial pakai sampin dengan betul, lipat dan pakai tengkolok, tutorial mari berzapin 5 minit sehari, juga tutorial memasak cara malas tetapi sedap meletup terangkat!
**Pantat sampin tu corak vertical yang memanjang dari kepala kain sampai ke corak pucuk rebung, corak ni mesti ada betul-betul centre belakang punggung kita masa pakai sampin, baru la ada art pakai sampin k!
Aku sanggup abiskan entry ini sampai pukul 3 pagi, Irfan Khairi selalu pesan kalau nak tau benda tu kita suka atau tak ialah apabila kita membuatnya kita akan bersungguh-sungguh dan penuh perasaan, dan benda itulah yang terbaik dijadikan mata pencarian @ kerjaya anda. Aku? Aku tau passion aku tapi aku tak tau celah mana nak mulakannya sebagai telaga duit ibu duit ape-apelah sahaja isltilah para internet marketer sekalian… tolong!

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru