You are currently browsing the monthly archive for Jun 2009.
Yahooo Pertama
Jumaat malam lepas keje ari tuh bergegas ke KLCC, nizam belanje aku n echah makan malam n tiket wayang tonton transformers
yahooo3
thanx nizam, len kali belanje lagi!
Yahooo kedua
Pukul 4 pagi esoknya bertolak ke Kuantan (Nak tgk matahari terbit la konon2nyer). Tapi sampai lambat berminit-minit, matahari dah naik segalah dah punnn
Alhamdulillah, jenuh bersengkang mata jd co-pilot, sampai gak ke Teluk Chempedak

Pastu, gi Cherating plak…

xsempat main2 kat beting pasir, air pasang mendadak! Berkejar2 la kitorang balik pantai semula. hahaha
Yahooo ketiga
Tadi MC cherry berry cum interview. Dapat!
Yahoooo!
Tuhan marahkah kau padaku?
Sungguh deras curah murkaMu
Kau hempaskan jarimu di ujung Banda
Tercenganglah seluruh dunia
Tuhan mungkin Kau kuabaikan
Tak kudengarkan peringatan
Kusakiti engkau sampai perut bumi
Maafkan kami oh rabbi
Engkau yang perkasa jangan marah lagi
Biarkanlah kami songsong matahari
Engkau yang pengasih ampunilah dosa
Memang semua ini kesalahan kami
Oh Tuhan ampuni kami
Oh Tuhan tolonglah kami
Tuhan ampuni kami
Tuhan tolonglah kami
…
Aku belum pernah berjaya
menyeka titis-titis air mata
andai aku menyanyi sendiri
bait-bait lagu ini
dulu, lagu ini mungkin relevan untuk mereka
yang dilanda musibah bertimpa-timpa
sekarang,
lagu ini masih relevan
untuk yang masih MENUNGGU- NUNGGU musibah
tanpa berbuat apa-apa
macam aku ? macam kamu? atau kita semua?
Hayatilah…
bilang padaku andai kamu tidak punya rasa
ketika menghayatinya!
kerana ketika itu, aku tahu
aku ada seorang yang sempurna disisiku
(-_-) ~Duhai diri, tunggu apa?
1. Anda rase anda HOT ?
taklah biase2 je… tapi sejak potong rambut nih ade saje mata memandang.. nyesal plak …
2. Upload photo kegemaraan anda

Sbb it really represents me; pemalu, suke berambut panjang, suka warna biru dan suke warisan dan budaya Melayu. Gambar ni candid tau, aku xperasan pun kawan aku amik. 4. Bile kali terakhir anda makan pizza ?
hahaha nape nak belanje ke…? minggu first bulan 6 hari tuh, aku dah print siap2 surat resign tunggu nak bagi bos, sebab mcm tention dan bengang, tp bile ade pizza kat pantry bos belanja.. aku makan jugak.. makan kene makan!! hahahaha surat resign tak bagi2 lagi sampai skang, dok berlipat je kat printer tuh…
5. Lagu terahkir yang anda dengar ?
Sebelum Cahaya by Letto psg kuat2 kat opis tadi (first time dengar kat cyber cafe trus jatuh cinta!)
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta
Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta
Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta
Chorus
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta
6. Selain dari name sendiri, anda suke di panggil dengan name ape ?
hmm.. cukuplah yang ade.. tunggu ‘makngah’ la plak nak panggil aku ape hehehe
-ikram
-ikram
-ikram
-ikram
-ikram
-ikram
* sori, malas nak sambung .. nak balik kampung dah ni
kawan, kenal kat utube, jumpe kat tmn jaya lrt, geng menari
9. Dorang no tige ade hubungan ngan sape ?
die ade family la, ramai kawan… hahaha
Die ok la… walaupun die macam2, aku terima saja seadanya.. kerana aku sendiri bukanlah sempurna chewahh!
11. Bagi pesanan kepada orang no enam ?
ikram, jangan sedih! Allah ada…
This is the results :
You were born on 2nd of September.
:: Originality.
“mmg pun xsuke tiru, tp kdg2 suke adaptasi je hehehe”
:: Come with new idea.
“betul sgt, byk sgt dalam kepale otak ni bile tah nak di materialize, dari sesimple2 alat penyusun kerusi2 kat dewan, sampailah ke design sebuah convention centre!”
:: Get something with your own way.
“betul lagi!”
:: Honest and a quick learner.
“Yup, xsuke kelentong2, kalu aku tak tahu aku akan mengaku aku tak pasti, dan aku akan take effort utk dabel check. Agak cepat belajar kalau cukup kemahuan, fokus dan supportive surrounding!”
:: Initiative and pick the best choice in everything.
“The best choice with the current budget laa hahaha”
:: Boss or a leader.
“Boss diri sendiri kot… suke ade boss, tp xsuke yang jenis asyik nak tanye status, ello aku tau la keje aku!”
:: Self employed suit them best.
“Ye ke, baiklah aku resign sekarangggg!!”
:: Good things to learn ; other idea and opinion are better; think wisely.
“Selalu gak consult org, aku tak kisah to learn sumthing from zero, especially bab2 kaler.. hahaha aku kan rabun warna. Yup, semakin dewasa semakin berusaha untuk berfikir dan bertindak realistic…”
Famous people that share your personalities : Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Carol Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welch, plus KEANU REEVES ok! hahaha
Melepas lagi la azam ku nak panjangkan rambut cam Faizal Tahir dulu…
Sekarang byk keluar opis, asyik nak kene betulkan rambut lepas bukak helmet depan side mirror motor yang kecik. So, sampai tahap rimas dan lemau dan menyampah, aku ambil tindakan drastik bergegas ke kedai gunting kat simpang Planet Tomyam dengan kos RM7 sahaja selepas balik dari opis.
Last aku potong rambut kat kedai ialah tahun lepas bulan 5 sehari sebelum Long Call. Lepas tu ade trim sikit2 je kat dapur rumah di bantu encik azlan. One thing i love about gunting kat kedai tu ialah urut2 kepala dan patah2kan tengkuk krukk kraaakk lepas gunting, rase heaven gile!
Aku tak suke sgt rambut pendek sebab wajib pakai gel nak kemaskan, lepas tuh kulit kepala akan naik kelemumur bertan-tan, pastu kene amik masa nak betulkan arah kiblat rambut2 tersebut sepanjang masa, especially lepas kene basah berwudhu’, gel tu tanggal la kan. Rambut panjang senang sikit, syampu n perapi, xpayah pakai ape2, pastu kalu kene tiup angin pakai jari pun bolehhh!!

~(-_-) rambut, cepatlah panjang…
Dah berminggu-minggu macam ni!
Nak kate sebab jerebu, minggu-minggu dulu mane der jerebu.
Common’ la CELCOM!
Kalu tak nak pengguna tukar broadband provider, maintain la satisfactory servis pada customer!
Kalu pengguna lambat bayar bill, cekap je ko potong internet tu!
Tapi bile dah bayar pun, macam taik je lembab nak loading, baik tak payah pakai broadband macam ni,
buat sakit jiwa je menunggu!!!
Aku bukan la suka nak tukar-tukar service provider ni,
leceh!
Aku jenis nak guna je… bukan nak pikir pakej ke ape ke.. bonus bulanan, loyalty bonus ke pejadah haram semua..
Aku nak guna, and bila aku dah berabis duit tapi apa yang aku dapat macam celaka,
memang lah hangin satu badan!
Mulalah rasa nak tukar broadband lain!
Damn lah CELCOM!
Buat iklan n tagline macam bagus je, kan baik kalu bleh buat anugerah iklan paling menipu pengguna!
Siol la CELCOM!
Untuk seseorang yang punya nama tidak bermaksud,
“Ada apa pada nama” ialah quote popular andaikata ada yang mempertikaikan ketiadaan maksud pada rekaan nama penuh yang sungguh hebat kreatif dan inovatif wawasan 2020 ittew! Hahaha
Akhirnya ia membuka peluang pada yang lain ber”eksperimen” dengan nama anda!
Hingga terkeluarlah idea-idea nama panggilan/ nickname seperti:-
- Pak wan, oleh mak n ayah masa aku kecik… cam comel la hahahaha
- wan, eksklusif oleh mak ayah, adik beradik kandung dan ipar sahaja, juga kepada kawan mahupun kenalan yang degil memanggilku dengan nama ini walaupun sekeras-kerasnya aku larang!
- nama penuh aku… (yang tahu tu tahu lah hehehe) 90% kawan panggil nama penuh tanpa “abdul”
- chirping, oleh budak-budak nasyid plus budak-budak yang rapat dengan budak-budak nasyid, sebab aku bawak solo lagu nasyid sekolah bahasa Inggeris, yang senikata awalnya berbunyi “chirping bird in the sky..” malulah nyanyi lagu tu balik.. geli! hahahaha
- raz, j yang start dulu masa training pertama pantun kat uia main camp, akak nora percaya je nickname aku raz, padahal baru direka on the spot oleh j, lalu junior pantun yang lain pun mengikut panggil raz, pastu officer cultural yang mengiring ke pertandingan pantun (kak maswa) pun panggil raz, lepas tu sebab semua budak cultural pun refer pada kak maswa ape2 hal dan derang dengar kak maswa panggil aku raz, lalu diorang pun mengikut panggil aku raz… sampai la ke sudah… so, nama raz ni lebih glemer kat belah budak2 cultural uia je… pastu adela kengkawan rapat aku yang geli konon2 aku yang suruh org paggil aku raz hahahahah jeles kot?
- joe, mule si rushdi ni dok main2kan aku dengan panggil aku joe radzwil dalam kelas quranic ayat and hadith on law (QH) mase 1st year, pastu budak lain dalam kelas tu mengikut, last2 tinggal joe je without radzwil, abis kelas tu ade la 2-3 kerat je yang panggil aku joe sampai aku tahun akhir uia iaitu kimi, mat jap and khaie. Cuma khaie yang terlebih over setiap kali die panggil name joe, die akan buat gaya hiphop apkobondo “yo joe, wassup??” siout je! Pastu ditakdirkan dok serumah sewa dengan khaie dua tahun lebih, die masih lagi dengan style hiphop whatever die tuh kalu panggil nama aku dekat rumah. Sebab die ni psycho dan influence die terlebih kuat, last2 semua org dalam rumah sewa pun panggil joe! Aku xsuke sangat nama joe ni mcm perasan org putih je, tp segala-galanya sudah terlambat! Si pidin yang dah biasa panggil name penuh aku tanpa abdul sejak tingkatan 1 pun terpengaruh.. bayangkan kuatnyer pengaruh khaie! Siout tul khaie!
- razu, tak ramai panggil nama ni macam 2-3 org je sebab ade footballer negara ape tah yang name die souded sumthing like ‘Iza Razu’ la cenggitu… aku yang kaki bangku mmglah fail bab2 bola nih!
- Encik then nama penuh aku… Ya Allah ni yang paling aku tak suke dengar sekali, rase macam dah tua!!!! Akak-akak opis yang beranak 5 pun panggil encik-encik dengan aku, geli-geleman aku!
Nickname yang betul2 aku reka sendiri “atbk” nih xde la pulak org nak panggil betul2.
“Eh pe name blog ko ah? alang biru hijau tengah tepi atas bawah??”
siout je!
Ia berlaku ketika aku masih bersekolah rendah.
Seingat aku, ketika itu aku bersekolah sebelah petang.
Mak meminta bantuan pengasuh kami sewaktu kecil untuk membantu menjaga adik kami yang masih kecil ketika itu, menjagaku dan adik sewaktu ketiadaan mak dan ayah yang mengajar sebelah pagi.
Aku masih ingat perasaan aku ketika itu.
Aku marah, benci,
memberontak.
Walaupun aku tidak ingat lagi secara jelas puncanya,
tetapi yang pasti kemahuan aku telah dihalang.
Aku pada awalnya membawa perasaan ke dalam bilik,
sebelum aku akhirnya nekad,
mengenggam bulu ayam plastik pencuci habuk,
dan berlari ke arahnya.
Dengan perasaan meluap-luap,
tangan kecilku sepenuh hati menghayun tenaga
melibas bulu ayam itu ke betisnya.
Bukan sekali, malah lebih…
Gambaran responnya yang cuba mengelak dengan hanya menjengketkan kaki dan menadah setiap libasan masih lagi jelas…
Aku hanya berhenti setelah aku puas!
Esok pagi,
sebelum ke sekolah untuk mengajar,
emak memanggilku ke ruang tamu.
Sudah pasti, seperti aku jangka, emak takkan membiarkan apa yang belaku berlalu begitu sahaja
hanya kerana aku kanak-kanak.
Emak bertanya apa yang aku telah lakukan.
Aku hanya berdiam diri,
sebelum emak hilang sabar dan mengherdik mengulangI soalan.
Lalu aku mengaku perlahan yang aku telah me”rotan”nya.
Emak terus lagi meninggikan suara memerintahkan aku meminta maaf.
Lalu aku akur mengucapkannya dengan deraian air mata,
“Mintak maaf, opah!”
Opah hanya membalas, “Takpelah.. sikit je.”
Ya, orang yang aku “rotan” pada hari sebelumnya,
dengan batang bulu ayam plastik pembersih habuk,
di bahagian betis yang hanya berbalut kain batik,
ialah Opah Esah, pengasuh kami 7 beradik…
Sejak hari itu, aku selalu berangan kalau masa boleh diputarkan kembali,
dan aku akan berfikir 20 mahupun 100 kali,
sebelum aku mengambil keputusan untuk manyakiti hati orang yang menjaga makan minum pakai kami,
apatah lagi memukulnya!
Inilah permulaan menyesal kemudian tiada berguna dalam hidup aku, macam terlalu awal kan?
Tapi series, setiap kali aku teringatkannya, aku selalu menepuk dahi, dan mengungkapkan ucapan syirik kecil itu,
“Kalaulah aku…”
And the list of menyesal kemudian tiada berguna goes on, and on, and on….
Dan macam dah trademark pulak, setiap kali aku meminta maaf,
setiap kali itulah ia jatuh, setitik… dua titik… adoi! Malu sendiri!
Meminta kemaafan bukanlah sesenang mengungkapkannya!
~Maafkan aku!~
Org kata budak2 jiwa bersih
Tak banyak dosa (x ade kot!)
Well, aku pernah merasa efek berjiwa bersih…
Aku akan kenang 2 occasion ini sampai bile2,
sebab ia adalah usaha dan pengharapan aku yang paling bersungguh-sungguh
dengan jiwa yang paling bersih…
satu
Mase lepas UPSR, lepas tu ade exam final sem lagi..
Budak-budak semua dah malas nak belajar
main carrom la seremban la kat belakang kalu cikgu tak masuk
Mase ni my aim is aku nak make sure aku dapat No. 1
mase penyampaian hadiah, sebab penyampaian hadiah ikut exam final ni,
bukan UPSR sbb UPSR lambat lagi nak keluar
aku punyalah belajar, berdoa..
paling tak boleh blah
Aku siap buat carta dalam kertas kosong
No. 1, saadah
No. 2, nik azrin
No. 3, aku
Dan aku buat arrow, dari no. 3, pergi no. 2, dari No. 2 pergi no. 1!
aku macam menggambarkan aku berjaya potong 2 budak pempuan nih
yang selalu kat depan aku masa exam sepanjang sekolah rendah
Dan aku letak kertas tu bawah bantal!!! Ya Allah, berusahanya aku mase tuh!
Saadah anak cikgu, die mmg setiap tahun No. 1
No. 2 adalah aku, aku start maintain no. 2 sejak darjah dua
mase darjah satu, ade 3 kali exam semester (plg last exam 3 kali setahun mase skool)
1st exam aku dapat no. 2, second aku dapat no. 6, dan thirdly aku dapat No. 9!
Mak bawak jugak aku pergi penyampaian hadiah, untuk aku cemburu meluap2 tgk kawan aku yang dapat hadiah dari No. 1 sampai No. 8! cis!
Terima kasih mak sbb bwk org pergi!
No. 3, nizar, anak ustazah… so, tiap2 tahun kitorang bertiga ni la dari darjah 2 sampai darjah 5 dok No. 1, 2 dan 3…
Nak dijadikan cerita, mase darjah 6, Nik azrin yang sempat kitorang kenal masa darjah satu datang balik sekolah tuh! Punyalah seronok sbb mmg rapat gak dgn die, tapi tak lama sbb dia push aku ke No. 3 mase exam 1st sem darjah 6… bengang gila aku!
Hmm, bila kenang2 balik mase ni lah aku paling fokus dengan matlamat dan impian aku.. akhirnya aku dapat No. 1, closing paling menarik bagi seorang belasahan sekolah rendah yang tak boleh2 nak potong orang lain sejak bertahun-tahun.
dua
masa ni lepas PMR, tunggu tawaran sekolah asrama penuh atau masuk sekolah izzuddin semula
Mase sekolah tingkatan 1, ada gambar Kolej terrorist ni kat
dalam buku bahasa Arab… cikgu2 dan senior selalu
menggmbarkan sekolah ni macam the one and only sekolah kat Malaysia
mcm every cream of sekolah agama akan masuk sekolah ni..
ramai senior2 izzudddin kitorang pun excel kat sekolah tuh, siap masuk malaysia hari ni lagi!
Mase tunggu tawaran tuh, punyalah aku berdoa dan bersolat hajat
siap sebut nama sekolah tu lagi dalam sujud
aku mcm tertarik dengan gambar (which turn out to be gambar opis sahaja) yang dalam buku bahasa arab tuh… setiap kali berdoa, setiap kali gambar opis tuh terbayang di kepala otak…
Dan akhirnya surat tawaran URUSAN SERI PADUKA BAGINDA tu pun sampai.
mase ni ade adik kecik aku dengan pengasuh kitorang je yang ade kat rumah Aku ambik surat naik buaian besi kat depan umah, bukak surat perlahan2.
Aku dapat apa yang aku impikan!
Ya Allah masa ni antara masa yang paling gembira dalam hidup aku
aku melompat-lompat tak henti2 seronok sangat, masuk umah pun melompat2, bagitau pengasuh kitorang pun terlompat-lompat…
…
Dah lama aku tak benar2 fokus, usaha dan doa dengan apa yang aku benar2 inginkan…
Jiwa dah makin polluted
Doa makin tak diucap
(-_-)
TAWARAN SEKALI SEUMUR HIDUP
Sesiapa yang berjaya membantu memperkenalkan
Alang Tengah Biru Kundang
dengan kerjaya baru (preferably kerja sendiri)
saya akan belanja anda dengan apa yang tertera di dalam gambar
dibawah, selama 7 HARI BERTURUT-TURUT!
Untuk ciri-ciri/bakat/skill yang ada pada saya yang mahu saya
kembangkan, sila YM saya utk maklumat lanjut
(kepada yang belum kenal aTBK la)
Kepada yang memang dah kenal aTBK,
tawaran ditambah kepada 14 hari berturut-turut!
Hadiah boleh sahaja ditukar kepada cash kalau nak.. hehehe
Disclaimer:
MLM atau apa2 yang sewaktu dengannye tak mo, full stop!


< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru