You are currently browsing the daily archive for Jun 8th, 2009.

Untuk seseorang yang punya nama tidak bermaksud,
“Ada apa pada nama” ialah quote popular andaikata ada yang mempertikaikan ketiadaan maksud pada rekaan nama penuh yang sungguh hebat kreatif dan inovatif wawasan 2020 ittew! Hahaha

Akhirnya ia membuka peluang pada yang lain ber”eksperimen” dengan nama anda!
Hingga terkeluarlah idea-idea nama panggilan/ nickname seperti:-

- Pak wan, oleh mak n ayah masa aku kecik… cam comel la hahahaha
- wan, eksklusif oleh mak ayah, adik beradik kandung dan ipar sahaja, juga kepada kawan mahupun kenalan yang degil memanggilku dengan nama ini walaupun sekeras-kerasnya aku larang!
- nama penuh aku… (yang tahu tu tahu lah hehehe) 90% kawan panggil nama penuh tanpa “abdul”
- chirping, oleh budak-budak nasyid plus budak-budak yang rapat dengan budak-budak nasyid, sebab aku bawak solo lagu nasyid sekolah bahasa Inggeris, yang senikata awalnya berbunyi “chirping bird in the sky..” malulah nyanyi lagu tu balik.. geli! hahahaha
- raz, j yang start dulu masa training pertama pantun kat uia main camp, akak nora percaya je nickname aku raz, padahal baru direka on the spot oleh j, lalu junior pantun yang lain pun mengikut panggil raz, pastu officer cultural yang mengiring ke pertandingan pantun (kak maswa) pun panggil raz, lepas tu sebab semua budak cultural pun refer pada kak maswa ape2 hal dan derang dengar kak maswa panggil aku raz, lalu diorang pun mengikut panggil aku raz… sampai la ke sudah… so, nama raz ni lebih glemer kat belah budak2 cultural uia je… pastu adela kengkawan rapat aku yang geli konon2 aku yang suruh org paggil aku raz hahahahah jeles kot?
- joe, mule si rushdi ni dok main2kan aku dengan panggil aku joe radzwil dalam kelas quranic ayat and hadith on law (QH) mase 1st year, pastu budak lain dalam kelas tu mengikut, last2 tinggal joe je without radzwil, abis kelas tu ade la 2-3 kerat je yang panggil aku joe sampai aku tahun akhir uia iaitu kimi, mat jap and khaie. Cuma khaie yang terlebih over setiap kali die panggil name joe, die akan buat gaya hiphop apkobondo “yo joe, wassup??” siout je! Pastu ditakdirkan dok serumah sewa dengan khaie dua tahun lebih, die masih lagi dengan style hiphop whatever die tuh kalu panggil nama aku dekat rumah. Sebab die ni psycho dan influence die terlebih kuat, last2 semua org dalam rumah sewa pun panggil joe! Aku xsuke sangat nama joe ni mcm perasan org putih je, tp segala-galanya sudah terlambat! Si pidin yang dah biasa panggil name penuh aku tanpa abdul sejak tingkatan 1 pun terpengaruh.. bayangkan kuatnyer pengaruh khaie! Siout tul khaie!
- razu, tak ramai panggil nama ni macam 2-3 org je sebab ade footballer negara ape tah yang name die souded sumthing like ‘Iza Razu’ la cenggitu… aku yang kaki bangku mmglah fail bab2 bola nih!
- Encik then nama penuh aku… Ya Allah ni yang paling aku tak suke dengar sekali, rase macam dah tua!!!! Akak-akak opis yang beranak 5 pun panggil encik-encik dengan aku, geli-geleman aku!

Nickname yang betul2 aku reka sendiri “atbk” nih xde la pulak org nak panggil betul2.
“Eh pe name blog ko ah? alang biru hijau tengah tepi atas bawah??”
siout je!

Ia berlaku ketika aku masih bersekolah rendah.
Seingat aku, ketika itu aku bersekolah sebelah petang.
Mak meminta bantuan pengasuh kami sewaktu kecil untuk membantu menjaga adik kami yang masih kecil ketika itu, menjagaku dan adik sewaktu ketiadaan mak dan ayah yang mengajar sebelah pagi.
Aku masih ingat perasaan aku ketika itu.
Aku marah, benci,
memberontak.
Walaupun aku tidak ingat lagi secara jelas puncanya,
tetapi yang pasti kemahuan aku telah dihalang.
Aku pada awalnya membawa perasaan ke dalam bilik,
sebelum aku akhirnya nekad,
mengenggam bulu ayam plastik pencuci habuk,
dan berlari ke arahnya.
Dengan perasaan meluap-luap,
tangan kecilku sepenuh hati menghayun tenaga
melibas bulu ayam itu ke betisnya.
Bukan sekali, malah lebih…
Gambaran responnya yang cuba mengelak dengan hanya menjengketkan kaki dan menadah setiap libasan masih lagi jelas…
Aku hanya berhenti setelah aku puas!

Esok pagi,
sebelum ke sekolah untuk mengajar,
emak memanggilku ke ruang tamu.
Sudah pasti, seperti aku jangka, emak takkan membiarkan apa yang belaku berlalu begitu sahaja
hanya kerana aku kanak-kanak.
Emak bertanya apa yang aku telah lakukan.
Aku hanya berdiam diri,
sebelum emak hilang sabar dan mengherdik mengulangI soalan.
Lalu aku mengaku perlahan yang aku telah me”rotan”nya.
Emak terus lagi meninggikan suara memerintahkan aku meminta maaf.
Lalu aku akur mengucapkannya dengan deraian air mata,
“Mintak maaf, opah!”
Opah hanya membalas, “Takpelah.. sikit je.”

Ya, orang yang aku “rotan” pada hari sebelumnya,
dengan batang bulu ayam plastik pembersih habuk,
di bahagian betis yang hanya berbalut kain batik,
ialah Opah Esah, pengasuh kami 7 beradik…

Sejak hari itu, aku selalu berangan kalau masa boleh diputarkan kembali,
dan aku akan berfikir 20 mahupun 100 kali,
sebelum aku mengambil keputusan untuk manyakiti hati orang yang menjaga makan minum pakai kami,
apatah lagi memukulnya!

Inilah permulaan menyesal kemudian tiada berguna dalam hidup aku, macam terlalu awal kan?
Tapi series, setiap kali aku teringatkannya, aku selalu menepuk dahi, dan mengungkapkan ucapan syirik kecil itu,

“Kalaulah aku…”

And the list  of menyesal kemudian tiada berguna goes on, and on, and on….
Dan macam dah trademark pulak, setiap kali aku meminta maaf,
setiap kali itulah ia jatuh, setitik… dua titik… adoi! Malu sendiri!
Meminta kemaafan bukanlah sesenang mengungkapkannya!

~Maafkan aku!~

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 11,490 hits

Pembaca sekalian dari mana?