You are currently browsing the monthly archive for Julai 2009.

Program : FESTIVAL TARI MALAYSIA 2009
Tarikh : 28/7/2009 (Selasa) hingga 31/7/2009 (Jumaat)
Tempat : AUDITORIUM DBKL
Masa : 8.30MLM – 10 MLM

T E N T A T I F   P R O G R A M

Selasa 28/7/2009
- Pertandingan Tari:-
Kumpulan Seri Budaya, Bintulu
Kumpulan Kolej Yayasan Melaka
- Persembahan oleh:-
Kumpulan Jo’oh (Orang Asli)
Kump. Kesenian Separap, Batu Pahat
Kump. Kesenian Cemerlang (SK Pulau Meranti Sepang)

Rabu 29/7/2009
- Pertandingan Tari:-

Kump. Seri Budaya Batu Pahat
Kump. Seni Mutiara, Pulau Pinang
- Persembahan oleh:-
Kump. Persatuan Hadrah
Warisan Murni “Lakon Beradat” Sarawak
Kump. Persatuan Suluk Bersatu “Pangalay Ha Agung” Sandakan
Dua Space Dance Theatre (Kebudayaan Cina)

Khamis 30/7/2009
- Pertandingan Tari:-

Kump. Pertubuhan Budaya Kinabalu
Kump. Kesenian Selangor
- Persembahan oleh:-

(sama seperti malam Selasa 28/7/2009)
Tample of Fine Arts (Kebudayaan India)

Jumaat 31/7/2009
- Persembahan Buka Panggung
- Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah

*Aku nak pergi semua malam, tapi yang pasti aku mesti kene masuk opis sambung kerja semula sebab kerje menimbun hahahaha

Mase kecik…
Aku tau nak main, main, main…
Hepy hepy hepy…
Ape yang aku nak aku mesti dapat!
Aku tak peduli, aku tak peduli! Aku nak jugak!
(quoting monyet makan cili; first anime Malaysia)
Kalu tak dapat aku majuk.. nangis

Mase skolah rendah…
Nak No. 1!
Nape asyik No. 2 jeee…
Nak No. 1 jugaakkk!!!
Nak! Nak! Nak!!
last2 dapat gak..

Mase menengah rendah..
tgk senior dapat 9A pmr…
Nak jugak! Nak jugak! Nak jugak!!!
Mase ni pun tgk senior spm ramai2 dapat agregat 6
Nak jugak nak jugak nak jugak!!
Akhirnya dapat 9A pmr…

Mase sekolah terrorist..
eh, org xpandang aggregat daaa.. terus kire A dapat berape…
Tgk senior dapat 10A1..
Nak jugak nak jugak nak jugakkk!!!
Hmmm.. xcukup satu akhirnyer…

Mase taman ilmu.. tgk org dpt 3 pointers..
Nak jugak nak jugak nak jugak!!!
Tgk jugak org lain buat keje2 odd design mendesign..
Nak jugak nak jugak nak jugak!!
Tgk org aktif bersukan, berpersatuan, wakil2 uia..
Nak jugak nak jugak nak jugak!!!
Mase ni tgk jugak ex-taman ilmu keje bagus2.. kete besar..
Nak jugak nak jugak nak jugak!!
Akhirnyer aku dapat semua yang aku nak kat taman ilmu..
.. kecuali 3 pointers (pointer aku plg syial sekali…)…
(-_-)

Masuk alam kerjaya..
Tgk org tukar bidang, dan enjoy dgn ape yang die suke..
Nak jugak nak jugak nak jugak..
Tgk org dapat gaji starting 1.9k lepas2 grad..
Nak jugak nak jugakk…
Akhirnye, aku kerje bende yang aku tak pernah cita2kan…
Dapatlah jugak duit.. ok la..
uuuuuuu… huk huk huk

Dah kerja
Duit dapat..
Tapi
Masa, xdapat..
Tenang, xdapat..
Yang dapat…
Tention, lemak.. lemak.. dan lemak lagi…

Sekarang nak ape?
Nak masa..

NAK MASA UNTUK DIRI SENDIRI!!!!!!!

Pastu berangan2…

Nak kawin…
Nak umah besar…
Nak anak ramai… bagus-bagus..
Nak jalan2 serata dunia…
Nak itu nak ini…

Last2, bile semua dapat @ tak dapat..
Tinggal la satu sahaje kehendak kite yang paling relevan dlm hidup ini..
Dan akhirnya juga kita pun tak hingin dah bende lain…
Dan mase tu pun kite mcm menyesal nape la beria2 dulu nak bende lain..
Sebab kite nak satu ni je sebenarnya…
Nak syurga!

Updated 10.16pm @ opis baru..
(-_-)

Rejab nak abis… Tirai ditutup dengan memulakan puasa ganti yang dulu…
Gatal! Lain kali bertangguh lagi ye!
9 hari lagi untuk dihabiskan… ngeeeee
Melapik perut dengan se”mug” milo untuk berbuka di opis, terus membawa diri ke KL sentral…
untuk?

80Ini!!! Tiket balik raya!!!

Aku perasan pengumuman penjualan tiket raya KTM semasa mengiringi adik menjadi pemandu
pelancong percuma menunjuk-nunjukkan dia tempat2 penting di KL sentral tu kelmarin.
Adik baru seminggu berkenal-kenalan dengan kebobrokan kota,
memilih jalan pilihan ayah dan mak dulu, sebagai pendidik mencurah ilmu.
Harap sebelum dia membakar lilin menerangi anak bangsa, dapatlah ia membakar lemak-lemaknya
sepanjang permukiman di ceruk bernama Bangi itu. ehehehe
Tiket hari raya sudah mula dibuka untuk jualan sejak 2 hari lepas!!!
Ahh, mujur aku merajin-rajinkan diri membaca notice board, tiket untuk 17hb September 2009 (3 hari sebelum raya)
akan mula dijual hari esok! (malam tadi) Terus sahaja aku sms adik beradik yang turut berada di
perantauan mohon perkenan mereka untuk membelikan tiket bagi pihak mereka,
beli-beli jugak, bayar tetap bayar ye adik-adik sekalian! hahahah

Syaaban menanti dipintu, Ramadhan belum nampak kelibatnya
Namun bahang kehadirannya sudah kuat terasa…
Ramadhan pasti datang!
Pasti!

Cuma…
samada aku sempat menjemputnya,
itulah yang masih belum dapat dipastikan
Malang sekali…

*Ramadhan di Taman Ilmu terlalu indah, malam tak berpenghujung, siang malam hidup…! Bak Bukit Bintang lagaknya masyarakat taman kecil ini berpesta meraikan Ramadhan… Rindu! \(^_^)/

*Tadi bos baru buat lawak paling best, chambee terkocoh-kocoh mengingatkannya agar dia tidak terlupa menandatangani dokumen2 yang telah disiapkan, spontan bos menjawab, “Sabarlah sayang! Bawak mengucap! Bawak mengucap!” Paling tak tahan ada suara-suara sinis menyampuk di kejauhan beriringan tawaperlahan, “Dia tau ke megucap tu ape? Hahaha!”
Bos berbangsa Sikh :)

Selepas menangguh-nangguh bank apa yang perlu aku rujuk untuk membuat Kad Debit begi memudahkan pembelian dalam talian (on-line transaction), akhirnya aku berjaya mendapatkannya melalui EONCAP Islamic Bank! Yeay! Sebab aku nak join satu bisnes dalam talian tu.. adelah… hehehehe

Ini aku ringkaskan je dari broucher die…

ISLAMIC COMBI DEBIT MASTERCARD yang PERTAMA di dunia dengan PAYPASS!

YURAN TAHUNAN = RM8
Yuran Penyertaan = TIADA
Minimum untuk membuka akaun (bagi yang belum ada) = RM10

- Penerimaan di serata dunia
Kad ini lebih mudah apabila membuat bayaran untuk pembelian anda. Tiada lagi bil-bil yang mengelirukan atau kesukaran mengawal perbelanjaan anda. Gunakan kad ini dan bayar apa yang anda mampu [of coz la, ini bukan kredit kad heheh]

- Tanpa faedah atau caj kewangan
Sudah pasti, sebab ini adalah wang anda, bukan hutang! Tambahan pula tiada pendapatan minimum untuk memohon [lagi sekali, ye la, duit kau, bukan ko apply loan... untuk seketika aku rasa bank exegerate je lebih2]

- Bayaran ‘Tanpa Sentuh’ PayPass
Pemegang kad hanya perlu melambai-lambaikan kad pada jarak yang hampir dengan pembaca PayPass. Terdapat lebih daripada 36,000 tempat perniagaan seluruh dunia yang menggunakan PayPass!

-Bayaran bil secara automatik
Hmm, ni biasa lah

- Kemudahan Akses Tunai di serata dunia
Anda boleh keluarkan duit melalui ATM EONBANK (tiada caj), ATM tempatan lain yang mempunyai rangkaian MEPS (RM1 setiap transaksi), atau mana-mana ATM di seluruh dunia yamg mempunyai logo MasterCARD CIRRUS (RM10 setiap transaksi)

- Perlindungan Kemalangan Diri PERCUMA
Sebaik sahaja kad diaktifkan, pemegang kad dilindungi sehingga RM10,000-00 selama 12 bulan untuk kemalangan dan perlindungan kecederaan.

-Program Ganjaran BONUS PLUS
Lebih kerap guna, lebih banyak mata ganjaran, ni standard la kan.

- Program Keistimewaan Sepanjang Hayat
Diskaun, keistimewaan eksklusif dan tawaran-tawaran menarik di restoran, hotel atau pusat niaga terpilih!

- Pembayaran 3-D secure online
Anda boleh membeli-belah dengan lebih selamat dan yakin melalui sistem PIN “3-D SECURE ONLINE”

- ePenyata Bulanan
Akses percuma untuk penyata akaun dimana-mana jua yang boleh dimuat turun dari Perbankan Internet EON!

- Perbankan Internet Kumpulan Eon Bank
Ni biasalah, nak bayar bill ke, fund transfer ke… standard lah

- Perkhidmatan Pelanggan 24 jam
24 jam sehari, 7 hari seminggu!

79Kad pun cantik, my fav colour :)

*Setakat ni Debit Kad yang boleh pakai buat internet transaction ialah Public Bank, EON Bank dan Al-Rajhi Bank. Kalu ade yang lain please update me ok!

Penjawat swasta (bujang) menitik-beratkan pengisian waktu-waktu hujung minggu pada tahap maksimum.
Berbanding penjawat “belah sana” (bujang) yang selalunya tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad,
penjawat swasta biasanya merancang-rancang aktiviti dengan rakan sejawat lain seawal berminggu-minggu lamanya,
bermula aktiviti selepas waktu pejabat hari Jumaat hinggalah malam hari Ahad sebelum bekerja kembali pada Isnin
keesokan harinya. Ini pasti kerana rutin kerja 5 hari seminggu yang menggilakan, dan orang-orang seperti kami
hanya diberi 2 hari sahaja untuk merawat (kalau boleh) atau setidak-tidaknya melegakan kegilaan. Apabila perancangan tiada, hmmmm resah gelisah rasanya… Ahhhhh !
[Perenggan pembukaan diatas saje je nak perli rakan penjawat "belah sana" yang sukaaaaa sangat tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad! Hahahahahaha Harap terasa! :p ]

Sabtu lepas berjaya juga mencipta peluang menghabiskan hari minggu apabila cikgu zapin aku yang juga staff IB mengajak aku ke Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pegawai syarikat minyak turut aku ajak mengisi kekosongan tempat duduk kenderaan pacuan 4 roda bagi menemani perbualan cikgu kami yang terkenal dengan borakan non-stopnya, namun apakan daya suku perjalanan dia sudah tewas ditempat duduk belakang diulit mimpi. Tinggallah aku mencipta tajuk2 bualan yang whatever laaa

Aku terlalu bersyukur dengan perjalanan ini. Satu, sebab ini pertama kali aku melalui Bukit Putus yang SERAM GILA itu! Malam2 pulak tu! Dua, sebab highway yang dibina menggantikan Bukit Putus akan siap tahun depan, jadi aku merasa jugaklah melalui jalan raya paling seram di Malaysia. Kalau tidak, mungkin aku tidak akan mengenal erti LENCONGAN MAUT dalam erti kata sebenar-benarnya! Memang maut gila aahh! Tabik Bukit Putus!

Perjalanan dari KL ke Kuala Pilah mengambil masa sejam je! Kami berjaya membuat kejutan buat junior-junior yang bakal membuat persembahan disana sempena program anak angkat apa-apalahsahajanamanyaakutakpasti dengan mengatakan kami tersesat kesitu, tiba-tiba nampak macam ada keramaian lalu datang menyinggah. Persembahan caklempong daripada Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan sungguh mengagumkan! Tak sia-sia perjalanan maut ditempuh demi peluang mendengar persembahan mereka yang hebat nan profesional, sehinggakan pemain-pemain caklempong UIAM tampak melopong dikanan pentas menghayati pukulan-pukulan ahli yayasan yang laju, tangkas nan tuntas tapi muka selamba macam tengah sidai kain pagi-pagi hahahaha. Memang best lah!

Persembahan yang lain-lain daripada team UIAM macam biasalah caklempong gamelan angklung dan zapin. Penampilan pertama 3 ahli zapin UIAM diiringi 2 senior tidak mengecewakan. Mempertaruhkan Zapin Putar Alam, mereka boleh diaanggap power sebab baru pertama kali berzapin dikhalayak ramai dengan zapin yang boleh tahan susahnya bagi orang baru! (Aku pun tak sure boleh catch up dengan zapin ni kalau ia zapin pertama yang kami pelajari) Hahaha Koreografi pusingan kipas satu bilah (kipas potong rumput) agak menjadi sebab noticable oleh pegawai syarikat minyak hehehe biasalah tak cukup orang, buat satu bilah je, berbanding empat bilah oleh YWJ sewaktu FTK 2007 ngeh3

Tidak dilupakan persembahan TEROMBA dan TERASUL/SERASUL salah satu genre puisi klasik oleh masyarakat Minang oleh ahli akademik UPSI (tak ingat nama) yang aku pasti orang tempatan Negeri Sembilan. Untuk pertama kali aku merasakan puisi disampaikan diiringi hilai tawa penonton yang juga dikalangan orang Negoghi, sebab isinya terlalu ringkas namun disampaikan dengan cara terlalu bersahaja dan merendah diri. Dan sudah pasti dalam telo Negeri Sembilan, yang membuatkan kami tercengang2 memahami apolah yang digolak eh.. :)

Hidangan percuma buat tetamu berupa gulai kerbau (kot), sayur kobis, petai mentah dan nasi putih terpaksa aku pandang sahaja cikgu aku menjamahnya sebab perut aku sungguhlah penuh! Ish menyesal la pulak makan sebelum perjalanan tadi.

Kami beransur meninggalkan Terachi selepas majlis tamat dan sampai KL dalam jam 12 tengah malam. Bersedia untuk memikirkan rutin Ahad esoknya.737472

….

Esoknya, hmmmmmmmm sedih! Kolam renang masih tidak dibuka kepeda perenang-perenang amatur seperti kami! Seperti biasa aku ditemani rakan rekreasi membelasah perut yang tak sempat dibakar lemak-lemaknya dengan menjamah nasi lemak. Balik pula membelasah sendi urat semua membuang tinggalan-tinggalan pusaka rakan serumah yang sudah berpindah keluar, namun tak reti-reti nak buang sendiri barang diorang. Alhamdulillah setelah berjaya menjual kepada aunty suratkabarlama segala surat khabar, buku-buku, kotak-kotak, majalah2 termasuklah 3 monitor, 3 CPU [termasuk CPU ku, yang tak sempat aku bye2... mujur juga sempat aku keluarkan harddisknya.. isk3], satu scanner, satu speaker/sub-woofer… dapat lah RM60++, demi mengurangkan kesesakan mata. Akhirnya bergema bagai dalam gua lah ibaratnya apabila kami bersembang-sembang sebab ruangtamu dah kosong macam baru dapat kunci rumah baru hehehe.

7071Bila dah kosong macam ni mula lah nak beli sofalah, carpet lah.. macam2

Petang, mulanya nak melakukan aktiviti tak keluar duit [berenang], tapi sebab malas, akhirnya kami membuat keputusan membeli THE TASTIEST THING ON EARTH. Nyam3 Sedapnya!!!!!! Nasib baiklah aku bukan jenis cepat panas kalau makan durian, makan lah banyak-banyakpun.. rase macam makan ais krim lazat! Yes! Begitulah berakhirnya hujung minggu kami.

7677Durian tak sabar-sabar nak keluar…
78Ya Allah, terima kasih atas ciptaan durian!

Hari ini (Sabtu) aku bukak opis untuk appointment terakhir dengan klien aku kat opis ni. Rabu depan aku dah dapat bos baru. En. x baru balik tadi, aku akan ingat En. x sebab nama die dengan abah die gabungannya sungguh unik, the one only lah kiranya. Kalu jadi pembaca berita, mmg penonton akan igtlah sampai bila2. hehehe

Sedih. Raikan jugak… Tips?

19Ambil gelas kosong yang comel

20Penuhkan dengan ais krim, make sure vanilla kat atas,
sebab nyer? Tungguuuu

21Selitkan hirisan-hirisan mangga yang masak ranum

22Curahkan kasih-sayang anda terhadap aiskrim dengan chocolate sauce,
mmmmm gabungan warna putih, coklat dan oren (ke?) membangkitkan
gelojak nafsu makan nan membuak-buak!

23Nikmatinya sambil ber”facebook
Nyam3!

~i’ll miss this office (-_-)~

1.

J: aku dah pkul 4, dah bleh balik rumah
alangtengahbirukundang: tgh bace komen blog chedet
J: yay!
J: lama da x bukak chedet
J: mesti dia tgh sedih sbb x bjaya inggeriskan matematik n sains di tanah melayu
alangtengahbirukundang: nape la org ade stance bahwa org Melayu tak boleh berjaya kalu blajar bm dulu then later belajar inggeris? bodoh sgt ke org Melayu?
J: i also don’t undertsand that
alangtengahbirukundang: abis dalam tempoh sains n math dalam bahasa melayu berpuluh-puluh tahun tuh x ke ramai yang berjaya doktor2 ahli sains semua
J: language is language
alangtengahbirukundang: it’s a matter of switching je…
J: why people is so easily influenced
J: yep, kita faham sbb kita dari medium melayu yg cuma baru belajar inggeris
J: we manage to have a lawa degree (read in english) n later decent job
J: tp org yg xde experience mcm kita x dpt faham dgn mudah
J: org m’sia masih dalam dilema
J: mereka ingat bahasa inggeris yg buat mereka kelihatan bijak

2.
Dalam banyak-banyak komen kat blog chedet, aku perasan ramai yang berpandapat banyaknya masa terbazir kerana terpaksa menterjemah karya sains berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu, diorang pun refer pada pengalaman diorang sendiri!
La, mesti lah banyak masa terbazir!!! Kalu sekali baca ko tak paham, ko tanya la balik “What’ve I done during my English class at school?” Mesti la ko tak paham sebab bahasa Inggeris ko tak score! So improve your English la brader! Kenapa nak bebankan budak-budak nak faham Math and Science hanya kerana bahasa Inggeris ko teruk mase belajar kat U dulu?

Semestinya ke semua buku2 kos kritikal kene terjemah ke bahasa Melayu? Mantapkanlah bahasa Inggeris, belajar Inggeris dalam 4 kemahiran utama reading writing listening speaking… Kalau tak tau camne nak implement, boleh la rujuk Pusat Asasi UIAM (dulu pusat matrikulasi) how they do it! Seriously, its fun learning English in IIUM. Selalu terfikir keadaan pasti jauh lebih baik jika pendekatan sama digunakan dalam pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah :(

Kerajaan pun hantar student ke Korea, Jepun , Russia, Jerman, Mesir… dah tu kenapa tak ambil pengalaman diorang nak paham rujukan berbahasa asing tuh? Aku yakin diorang berganda2 lebih tention nak belajar zaman-zaman first year n second year,  so ade possibility tak diorang terpikir, “Kenapalah Math dan Science tak diajar di sekolah-sekolah dalam Russia/ Jerman/ Jepun/ Korea/ Arab? ” Hahaha

Pastu, ade plak yang kate lepas ni I still akan cakap English dengan anak-anak kat rumah sebab I tahu ia penting. Helllooo, mak ayah I cakap English sekali sekala kat umah sejak bertahun-tahun sebelum PPSMI tak heran pun! Cakap kantonis pun ade ok! Kalu aku, lagilah; Arab, Jepun, Korea, Latin semua aku bedal kat anak-anak aku nanti.. siaplah korang!!! Sebab aku Melayu dan aku tahu aku taklah sebodoh itu tak makan diajar!

3.

Semua ni masalah sikap je! Kalu setakat nak tunggu lampu isyarat untuk pelintas jalan menyala hijau pun tak sabar, kalau setakat sampah kecik pun tak tahu nak pandang-pandang kiri kanan cari tong sampah, kalau naik LRT pun kene suruh macam kambing baru nak beratur, tak payahlah bermimpi jadi negara maju wahai Malaysian! Mase tu kalau pandai bahasa Inggeris dan ade roket sendiri hantar angkasawan pun tak guna.

4.

Dulu kita laksanakan pengajaran ilmu dalam Bahasa Melayu sejak BERPULUH-PULUH TAHUN, dan tiba-tiba PPSMI dilaksanakan, kita boleh je telan!
Sekarang kita mansuhkan PPSMI selepas baru 6 TAHUN SAHAJA, so proses “penelanan” itu sepatutnya jauh lebih mudah, kan? :P

Dan walaupun mungkin PPSMI dilaksanakan kembali, hmmm
TELAN JEEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

1516Banyaknyer nak pegi…
Debar masuk opis baru lagi…
harap2 semua ok2 saja,
kalu tak ok,
“ade aku kisah?”
Lantak laa…
Malas nak pikir,
samada myvi by raya
atau honda city by chinese new year
atau xde langsung lepas tuh!

Layaaann kan saja apa yang “terjadual” untukku

Sejak minggu lepas
Iklan kedai perabot dalam paper dah ada gambar ketupat
Iklan kereta baru dah ada promosi pakej Raya

Hmmm
kita nampak sangat bersedia untuk Raya
raya jadi titik perbelanjaan tertinggi dalam setahun bajet peribadi mahupun keluarga

Puasa yang sepatutnya menjadi medan kita servis sistem penghadaman selama sebulan
tapi sebaliknya berlaku, kita belasah perut kita sampai lunyai
selagi ade masa lapang selepas berbuka
selagi tu kita mencari makanan untuk disumbat
puasa yang sepatutnya perbelanjaan makanan akan berkurang tidak berlaku
bukan sahaja bertambah-tambah
malah kadang-kadang membazir
setiap pagi sahur, membuang kuih-muih yang tak terusik pada berbuka puasa sebelumnya ke dalam tong sampah
esok; buat lagi, lusa; buat lagi… sampai la habis puasa… :(

jom…
berpuasa seadanya
beraya seadanya

1 Ramdhan 1430H = 22hb Ogos 2009
lagi 44 hari tau!

*Aku ade puasa yang tak berganti lagi sebab denggi tahun lepas
** Aku try paste widget Ramadhan countdown kat wordpress ni tapi tak keluar, korang try la letak kat blog korang, utk diri sendiri dan pembaca. WordPress ni tak mesra coding luar le, bosan, blogspot bleh kot.

78Belanja diri sendiri dulu;
Parkson untuk baju kerje… just found out Padini suits me very well, xlah kolar lengan tu tergantung2 lagi, just nice je terletak… n of coz la pertemuan ku dgn padini sebab sale n diskaun hahahaha;
Kinokuniya untuk buku2… ‘saya pun Melayu’ oleh Zaid Ibrahim (nak tahu sbb die keluar UMNO) dan ‘kemana wang anda’ oleh makcik perunding kewangan tuh name pe tah (sbb duit aku selalu abis!!!);
Last but not least… sizzling yeemee black souce chicken mushroom
(aku gile bende ni je la kat KLCC neh…)

(^_^)

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 10,912 hits

Pembaca sekalian dari mana?