You are currently browsing the daily archive for Julai 14th, 2009.
Selepas menangguh-nangguh bank apa yang perlu aku rujuk untuk membuat Kad Debit begi memudahkan pembelian dalam talian (on-line transaction), akhirnya aku berjaya mendapatkannya melalui EONCAP Islamic Bank! Yeay! Sebab aku nak join satu bisnes dalam talian tu.. adelah… hehehehe
Ini aku ringkaskan je dari broucher die…
ISLAMIC COMBI DEBIT MASTERCARD yang PERTAMA di dunia dengan PAYPASS!
YURAN TAHUNAN = RM8
Yuran Penyertaan = TIADA
Minimum untuk membuka akaun (bagi yang belum ada) = RM10
- Penerimaan di serata dunia
Kad ini lebih mudah apabila membuat bayaran untuk pembelian anda. Tiada lagi bil-bil yang mengelirukan atau kesukaran mengawal perbelanjaan anda. Gunakan kad ini dan bayar apa yang anda mampu [of coz la, ini bukan kredit kad heheh]
- Tanpa faedah atau caj kewangan
Sudah pasti, sebab ini adalah wang anda, bukan hutang! Tambahan pula tiada pendapatan minimum untuk memohon [lagi sekali, ye la, duit kau, bukan ko apply loan... untuk seketika aku rasa bank exegerate je lebih2]
- Bayaran ‘Tanpa Sentuh’ PayPass
Pemegang kad hanya perlu melambai-lambaikan kad pada jarak yang hampir dengan pembaca PayPass. Terdapat lebih daripada 36,000 tempat perniagaan seluruh dunia yang menggunakan PayPass!
-Bayaran bil secara automatik
Hmm, ni biasa lah
- Kemudahan Akses Tunai di serata dunia
Anda boleh keluarkan duit melalui ATM EONBANK (tiada caj), ATM tempatan lain yang mempunyai rangkaian MEPS (RM1 setiap transaksi), atau mana-mana ATM di seluruh dunia yamg mempunyai logo MasterCARD CIRRUS (RM10 setiap transaksi)
- Perlindungan Kemalangan Diri PERCUMA
Sebaik sahaja kad diaktifkan, pemegang kad dilindungi sehingga RM10,000-00 selama 12 bulan untuk kemalangan dan perlindungan kecederaan.
-Program Ganjaran BONUS PLUS
Lebih kerap guna, lebih banyak mata ganjaran, ni standard la kan.
- Program Keistimewaan Sepanjang Hayat
Diskaun, keistimewaan eksklusif dan tawaran-tawaran menarik di restoran, hotel atau pusat niaga terpilih!
- Pembayaran 3-D secure online
Anda boleh membeli-belah dengan lebih selamat dan yakin melalui sistem PIN “3-D SECURE ONLINE”
- ePenyata Bulanan
Akses percuma untuk penyata akaun dimana-mana jua yang boleh dimuat turun dari Perbankan Internet EON!
- Perbankan Internet Kumpulan Eon Bank
Ni biasalah, nak bayar bill ke, fund transfer ke… standard lah
- Perkhidmatan Pelanggan 24 jam
24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Kad pun cantik, my fav colour
*Setakat ni Debit Kad yang boleh pakai buat internet transaction ialah Public Bank, EON Bank dan Al-Rajhi Bank. Kalu ade yang lain please update me ok!
Penjawat swasta (bujang) menitik-beratkan pengisian waktu-waktu hujung minggu pada tahap maksimum.
Berbanding penjawat “belah sana” (bujang) yang selalunya tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad,
penjawat swasta biasanya merancang-rancang aktiviti dengan rakan sejawat lain seawal berminggu-minggu lamanya,
bermula aktiviti selepas waktu pejabat hari Jumaat hinggalah malam hari Ahad sebelum bekerja kembali pada Isnin
keesokan harinya. Ini pasti kerana rutin kerja 5 hari seminggu yang menggilakan, dan orang-orang seperti kami
hanya diberi 2 hari sahaja untuk merawat (kalau boleh) atau setidak-tidaknya melegakan kegilaan. Apabila perancangan tiada, hmmmm resah gelisah rasanya… Ahhhhh !
[Perenggan pembukaan diatas saje je nak perli rakan penjawat "belah sana" yang sukaaaaa sangat tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad! Hahahahahaha Harap terasa! :p ]
Sabtu lepas berjaya juga mencipta peluang menghabiskan hari minggu apabila cikgu zapin aku yang juga staff IB mengajak aku ke Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pegawai syarikat minyak turut aku ajak mengisi kekosongan tempat duduk kenderaan pacuan 4 roda bagi menemani perbualan cikgu kami yang terkenal dengan borakan non-stopnya, namun apakan daya suku perjalanan dia sudah tewas ditempat duduk belakang diulit mimpi. Tinggallah aku mencipta tajuk2 bualan yang whatever laaa
Aku terlalu bersyukur dengan perjalanan ini. Satu, sebab ini pertama kali aku melalui Bukit Putus yang SERAM GILA itu! Malam2 pulak tu! Dua, sebab highway yang dibina menggantikan Bukit Putus akan siap tahun depan, jadi aku merasa jugaklah melalui jalan raya paling seram di Malaysia. Kalau tidak, mungkin aku tidak akan mengenal erti LENCONGAN MAUT dalam erti kata sebenar-benarnya! Memang maut gila aahh! Tabik Bukit Putus!
Perjalanan dari KL ke Kuala Pilah mengambil masa sejam je! Kami berjaya membuat kejutan buat junior-junior yang bakal membuat persembahan disana sempena program anak angkat apa-apalahsahajanamanyaakutakpasti dengan mengatakan kami tersesat kesitu, tiba-tiba nampak macam ada keramaian lalu datang menyinggah. Persembahan caklempong daripada Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan sungguh mengagumkan! Tak sia-sia perjalanan maut ditempuh demi peluang mendengar persembahan mereka yang hebat nan profesional, sehinggakan pemain-pemain caklempong UIAM tampak melopong dikanan pentas menghayati pukulan-pukulan ahli yayasan yang laju, tangkas nan tuntas tapi muka selamba macam tengah sidai kain pagi-pagi hahahaha. Memang best lah!
Persembahan yang lain-lain daripada team UIAM macam biasalah caklempong gamelan angklung dan zapin. Penampilan pertama 3 ahli zapin UIAM diiringi 2 senior tidak mengecewakan. Mempertaruhkan Zapin Putar Alam, mereka boleh diaanggap power sebab baru pertama kali berzapin dikhalayak ramai dengan zapin yang boleh tahan susahnya bagi orang baru! (Aku pun tak sure boleh catch up dengan zapin ni kalau ia zapin pertama yang kami pelajari) Hahaha Koreografi pusingan kipas satu bilah (kipas potong rumput) agak menjadi sebab noticable oleh pegawai syarikat minyak hehehe biasalah tak cukup orang, buat satu bilah je, berbanding empat bilah oleh YWJ sewaktu FTK 2007 ngeh3
Tidak dilupakan persembahan TEROMBA dan TERASUL/SERASUL salah satu genre puisi klasik oleh masyarakat Minang oleh ahli akademik UPSI (tak ingat nama) yang aku pasti orang tempatan Negeri Sembilan. Untuk pertama kali aku merasakan puisi disampaikan diiringi hilai tawa penonton yang juga dikalangan orang Negoghi, sebab isinya terlalu ringkas namun disampaikan dengan cara terlalu bersahaja dan merendah diri. Dan sudah pasti dalam telo Negeri Sembilan, yang membuatkan kami tercengang2 memahami apolah yang digolak eh..
Hidangan percuma buat tetamu berupa gulai kerbau (kot), sayur kobis, petai mentah dan nasi putih terpaksa aku pandang sahaja cikgu aku menjamahnya sebab perut aku sungguhlah penuh! Ish menyesal la pulak makan sebelum perjalanan tadi.
Kami beransur meninggalkan Terachi selepas majlis tamat dan sampai KL dalam jam 12 tengah malam. Bersedia untuk memikirkan rutin Ahad esoknya.


….
Esoknya, hmmmmmmmm sedih! Kolam renang masih tidak dibuka kepeda perenang-perenang amatur seperti kami! Seperti biasa aku ditemani rakan rekreasi membelasah perut yang tak sempat dibakar lemak-lemaknya dengan menjamah nasi lemak. Balik pula membelasah sendi urat semua membuang tinggalan-tinggalan pusaka rakan serumah yang sudah berpindah keluar, namun tak reti-reti nak buang sendiri barang diorang. Alhamdulillah setelah berjaya menjual kepada aunty suratkabarlama segala surat khabar, buku-buku, kotak-kotak, majalah2 termasuklah 3 monitor, 3 CPU [termasuk CPU ku, yang tak sempat aku bye2... mujur juga sempat aku keluarkan harddisknya.. isk3], satu scanner, satu speaker/sub-woofer… dapat lah RM60++, demi mengurangkan kesesakan mata. Akhirnya bergema bagai dalam gua lah ibaratnya apabila kami bersembang-sembang sebab ruangtamu dah kosong macam baru dapat kunci rumah baru hehehe.

Bila dah kosong macam ni mula lah nak beli sofalah, carpet lah.. macam2
Petang, mulanya nak melakukan aktiviti tak keluar duit [berenang], tapi sebab malas, akhirnya kami membuat keputusan membeli THE TASTIEST THING ON EARTH. Nyam3 Sedapnya!!!!!! Nasib baiklah aku bukan jenis cepat panas kalau makan durian, makan lah banyak-banyakpun.. rase macam makan ais krim lazat! Yes! Begitulah berakhirnya hujung minggu kami.

Durian tak sabar-sabar nak keluar…
Ya Allah, terima kasih atas ciptaan durian!

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru