Selepas menangguh-nangguh bank apa yang perlu aku rujuk untuk membuat Kad Debit begi memudahkan pembelian dalam talian (on-line transaction), akhirnya aku berjaya mendapatkannya melalui EONCAP Islamic Bank! Yeay! Sebab aku nak join satu bisnes dalam talian tu.. adelah… hehehehe
Ini aku ringkaskan je dari broucher die…
ISLAMIC COMBI DEBIT MASTERCARD yang PERTAMA di dunia dengan PAYPASS!
YURAN TAHUNAN = RM8
Yuran Penyertaan = TIADA
Minimum untuk membuka akaun (bagi yang belum ada) = RM10
- Penerimaan di serata dunia
Kad ini lebih mudah apabila membuat bayaran untuk pembelian anda. Tiada lagi bil-bil yang mengelirukan atau kesukaran mengawal perbelanjaan anda. Gunakan kad ini dan bayar apa yang anda mampu [of coz la, ini bukan kredit kad heheh]
- Tanpa faedah atau caj kewangan
Sudah pasti, sebab ini adalah wang anda, bukan hutang! Tambahan pula tiada pendapatan minimum untuk memohon [lagi sekali, ye la, duit kau, bukan ko apply loan... untuk seketika aku rasa bank exegerate je lebih2]
- Bayaran ‘Tanpa Sentuh’ PayPass
Pemegang kad hanya perlu melambai-lambaikan kad pada jarak yang hampir dengan pembaca PayPass. Terdapat lebih daripada 36,000 tempat perniagaan seluruh dunia yang menggunakan PayPass!
-Bayaran bil secara automatik
Hmm, ni biasa lah
- Kemudahan Akses Tunai di serata dunia
Anda boleh keluarkan duit melalui ATM EONBANK (tiada caj), ATM tempatan lain yang mempunyai rangkaian MEPS (RM1 setiap transaksi), atau mana-mana ATM di seluruh dunia yamg mempunyai logo MasterCARD CIRRUS (RM10 setiap transaksi)
- Perlindungan Kemalangan Diri PERCUMA
Sebaik sahaja kad diaktifkan, pemegang kad dilindungi sehingga RM10,000-00 selama 12 bulan untuk kemalangan dan perlindungan kecederaan.
-Program Ganjaran BONUS PLUS
Lebih kerap guna, lebih banyak mata ganjaran, ni standard la kan.
- Program Keistimewaan Sepanjang Hayat
Diskaun, keistimewaan eksklusif dan tawaran-tawaran menarik di restoran, hotel atau pusat niaga terpilih!
- Pembayaran 3-D secure online
Anda boleh membeli-belah dengan lebih selamat dan yakin melalui sistem PIN “3-D SECURE ONLINE”
- ePenyata Bulanan
Akses percuma untuk penyata akaun dimana-mana jua yang boleh dimuat turun dari Perbankan Internet EON!
- Perbankan Internet Kumpulan Eon Bank
Ni biasalah, nak bayar bill ke, fund transfer ke… standard lah
- Perkhidmatan Pelanggan 24 jam
24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Kad pun cantik, my fav colour
*Setakat ni Debit Kad yang boleh pakai buat internet transaction ialah Public Bank, EON Bank dan Al-Rajhi Bank. Kalu ade yang lain please update me ok!

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






3 comments
Comments feed for this article
Julai 15, 2009 pada 1:50 pm
annidxam
dah lama terfikir ttg debit card ni. tp still blur n takut2 nk guna. huhu aku nih mmg lambat bab2 teknologi nih. takut memakan diri sbb aku xpandai huhu
tp boleh byr bil automatik? mnarik!
Julai 16, 2009 pada 9:01 am
adam ra'uf
mcm kad touch n go kea??
Julai 16, 2009 pada 2:30 pm
alangtengahbirukundang
nizam: sbnarnyer die mcm ATM kad je… cume kalu utk transaction internet, kan selalu pakai kad kredit, booking tiket ke, beli barang ke, cume this time kite pakai debit kad, duit kita sendiri… n tak semua debit kad ada fungsi ni… kelebihannya yang lain2 tu kebanyakannyer ATM kad biase pun ade…
adam : mmm tu tak sure… tp for sure aku pakai kad ni nak wat internet transaction je, sbb aku xmo pakai kad kredit… menyusahkan dan menggatalkan tgn aku tuk berbelanja lebey, dan juga bisa jadikan aku ahli Persatuan Bujang Muflis lebih cepat!!!