Rejab nak abis… Tirai ditutup dengan memulakan puasa ganti yang dulu…
Gatal! Lain kali bertangguh lagi ye!
9 hari lagi untuk dihabiskan… ngeeeee
Melapik perut dengan se”mug” milo untuk berbuka di opis, terus membawa diri ke KL sentral…
untuk?

80Ini!!! Tiket balik raya!!!

Aku perasan pengumuman penjualan tiket raya KTM semasa mengiringi adik menjadi pemandu
pelancong percuma menunjuk-nunjukkan dia tempat2 penting di KL sentral tu kelmarin.
Adik baru seminggu berkenal-kenalan dengan kebobrokan kota,
memilih jalan pilihan ayah dan mak dulu, sebagai pendidik mencurah ilmu.
Harap sebelum dia membakar lilin menerangi anak bangsa, dapatlah ia membakar lemak-lemaknya
sepanjang permukiman di ceruk bernama Bangi itu. ehehehe
Tiket hari raya sudah mula dibuka untuk jualan sejak 2 hari lepas!!!
Ahh, mujur aku merajin-rajinkan diri membaca notice board, tiket untuk 17hb September 2009 (3 hari sebelum raya)
akan mula dijual hari esok! (malam tadi) Terus sahaja aku sms adik beradik yang turut berada di
perantauan mohon perkenan mereka untuk membelikan tiket bagi pihak mereka,
beli-beli jugak, bayar tetap bayar ye adik-adik sekalian! hahahah

Syaaban menanti dipintu, Ramadhan belum nampak kelibatnya
Namun bahang kehadirannya sudah kuat terasa…
Ramadhan pasti datang!
Pasti!

Cuma…
samada aku sempat menjemputnya,
itulah yang masih belum dapat dipastikan
Malang sekali…

*Ramadhan di Taman Ilmu terlalu indah, malam tak berpenghujung, siang malam hidup…! Bak Bukit Bintang lagaknya masyarakat taman kecil ini berpesta meraikan Ramadhan… Rindu! \(^_^)/

*Tadi bos baru buat lawak paling best, chambee terkocoh-kocoh mengingatkannya agar dia tidak terlupa menandatangani dokumen2 yang telah disiapkan, spontan bos menjawab, “Sabarlah sayang! Bawak mengucap! Bawak mengucap!” Paling tak tahan ada suara-suara sinis menyampuk di kejauhan beriringan tawaperlahan, “Dia tau ke megucap tu ape? Hahaha!”
Bos berbangsa Sikh :)