You are currently browsing the monthly archive for Oktober 2009.
This is my last entry on this blog…
pasni aku akan terus apdet kat alangtengahbirukundang[dot]com ok!
Sebelum ni macam tertangguh sebab aku terkial2 lagi nak godek cpanel tuh…
walaupun belum expert pun lagi, tapi hari ni aku manage to import SEMUA entry2 dan komen2 bukan sahaja dari blog aku kat wordpress ni, tapi juga dua blog aku yang dulu2 dibawah ni:-
1. www.alangtengah-birukundang.blogspot.com; dan
2. www.kelana-alangtengah-birukundang.blogspot.com …
Alhamdulillah berjaya jugaakkk!!
So kat site baru tu nanti korang bleh belek arkib dated back from March 2005, iaitu entry2 mase aku still blaja kat uia, itupun dah final sem (sebelum extend! lalalalala).
So kalu ade bende2 merapu aku repekkan dalam entry zaman2 tok kadok tu sory la.. dulu2 mane nak reti bincang isu2 whatever kan.. hahahaa
So, jumpe kat sane ok…! aku xboleh nak re-direct trus http:// blog ni ke sana supaya korang xpayah tukar setting kat blog korang, tapi daripada ape yang aku bace pasal re-directing tu, bende tu bukanlah percuma…
Lastly, terima kasih atas kesudian anda mengikuti perkembangan aku yang ntahsape2 ni selama ini, dan harap kesinambungan perkembangan seorang insan bernama aku dapat diteruskan di sana.
Aku still nak redesign the templete, especially the banner la, tp blum berkesempatan lagi. Templete tu sebenarnyer travel/adventure blog theme, sbb tu la ade booking kete sewa la, wwf ape la… dan agak semak sikit, tp aku suke konsep die, cume akan touch-up sikit2 je…
Ok, jumpe sane yeeee… InsyaAllah kalu ade rezeki aku buat la kenduri “pemanas rumah” kat situ, korang tgk gambar2 makanan je la ye… Hahaha
Kebebasan kewangan atau financial freedom telah menjadi buah mulut sesiapa sahaja yang berusaha meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga. Industri berasaskan topik ini telah berkembang pesat sejak sekian lama sehingga lahirlah personaliti seperti Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li dan sebagainya. Personaliti seperti ini saya percaya lebih separuh daripada pendapatan mereka terjana daripada perkongsian mengenai topik kebebasan kewangan semata-mata; samada melalui royalti penerbitan dan penulisan buku mahupun artikel-artikel, bayaran menerima undangan sebagai hos atau tetamu rancangan TV mahupun radio, penganjuran seminar, bengkel dan kursus-kursus pengurusan kewangan. Itu belum termasuk perniagaan sebenar yang mereka ceburi tau, yang turut menyumbang sebahagian besar lagi punca pendapatan mereka!
Sememangnya banyak cara yang disenaraikan oleh mana-mana pakar kewangan di seluruh dunia untuk seseorang itu mencapai kebebasan kewangan; paling asas ialah dengan menguasai ilmu pengurusan kewangan itu sendiri. Ungkapan “membeli mengikut keperluan bukan mengikut kehendak” adalah antara tips penting pengurusan kewangan bijak dan berhemah. Ya, percaya atau tidak anda boleh menjadi kaya-raya dengan tidak membazirkan pendapatan anda, semudah itu! Sebaliknya, ramai diantara kita tak kaya-kaya kerana kegagalan dalam menguruskan kewangan, macam entry aku yang dulu (klik)
Di samping ilmu pengurusan kewangan, banyak lagi alternatif lain yang datang kepada kita demi membebaskan kita dari belenggu kesempitan wang seperti pelbagai bentuk pelaburan (amanah saham, komoditi, emas, hartanah), penternakan dan pertanian (ternakan cacing dan lintah sebagai contoh), melakukan kerjaya sambilan menjadi agen syarikat Takaful, pelaburan dsbg, dan paling tidak boleh dilupakan dalam senarai punca rezeki seperti kata Rasulullah ialah PERNIAGAAN. Mak ayah aku walaupun makan gaji bertahun-tahun, namun dengan pengurusan kewangan yang tepat mereka berjaya membeli dua ekar tanah yang kami duduki sekarang secara TUNAI! Dan demi meneruskan kelangsungan kebebasan kewangan itu selepas bersara, mereka gigih meneruskan perniagaan menjual gas memasak secara sepenuh masa.
Risiko alternatif-alternatif di atas juga berbeza-beza, sama seperti reaksi kita terhadap perniagaan. Ada yang mahu play-safe, tidak akan sekali-kali berniaga, cukup sekadar makan gaji setiap bulan. Ada yang berani ambil risiko, malah berjaya pula mendapat pulangan berlipat ganda. Yang gagal pula tidak kurang ramainya, malah bangkit kembali meneruskan impian empayar perniagaan mereka. Percaya atau tidak, mereka juga berjaya memperoleh passive-income melalui cerita bangkit dari kegagalan mereka yang dijaja di dalam buku-buku best-seller tulisan mereka! Sesungguhnya orang lebih mengambil berat mengenai risiko lebih jauh daripada menumpukan kepada pulangan itu sendiri, mereka lupa pada ungkapan No Pain, No Gain!
Umum juga tahu bentuk-bentuk perniagaan juga semakin berevolusi, salah satunya kemunculan syarikat-syarikat Multi-Level Marketing (MLM); daripada yang jenis berpanas terik mencari pembeli produk-produk mereka, jenis yang ajak orang datang talk-show demi menerbitkan minat menyertai perniagaan mereka hinggalah kepada yang buat secara dalam talian atau online tanpa perlu berjumpa potential prospect, cukup sekadar promosi di laman web dan follow-up melalui Skype!
Produk-produk syarikat-syarikat MLM pun tak kurang hebatnya; ada makanan-makanan supplement penurun/penaik berat badan, penapis air, korset berteknologi tinggi, jus itu, jus ini, malah banyak juga yang menawarkan barangan keperluan harian. Yang pasti pelanggan setia atau ahli-ahli akan ditawarkan sejumlah pendapatan tertentu sekiranya berjaya mencapai tahap-tahap tertentu, dengan sekian banyak orang bawah atau downline tertentu. Risiko juga sudah pasti berbeza, sepertimana pendaftaran atau kos permulaan yang juga berbeza-beza. Ada yang dalam lingkungan kemampuan sesiapa sahaja, ada yang sampai membuat pinjaman peribadi beribu-ribu ringgit melalui bank-bank, malah ada yang percuma!
Ramai yang berjaya dalam perniagaan bentuk ini, biasanya kejayaan dalam syarikat MLM digambarkan dengan pemilikan kereta-kereta mewah oleh orang atas atau upline. Entah mengapa kereta mewah sememangnya menarik perhatian umum di Malaysia bahawa pemiliknya kaya-raya (sedangkan kebanyakan kereta itu masih belum habis bayar). Tapi itulah hakikatnya, dan itulah juga cara mana-mana syarikat MLM membuktikan sekiranya upline-upline ini boleh, kenapa tidak anda?
Tidak kurang juga yang gagal dalam MLM. Malah selalunya mereka yang berjaya dalam sesebuah MLM pernah gagal dalam sekurang-kurangnya satu syarikat MLM yang mereka sertai sebelum itu. Macam-macam alasan bagi yang gagal. Yang gagal ini jugalah yang membina tanggapan sinis dan skeptikal terhadap syarikat MLM, dan menyebabkan sesiapa sahaja yang baru nak sertai, akan mempunyai pemikiran pertama yang sama, “Macam mana nak ajak orang ni?”, sebab umum menyedari syarikat MLM memang dipandang sinis di sebalik kewujudan jutawan-jutawan yang lahir dari syarikat MLM yang boleh tahan ramai bilangannya. Entahlah, kadang-kadang kita lebih suka play-safe atau mengelakkan diri dari mengambil risiko.
STRAIGHT TO THE POINT lah! Hehehe
Aku akhirnya membuat keputusan untuk menyertai satu lagi syarikat MLM lepas raya lalu. Bagi aku tidak semestinya aku harus berhenti kerja untuk terus setia menjalankan satu-satunya perniagaan MLM yang aku sertai (walaupun kebetulan aku memang tak kerja sekarang hehehe). Aku sedar syarikat MLM adalah landasan tepat bagi orang-orang macam kita yang ingin membuat sesuatu berdasarkan kepuasan diri dan dalam masa yang sama mendapat pendapatan berlipat ganda. Donald Trump sendiri pernah membuat kenyataan antara perniagaan yang menjadi pilihannya sekiranya dia ditakdirkan gagal lagi dalam perniagaan hartanahnya sekarang ialah dengan menyertai mana-mana syarikat MLM demi bangkit kembali sebagai usahawan berjaya!
Ada orang nak beli macam-macam lepas dapat pendapatan berganda, kereta mewahlah yang paling utama, kan? Namun harapan aku dalam menyertai MLM adalah untuk mendapatkan suntikan modal yang lebih banyak dalam merealisasikan impian aku sebagai trend-setter, InsyaAllah! Di samping itu, aku akan mewujudkan atau menyertai komuniti pelabur hartanah Islam terulung di negara kita, kalau ada seorang Donald Trump di U.S., biar ada seratus orang Muhammad Donald Trump di Malaysia! Yeayy!
Syarikat apa yang aku sertai ini?
Sebelum aku berbicara lebih lanjut, suka aku tekankan bahawa sesungguhnya kita tidak akan mempunyai pilihan muktamad mengenai sesuatu, atau lebih tepat lagi BAHAYA sekiranya anda menetapkan diri anda pada satu-satu perkara sahaja tanpa bersedia terjun kepada alternatif-alternatif lain. Sebagai contoh, sekiranya anda BERDEGIL kerja makan gaji anda adalah yang terbaik tanpa berusaha menjana pendapatan tambahan yang lain, andalah yang rugi seandainya satu hari nanti anda hilang upaya dalam meneruskan satu-satunya kerjaya anda itu kerana anda tidak bersedia dengan passive-income lebih awal. Anda mengatakan anda tak berani ambil risiko, sedangkan anda sendiri yang tidak sedar anda sudah mengambil risiko dengan beriman bahawa jalan yang akan dilalui anda di masa hadapan akan cerah-cerah dan indah-indah sahaja
Aku harus membuat blog baru untuk menceritakan mengenai satu lagi alternatif menarik untuk mencapai kebebasan kewangan ini. Tapi aku harus beredar segera kerana anak-anak muridku sedang menunggu di sekolah nun nak berzapin. Ghalit update blog, lupa nak tengok jam!
Korang tunggu tau! Pas lunch aku siapkan k!
Aku mengisi masa menunggu anggur-anggurku tumbuh merimbun dengan menerima pelawaan cikgu sekolah anak syarikat universitiku untuk mengajar buat ke sekian kalinya pelajar-pelajar yang sedang bersiap untuk Majlis Anugerah Tahunan mempersembahkan tarian zapin. Pelajar lelaki tahun 6 yang bakal diajar ini merupakan pelajar yang sama pernah aku dan seorang rakan sepasukan ajari ketika mereka dalam darjah 4 dahulu.
Kelas pertama kami adalah di Multimedia Room yang mana aku harus mengajar mereka di hadapan semua pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 yang terlibat dalam persembahan lain, bersama guru-guru pembimbing mereka yang kesemuanya perempuan termasuklah Guru Penolong Kanan HEM. Malunya usah nak katalah! Pengalaman mengajar mereka 2 tahun yang lalu juga pengalaman mengajar ahli junior pasukan universiti mengurangkan kekokku. Sebelum itu, aku menunggu dalam bilik itu menyaksikan ujibakat bagi menentukan pemegang watak Puteri Gunung Ledang, dengan skrip ringkas berbahasa Inggeris tertulis di papan putih, seorang demi seorang mencuba (sebut “dipaksa”). Ada yang ok, ada yang over, tak kurang ada yang keliru jual mahal orang dulu-dulu pembawakannya berbeza dengan kekwat perempuan sekarang yang tergedik-gedik! Hahahaha
Peristiwa guru menengking murid-murid yang bising bersembang-sembang ketika ujibakat berlangsung dengan kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris sungguh menjadikan jantungku bagai nak tercabut! Tak pernah aku terfikir guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid mengucapkan kata-kata sedemikian hanya kerana mahukan anak murid senyap sunyi! Risik punya risik, menurut kata anak murid aku, cikgu yang sama malah pernah menunjukkan isyarat mengangkat jari tengah kepada pelajar! Hmmm, mujur anak murid pun tahu apa yang cikgu mereka buat itu memang perkara terkutuk. Mungkin terkesan dengan didikan di rumah, tahniah kepada ibu bapa mereka.
Cabaran mendidik kanak-kanak ialah mengekalkan tahap fokus dan perhatian mereka terhadap apa yang ingin kita sampaikan. Kalau tak kena cara, mereka lebih mudah berpaling melakukan perkara lain, bermain, malah berlari-lari keluar kelas! Sememangnya meninggikan suara amat membantu (bukan menengking, tapi menguatkan volume sahaja), tetapi kalau dah setiap kali pun harus ditinggikan, tewaslah peti suara yang rapuh ini. Lepas kelas terus jadi suara Ella, serak serak basah.
Perkara lain yang aku cuba tekankan kepada mereka ialah jangan memaksa diri melakukan sesuatu, apatah lagi kalau menari yang sepatutnya menghiburkan diri dan orang lain, akan menjadi segmen bermasam muka dan menyampah ditonton. Jadi, awal-awal lagi aku nasihatkan kalau rasa terpaksa atau memang tak minat, tak payahlah sertai kelas aku. Rakan-rakan mereka yang memahami turut menyampuk mengatakan nanti menari tak enjoy! Nasib baik ada yang sedikit matang. Hehehe
Namun itu tak menghalang aku untuk membuktikan menari bukanlah sesusah yang disangka, malah boleh jadi hiburan dan senaman dalam masa yang sama. Sudah pasti akulah yang harus mempersembahkan kepada mereka rutin-rutin tarian dengan satu lagu penuh, lagu yang akan kami gunakan semasa persembahan nanti. Ya Allah, dengan pertambahan 5 kilo selepas Aidilfitri, Tuhan sahaja yang tahu betapa berusahanya aku menyembunyikan nafas yang tercungap-cungap selesai sahaja demo!
Baru sahaja selesai menumpahkan kesemua rutin tarian yang akan digunakan kelmarin, jadi tumpuan seterusnya ialah membetulkan postur dan melatih mereka menari dengan tepat mengikut tempo.
Anak-anak murid aku ni memanglah nakal tak boleh nak kata. Tapi kenakalan merekalah yang memberi cabaran sebenar bagiku juga menghiburkan, berbanding melayan kerenah orang dewasa yang biadap tak tentu masa dan menyakitkan jiwa juga otak! lalalalala
Teori seiring praktikal.
Gila tak? Hahaha

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru