Filed under daily

La syukran ‘alal wajib

Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! “
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.

Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”

Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”

Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.

Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”

Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.

La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”

Di tag

Mari mem”blacklist” @ menyenaraihitam…!

Malam tadi lepas Isya’ aku bersama dua teman serumah makan malam bersama
di salah sebuah restoran dari sekian banyak restoran nan berbaris di hadapan Taman Greenwood.
Entah mengapa, aku masih memaafkan diriku kerana menyeksa terus-terusan perutku
ini dengan menikmati hidangan-hidangan di restoran-restoran ini, setelah jelas ia
adalah tempat menyediakan makanan paling kotor… silap haribulan tiada satu pun yang lulus piawai
Halal! Bukan sekali aku nampak tikus sebesar anak kucing 5 bulan berjalan2 di kaki-kai pelanggan,
bukan sekali aku dengar makanan terselit lipas… nasi putih dalam bekas berhurung nasi masih
dihidangkan kepada pelanggan…! Aku takkan sekali-kali memandang ke dapur atau tempat membasuh
pinggan atau sekalipun ke lantai apabila berjalan di antara 2 blok deretan restoran sebagai
short-cut untuk ke kedai belakang… Ya Allah, lebih jijik dari memandang tikus-tikus mati di lenyek
setiap pagi sewaktu bergegas ke tempat kerja, kerana pemandangan itu berkait rapat
dengan apa yang masuk ke perut ku!!! Uweekkk!!!

Posting kali ini bukan setakat menyatakan tahap kebersihan, tapi hak pengguna yang
membayar untuk nilai terbaik. Aku order Mi Ladna. Setelah siap terhidang di depan mata,
aku mulakan dengan menghirup sesudu dua kuahnya. Juga meratah sedikit sayuran di dalamnya.
Dah lama, baru aku perasan! Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
….
….
….
…..
….
…..
…..
……
…..

Releks.. bukan la lipas ataupun tikus dalam mi tu!
Tapi betapa secotet sahaja mi yang di berikan kepada ku sebagai pakej Mi Ladna yang
aku order tadi. Aku geram, aku asingkan sayur daging udang semua sebelah kiri pinggan,
the mi/noodle itself sebelah kanan pinggan… korang tak caya tgk sendiri:-

PhotobucketDua kali suap dah abis mi! Kedekut!!

PhotobucketPandangan sisi hidangan ku malam itu

PhotobucketNi la restorannya, aku tak tau nama / tak dapat nak bagi nama
sebab xnampak pun signboard nama dia, just ingat warna kuning kerusi2 nya, dan interior
restoran tersebut! Ingat tau!

Dah makan abis, bayar la apa lagi… Memang la aku tak complaint depan2 diorang, tapi aku percaya dengan blog ini, aku boleh beritahu satu dunia, jangan sokong restoran kotor, sudahlah kotor kedekut pulak tu!

Photobucket
Ni lagi satu yang aku meluat pasal Grinwud ni, nak melintas jalan punyalah susah! Harap ADUN atau orang-orangnya yang terbaca blog ini bolehlah usahakan agar jejantas dipasang di sini, aku lebih sanggup naik jejantas dari menunggu tengah2 jalan dengan kenderaan laju bertali arus depan dan belakang aku…

Sekian adanya…

aku dan kucing…

(Amaran: Penulisan kali ini penuh bahasa pasar, tidak sesuai diadaptasi ke dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR, PMR apatah lagi SPM)

Aku apdet untuk pertama kalinya melalui brodband yang baru kubeli sebelum raya ari tu. Itupun setelah jenuh di suruh si nidxam. Aduih, mengenang-ngenangkan kembali harganya, menyesal pun ada! Namun, ku pujuk sahaja diri yang terlalu ingin menjejaki Irfan Khairi, insya Allah, setiap pelaburan pasti ada pulangan! Makin kuatlah sebab aku untuk terus mengejar cita2.. sekurang-kurangnya menjadikan pembelian brodband ini suatu yang amat berbaloi!! Takbir! (aku kalau bersemangat nan berkobar sikit, mesti nak bertakbir… mungkin didikan di sekolah “militan” dulu-dulu hahaha)

Aku nak cakap pasal kucing this time, malah sebab aku ada gambar-gambar terbaru kucing-kucingku di kampung, ingin ku kongsikan visi dan misiku bersama makhluk Tuhan yang sungguh comel ini, yang sangat di cintai sahabat Rasulullah, sehingga digelar Bapa Kucing (Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu)…

Dulu2 ade kucing induk betina jenama Malaysia menetap di rumahku, nama Tompok.. (satu kebiasaan di kalangan ahli keluargaku bilamana satu nama itu dicipta, lalu terevolusi seiring masa hingga menjadi nama lain; yang sekurang2nya berbunyi tak jauh dari asal) .. dalam kes ini, Tompok jadi Apok, beranak lah dia beberapa generasi, sehingga lahir lah kucing2 baru; antara yang popular arwah Areren (terevolusi dari Oren; bercorak sangat cantik macam kucing Benggal!)… Namun jenama kucing Malaysia sudah lama hilang seluruh generasinya dari rumahku…

Kini induk baru betina ialah Princess; baka parsi+malaysia kaler kelabu; bulu panjang, badan agak pendek muka kecik comel2 je.. sehingga raya baru ini, generasi terbaru adalah generasi ketujuh… dan generasi2 yang sebelumnya yang masih hidup aku pun tak pasti diorang ni generasi ke berapa… Princess merupakan kucing abang aku yang dibawa pulang ke kampung setelah dia harus menumpukan kepada benda baru yang kene dibela lebih rapi; bela anak bini la hahahah.. Princess satu-satunya kucing yang dibenarkan lepak dalam rumah; satu, sebab die pandai berak dalam tandas.. dan kedua; die pandai signal kat orang die nak keluar rumah dengan menyuruh org bukakkan pintu.. memang kucing ter’smart’ la stakat ini yang family kitorang ada… princess juga tahu namanya princess, sebab die pasti menoleh walaupun kita panggil die macam panggil kawan atau adik beradik, tanpa perlu bunyikan bunyi cicak nak pangil kucing makan tuh..

  Photobucket
Ni la Princess, “Beranak lagi aku… hmmm” katenye

 Photobucket
Anak-anak princess terbaru

 Photobucket
Bebola kapas yang comel menjemput rasa nak memicit-micit mereka semua! Geram!

Photobucket
Meme; anak princess generasi ke berapa ntah… body biasa, ekoq terlebih kembang sket, berlagak la tu!

Photobucket
“Meme, tengok sini..” “Tak maaaauuuuu..!”

Photobucket
Momo, adek badek Meme. “Momo, tgk sini!”

 Photobucket
“Momo, tgk la sini!”

Photobucket
“Momo…..!”

Photobucket
Momo… echeh, Meme tayang ekoq plak!

Photobucket
Susah2 sangat, aku pegang je! Ha, ni la Momo.. monyok je kan muka die..

 

 

Aku rasa antara bisnes part time yang akan aku ceburi di rumah suatu hari nanti ialah breeding cats… hehehe

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenapa suka dengan kebisingan???

Sungguh aku tak faham orang kita!
Malam tadi aku sekeluarga diganggu bunyi mercun berdentam-dentum
oleh jiran sebelah… Ya Allah, bingitnya telinga!
Apa yang seronok sangat dengan penghasilan bunyi yang memekakkkan telinga itu?
Puas gila ke? Tercapai ejakulasi kepuasan spritual ke? Aku berharap sangat-sangat satu dua mercun terkena batang hidung anak-anak mereka sendiri, biar belajar! Biar menyesal! Geram!

Kita nak bercuti bersama ibu-bapa ni naklah malam-malam yang menenangkan, merehatkan.
Nasib baik demam aku dah surut, dibuatnya aku memerlukan rehat yang urgent malam tadi,
aku memang dah terbayang parang golok segala ku hayun ke rumah sebelah, mahu ku tetak-tetak
kepala mercun mereka. Biar ke penuhi hajat mereka bermain dengan maut!!! Geram sungguh!
Mak bapak diorang biar je! Mak bapak yang patut kene penjara sebab gagal menyekat access bende haram tu ke tangan anak-anak! Heisyhhh, memang aku bara lah malam tadi… ku sabar-sabarkan sahaja diri sambil kepala mengulang-ingat tempat ayah letak parang! Serius!

Kepada kawan-kawan ku, janganlah dok suka main mercun, apatah lagi mengajar anak-anak main mercun! Sesungguhnya itulah kebodohan nyata bangsa Melayu Islam kita disamping sekian banyak kebodohan-kebodohan lain (Jika bisa kusebutkan di sini; lumba haram; memulakan tabiat merokok setelah tahu akibat buruknya; mengampu pemimpin dan mengundi pemimpin zalim; makan rasuah; berjudi dan banyaaaaaaaaaaaaakkk lagi!)

Geram!

‘Eid Mubarak!

Selamat menyambut ‘Eid al-Fitri…
makan ingat-ingat, pandang-pandang…
jangan kebas semua!
Tengah apdet mengadap Teratak Siti Nurhaliza..
Jap gi balik kampung kat Gopeng..
Adiosss!

Hari-hari terakhir Ramadhan

Sabtu 2 minggu lepas adalah permulaan hari-hari getirku bergelar pengembara Ramadhan kali ini…
Demam naik turun, batuk tidak, selsema tidak… kerja kutinggalkan 2 hari berturut-turut..
Rabu separuh hari, setelah cuba bertahan dalam kesejukan opis nan menggigit! Aku menyerah kalah
selepas separuh masa. Annie menunjukkan jalan ke klinik panel, sampel darah diambil lalu terus pulang dengan medical certificate. Keputusan dijanji jam 7, namun jam 5 sudah sedia. Aku akhirnya sah DEMAM DENGGI tahap awal. Hari-hari seterusnya cuti dan cuti lagi, dengan tangan berbekas suntikan jarum; diambil darah berkali-kali dan dimasukkan air… Begitulah keadaanku hingga menjelang seminggu… seminggu itu jugalah aku tak berpuasa, memaksakan berbotol-botol 100plus ke dalam diri, demi menyeimbangkan paras platlet dalam darah.. juga menghidrasi tekak yang kering barang berselang 2 – 3 minit… Terlalu kering! Kepala pening tidak terhingga. Badan penat tak terkata!

Sehingga semalam, itulah yang aku alami… Demam denggi sememangnya memenatkan! Aku masih bertuah kerana dijauhkan dari katil hospital (walau itu antara yang dibayangkan lantaran belum sekali dalam hidupku diwadkan) Dalam kepala terbayang aku akan berkelambu selepas ini, tiada peluang lagi buat si penagih darah!!! Aku sungguh akan menghargai kesihatan sebaik-baiknya!

Hari ni hari terakhir puasa, aku gagahkan diri beribadah puasa terakhir buat tahun ini. Esok raya, so, esoklah bagi ucapan raya!

Terima kasih buat keluarga yang prihatin, rakan-rakan serumah yang mengambil berat, staf sekerja yang memahami dan sesiapa sahaja yang membantuku sepanjang tempoh bergelar pengidap denggi. Terima kasih khas buat Johan yang menghantarku pulang beraya semalam.

Takziah buat rakan serumah Helmy Razelan juga “partner-to-be” yang di masukkan ke wad Hospital Pakar Kuantan Sabtu lepas, juga sebab Denggi – moga cepat sembuh, lepas raya kite gi class ok!

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

SELAMAT BERPUASA SEMUA…
anyway this would be my first ramadhan at work…
harapnya aku tidak lagi berharap-harap sahaja
mengutip 1001 rahmat yang Allah buka
buat kita semua sepanjang sebulan ini…
Permudahkanlah Ya Allah!

Just nak kongsi..
semalam teman seagama mengingatkan
hadith yang membahagikan ramadhan kepada 3
peringkat waktu dan kebaikan; aku tak ingat secara spesifik..
adalah hadith DHAIF…
KESEMUA 3 BENDA BAIK ITU TERSEDIA BUAT KITA
SEPANJANG SETIAP SIANG MALAM RAMADHAN INI!

MENGISI SEPI DENGAN SEPI

2 minggu lepas sepatutnya menjadi hujung minggu paling berinformatif lantaran aku bercadang melawat 2 pameran kesenian dalam satu hari; Interior Design di KLCC dan Kerja Kahwin di Kompleks Kraf.

Menjelang tengahari hari terakhir kedua-dua pameran tersebut, aku tersangatlah mengantuk, lalu
tidur dahulu… hmm, yang ajaibnya sampai menjelang senja!
Terkocoh-kocoh solat Asar, terus sahaja merempit ke LRT terdekat.
Dalam LRT seorang teman mengkhabarkan bahawa sekarang mungkin mereka sedang berkemas-kemas,
sebab pameran berakhir jam 8 malam; merujuk kepada Promosi Kerja Kahwin.
Aku dengan hampa memujuk diri, hmmm, tak mengapa.. banyak masa boleh di habiskan untuk Interior Design kalau begini.

Sesampai di KLCC, ramai pengunjung turun ke platform dengan goodies bag pelbagai, percuma untuk pengunjung pameran. Aku singgah bersolat di surau, dan bergerak sendirian dalam terowong menghala
Convention Centre. Aku berjalan dengan relaksnya, menaiki eskalator setingkat demi setingkat
mengikut penunjuk arah pameran. Sampai di tingkat 3, mata aku liar melihat jadual pameran hari ketiga, kotak aktiviti terakhir malam itu agak pendek, sambil mataku perlahan-lahan beralih ke kotak padanan masa dibahagian atas jadual, untuk mendapati..
“Dah habis..!” tegur seorang pengunjung yang hendak turun eskalator bersama temannya yang lain.
Masa terakhir pameran jam 7 petang.
Aku berdiri mengadap jadual pameran itu jam 8.05 malam!

Buntu memikirkan pelan seterusnya (iaitu pulang ke rumah tanpa berbuat apa-apa) aku teringat filem Melayu
yang sedang mengisi tayangan panggung-panggung seluruh negara.

“Bang, SEPI pukul 8.30 ya,” pinta aku di kaunter yang lengang.
“Ok,” sambil memutarkan arah skrin komputer kepadaku yang kelihatan banyak kedudukan kerusi panggung berwarna biru.
“Yang warna biru tu semua kosong… nak yang mana?” tanyanya.
“Ooo.. tak ramai la?” balasku, dia hanya mengangguk, sedikit tersenyum.

Dalam panggung pembukaan filem telah pun beberapa saat berlalu ketika aku masih mencari-cari tempat duduk. Hmmm, SEPI filem yang cantik. Skrip masih skema di sana sini, sekali-sekala pelik kedengaran di telinga… Lakonan Sein ex-Ruffedge paling berkesan bagiku, bersahaja. Tak sangka dia pelakon yang bagus..
Yang lain-lain, hmmm cliche barangkali… Afdlin macam biasa la dengan kelakar selambanya…
Babak tepung jatuh bak salji mendapat sorakan penonton.. (walaupun aku tak pasti bisakah tepung yang keluar dari kampitnya akan berguguran sebegitu di waktu-waktu biasa)
Namun gelagat-gelagat penonton yang berborak kuat ketika tayangan sambil sekali-sekala memberi komentar tanpa dipinta benar-benar mengganggu tumpuanku.
Rasa nak penampar je.. “Aku pun bayar duit tiket oi!” dalam hati la.

Ramai kata SEPI boring, tak kurang juga yang memuji. Bagi aku, kalau penonton tak mampu meletakkan diri mereka dalam apa-apa watak sekalipun dalam sesebuah filem, filem yang cantik tetap takkan mampu memberi kesan kepada penontonnya. Mungkin Afdlin tidak sepatutnya berkata, “Sekiranya anda rasa sepi, bila anda tengok kiri kanan eh! mane orang ni? Filem ini untuk anda..”, seolah-olah iklan yang sepatutnya menarik penonton telah menegaskan bahawa “sang sepi sahaja sesuai menonton filem ini”!

Aku suka filem ini..
Aku keSEPIan…?
Mungkin, atau lebih tepat lagi..
dah lama dah…

quote “SEMBAHYANG” @ work

sembahyang…
lama aku tak gunakan perkataan ini
setelah sekian lama menggantikannya
dengan solat…
tetapi di lingkungan luar persekitaran
zaman siswazah aku dulu-dulu,
perkataan ini masih popular
digunakan, apa-apa agama pun…

Aku baru menjengah 5 minggu di alam kerjaya
tempat sekarang, namun secara realitinya
aku sudah setahun lebih disitu melakukan latihan
amalan guaman…

Percampuran pelbagai latar budaya dan agama
mewarnai tempat ini…
Masing-masing punyai persepsi tersendiri
terhadap Islam…

Antara petikan kata-kata yang mencuit rasa
dan minda adalah mengenai perkataan ajaib
yang terdiri daripada 10 haruf ini:-
S.E.M.B.A.H.Y.A.N.G

“U tak makan ke hari ini?” tanya seorang staf
sambil aku berwudhu’.
“Eh, mana boleh cakap dengan die mase die ambil
air SEMBAHYANG,” tegur rakan staf seorang lagi.
Aku hanya tersenyum dan menjawab, “Takdelah,
boleh..”
Staf tadi masing-masing seorang India dan Cina.
…….

“Kak, ade duit pecah tak? Nak buat tambang LRT
gi SEMBAHYANG Jumaat.,” tanyaku kepada pembantuku.
“Selalu pinjam pas LRT orang, hari ni rajin nak bayar tambang
pulak?” balasnya.
“Si A (berbangsa Cina) on leave la hari ni.”
“Ala, si B bukannya SEMBAHYANG Jumaat, pinjam la dia punya,”
cadangnya.
Aku tetap memilih membayar tambang. Meminjam kad LRT orang
yang tak sembahyang Jumaat untuk aku gunakan bagi tujuan yang
sama macam tak kena pula. Patutnya aku yang harus mengajaknya
bersolat. B seorang Melayu Islam, bertindik namun rajin bekerja,
sekali-sekala mendengus bila dua tiga staf memintanya mencari
fail itu dan ini dalam satu masa.
………

“Wa… bagus la u, hari-hari pun SEMBAHYANG!” tegur seorang
rakan staf baru.
Aku hanya tersenyum dengan gelagatnya, sememangnya seorang
peramah dan jenis tak duduk diam.
“Eh, I tak pernah pun nampak u SEMBAHYANG lagi, kenapa aa?” tanya
dia kepada rakan staf lain yang sedang merokok mengadap cermin
tandas pejabat kami.
“Lupa..” jawabnya sambil tersengih.
“Lupe aaa? Hari ni lupa, semalam lupa, esok pun lupa?” tanyanya
kembali, sinis.
Aku ketawa dalam hati dengan gelagat mereka.
Staf tadi masing-masing seorang Cina dan Melayu, rakan rokok
setia sebelum masa kerja separuh masa kedua, juga bila-bila masa
sahaja diperlukan.
……….

Seorang staf lelaki berborak dengan pembantuku,
sambil sekali-sekala aku menyampuk.
“Eh, nanti ko masuk bilik tu, tak payah la aku jalan jauh lagi
nak SEMBAHYANG ke bilik loyer tu,” kata pembantuku,
merujuk kepada bilik berhampiran kami yang kosong
lantaran loyer nya berhenti notis tak cukup sebulan.
Aku hanya tersenyum, “Ntah la kak, kalu orang nak bagi bilik
kite ambik, kalu tak.. duduk je la kat luar ni.” jawabku,
yang duduk bersebelahan ‘cubical’nya.
“Alhamdulillah, bos aku SEMBAHYANG… bukan cam ko.. hahaha”
Kata pembantuku bergurau dengan staf seorang lagi tadi,
yang pada hematnya jarang sembahyang. Mereka hanya berbalas ketawa.
Pembantuku adalah antara 2-3 orang staf pejabat kami yang
komited terhadap solat, yang terdiri daripada berpuluh-puluh
kakitangan berbilang bangsa, termasuklah berrbelas-belas
staf MELAYU ISLAM.

Hmm, solat tu bukannya susah pun…
soal nak ataupun tak nak je…
Solatlah kita semua!
(aku sendiri pun terkadang kantoi, aja2!)

jubli uia… internet… bihun sup usman…Tun resign?

Dah lama tak jenguk UIA… juga bermakna dah lama aku tak turun bersenam dan berenang…
Lepas Zuhur (pukul 3 lebih) aku ke UIA, hajat nak layari internet lebih selesa, lantaran CC berhampiran rumah sewa kami pemiliknya sendiri merokok di dalam premis itu… apatah lagi pelanggan-pelanggannya yang juga perokok… untuk rekod, premis tersebut tertutup dan berhawa dingin (bayangkan betapa bebalnya pemilik kafe internet itu!)

Menjengah pintu gerbang, baru teringat PM kita akan singgah ke UIA esok, masakan hiasan tidak segemilang pencipta slogan “Cemerlang Gemilang Terbilang” itu… cat baru, rumput baru, pokok baru… wah, memang kalah suasana konvokesyen seperti kata tuan rumah kami yang Juga pensyarah UIA! Tidak sesibuk biasa, kawasan universiti agak lengang dengan manusia lantaran Semester Pendek hanya diambil sebilangan kecil pelajar (yang malas duduk di rumah lama-lama, macam aku yang tak pernah lepas mendaftar Semester Pendek sejak matrikulasi!)

Youtube.com menjadi laman wajib lawat setiap kali aku melayari internet, kali ini video-video yang menarik perhatianku ialah petikan lagu-lagu filem Melayu lama (versi hitam putih). Tergelak sendiri mendengar versi asal lagu-lagu yang aku dengari pada awalnya versi nyanyian semula. Lagu-lagu seperti Bunga Hutan yang mula kukenali sejak berzapin dan Sireh Pinang oleh Dato’ Siti. Baru aku tahu kedua-dua lagu ini dinyanyikan dalam filem “Bawang Putih Bawang Merah”. Jujurnya, hanya satu sahaja filem Melayu lama yang aku tontoni dari awal hingga penghujung iaitu Ahmad Albab lakonan P. Ramlee. Antara lagu yang buatku tersenyum dalam filem itu berbunyi “Kita semua sepakat, di kampung hai Pening Lalat, mengucapkan selamat.. pengantin baru…” Nyanyian orang lama lebih bersahaja, tidak terlalu menekankan teknik namun penghayatan mereka terasa dek telinga si pendengar. Bagi aku lagu filem Melayu lama terbaik ialah lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang dan R. Ismail dalam filem Gurindam Jiwa lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Iramanya mendamai jiwa dan liriknya pantun-pantun menusuk kalbu! Aku sertakan disini petikan video itu bersama lirikknya. Hayatilah!

“Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga”

Puas melayari internet, singgah di usman membawa pulang bukan satu, tetapi dua bungkus mihun sup faruq… harga walaupun naik 50 sen, namun kualiti tetap sama..

Sebelum melewati pintu gerbang, mata tertarik pada gemerlapan sinar lampu “lip-lap” di kawasan rektori hingga ke hadapan Dewan Utama C.A.C. Mak oiii.. kalah Jalan Bukit Bintang! Demi PM semua jadi! Balik rumah, hmmm highlight berita malam ini ialah perletakan keahlian UMNO oleh pencipta slogan “Malaysia Boleh!”, Tun bekas PM kita. hai, macam-macam senario politik kita hari ini… sekali-sekala macam seronok pulak, happening gitu! Hehehe

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 359 other followers