Filed under isu

La syukran ‘alal wajib

Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! “
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.

Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”

Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”

Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.

Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”

Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.

La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”

Di tag

EARTH HOUR 2009 – Pengalamanku!

Iklan kempen EARTH HOUR 2009 dah bermula berbulan lalu.
Iklan paling best bagi aku iklan Sarimah dengan Zainal Abidin, sebab suara penyek Sarimah mase sambung lagu Hijau
nyanyian Zainal Abidin dengan pitcing sumbang kedengaran kelakar.

Zainal Abidin : “Kulihat…”
Sarimah : “HITAAAaaaaAAAAAAAaaaaaAAAAAaAAAAAAaaaaaaaaaaaaaAAAAAaaaaaaaMMMMMM!”

37

Untuk banyak lagi iklan-iklan EARTH HOUR MALAYSIA klik sini!

Detik 8.30 malam 28hb Mac 2009 tiba jua!
Hahaha, mule-mule aku ingatkan takde siapa nak ambil pusing pasal bende ni kat rumah aku.
Tapi ternyata aku silap! Budak-budak umah yang lain dah tutup lampu tepat 8.30 malam, siap Safwan sanggup seterika baju dalam gelap sambil mengadap TV!?
Aku pulak masih terkial-kial di dapur dengan lampu masih terpasang menyiapkan makan malam aku!
Pukul 8.40 malam baru aku padamkan lampu dapur! Sorry Bumi, terlambat 10 minit!
Pukul 8.39 malam adik aku kat kampung SMS suruh tutup lampu, means orang Tapah Road pun memberi sokongan padu kepada kempen ini! Yes!
Pukul 9.06 malam Echah SMS bagitau die dan beberapa orang ade training program, dan semua orang sibuk mencatat menjadikan ia mustahil untuk mereka menyertai kempen ini. Sorry, Echah for you were not part of the biggest history ever recorded in 2009! Hahahaha

8Sepuluh minit dah berlalu Earth Hour 2009, aku masih sempat tuang sos atas spegetti, sebelum snap gambar
then baru tutup! Ahahaha

7Makan dalam gelap! (Makruh kan?)

1Kelihatan sosok wan sanusi and pidin atas toto tgk tv dalam gelap,
gambar night mode.

61sosok Wan sanusi and pidin dari angle berbeda

218TV gave full support, no tv program for one hour!

51Mengelat jap bukak lampu tgh nak pegi toilet

4Layan AF7 jugak?

Itulah serba sedikit usaha kitorang untuk mengurangkan pemanasan global, biarpun tak pasti keberkesanannyer, yang penting kitorang dah buktikan kitorang rakyat Malaysia yang sporting! Yeay!!

Can’t wait for EARTH HOUR 2010!

Di tag

cerita usaha lagi dan lagi!!!

Aku selalu fascinated and exited melihat atau menonton persembahan tarian berkumpulan yang mantap. Aku letakkan syncronization atau persamaan / ke”serentak”an pergerakan ahli-ahli kumpulan sebagai kriteria paling utama dalam menentukan persembahan pilihan. Namun tidak semua juga menambat hati aku untuk menontonnya berkali-kali. Cuma yang unik dan original sahaja! Jika boleh aku namakan disini antara lain; Kumpulan Riverdance yang membawa tarian tradisi bangsa Irish dari Ireland ke pentas persembahan bertaraf dunia dan berjaya menjenamakan tarian mereka ke tahap tertinggi dengan aksi memukau; Kumpulan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang mementaskan zapin Melayu dengan cara tersendiri; komersil dan jauh melangkau persada antarabangsa setanding pementasan bertaraf dunia tarian tradisi negara-negara lain; Kumpulan Kaba Modern yang menghimpunkan pencinta dan pengamal tari kontemporari dan kreatif di kalangan mahasiswa Asian American di UCLA, selalu menampilkan persembahan pentas yang crowded namun tak pernah gagal melaksanakan langkah-langkah tari dengan pola lantai asli dengan tepat dan sempurna dan Kumpulan kanak-kanak SWATARI yang bagiku tidak keterlaluan jika aku gelarkan mereka sebagai pencabar terdekat pelapis-pelapis Kumpulan YWJ di kalangan kanak-kanak!

Pun begitu, tarian solo jarang menarik minatku, sehinggalah aku menonton persembahan GEORGE SAMPSON awal tahun lalu dalam saringan ujibakat secara langsung rancangan realiti TV Britain; Britain’s Got Talent (BGT) 2007. Beliau berumur 13 tahun ketika itu namun berjaya menawan hati juri dan penonton dengan gerak tari street dan breakdance rekaannya sendiri mengikut tempo lagu; dan pastinya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Aku tak pasti nasib si George dalam rancangan ini; namun aku terus sahaja mengikuti perkembangan kanak-kanak ini melalui rakaman-rakaman bebas di Youtube; yang menonton persembahan jalanannya di kampung halaman; Manchester City sepanjang tahun lalu. Pada hemat aku, pasti dia gagal ke peringkat akhir, kalau tidak masakan masih ke sana-sini mempamer aksi percuma!

Sehinggalah ketika aku ingin mengulang tonton persembahannya pada awal tahun ini, aku terlihat klip video auditionnya untuk rancangan yang sama; Britain’s Got Talent Musim 2008!!! Wah, teruja aku! Server yang lembab membuatkan aku tak senang duduk. Wow, persembahan auditionnya untuk musim kali ini jauh lebih hebat, pastinya hasil usaha di jalan-jalan sekitar Manchester City sepanjang tahun yang lalu! Kelakar bila mendengar komen spontan salah seorang juri sebaik beliau muncul di pentas, “You’re taller! Much taller!” Dan alangkah terkejutnya aku bilamana terpandang klip-klip lain yang relevan dengan rancangan realiti musim itu antara lain berbunyi, “GEORGE SAMPSON-WINNER-BGT 2008″ Hulllaamakkkk!!! Terus sahaja aku klik macam tak percaya apa yang kulihat!!

Memang itulah kenyataannya! Penari solo freestyle yang baru menjangkau usia 14 tahun ini mengalahkan penyanyi soprano (Paul Potts juara BGT musim tahun lalu adalah penyanyi opera amatur; juga seorang pekerja biasa) dan ramai lagi finalis lain yang hebat-hebat belaka! Persembahan peringkat akhirnya memang da bomb ! Terharu melihat reaksinya apabila diumumkan juara. Terharu lagi bila mengenangkan diri yang sentiasa mengikuti perkembangannya di Youtube, berhempas-pulas memenangi hati dan perhatian pejalan-pejalan kaki yang lalu-lalang sekitar Manchester dan akhirnya…. BERJAYA!!!

Cerita usaha lagi dan lagi GEORGE SAMPSON benar-benar mengajar aku jangan berputus asa mengejar mimpi; kuatkan azam dengan objektif yang realistik (George sering mengungkapkan niatnya menyertai dan memenagi BGT paling utama membantu ibunya melunaskan hutang-piutang, malah beliau menyara sendiri persekolahannya dengan menari!) dan jangan sekali-kali membiarkan kelemahan dan kekurangn diri memadam impian (George mengidap penyakit serius yang memungkinkan kegagalan total fungsi tulang belakang dan membawa kepada lumpuh seumur hidup!)

Bagi seorang kanak-kanak di sebelah sana dunia yang memberi inspirasi jauhhhh melangkaui sempadan geografi kepada aku; si pertengahan usia yang masih sesat dalam belantara impian penuh ketidakpastian – AKU TABIK SPRRRIIINNGGGG KAT KO GEORGE SAMPSON!

*George bisa sahaja ditonton di Youtube, hanya klik dan biarkan diri anda diinspirasi! Nota untuk pembuat polisi negara; untuk kesan yang begini positif, meng”ban” Youtube dari capaian pelayar-pelayar internet negara bukanlan pilihan terbaik mengekang budaya negatif! Peace \(^_^)/

jubli uia… internet… bihun sup usman…Tun resign?

Dah lama tak jenguk UIA… juga bermakna dah lama aku tak turun bersenam dan berenang…
Lepas Zuhur (pukul 3 lebih) aku ke UIA, hajat nak layari internet lebih selesa, lantaran CC berhampiran rumah sewa kami pemiliknya sendiri merokok di dalam premis itu… apatah lagi pelanggan-pelanggannya yang juga perokok… untuk rekod, premis tersebut tertutup dan berhawa dingin (bayangkan betapa bebalnya pemilik kafe internet itu!)

Menjengah pintu gerbang, baru teringat PM kita akan singgah ke UIA esok, masakan hiasan tidak segemilang pencipta slogan “Cemerlang Gemilang Terbilang” itu… cat baru, rumput baru, pokok baru… wah, memang kalah suasana konvokesyen seperti kata tuan rumah kami yang Juga pensyarah UIA! Tidak sesibuk biasa, kawasan universiti agak lengang dengan manusia lantaran Semester Pendek hanya diambil sebilangan kecil pelajar (yang malas duduk di rumah lama-lama, macam aku yang tak pernah lepas mendaftar Semester Pendek sejak matrikulasi!)

Youtube.com menjadi laman wajib lawat setiap kali aku melayari internet, kali ini video-video yang menarik perhatianku ialah petikan lagu-lagu filem Melayu lama (versi hitam putih). Tergelak sendiri mendengar versi asal lagu-lagu yang aku dengari pada awalnya versi nyanyian semula. Lagu-lagu seperti Bunga Hutan yang mula kukenali sejak berzapin dan Sireh Pinang oleh Dato’ Siti. Baru aku tahu kedua-dua lagu ini dinyanyikan dalam filem “Bawang Putih Bawang Merah”. Jujurnya, hanya satu sahaja filem Melayu lama yang aku tontoni dari awal hingga penghujung iaitu Ahmad Albab lakonan P. Ramlee. Antara lagu yang buatku tersenyum dalam filem itu berbunyi “Kita semua sepakat, di kampung hai Pening Lalat, mengucapkan selamat.. pengantin baru…” Nyanyian orang lama lebih bersahaja, tidak terlalu menekankan teknik namun penghayatan mereka terasa dek telinga si pendengar. Bagi aku lagu filem Melayu lama terbaik ialah lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang dan R. Ismail dalam filem Gurindam Jiwa lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Iramanya mendamai jiwa dan liriknya pantun-pantun menusuk kalbu! Aku sertakan disini petikan video itu bersama lirikknya. Hayatilah!

“Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga”

Puas melayari internet, singgah di usman membawa pulang bukan satu, tetapi dua bungkus mihun sup faruq… harga walaupun naik 50 sen, namun kualiti tetap sama..

Sebelum melewati pintu gerbang, mata tertarik pada gemerlapan sinar lampu “lip-lap” di kawasan rektori hingga ke hadapan Dewan Utama C.A.C. Mak oiii.. kalah Jalan Bukit Bintang! Demi PM semua jadi! Balik rumah, hmmm highlight berita malam ini ialah perletakan keahlian UMNO oleh pencipta slogan “Malaysia Boleh!”, Tun bekas PM kita. hai, macam-macam senario politik kita hari ini… sekali-sekala macam seronok pulak, happening gitu! Hehehe

Nak kerja apa?

Banyaknya perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan memilih kerjaya apa sebagai “punca rezeki”?Antara aspek-aspek yang aku ambil kira (atau lebih tepat terlalu berkira tak bertempat):-

1. masa kerja - boleh balik pukul berapa?
Aku dah try dah nak dekat setahun ni; balik keje lewat sungguhlah tak best. So aku nak cari kerje yang aku pulun abis-abisan mase waktu pejabat, habis waktu pejabat = chow!
Dan yang paling mustahak, takmo kerje sabtu ahad..!! Takmo3! Whatever the reason, meeting ke… urgent ke, on call ke… abis la plan ujung minggu camtu!

2. Gaji ok… includes also interesting increments
Aku letak ni nombor 2… ye la, malas la nak demand lebih2 baru nak start kerje ni kan… at least setaraf degree holder.. tapi kalu 3 tahun dok cenggitu jugak.. hmmm.. makaseh je la..

3. Tak jauh dari umah
Sekurang-kurangnya setengah jam sahaja naik motor.. dan, harus acessible thru public transport, ye la kang motor meragam kang susah plak!

4. Last, mmm.. Islamik kot..
Bukan la maksudnyer semua bende kat tempat kerja tu kene Islam, tapi biarlah sesiapa yang Islam tu buat ape yang Islam suruh.. yang bukan Islam tu hak diorang la nak buat ape pun… aku suka je multi-racial environment.. cam meriah sikit la..

Setakat ni aku ade bebrapa pilihan; semi-gov. bodies, some law firms, financial institutions.. dan terbaru… developers….. Yang mana satu ye? Aku agak tention kebelakangan ni memikirkan perkara ini…. Tulunnnnn!! 

Malam ni ABP… kite tgk sape yang menang!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 359 other followers