You are currently browsing the category archive for the 'jalan-jalan' category.
2 minggu lepas sepatutnya menjadi hujung minggu paling berinformatif lantaran aku bercadang melawat 2 pameran kesenian dalam satu hari; Interior Design di KLCC dan Kerja Kahwin di Kompleks Kraf.
Menjelang tengahari hari terakhir kedua-dua pameran tersebut, aku tersangatlah mengantuk, lalu
tidur dahulu… hmm, yang ajaibnya sampai menjelang senja!
Terkocoh-kocoh solat Asar, terus sahaja merempit ke LRT terdekat.
Dalam LRT seorang teman mengkhabarkan bahawa sekarang mungkin mereka sedang berkemas-kemas,
sebab pameran berakhir jam 8 malam; merujuk kepada Promosi Kerja Kahwin.
Aku dengan hampa memujuk diri, hmmm, tak mengapa.. banyak masa boleh di habiskan untuk Interior Design kalau begini.
Sesampai di KLCC, ramai pengunjung turun ke platform dengan goodies bag pelbagai, percuma untuk pengunjung pameran. Aku singgah bersolat di surau, dan bergerak sendirian dalam terowong menghala
Convention Centre. Aku berjalan dengan relaksnya, menaiki eskalator setingkat demi setingkat
mengikut penunjuk arah pameran. Sampai di tingkat 3, mata aku liar melihat jadual pameran hari ketiga, kotak aktiviti terakhir malam itu agak pendek, sambil mataku perlahan-lahan beralih ke kotak padanan masa dibahagian atas jadual, untuk mendapati..
“Dah habis..!” tegur seorang pengunjung yang hendak turun eskalator bersama temannya yang lain.
Masa terakhir pameran jam 7 petang.
Aku berdiri mengadap jadual pameran itu jam 8.05 malam!
…
Buntu memikirkan pelan seterusnya (iaitu pulang ke rumah tanpa berbuat apa-apa) aku teringat filem Melayu
yang sedang mengisi tayangan panggung-panggung seluruh negara.
“Bang, SEPI pukul 8.30 ya,” pinta aku di kaunter yang lengang.
“Ok,” sambil memutarkan arah skrin komputer kepadaku yang kelihatan banyak kedudukan kerusi panggung berwarna biru.
“Yang warna biru tu semua kosong… nak yang mana?” tanyanya.
“Ooo.. tak ramai la?” balasku, dia hanya mengangguk, sedikit tersenyum.
Dalam panggung pembukaan filem telah pun beberapa saat berlalu ketika aku masih mencari-cari tempat duduk. Hmmm, SEPI filem yang cantik. Skrip masih skema di sana sini, sekali-sekala pelik kedengaran di telinga… Lakonan Sein ex-Ruffedge paling berkesan bagiku, bersahaja. Tak sangka dia pelakon yang bagus..
Yang lain-lain, hmmm cliche barangkali… Afdlin macam biasa la dengan kelakar selambanya…
Babak tepung jatuh bak salji mendapat sorakan penonton.. (walaupun aku tak pasti bisakah tepung yang keluar dari kampitnya akan berguguran sebegitu di waktu-waktu biasa)
Namun gelagat-gelagat penonton yang berborak kuat ketika tayangan sambil sekali-sekala memberi komentar tanpa dipinta benar-benar mengganggu tumpuanku.
Rasa nak penampar je.. “Aku pun bayar duit tiket oi!” dalam hati la.
Ramai kata SEPI boring, tak kurang juga yang memuji. Bagi aku, kalau penonton tak mampu meletakkan diri mereka dalam apa-apa watak sekalipun dalam sesebuah filem, filem yang cantik tetap takkan mampu memberi kesan kepada penontonnya. Mungkin Afdlin tidak sepatutnya berkata, “Sekiranya anda rasa sepi, bila anda tengok kiri kanan eh! mane orang ni? Filem ini untuk anda..”, seolah-olah iklan yang sepatutnya menarik penonton telah menegaskan bahawa “sang sepi sahaja sesuai menonton filem ini”!
Aku suka filem ini..
Aku keSEPIan…?
Mungkin, atau lebih tepat lagi..
dah lama dah…
hari sabtu lalu aku mencuri masa nan singkat menjenguk Hari Kraf Kebangsaan 2008.
seingat aku, ini kali kedua aku berkunjung ke situ, setelah kali pertamanya ketika mengambil persalinan berpantun sewaktu masih menuntut di “u” dulu dari teman kepada teman sepasukan…
hmmm.. kekesalan terbit disanubari, setelah diri hanya tiba di lokasi jam 7 ptg…
masakan tidak, selepas asar menunggu bas… satu jam lebih tak sampai2…
teringat dialog iklan syampu, “saya benci naik bas!”
wah, rambangnya mata! banyak saja produk kraf ingin kumiliki… apakan daya, wang perlu dijimat menjelang “long call” bulan depan… sabar2.. namun, pesta ini telah mencambahkan sekian banyak lagi idea baru daripada produk2 jualan… alhamdulillah, apa yang aku hajatkan tercapai juga…
suka aku utarakan perihal rekaan batik para usahawan batik tempatan di sana. aku bersama teman lama yang kebetulan memang staf KRAF MALAYSIA, jenuh membelek2 rekaan2 baru, segar dan menarik dari persalinan batik… hmm, yang mudah ditangkap dek ekor mata selalu sahaja rekaan2 yang sangat menarik, cantik menguji kesabaran “tangan gatal” yang mmg membawa duit gaji kerja sementara yang dibayar cash kemana2 untuk memiliknya… tapi alangkah sedih, “starting price” rekaan-rekaan ini berkisar dari RM280-RM300! Wow!! Sengaja kami bertanya, “Apa bezanya dengan yang RM180 ni kak?” “Designnyer la dik..” balas akak tu. Masakan tidak, kualiti kain dan jahitan sama saja, hanya design yang membezakan.
Terfikir aku, mungkin ketika pelukis batik mahu melukis batik untuk range mewah, maka segala usaha ditumpukan kearah melakar idea terbaik hasil perah otak berhari-hari… Dan ketika tiba hari melukis batik untuk range layman (itupun sekitar RM150-180), maka bermalas-malasanlah mereka… lukisan herot-benyot… lilin menitik sana-sini… huhuhuhu, jgn marah, itu sekadar imaginasi xpuas hati seorang pembeli artistik mcm aku kot…(pembeli yang xbeli pun)
Terdetik di hati, nak jugak belajar lukis batik ni… Nak rase betul2 camne payahnyer menghasilkan batik.. sampai harga memang kaw2 punyer… bagi aku, fair jugak la harga tu bagi mereka yang mmg berniaga batik betul-betul untuk menyara hidup… cuma, mcm kata2 yang terkeluar dari mulutku sendiri kepada akak batik waktu membelek salah satu design nan menawan, “hmmm, PM je la yang pakai baju camni..”
apapun, terima kasih pada teman staf KRAF untuk goodies bag lebih majlis pelancaran, dapat gak kalender cantik *free… hehehe
*itu yang penting dikala saving

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru