You are currently browsing the category archive for the 'kesihatan' category.
Aku tahu pasal tempat ni masa aku menumpang rumah sewa abang aku kat Sek. 2, Wangsa Maju, sepanjang semester akhir aku kene repeat satu subjek (sahaja). Aku tak pasti la nama rasmi bukit ni, tapi itulah yang abang aku bagitau, Bukit Tonggek hahahahaha.. puncaknya menempatkan kolam tadahan air Wangsa Maju. Memanjatnye memang kene wat gaye bontot tonggek la dek kecuramannya yang mencabar kekuatan otot punggung, peha dan betis. Haa, siapa rasa PEHA FAFAU (macam aku) tu boleh la datang exercise kat sini. Ye la, kalu asyik joging je, panjat tangga ke macam boring plak. Sekali-sekala panjat la bukit pulak, di bawah rimbunan pepohon nan menghijau, barulah refreshing kan?
Kat mana? Cari dalam peta ni…
Pejabat TM Wangsa Maju, “trek” mula Bukit Tonggek ialah sebelah kanan
Ni lah “trek” mula dia, tak payah lari, joging-joging pun tak payah sangat. Berjalan je. Memang kecerunan die mencabar! Tapi pastikan buat regangan terutama bahagian kaki, takut kejang nanti, sape nak tolong plak turun bukit?
Antara panorama kat situ
Kecuraman paling mencabar!
Nak pakai selipar pun boleh, kan makcik?
Nak buat hulahoop pun bleh! Hulahoop bagaimanapun tidak disediakan, sila bawa sendiri ye.
Check point terakhir, pintu pagar kolam tadahan air, lepas jumpa ni, just patah balik la, turun bukit balik. Macam tu la biasanya siapa-siapa buat, ulang-alik dalam 5-6 kali, kira ok la. Its better to bring along some friends for you to chit chat with. Kawan yang rajin bersenam jugak la. ahak3
Lawak paling best pun bleh didapati di pintu pagar tuh. Wat pe la membazir duit beli mangga sejambak macam ni? Kalu pencuri nak masuk pun die hanya perlu bukak satu mangga je, yang lain2 tu hiasan je! Kan menyusahkan nak simpan semua anak kunci? Sambil joging sambil ketawa!
So, pada yang belum cuba Bukit Tonggek, apa lagi tunggu?
Aku layan face book tadi,
terpandang iklan ni…
Penangan pengharaman pengamalan YOGA oleh JAKIM ke atas Muslim, kelab-kelab kesihatan nampaknya tiada pilihan untuk tidak ketinggalan mengumumkan kelas-kelas yang mereka anjurkan adalah halal demi menarik perhatian pengguna Muslim. Agak menarik juga perkembangan ini, mungkin kita boleh buat kelab senam robik mesra Muslim, ada kemudahan surau, jadual kelas yang tidak bertindih dengan waktu solat, kemudahan kafe untuk berbuka puasa bagi aktiviti kesihatan sepanjang Ramadhan, suasana menutup aurat dan yang pentingĀ yuran berpatutan!
Tak terbayang brochure2 gym2 franchaise yang mahal tuh ade logo halal JAKIM satu hari nanti! Sebenarnya kuasa pengguna Muslim Malaysia (atau tak mustahil seluruh dunia) sangat berpengaruh, kita yang tak perasan dan gagal memanipulasi keadaan ini. Memanipulasi untuk kebaikan la..

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru