You are currently browsing the category archive for the 'politik' category.

Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! “
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.

Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”

Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”

Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.

Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”

Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.

La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”

Dah lama tak jenguk UIA… juga bermakna dah lama aku tak turun bersenam dan berenang…
Lepas Zuhur (pukul 3 lebih) aku ke UIA, hajat nak layari internet lebih selesa, lantaran CC berhampiran rumah sewa kami pemiliknya sendiri merokok di dalam premis itu… apatah lagi pelanggan-pelanggannya yang juga perokok… untuk rekod, premis tersebut tertutup dan berhawa dingin (bayangkan betapa bebalnya pemilik kafe internet itu!)

Menjengah pintu gerbang, baru teringat PM kita akan singgah ke UIA esok, masakan hiasan tidak segemilang pencipta slogan “Cemerlang Gemilang Terbilang” itu… cat baru, rumput baru, pokok baru… wah, memang kalah suasana konvokesyen seperti kata tuan rumah kami yang Juga pensyarah UIA! Tidak sesibuk biasa, kawasan universiti agak lengang dengan manusia lantaran Semester Pendek hanya diambil sebilangan kecil pelajar (yang malas duduk di rumah lama-lama, macam aku yang tak pernah lepas mendaftar Semester Pendek sejak matrikulasi!)

Youtube.com menjadi laman wajib lawat setiap kali aku melayari internet, kali ini video-video yang menarik perhatianku ialah petikan lagu-lagu filem Melayu lama (versi hitam putih). Tergelak sendiri mendengar versi asal lagu-lagu yang aku dengari pada awalnya versi nyanyian semula. Lagu-lagu seperti Bunga Hutan yang mula kukenali sejak berzapin dan Sireh Pinang oleh Dato’ Siti. Baru aku tahu kedua-dua lagu ini dinyanyikan dalam filem “Bawang Putih Bawang Merah”. Jujurnya, hanya satu sahaja filem Melayu lama yang aku tontoni dari awal hingga penghujung iaitu Ahmad Albab lakonan P. Ramlee. Antara lagu yang buatku tersenyum dalam filem itu berbunyi “Kita semua sepakat, di kampung hai Pening Lalat, mengucapkan selamat.. pengantin baru…” Nyanyian orang lama lebih bersahaja, tidak terlalu menekankan teknik namun penghayatan mereka terasa dek telinga si pendengar. Bagi aku lagu filem Melayu lama terbaik ialah lagu Gurindam Jiwa nyanyian Rafeah Buang dan R. Ismail dalam filem Gurindam Jiwa lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Iramanya mendamai jiwa dan liriknya pantun-pantun menusuk kalbu! Aku sertakan disini petikan video itu bersama lirikknya. Hayatilah!

“Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga”

Puas melayari internet, singgah di usman membawa pulang bukan satu, tetapi dua bungkus mihun sup faruq… harga walaupun naik 50 sen, namun kualiti tetap sama..

Sebelum melewati pintu gerbang, mata tertarik pada gemerlapan sinar lampu “lip-lap” di kawasan rektori hingga ke hadapan Dewan Utama C.A.C. Mak oiii.. kalah Jalan Bukit Bintang! Demi PM semua jadi! Balik rumah, hmmm highlight berita malam ini ialah perletakan keahlian UMNO oleh pencipta slogan “Malaysia Boleh!”, Tun bekas PM kita. hai, macam-macam senario politik kita hari ini… sekali-sekala macam seronok pulak, happening gitu! Hehehe

BISNES KU

AKU SEKARANG…

Photobucket< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ; < looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM < berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ; < jogging dan swimming oiiii!!!!

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 10,912 hits

Pembaca sekalian dari mana?