You are currently browsing the category archive for the 'program' category.
Kali terakhir aku perform zapin sebelum hari ini ialah
pada penutup Sport Carnival UIA… Atas trek merah yang menipis dan sudah tidak lagi memberi “baunce effect” kepada para pelari, pejalan mahupun penari… Kerasnya lagi dua tiga cubit lagi nak sama seperti keras jalan raya…
Namun hujung minggu ini kembali terisi dengan aktiviti seni. Reinforcement (lagi..) untuk team zapin UIA yang kepupusan ahli. Bergegas ke raptai selepas solat maghrib di ofis, training di tengah-tengah lalu lalang pelawat booth2 kelab2 uia, ber”jejak kasih”an dengan beberapa personaliti sastera seperti Cik Nas, re-connect dengan junior pantun, paling tak bley blah terjumpe jugak mamat2 sebatch dok tolong2 junior gak dalam performance team2 art yang lain.. Hmm, aku tak keseorangan la.. hehehe
Persembahan kali ini di pentas yang didirikan di dataran commercial area depan masjid (betul2 depan tempat parking van jenazah tu)… Sambil menunggu-nunggu giliran raptai bersama team member yang lain, mendengar diorang berborak-borak pasal study, lecturer, project report, aku terbawa-bawa memori zaman-zaman belajar dulu… namun kali ini perasaan terbawa-bawa itu menjadi-jadi sampai tiba-tiba aku risau dalam hati, “Eh, aku lepak-lepak kat sini ni assignment aku dah siap ke?” Sebelum aku cepat sedar bahawa, “Weeiihhh, aku dah kerja la….! Takde apa yang aku perlu risaukan.. exam , assignment, tutorial.. no.. no… no!” Hahahaha Bukan ape, dua tiga orang jugak la yang menyangka aku masih student, malas la nak tanye soalan ni balik kat diorang, “Do I really look that young?” Muahahahaha… 3 tahun sudah aku tinggalkan zaman’kelas-study-assignment-revision-exam’ ni… Rasa macam sekejap je…
Hari ini berpagian awal, performance pagi dan tengahari… Sempat 2-3 round perform depan booth zapin team sambil orang lalu-lalang… Rasa macam pro je Muahahaha
Persembahan pagi agak janggal sebab jarak penonton dengan kitorang sangat dekat.. terlalu dekat sampai melangkah pun takut-takut… Walaupun selangkah dua menggel, tapi layaaan kan aje sorakan diorang… Best pasal perform kat uia ni sebab penonton sporting la… Dak uia tak kira interest background memang selalu exited kalau tengok cultural performance… Maybe U lain susah nak dapat sebab kat sana raaaammmmaaaiii sangat student yang boleh a.k.a. berbakat atau berminat untuk join sebagai performer… So, macam tak heran la kalau tak pegi tonton persembahan kebudayaan pun..
Persembahan sebelah tengahari bermula 2.30 pm… Dan giliran team kitorang memang paling optimum la suhu dan kepanasan matt martial art yang dibentang untuk demo taekwondo, juga “pentas” kitorang nanti… Performace kali ini agak historic sebab (1) First time bawak zapin sebat dari sarawak dan (2) First time persembahan buat 3 orang jeee… Kesiannya kelab ku…! Alhamdulillah tak menggel, cuma kaki hampir melecet sebab rasa macam menari atas dapur je.. addooiii.. senyum kena senyum, dalam hati damn! damn! damn!
Hmmm.. satu yang aku perasan, design kerawang aku dah melambak-lambak junior guna wat poster la, bunting la… t-shirt la… Hmmm, walaupun xdapat royalti, tapi rasa bangga jugak la sebab ade orang appreciate kerja aku, mesti la bangga kan?
Lagi satu yang aku perasan dak uia sekarang, disamping laptop dibawa kemana-mana, mesti bawak kamera dslr sendiri untuk merakamkan event2… raaaammaaaiii sangat yang berjalan2 sambil dslr dalam genggaman.. tak kira yang
berpakaian ketat menampakkan bentuk “jamban” mahupun yang bertudung labuh… maybe berbanding zaman aku antara barang wajib dibeli guna ptptn or jpa ialah pc dan handphone, dak uia sekarang mesti ada pc, handphone, laptop dan kamera dslr… Bagus la, makin tinggi permintaaan, makin competetive la harga dslr nanti… zaman anak-anak kita mungkin dslr dah gune sejak diorang sekolah rendah, dan masuk U, dah pakai kamera photogarpher F1 yang macam teleskop anak bulan tuh! Wawawa
tak terbayangkan muka aku bertebeng kat photopages mana2 wat performance tadi.. malunya…
hari sabtu lalu aku mencuri masa nan singkat menjenguk Hari Kraf Kebangsaan 2008.
seingat aku, ini kali kedua aku berkunjung ke situ, setelah kali pertamanya ketika mengambil persalinan berpantun sewaktu masih menuntut di “u” dulu dari teman kepada teman sepasukan…
hmmm.. kekesalan terbit disanubari, setelah diri hanya tiba di lokasi jam 7 ptg…
masakan tidak, selepas asar menunggu bas… satu jam lebih tak sampai2…
teringat dialog iklan syampu, “saya benci naik bas!”
wah, rambangnya mata! banyak saja produk kraf ingin kumiliki… apakan daya, wang perlu dijimat menjelang “long call” bulan depan… sabar2.. namun, pesta ini telah mencambahkan sekian banyak lagi idea baru daripada produk2 jualan… alhamdulillah, apa yang aku hajatkan tercapai juga…
suka aku utarakan perihal rekaan batik para usahawan batik tempatan di sana. aku bersama teman lama yang kebetulan memang staf KRAF MALAYSIA, jenuh membelek2 rekaan2 baru, segar dan menarik dari persalinan batik… hmm, yang mudah ditangkap dek ekor mata selalu sahaja rekaan2 yang sangat menarik, cantik menguji kesabaran “tangan gatal” yang mmg membawa duit gaji kerja sementara yang dibayar cash kemana2 untuk memiliknya… tapi alangkah sedih, “starting price” rekaan-rekaan ini berkisar dari RM280-RM300! Wow!! Sengaja kami bertanya, “Apa bezanya dengan yang RM180 ni kak?” “Designnyer la dik..” balas akak tu. Masakan tidak, kualiti kain dan jahitan sama saja, hanya design yang membezakan.
Terfikir aku, mungkin ketika pelukis batik mahu melukis batik untuk range mewah, maka segala usaha ditumpukan kearah melakar idea terbaik hasil perah otak berhari-hari… Dan ketika tiba hari melukis batik untuk range layman (itupun sekitar RM150-180), maka bermalas-malasanlah mereka… lukisan herot-benyot… lilin menitik sana-sini… huhuhuhu, jgn marah, itu sekadar imaginasi xpuas hati seorang pembeli artistik mcm aku kot…(pembeli yang xbeli pun)
Terdetik di hati, nak jugak belajar lukis batik ni… Nak rase betul2 camne payahnyer menghasilkan batik.. sampai harga memang kaw2 punyer… bagi aku, fair jugak la harga tu bagi mereka yang mmg berniaga batik betul-betul untuk menyara hidup… cuma, mcm kata2 yang terkeluar dari mulutku sendiri kepada akak batik waktu membelek salah satu design nan menawan, “hmmm, PM je la yang pakai baju camni..”
apapun, terima kasih pada teman staf KRAF untuk goodies bag lebih majlis pelancaran, dapat gak kalender cantik *free… hehehe
*itu yang penting dikala saving

< dah 2 bulan tak kerja! ; sedang melatih budak sekolah berzapin untuk Hari Anugerah pada Nov. 2009 ;
< looking forward to attend FESTARI MAKUM 2009 di UKM
< berat kembali 90 kilo selepas seminggu berAidilfitri di rumah ;
< jogging dan swimming oiiii!!!!






Komen terbaru