hari kraf… kumpulan idea2… batik nan menawan!


hari sabtu lalu aku mencuri masa nan singkat menjenguk Hari Kraf Kebangsaan 2008.
seingat aku, ini kali kedua aku berkunjung ke situ, setelah kali pertamanya ketika mengambil persalinan berpantun sewaktu masih menuntut di “u” dulu dari teman kepada teman sepasukan…

hmmm.. kekesalan terbit disanubari, setelah diri hanya tiba di lokasi jam 7 ptg…
masakan tidak, selepas asar menunggu bas… satu jam lebih tak sampai2…
teringat dialog iklan syampu, “saya benci naik bas!”

wah, rambangnya mata! banyak saja produk kraf ingin kumiliki… apakan daya, wang perlu dijimat menjelang “long call” bulan depan… sabar2.. namun, pesta ini telah mencambahkan sekian banyak lagi idea baru daripada produk2 jualan… alhamdulillah, apa yang aku hajatkan tercapai juga…

suka aku utarakan perihal rekaan batik para usahawan batik tempatan di sana. aku bersama teman lama yang kebetulan memang staf KRAF MALAYSIA, jenuh membelek2 rekaan2 baru, segar dan menarik dari persalinan batik… hmm, yang mudah ditangkap dek ekor mata selalu sahaja rekaan2 yang sangat menarik, cantik menguji kesabaran “tangan gatal” yang mmg membawa duit gaji kerja sementara yang dibayar cash kemana2 untuk memiliknya… tapi alangkah sedih, “starting price” rekaan-rekaan ini berkisar dari RM280-RM300! Wow!! Sengaja kami bertanya, “Apa bezanya dengan yang RM180 ni kak?” “Designnyer la dik..” balas akak tu. Masakan tidak, kualiti kain dan jahitan sama saja, hanya design yang membezakan.
Terfikir aku, mungkin ketika pelukis batik mahu melukis batik untuk range mewah, maka segala usaha ditumpukan kearah melakar idea terbaik hasil perah otak berhari-hari… Dan ketika tiba hari melukis batik untuk range layman (itupun sekitar RM150-180), maka bermalas-malasanlah mereka… lukisan herot-benyot… lilin menitik sana-sini… huhuhuhu, jgn marah, itu sekadar imaginasi xpuas hati seorang pembeli artistik mcm aku kot…(pembeli yang xbeli pun)

Terdetik di hati, nak jugak belajar lukis batik ni… Nak rase betul2 camne payahnyer menghasilkan batik.. sampai harga memang kaw2 punyer… bagi aku, fair jugak la harga tu bagi mereka yang mmg berniaga batik betul-betul untuk menyara hidup… cuma, mcm kata2 yang terkeluar dari mulutku sendiri kepada akak batik waktu membelek salah satu design nan menawan, “hmmm, PM je la yang pakai baju camni..”

apapun, terima kasih pada teman staf KRAF untuk goodies bag lebih majlis pelancaran, dapat gak kalender cantik *free… hehehe

*itu yang penting dikala saving

3 thoughts on “hari kraf… kumpulan idea2… batik nan menawan!

  1. Just to let u know that I was here.
    I still enjoy reading your blog and this will last long.
    One more thing, I like your description about nafastari in “singgah”, thank you very much bro.

  2. Just to let u know that I was here.
    I still enjoy reading your blog
    and hopefully this one will last long.
    One more thing, I like your description about nafastari in “singgah”, thank you very much bro.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s