isu ape lagi pada 5 Jun 2008 ini??


Sebenarnya aku banyak lagi isu-isu nak diketengahkan sebelum ini, lantaran malas mencari kelapangan masa, kebanyakannya agak kurang relevan lagi kalau nak dititipkan di sini. 

Sebelum Maghrib semalam aku terima SMS dari teman berpesan supaya cepat-cepat beli minyak sebelum 12 tengah malam sebab harga baru RM2.70 seliter akan bermula selepas itu. Menonton berita jam 8 (sebab terlepas jam 1.30 ptg), aku terkejut, ternganga, bingung… jujur, jantung berdebar-debar memikirkan banyak perkara! Yang pasti segala perancangan perbelanjaan jangka pendek akan akan diubah serta merta! Dalam kepala aku memikirkan perkara-perkara yang sesuai diabaikan dalam 2-3 minggu ini… dan makanan adalah antara yang aku ambil kira untuk dipotong perbelanjaannya…! (moga berbaloi juga demi menurunkan terus berat badan yang tak pernah stabil ini!) Komen teman serumah pula bermacam-macam. Ada yang berkira-kira menunda majlis nikah… Ada yang mencadangkan puasa, tidak kurang meramalkan impian sesetengah pihak menukar kerajaan mungkin tidak lama. Aku sempat membayangkan aku berjalan kaki ke KL dengan kasut sukan baru! (hahaha… mcm nak try je)

Jam 9 teman serumah mencadangkan tangki minyak diisi segera, sambil membeli juga bekalan tambahan diisi dalam bekas guna semula. Aku agak keberatan mulanya, tapi gagahkan juga.. bekasnya pun dah disediakan, bekas minyak masak kosong 5 liter.

Pergi pergi… mmm, pemandangan yang akan ku kenang sampai bila-bila! Stesen minyak kecil berhampiran rumah sesak dengan kenderaan! Terlalu sesak! Penunggang motor sahaja berbaris sampai ke jalan raya. Apatah lagi kereta van lori segala. Macam nak beli McDonald “drive thru pula”! 

5 liter berjaya diisi, ditambah 1 setengah lagi untuk memenuhkan tangki. Risau juga dengan mata yang menjeling, terutama mata yang tidak membawa bekas tambahan… Aku layak dijeling! Sebab aku pun menjeling penunggang motor sebelum ku yang mengisi RM20 untuk bekas tambahan sahaja. Sekali fikir berbaloikah semua ini… minyak akan habis juga 2-3 hari lagi, dan kadar baru harus ditelan juga tanpa pilihan. 2-3 kali fikir, hmmm sekurang-kurangnya pengguna ada 2-3 hari untuk merencana perancangan perbelanjaan baru.

Ada terbaca satu komen dalam blog Tun M, beliau terpaksa berpindah rumah untuk merapatkan jarak perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, dari Melaka ke Sri Kembangan dan isteri sukarela berhenti belajar demi mengurangkan beban kewangan suami. Anak beranak berendam air mata malam tadi. Si isteri menangis kerana terpaksa berhenti belajar, si suami menangis terharu keputusan isteri, si anak menangis melihat ayah ibu menangis… Aku, sebak (sempat menitik air mata 2-3) membayangkan aku ditempat mereka.

Satu ayat yang aku takkan lupa sewaktu pengumuman di berita malam tadi berbunyi:-
“Kita tak dapat puaskan hati semua pihak..”

Aku: ????????? 

3 thoughts on “isu ape lagi pada 5 Jun 2008 ini??

  1. Aku pun masih bingung lagi dengan perubahan yang mendadak ini. Cuma aku fikir aku tidak akan makan kat luar lagi selepas ini, nak masak sendiri kat rumah.

    Terima kasihlah pada kerajaan yang sangat prihatin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s