MENGISI SEPI DENGAN SEPI


2 minggu lepas sepatutnya menjadi hujung minggu paling berinformatif lantaran aku bercadang melawat 2 pameran kesenian dalam satu hari; Interior Design di KLCC dan Kerja Kahwin di Kompleks Kraf.

Menjelang tengahari hari terakhir kedua-dua pameran tersebut, aku tersangatlah mengantuk, lalu
tidur dahulu… hmm, yang ajaibnya sampai menjelang senja!
Terkocoh-kocoh solat Asar, terus sahaja merempit ke LRT terdekat.
Dalam LRT seorang teman mengkhabarkan bahawa sekarang mungkin mereka sedang berkemas-kemas,
sebab pameran berakhir jam 8 malam; merujuk kepada Promosi Kerja Kahwin.
Aku dengan hampa memujuk diri, hmmm, tak mengapa.. banyak masa boleh di habiskan untuk Interior Design kalau begini.

Sesampai di KLCC, ramai pengunjung turun ke platform dengan goodies bag pelbagai, percuma untuk pengunjung pameran. Aku singgah bersolat di surau, dan bergerak sendirian dalam terowong menghala
Convention Centre. Aku berjalan dengan relaksnya, menaiki eskalator setingkat demi setingkat
mengikut penunjuk arah pameran. Sampai di tingkat 3, mata aku liar melihat jadual pameran hari ketiga, kotak aktiviti terakhir malam itu agak pendek, sambil mataku perlahan-lahan beralih ke kotak padanan masa dibahagian atas jadual, untuk mendapati..
“Dah habis..!” tegur seorang pengunjung yang hendak turun eskalator bersama temannya yang lain.
Masa terakhir pameran jam 7 petang.
Aku berdiri mengadap jadual pameran itu jam 8.05 malam!

Buntu memikirkan pelan seterusnya (iaitu pulang ke rumah tanpa berbuat apa-apa) aku teringat filem Melayu
yang sedang mengisi tayangan panggung-panggung seluruh negara.

“Bang, SEPI pukul 8.30 ya,” pinta aku di kaunter yang lengang.
“Ok,” sambil memutarkan arah skrin komputer kepadaku yang kelihatan banyak kedudukan kerusi panggung berwarna biru.
“Yang warna biru tu semua kosong… nak yang mana?” tanyanya.
“Ooo.. tak ramai la?” balasku, dia hanya mengangguk, sedikit tersenyum.

Dalam panggung pembukaan filem telah pun beberapa saat berlalu ketika aku masih mencari-cari tempat duduk. Hmmm, SEPI filem yang cantik. Skrip masih skema di sana sini, sekali-sekala pelik kedengaran di telinga… Lakonan Sein ex-Ruffedge paling berkesan bagiku, bersahaja. Tak sangka dia pelakon yang bagus..
Yang lain-lain, hmmm cliche barangkali… Afdlin macam biasa la dengan kelakar selambanya…
Babak tepung jatuh bak salji mendapat sorakan penonton.. (walaupun aku tak pasti bisakah tepung yang keluar dari kampitnya akan berguguran sebegitu di waktu-waktu biasa)
Namun gelagat-gelagat penonton yang berborak kuat ketika tayangan sambil sekali-sekala memberi komentar tanpa dipinta benar-benar mengganggu tumpuanku.
Rasa nak penampar je.. “Aku pun bayar duit tiket oi!” dalam hati la.

Ramai kata SEPI boring, tak kurang juga yang memuji. Bagi aku, kalau penonton tak mampu meletakkan diri mereka dalam apa-apa watak sekalipun dalam sesebuah filem, filem yang cantik tetap takkan mampu memberi kesan kepada penontonnya. Mungkin Afdlin tidak sepatutnya berkata, “Sekiranya anda rasa sepi, bila anda tengok kiri kanan eh! mane orang ni? Filem ini untuk anda..”, seolah-olah iklan yang sepatutnya menarik penonton telah menegaskan bahawa “sang sepi sahaja sesuai menonton filem ini”!

Aku suka filem ini..
Aku keSEPIan…?
Mungkin, atau lebih tepat lagi..
dah lama dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s