Hari-hari terakhir Ramadhan


Sabtu 2 minggu lepas adalah permulaan hari-hari getirku bergelar pengembara Ramadhan kali ini…
Demam naik turun, batuk tidak, selsema tidak… kerja kutinggalkan 2 hari berturut-turut..
Rabu separuh hari, setelah cuba bertahan dalam kesejukan opis nan menggigit! Aku menyerah kalah
selepas separuh masa. Annie menunjukkan jalan ke klinik panel, sampel darah diambil lalu terus pulang dengan medical certificate. Keputusan dijanji jam 7, namun jam 5 sudah sedia. Aku akhirnya sah DEMAM DENGGI tahap awal. Hari-hari seterusnya cuti dan cuti lagi, dengan tangan berbekas suntikan jarum; diambil darah berkali-kali dan dimasukkan air… Begitulah keadaanku hingga menjelang seminggu… seminggu itu jugalah aku tak berpuasa, memaksakan berbotol-botol 100plus ke dalam diri, demi menyeimbangkan paras platlet dalam darah.. juga menghidrasi tekak yang kering barang berselang 2 – 3 minit… Terlalu kering! Kepala pening tidak terhingga. Badan penat tak terkata!

Sehingga semalam, itulah yang aku alami… Demam denggi sememangnya memenatkan! Aku masih bertuah kerana dijauhkan dari katil hospital (walau itu antara yang dibayangkan lantaran belum sekali dalam hidupku diwadkan) Dalam kepala terbayang aku akan berkelambu selepas ini, tiada peluang lagi buat si penagih darah!!! Aku sungguh akan menghargai kesihatan sebaik-baiknya!

Hari ni hari terakhir puasa, aku gagahkan diri beribadah puasa terakhir buat tahun ini. Esok raya, so, esoklah bagi ucapan raya!

Terima kasih buat keluarga yang prihatin, rakan-rakan serumah yang mengambil berat, staf sekerja yang memahami dan sesiapa sahaja yang membantuku sepanjang tempoh bergelar pengidap denggi. Terima kasih khas buat Johan yang menghantarku pulang beraya semalam.

Takziah buat rakan serumah Helmy Razelan juga “partner-to-be” yang di masukkan ke wad Hospital Pakar Kuantan Sabtu lepas, juga sebab Denggi – moga cepat sembuh, lepas raya kite gi class ok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s