FOBIA….


Fobia… mungkin ada terma saintifik tersendiri untuk menterjemahkan perkataan ini.
Namun bagi aku secara peribadi.. fobia ade 2 jenis; satu yang mmg built within ourselves naturally,
dan dua developed thru experience, and it haunted us ever since…

Untuk yang jenis pertama, anda mungkin pernah berfikir anda bukan fobia dengan sesuatu perkara tersebut, namun akhirnya anda mengenalpasti anda sememangnya fobia tentang sesuatu itu setelah melalui suatu pengalaman “menarik”

FOBIA KETINGGIAN
Aku mula mengetahui bahawa aku sangat fobia akan ketinggian atau GAYAT semasa berada di Tingkatan Enam Rendah (sementara menungu keputusan SPM). Biasa bagi bangunan sekolah zaman2 kita (yang baya2 aku la) ciri bangunan sekolah kerajaan akan mempunyai koridor “tambahan” di bahagian luar dinding yang bertingkap penuh tanpa pintu, di samping koridor rasmi untuk pejalan kaki keluar masuk kelas. Access ke koridor tambahan ini hanyalah tingkap yang telah di alihkan kepingan-kepingan cerminnya. Persamaan biasa kedua-dua koridor ini ialah saiz lebarnya, dan perbezaan ketara ialah kewujudan tembok penghalang daripada pengguna koridor terjatuh ke bawah; tembok ini tiada di bahagian koridor tambahan! Fungsi koridor tambahan? Mungkin meletakkan casing air-conditioner atau paling popular ialah bagi mural dilukis di bahagian dinding koridor tambahan itu! Tentulah cikgu-cikgu pelatih yang melukisnya!

Dan itulah kerja aku sewaktu bertemu fobia ini; melukis mural di koridor tambahan aspura (asrama putera), di bahagian dinding paling luas tanpa tingkap, dan dinding ini di hujuuung koridor tambahan! Lebih dramatik, luas koridor tambahan kali ini lebih kecil, besar sedikit dari jarak dua hujung bahu! Seperti biasa, access ke koridor adalah melalui tingkap yang dialihkan kepingan-kepingannya, berbekalkan cat mural Pelaka, berus dan acuan dari akhbar terpakai… mural yang dilukis adalah huruf besaaaaaar menggambarkan nama blok-blok aspura; iaitu A, B, C dan D. Aku bertemankan seorang rakan Fadzlan yang sungguh laju melangkah meniti koridor! Yakin, malah tersengih-sengih lagi! Aku belum perasan lagi aku gayat, sehinggalah habis mengecat dan bersedia masuk semula melalui tingkap. Aku menuruti Fadzlan, dan ketika aku nak melangkah masuk inilah, dengan satu kaki di atas koridor tambahan, sebelah lagi di bibir tingkap dengan tangan didepa memegang palang tingkap, Fadzlan mengacahku dari dalam dengan memegang bahuku menolak-menolak aku, berlagak ingin menjatuhkan aku dari bangunan asrama. Ya Allah, masa ni Tuhan sahaja yang tahu rasa seram terus menyelinap dalam sanubari, tangan mengenggam kuat (atau mase ni mmg aku dah peluk palang tingkap tu!)sambil marayu Fadzlan menghentikan gurauannya serta- merta! Malah ada nada sebak dihujung rayu… aku nak menangis tau mase tu!!! Memang aku rase aku akan jatuh ke bawah masa tu… Rase nak pitam!!! Rasa ada suatu daya graviti yang menarik aku terlalu kuat untuk jatuh kebawah!

Dipendekkan cerita, aku tak jatuh untuk menceritakan semula kejadian itu sekarang.. dan blok-blok seterusnya, aku tak join cat huruf!!! Haram aku nak jalan semula kat koridor tambahan sekangkang kera tu! Itulah ceritanya bagaimana aku discover fobia akan ketinggian ni yang bersarang sekian lama dalam diri…

Disusuli kejadian-kejadian yang menguatkan kebenaran bahawa aku sememangnya GAYAT GILA, seperti kejadian di mana aku adalah lelaki terakhir melakukan absailing sewaktu camping di Tahun 3 siswazah. Setelah 4-5 kali percubaan, kaki dah letak dah kat hujung tembok tinggi tu, start je nak lean @ sandarkan badan sambil kedua tangan memegang tali; sebelah di depan, sebelah di belakang pinggul, terus aku paut tangan instructer nak naik semula ke atas tebing! Ya Allah, aku pun tak perasan lutut aku menggigil selepas ditegur peserta-peserta selepasku! Memang rasa nak pitam, muntah, pening, semualah!!  

FOBIA TENGOK DARAH MENGALIR @ MABUK DARAH
Ya Allah, aku memang tak sangka-sangka aku mabuk darah jugak rupenyer! Dipendekkan cerita, aku bersama adik beradik senior yang lain menyaksikan sendiri proses khatan adik bongsu lelaki kami, di mana tiba part darah mengalir cam air paip bukak perlahan dari hujung “adik” yang telah selamat digunting… Satu saat, 5 saat, 17 saat … ok je, aku senyum… 18 saat aku dah tak senyum.. 21 saat aku dah pening lalat…. 22 saat dada aku berombak mengbil nafas..laju..23 saat suku, lutut aku dah lemah… 25 saat setengah dan minit-minit seterusnya:- aku duduk selamba atas kerusi doktor  (yang macam kerusi guru besar tu) kat klinik tu, dengan peluh bertakung di seluruh muka, mata tidak lagi terarah ke spesimen bedah, sambil tangan memicit-micit kepala nan pening. Serius aku nak pitam tadi!!! Itulah ceritanya bagaimana aku discover yang aku sebenarnya mabuk darah, nasib baik aku memang tak jadi amik science stream lalu gatal tangan amik kos medic! 

Untuk fobia jenis kedua, iaitu pengalaman pahit yang dilalui mungkin selepas sekurang-kurangnya 2 kali, menjadikan kita berusaha sehabis effort mengelaknya berulang, lantaran kita.. fobialah!

Fobia lintas jalan dari LRT Star Sultan Ismail ke Sime Darby Building
Sewaktu kenderaan tiada, atau selalunya ketika kenderaan sedang behenti menunggu isyarat JALAN dari lampu trafik atau polis trafik, pejalan-pejalan kaki akan mencelah-celah kenderaan untuk melintas jalan. Perlu diingat penunggang motosikal jarang tergugat dek kesesakan, selagi ada ruang “mencilok”, selagi itu tiada apa yang dapat memberhentikan motosikal, apatah lagi ketika kederaan beroda empat (atau lebih) sedang berhenti beramai-ramai, kerja “mencilok” ternyata the easiest thing to do in this world! Ruang penglihatan pengunggang ke arah pelintas jalan ini terhad di sebalik lori-lori tinggi, begitu juga pelintas jalan sukar menjangka kedatangan penunggang nan laju andai mencelah lori mahupun bas. Nak dijadikan cerita, pagi itu seperti pagi-pagi lain aku bersedia mengambil langkah besar bagi menjejak kaki lima sebelah Sime Darby tu selepas mencelah dihadapan bas sebelum skriiiiiiiiiiiitttttttt… Motosikal yang ditunggang laju sebelah kiri jalan (sebelah bas tu la)memang dah hinggap ke tubuhku, cuma ketika itu aku dan motor itu “status quo”.. lalu tiada momentum yang mengizinkan aku terpelanting, kalau tidak dilenyek! First time belum serik, kali kedua aku masih ingat aku mencelah hadapan lori berlogo *Mi sedap dan sebelah kaki memang dah jejak kaki lima belah Sime Darby tu, apabila skreeeeeeeeeeet skali lagi, adoi! this time memang sebelah tangan aku luka calar panjang terkena handle motor bawak sayur tu! Kedua-dua penunggang tadi mempamerkan muka bersalah melihatku sambil bertanya “You ok?” I memang ok je, cume I yang salah. Masakan tidak? Jejantas atas kepala sahaja semasa kedua-dua kejadian berlaku. Tiada perlanggaran ketiga, kerana aku sudah fobia melintas jalan dari LRT Sultan Ismail ke Sime Darby atau sebaliknya. Jejantas is a must! No way aku akan lintas lagi! Dua kali sudah cukup!!! 

Fobia digigit nyamuk aedes
Seperti diceritakan dalam posting lalu, kali ini bukan dua, tetapi sekali! Sekali kena denggi sudah cukup! Sehabis effort aku akan pastikan aku takkan mengidap denggi untuk kali kedua! Berbanding demam pelentong (bahasa kitorang), demam selsema atau demam-demam biasa, demam denggi jauh memeritkan! Bayangkan terjaga 10, 15 kali di waktu malam untuk merasakan pengalaman ini:- anda lupa bahawa anda punya bibir, mulut dan lidah, apabila anda terpaksa membuka mulut perlahan-lahan dan menggerak-gerakkan bibir serta lidah sebab anda dapati air liur hampir tahap zero dalam mulut anda! Tangan pantas sahaja mencapai air untuk diteguk, lebih tepat lagi air 100plus… berbotol-botol aku tonggang! Malam-malamku mahupun siang jenuh ke tandas mengosongkan pundi penuh air! Badan terlalu penat, kepal pening ebrdenyut-denyut… Itu semua denggi tahap awal! 
So, tiada lagi malam-malam tak berkelambu di Gombak ini, juga semburan pembunuh nyamuk diwajibkan sebelum kelambu dipasang!
kelambu

Kelambu ku… ayah yang belikan. Kebetulan my fav color, match dgn cadar, comforter n sarung bantal. Kelihatan di sudut bawah kiri, sebahagian botol-botol kosong 100plus.

2 thoughts on “FOBIA….

  1. Phobia jenis pertama: 1) kucing- aku memang akan hilang kawalan kalau ada kucing bermain di kaki ku, atau ada seseorang yang menghulur atau mengacu-acukan kucing padaku. Tindakan refleks aku biasanya jeritan, lompatan atau larian. 2) orang gila- sejak kecil lagi aku memang takut dengan orang gila, terutamanya orang gila yang kotor. Sampai skarang pun aku tak berani dekati orang gila.

    Phobia jenis kedua: 1) Memotong lori sewaktu memandu. Sebab aku nyaris dilanggar lori sewaktu hendak memotong sebuah lori, sehari sebelum aku nikah.

    Sekadar berkongsi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s