Hari Makan Sedunia, Angan2, Azam & Biah Solehah


Jumaat lepas… hmmm, plg byk aku makan dalam sehari sejak bergelar pekerja kebajikan PhotobucketPagi, sampai opis.. makan dulu kat meja

PhotobucketCube teka apa di dalam.. CAUTION : Filling is HHHHOT

PhotobucketWah, Nasi Lemak, lauk kerang n paru.. kangkung lebih sikit, semuanya RM3.00 “SAHAJA”

Photobucket
BURRPP!

PhotobucketTengah hari ade bihun, ayam, sotong, karipap, puding jagung.. majlis deeparaya kat opis..thannx la Dato’

PhotobucketSate haruskah dilupakan…?? ooohhh tidak2, tidak sekali2!

Malam (xde gamba) makan kat kedai depan grinwud; Nasi putih, telur dadar, kailan masin n daging merah.. memang meletup perut aku! Duit pun makin nyusut… Eh, tapi bulan ni aku berjaya simpan RM1K setelah 5 bulan keje (Penyimpanan yang pertama pun..) Yes.. insyaAllah sebelum raya tahun depan sampailah menatang ni kat depan umah aku…

PhotobucketGod, how I wish I had a WISH!

Sabtu Ahad aku start joging balik, setelah lameeeeeee gile berehat panjang mase puasa n raya… Betapa sakitnya seluruh badan.. Pool UIA tak bukak, mungkin semua life-saver sibuk stadi kot… maklumlah final exam dah start. alahai rindunya nak mengapung diri bersama lemak-lemakku didalamnya hahaha

Ha.. petang deepavali tadi gi open house umah echah, junior aku mase kat uia… Wah ade makanan ruji aku sewaktu diet! … speghetti dangan sos pekat likat padat nyam2 sedapnyer! Aku ape lagi, double the plate lah! hahaha Pastu ade lontong… aku suke kuah lontong je, sebab ia kaya dgn bende2 yang aku suka macam sayur, tempe even tadi ade tambahan fish cake n cendawan butang lagi! Ya Allah sodapnyo! Double lagi! Aku tak berape berkenan makan ketupat @ nasi impit, tak kira la ape gabungannya, ngan kuah kacang ke, soto ke, lontong ke, sate ke… Aku rase nasi lebih best makan sebagai nasi.. bukan dihimpit2 @ dikiub2kan.. hehehe, just my taste je…

Apa yang unique dengan open house kali ini ialah.. huuuu, biah solehahnya! dah lame aku tak berada dalam suasana macam ni, paling last mase kat “sekolah terrorist” dulu la hahahah terbit rasa rindu pada zaman sekolah upper high, tapi kalau diberi peluang nak ulang semula masa.. aku pun tak hingin! Sekolah upper high yang best academic and friends je.. yang lain2 tu cam poyo je nyampah aku! Especially Ketua-ketua pelajarnya a.k.a. KP .. Kelakarnye lah kehidupan!

Ape-ape hal, family Echah telah membuktikan biah solehah praktikal sepanjang zaman… Nak @ tak nak je! Guest lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tabir… Tak bleh usha anak pompuan orang tau!

PhotobucketKelihatan secebis kaki dak pompuan dari sebalik tabir.. (kaki tengku Ja tuh!)

Di sini aku kongsikan resepi sos pekat likat padat untuk dicurahkan keatas speghetti anda. Echah yang sms tadi:-

Bahan2
Bawang putih
Cili Boh
Lobak Merah
Daging Cincang (byk dijual di pasaraya)
Tomato paste (bukan tomato puree tau! Jual dalam tin jugak)
Tomato buah
Cendawan butang

Cara2nya
1. Tumis bawang putih
2. Tumis cili boh untuk citarasa tempatan yang sukakan pedas
3. Masukkan lobak merah dan daging cincang
4. Masukkan tomato paste, tambah sedikit sahaja air. Echah kate mase die masak tadi, die pakai 4 tin campur 2 cawan air yang dikocak2 dalam tin dulu. So, kalu satu tin means setengah cawan air sajelah ye!
5. Last sekali, masukkan cendawan butang dengan tomato buah yang telah dipotong dadu… Rase2 dah masak tu angkat je la! Hidang..

InsyaAllah gaji masuk bulan ni takkan ku berlengah-lengah lagi untuk mencubanya! Thanks Echah!

3 thoughts on “Hari Makan Sedunia, Angan2, Azam & Biah Solehah

  1. salam joe (sy panggil joe jelah ye. harap diizinkan)

    1st sekali, thanks sbb link kan sy kt sini. ingatkan takde blog. rupa2nya ada. lawyer rupanya ye. klu sy tak baca semula komen di entri arkitek tu, sy pun tak tau psl ni (blog+lawyer). psl kak wchah yg masih kekalkan biah solehah kt rumah dia tu, bagus la kalau dia mampu nak buat gitu. klu sy la kan (yg awk tau sy pun keluaran sekolah terrorist tu jgk😀 ), sy mungkin takde kekuatan utk buat mcm tu. sy masih duduk dgn mak ayah kt msia nun jd kalau buat majlis ke kat rumah, yg dtg pun sume makcik2 pakcik2 aje. kalau buat mcm tu, pelik amat la diorg. kadang2, persepsi org tua kita kena amik tahu jgk. ntah la. sy pun bukan org yg layak nk ckp psl ni. cuma prinsip sy, toksah jd hipokrit. kan?

    erm. awk ni batch tahun bila? di sekolah tu utk form 6 je ye? untuk amat la awk skrg lawyer. if i could turn back time, how i wish to be a lawyer. huhu. dulu selalu je ada merepek dlm entri psl kisah berangan dulu2 nak jd lawyer. hehe.

  2. Ya Allah sarah, kalu nak tahu aku la yang paling benci kerjaya lawyer.. siap sumpah seranah lagi mase zaman2 tunggu SPM amik form 6 sementara!! (fyi, aku mmg “terroristian” sejak form 4 ke form 5, SPM 1999, or the so called last batch of the millennium..chewah!) Last2 aku yang jadi lawyer… Betapa kehendak kita tak terlawan kehendak Tuhan!

    Ekceli kak echah tu bukannyer thiqah pun! gila2 je perangai die haha cuma parents die la strict, for me parents die berjaya la didik anak perempuan diorang, still pakai proper tutup aurat walaupun bergelar metropolitan KL.. jarang aku dapat lihat family muslim macam tu kat KL. KL yang anak2 mudanya astaghfirullah.. aku pun tak sanggup nak biarkan anak2 aku membesar di KL. Tapi bila tgk family Echah, waaahh… mmg bagai mencabar2 kemampuan diri sebenar mendidik anak suatu hari nanti!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s