Mari mem”blacklist” @ menyenaraihitam…!


Malam tadi lepas Isya’ aku bersama dua teman serumah makan malam bersama
di salah sebuah restoran dari sekian banyak restoran nan berbaris di hadapan Taman Greenwood.
Entah mengapa, aku masih memaafkan diriku kerana menyeksa terus-terusan perutku
ini dengan menikmati hidangan-hidangan di restoran-restoran ini, setelah jelas ia
adalah tempat menyediakan makanan paling kotor… silap haribulan tiada satu pun yang lulus piawai
Halal! Bukan sekali aku nampak tikus sebesar anak kucing 5 bulan berjalan2 di kaki-kai pelanggan,
bukan sekali aku dengar makanan terselit lipas… nasi putih dalam bekas berhurung nasi masih
dihidangkan kepada pelanggan…! Aku takkan sekali-kali memandang ke dapur atau tempat membasuh
pinggan atau sekalipun ke lantai apabila berjalan di antara 2 blok deretan restoran sebagai
short-cut untuk ke kedai belakang… Ya Allah, lebih jijik dari memandang tikus-tikus mati di lenyek
setiap pagi sewaktu bergegas ke tempat kerja, kerana pemandangan itu berkait rapat
dengan apa yang masuk ke perut ku!!! Uweekkk!!!

Posting kali ini bukan setakat menyatakan tahap kebersihan, tapi hak pengguna yang
membayar untuk nilai terbaik. Aku order Mi Ladna. Setelah siap terhidang di depan mata,
aku mulakan dengan menghirup sesudu dua kuahnya. Juga meratah sedikit sayuran di dalamnya.
Dah lama, baru aku perasan! Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
….
….
….
…..
….
…..
…..
……
…..

Releks.. bukan la lipas ataupun tikus dalam mi tu!
Tapi betapa secotet sahaja mi yang di berikan kepada ku sebagai pakej Mi Ladna yang
aku order tadi. Aku geram, aku asingkan sayur daging udang semua sebelah kiri pinggan,
the mi/noodle itself sebelah kanan pinggan… korang tak caya tgk sendiri:-

PhotobucketDua kali suap dah abis mi! Kedekut!!

PhotobucketPandangan sisi hidangan ku malam itu

PhotobucketNi la restorannya, aku tak tau nama / tak dapat nak bagi nama
sebab xnampak pun signboard nama dia, just ingat warna kuning kerusi2 nya, dan interior
restoran tersebut! Ingat tau!

Dah makan abis, bayar la apa lagi… Memang la aku tak complaint depan2 diorang, tapi aku percaya dengan blog ini, aku boleh beritahu satu dunia, jangan sokong restoran kotor, sudahlah kotor kedekut pulak tu!

Photobucket
Ni lagi satu yang aku meluat pasal Grinwud ni, nak melintas jalan punyalah susah! Harap ADUN atau orang-orangnya yang terbaca blog ini bolehlah usahakan agar jejantas dipasang di sini, aku lebih sanggup naik jejantas dari menunggu tengah2 jalan dengan kenderaan laju bertali arus depan dan belakang aku…

Sekian adanya…

8 thoughts on “Mari mem”blacklist” @ menyenaraihitam…!

  1. salam joe.

    ha. greenwood ni pun kawasan sy jgk ni. rajin jgk sy singgah sana sbb perut sy ni perut melayu sejati. tp 1 tempat je yg sy pegi makan. gerai nasi lemak raub. yg 1st sekali dekat dgn tmpt nak beli tiket bas ekspres tu. kedai2 lain sy tak berani nak nyinggah. kebersihan mmg diragui abis. tp pasal mee yg sgt sikit yg awk tunjuk kt atas tu, ya rabbi, sikitnya. sgt2 sikit tu.

    p/s: sy spm 2002. tahun percubaan pertama pengasingan kelas putera-puteri.

  2. Salam, nampaknya Alang semakin rajin menulis! Dan lebih membanggakan apabila tulisan-tulisan di sini mempunyai mesej dan harapan yang hendak disampaikan kepada umum. Orang boleh berkata bahawa kita tidak mampu mengubah apa-apa pun dengan hanya menulis di sini, tetapi kita boleh mengatakan kepada mereka bahawa kita telah melakukan sesuatu bagi mengubahnya, dan itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa. Alang, saya bangga mempunyai sahabat yang punyai fikiran serta tulisan yang matang dan bertamadun seperti kamu!

  3. sarah: sekolah “terrorist” kita membuat polisi pengasingan lelaki dan perempuan? Apa2 sajalah pembuat polisi yang perasan sempurna ini…! Where is perfect world? Is there any? Why don’t they teach and train us how to mingle with each and every member of our society regardless of backgrounds… Why don’t they expose us with the reality of ummah today? Kenapa setakat meninggalkan ahli2 “terroristian” di pinggir makam diraja, buat menguji iman? menguji sabar? Kenapa tidak dibawa kami ke pinggir KLCC, mengajak remaja bersolat bila masuk waktu? Kenapa tidak diasah bakat kami menulis artikel atau memberi pengucapan berkesan? Kenapa tidak diajar kami merancang kewangan? Kenapa menggambarkan kepada kami Islam itu sekadar “tak boleh itu!” dan “tak boleh ini!”? Bila sahajalah kami diberi peluang membuat perkara2 yang Islam tak pernah larang? Tiada! Sekolah “terrostian” banyak membazir masa singkat 2 tahun pelajar2nya! Setiap tahun berbangga pencapaian SPM nya, masakan tidak, semua pencapai 9A PMR berkumpul disitu! Bodohlah kalau 100% lulus pun nak dibangga2kan! Realitinya, hmm takde beza pun dengan sekolah lain.. malah sekolah harian jauh lebih berkualiti, kerana mereka dieri peluang seluas2nya mengekspresi diri mereka!

    Sekian adanya.. panjanglah pulak komen aku sarah, seperti aku pernah kata, kalau diberi peluang to turn back time utk kembali kesekolah, aku pun tak hingin!

  4. J: macam “pukul anak sindir menantu” je komen ko nih… harap2 empunya diri terbaca, dan terinsaflah dia lalu terus bertaubat nasuha dari berterusan menipu masyarakat pembaca blog dengan sebulat2 penipuan! Amin…

  5. joe, sistem pengasingan putera-puteri tu bermla tahun 2001 (utk form 4 yg baru masuk) sehingga habis spm 2003. maksudnya 2 batches je yg sempat dgn sistem tu. sy taknak la pulak kata apa2 sgt sbb sy selesa kelas sy semua perempuan dan sy mmg sorg yg ‘tak kesah’ apa je org lain nak buat. knp sistem tu dimansuhkan sbb pihak kolej dh dapati bila lelaki-perempuan ni diasingkan, budak laki jd lagi malas dlm kelas, byk main je dan yg perempuan plak dh tak segan silu dah nak tidur ke apa dlm kelas. sbb tak kesah budak laki takde. huhu. jd, sistem ni sebenarnya tak bawak impak yg baik. jd lepas 2 batches ni dieksperimentasikan dgn sistem ni, lepas tu takde dh. form 4 ambilan 2004 semuanya dah campur smula. maka, kembalilah menjadi normal masyarakat di dunia di raja tu😀

    hehe. awk mcm agak emo ye dlm komen balas kt atas. takpe. sy faham knp. i’ve been there n done that. sy sangaaat faham. hehehe.

  6. sarah: dah mansuh rupenyer… dulu mase baru aku bebas dari “terroristian” diorang wat sistem pengkelasan ikut result exam kepada batch lepas aku… hello, bukan ke semua cream of the cream (konon la)? lagi nak saring2, kesian dak2… sian lagi yang kelas last, padahal jarak markah keseluruhan antara satu same lain beza 1 @ 2 je.. Ntah ape2.. Lebih malang lagi pembuat polisi “terrroristian” reflects so much our beloved tanah tumpah darah’s policy maker… byk sgt bende tak penting disusah-payahkan… ISLAM HADHARI antaranya..

    kimi: tu la kan, untung la ko wife terrer masak!

  7. yg pasal streaming students tu, no comments la ye. sbb sy antara yg duduk dalam streaming class. ngeehee😀 tp sy tak suka duk kelas tu. sbb tertekan dgn suasana klas yg sgt la studious konon2nya. huhu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s