Barang wajib, perlu dan “macam” perlu…


Semalam Jumaat hari terakhir bulan Oktober
Juga hari gaji masuk (firm aku polisinyer gaji masuk 1haribulan the next month,
kalau cuti jatuh pada hari tu, maka gaji akan masuk hari kerja
terdekat sebelumnya)
Selalunya 2-3 hari sebelum hari penting ini,
aku dah berkira-kira membelanja itu ini.. senarai pendek akan disiapkan
apa yang wajib… apa yang perlu… apa yang “macam perlu”…
kebiasaannya jugalah senarai “macam” perlu yang paling panjang..
juga paling banyak dipotong dari senarai… means cancel n carried forward..
tak berapa penting dan bisa ditangguhkan…

Cuma semalam baru aku perasan aku tak buat list lagi,
aku dah semakin sibuk di opis..
bagi aku list penting supaya tak over spend.. nak2 hidup sendiri ni..
xde saper nak monitor perbelanjaan kita..

Sengaja nak kongsi dengan korang “senarai” aku…
Bujang berpendapatan 4 angka di Kuala Lumpur yang serba mendesak ini..

Auto debit list:-
100++ untuk pusat kesihatan (Ya Allah aku mcm menyesal join kelab nih!!! Haha)
100 untuk Takaful
(bulan2 akan datang auto debit list akan bertambah, sebab aku harus segera
invest dalam unit trust.. dan aku baru perasan Tabung Haji aku dah kering)

Wajib list:-
1. 200++ untuk sewa rumah, bil letrik, air, broadband, barang dapur asas
2. 150++ untuk barang makan personal (this include susu anlene, oat, telur ayam,
speghetti, roti blablabla)
3. minyak motor

Perlu list:-

1. Tukar spect yang dah genap 3 tahun
2. Repair brek motor
3. Beli shirt baru (aku bertuah bukan lawyer litigation, so my range of choice for
coloured shirt is wider, berbanding putih.. putih dan putih! Bosan!)
4. Kasut kerja baru
5. Sport sock ..( maklumlah dah kembali ke rutin kecergasan ketat, stokin dulu pun dah
kemana2)
6. Swimming thight baru (maklumlah perut dan peha dah menggelebeh, nanti ade
yang berenang sambil “adik” melambai2 dari thight yang koyak tengah! hahaha (lucah ke?)
7. Repair PC.. atau kalu unrepairable, beli CPU baru trus!
8. Pisau n chopping board (ni perlu memandangkan tak lama lagi akan ke rumah baru..
beli sikit2 perkakas dapur)

Dan lagi.. dan lagi…

“Macam” perlu list:-

1. Headphone joging.. earphone ayik terjatuh dari telinga je!
2. LCD monitor for my PC
3. Graphic card
4. Register my business name and logo (ni kompem2 awal2 dah kene potong, aku ade tanyer
lawyer Intelectual Property firm aku .. dekat RM800++!)
5. Kamera DSLR (ingat nak beli pakai kredit)

And the list goes on..

Aku kadang-kadang bertanya pada rakan sekerja terutamanya yang sudah berumah tangga,
“Banyak ke simpan bulan-bulan?”
rata-rata isteri menyatakan selalunya duit cukup2 je… tapi suami banyak support la..
dan selalu juga mereka membalas, “Ala, ko bujang lagi, esok2 dah kawin haa, baru ko tahu!”

Ya, ia benar-benar menggusarkan. Aku yang bujang ni pun cam tercungap-cungap
nak maintain keluar masuk duit.. apatah lagi yang berumah tangga…
Bulan ni i’ll try my best untuk simpan 1K lagi.. dan berusaha ke arah
memulakan part-time business..
Doakan aku…

Eh! Lupa plak aku.. mesti ade yang tertanya-tanya berapa aku bagi kat mak ayah
bulan-bulan… hmm, jujurnya aku tak pasti berapa byk yang aku perlu bagi..
Mak ayah pesara guru dan kini usahawan sepenuh masa..
Pendapatan bulan-bulan mereka jauh lebih byak dari gaji bulanan mereka dulu..
Mak ayah idola pertama aku untuk memiliki perniagaan sendiri
Sikit2 dulu.. lama-lama jadi empayar haha
So, aku segan nak bagi amaun-aman tertentu.. sbb aku tau mak ayah pun
ada duit…
Mak ada “peti” perbelanjaan, dalamnya ada sampul2 kecil
Aku pernah terlihat isi peti ini dulu2.. ade nama2 kitorang untuk duit belanja poket
bulanan… ade petrol, makanan, bil dan macam2 lagi
Adik pernah terlihat “peti” perbelanjaan mak baru-baru ini..
Adik cakap ada satu sampul tak pernah berisi..
sampul bertulis “percutian”..

Mungkin aku akan bagi mak duit untuk top up sampul ini bulan-bulan…
Satu; sebab aku dah lama nak bawak mak ayah jalan-jalan
Dua; sbb mak dah lama letak sampul ni dalam “macam” perlu list,
terutama sejak mak berkerusi roda…

Tak kira! aku dah terbayang dah aku usung mak tepi pantai kesana kemari
sumer naik kerusi roda! aiman tak kisah!

6 thoughts on “Barang wajib, perlu dan “macam” perlu…

  1. Aku pun tengah berkira untuk dapatkan DSLR Nikon D60, harap dapat membelinya sebelum anak pertamaku lahir.

    Alang, bapa mertuaku pernah pesan, jangan terlalu menjadi kritikal tentang perbelanjaan bulanan kita, sememangnya kita akan merasa sentisa ketidakcukupan, itu normal. Aku cuba ikut nasihat dia.

  2. yes, i couldn’t agree more..
    i might be critical on my budget..
    but i know i won’t be “terlalu”…
    jangan irauuu…
    duit bukan semua utai, ingat tok?
    … o’ indai!
    hehehe

  3. Profesion akan lebih bermakna jika dilihat sebagai satu ibadah, gaji bulanan hanyalah sebahagian ganjaran daripada ganjaran yang lebih besar; pahala ibadah itu sendiri.
    Walaupun bergaji sederhana, saya percaya itulah yang terbaik dariNya untuk saya masa ini. hidup sederhana, mencukupi dengan apa yang ada dan terus berusaha dengan janji Allah. Saya bersyukur, segala puji2 bagiNya🙂

    Syed aljufrey

  4. salam. terharu jgk bila cerita ni dh sampai ke part emak ayah. erm.. cuba la cari ruang masa n kelapangan kewangan utk bawak jgk emak ayah awk gi holiday. sy jamin diorg pun tak harapkan sesuatu yg mewah tp kualiti masa yg diorg dpt tu nanti yg lg penting. emak awk sgt pandai mengatur keawangan. teruja sat. hehe. btw, pasal white shirt tu, haa.. nasib baik la ye bukan litigation lawyer. hehe. tp kalau doctor, hari2 le wajib dgn white coat tu. bosan jgk.. huhu.

  5. mcm x berapa nk anu je setap bisnes ngan logo sampe rm800 lebih…

    cadangan setap bisnes je dulu, then dah maju baru register logo…

    pengalaman org dgn register trademark is like hell…

    lambat nk mampuih… kalo ade hensep yg x pakai mase tu rase nk hempuk je kt kaunter deme…

  6. chezul: yo yo je ko hahaha

    sarah: niat yang baik dapat pahala.. kalu nak tau mak saye beli tanah umah yang kitorang dok sekarang seluas 2 ekar, beli CASH! mak kene operate tahun lepas, di kala cikgu cikgi lain bersesak kat sepital gomen, mak yang dah pencen bayar kos operate sendiri kat sepital swasta CASH! mak mmg my idol dalam menyimpan duit, cume nak menuruti jejaknya masihhhhhhh jauuuuuhh.. masih pembazir tak bertempat! hehehe

    xemeer: hmm, mmg itu yang dipikirkan.. set up bisnes n baru register later..cume ade org lain dah gatal gune corak logo kite wat corak kat sijil la, website la.. especially dak uia la, mane tah diorang dapat? siot betul! tu yang nak register cepat2 tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s