Weekend, geng hangout & inspirasi


Hujung minggu bagi ku adalah dua hari yang terlalu pantas untuk aku menyelesaikan tanggungjawab dan dalam masa yang sama melakukan perkara-perkara yang aku tak dapat lakukan ketika 5 hari bekerja. Masa ni lah nak basuh kain (malah kadang-kadang basuh pinggan yang dah 2-3 hari berkampung dalam sinki hahah), nak berjoging, nak swimming, nak shopping, tengok wayang, lepak-lepak dengan kawan malah nak jugak lepak-lepak kat rumah tengok TV yang dirindui hahaha Dua hari ini jugalah kadang-kadang impromptu plan berlaku, contohnya kena repair motor, hantar orang balik kampung paling best kalau tiba-tiba ada orang nak belanja makan nyam2!

Hujung minggu ni (sekarang, hari ini, Sabtu) aku masih mengadap komputer meng’upload’ bahan-bahan Zapin Nusantara yang berbaki dua klip sahaja lagi. Nasib baik kain dah basuh, tapi belum sidai. Sarapan oat susu dengan hirisan-hirisan epal hijau yang aku amik dalam peti ais ntah siapa yang empunya hahaha. Kejap lagi nak menjerang speghetti, nak makan bodoh2 je… Lunch!

PhotobucketBasuh kain!

PhotobucketMyraz basuh kete, enjin, wayar-wayar semua la dibasuhnya!

PhotobucketMinggu sebelumnya, basuh lagi?? Maklumla kereta baru...

Setakat ni dah dua geng ajak keluar jalan-jalan melalui sms. Eh, tiga lah, termasuk geng hosmet. Aku memang tak plan apa-apa kali ini, sebab tu aku basuh semua baju busuk, juga yang busuk sikit-sikit, tinggallah aku bersluar tracksuit ber-tshirt (seluar pendek yang pendek pun habis basuh semua!) so, aku tak dapat la penuhi permintaan mereka… baju takde, plan pun takde.. aku sekadar berjanji dengan geng kumbang mungkin keluar esok kalau ada baju koleksi terbaik aku sempat kering hahaha

Cakap pasal geng, aku baru perasan aku ada geng-geng tertentu untuk hang-out, dan geng-geng ni pun jarang aku kumpulkan bersama, sebab masing-masing kepala lain-lain, malah ada sahaja ahli-ahli geng ini mengutuk ahli-ahli geng lain hahaha.. so, daripada apa yang korang lihat, geng-geng aku terdiri daripada macam-macam kepala, means kepala aku la yang paling serabut sekali sebab kerenah dan kemahuan aku paling banyak berbanding orang lain.. Mungkin bisa aku kongsikan personaliti geng-geng tadi…

Geng adik-beradik – hmmm, aku selesa keluar dengan adik-beradik ramai-ramai, tengok wayang ramai-ramai, makan ramai-ramai… kebetulan 2-3 orang adik beradik aku kat KL, selalu jugak keluar skali, makan ramai2 bayar sorang-sorang pun selalu la hahaha… aku kan abang! This week adik-adik aku balik kampung. Bila bersama mereka mengingatkan aku pentingnya keluarga. Mak selalu pesan masa kitorang kecik-kecik berkelahi bermasam muka dulu-dulu, “Kalau kamu sakit, kawan-kawan kamu datang melawat kamu lepas tu dia balik, yang tinggal nak jaga kamu siapa? Adik-beradik kamu jugak lah!”

Geng baik-baik/thiqah/wufi – geng-geng ni aku dapat masa kat uia la, malah sebahagian besar terdiri daripada school mate masa sekolah terrorist dan sekolah izzuddin dulu.. selesa bersama diorang, sejuuukk sikit.. Namun ada juga yang skeptikal terhadap persekitaran luar, suka pandang sinis orang lain, maklumlah kebanyakan diorang ni memang takde geng2 lain macam aku, dok dengan puak-puak diorang je.. Paling best sebab masih ada dikalangan mereka yang sempoi, gila-gila dan buat lawak nak pecah-perut walau empunya diri berkopiah berjubah segala… some of them are my present hausemates la, paling aku suka dengan housemates sbb semua dah dewasa dan bisa berbicara isu-isu  nasional mahupun global dengan dewasa sekali hahaha… Bila bersama mereka it reminds me that aku dah dewasa la (yang selalu aku lupa), juga mengingatkan aku pentingnya cara hidup Islam, bangganya aku menjadi Muslim!

Geng-geng adventure/active – Juga dikenali sewaktu di uia, banyak berprogram outdoor bersama, joging and swimming. Otak mereka pasti gila-gila, matang tu sudah pasti, kadang-kadang kebudak-budakan. Bila bersama mereka mengingatkan aku peri pentingnya kehidupan aktif, sihat dan fit. Dan sebab mereka jugalah aku selalu “bertaubat” dari kegemukan walaupun berkali-kali gagal maintain berat badan hahaha

Geng kumbang – geng sekolah izzuddin, semua dah dewasa namun cara bercakap dan berkongsi pendapat masih merapu macam zaman-zaman sekolah dulu. Aku pun malu kalau orang tahu cara kami berpoyo-poyo kalau keluar bersama, memang poyo lah! Kalah budak2! Ala-ala Jack Black tu! Bila bersama mereka mengingatkan aku it’s a relief when knowing that you don’t have to be what people say you ought to be, but you should once in a while run from norms and act like an “idiot” among “idiots” hahaha Geng kumbang, see you tomorrow!

Geng zapin – geng team zapin la, jarang la keluar KL sekali tapi selalu berjumpa untuk something we share in common that is…. we love zapin like hell! Projek terdekat Festival Zapin MAKUM 2008 1-4 Disember ini di UPM, mampukah team junior mengulangi kejayaan tahun lepas?? Berdebarnya!! Bila bersama mereka mengingatkan aku menari tu taklah seteruk orang sangkakan mengenai sifat-sifat seorang penari, dan tak lah semudah yang orang tonton persembahan-persembahan tarian tu! Kepala-kepala mereka boleh dikatakan neutral la, kalu kat uia tu nak kata wufi bukan, nak kata wawasan pun bukan. Sekali-sekala diorang kutuk jugak wufi masa meeting ke.. aku sabar-sabarkan aje la. Ye la, budak wufi kan ala-ala sempit, pegi konsert tapi bila orang start terover sket mase buat performance, keluar ramai-ramai tinggalkan majlis, dah la dok depan plak tu. At the very first place kenapa la budak-budak wufi ni datang? Agak malang ada dikalangan geng zapin bukan sahaja mengabaikan kewajipan solat, malah even declare “Aku tak semayang” macam org declare die vegetarian ke ape ke.. Alhamdulillah tidak kurang jugak yang masih bersolat seperti biasa. Yang pasti menari tu best, dan bila bersama meraka training dan peform, ia mengeluarkan hormon endorphine pada tahap maksimum yang menyebabkan aku happy dan puas, eager untuk melakukannya lagi dan lagi! Idop zapin uia!

Geng kerja – geng ni hangout masa lunch hari kerja je la, hari wiken biasa masing-masing ada laki bini anak-anak. Kutuk bos, rakan sekerja lain tu memang biasa la menjadi agenda kalau berjumpa hahaha… “lauk” lebih skit la masa lunch tu! Bila bersama mereka mengingatkan aku bahawa aku manusia ada perasaan dan bukanlah robot disuruh buat itu ini ujung bulan dapat duit. Release tention sikit la dapat borak masa lunch ni.

Tu geng-geng utama la setakat ini. Ada juga kenalan yang aku jumpa masa berinternet yang memang tak pernah bersua muka namun masih boleh share our thoughts and ideas about what we have in common. Kalau satu hari nanti kitorang decide nak hang out mungkin bertambah la senarai tu, tapi tak kot. Semua dok jauuuuuuuuuhhh-jauh… abis duit beli tiket kapal terbang plak nanti..

Aku nak share satu clip yang sungguh inspiring yang aku jumpa dalam youtube pagi tadi. Clip pasal ustaz kat Mesir yang belajar bahasa Melayu (loghat Kelantan), komen dia mengenai cara belajar pelajar-pelajar kita di sana malah nasihat macam mana nak menguasai bahasa asing. Paling aku suka ayat last dia, dia mampu berbahasa Melayu dengan baik sebab dia boleh makan semua makanan Melayu (budu is his favourite), tapi pelajar Malaysia tak bolah nak makan makanan Arab, sebab tu susah nak kuasai bahasa Arab. Aku sentiasa mencari-cari peluang menajamkan penguasaan bahasa Inggeris, Arab, Jepun dan Korea, dan semua makanan-makanan diorang aku belasah je! Ustaz tu pun ambil masa 10 tahun ++ belajar bahasa Melayu, so aku tak perlu lah rush nak belajar semua, sabar…! Masanya pasti akan tiba. hahah Layan!

Ha, jugak nak kongsi clip inspirasi kepada abang dan akak aku; anak-anak diorang lah! Qistina shayang adik die Hazim tak abis2! Cute!

13 thoughts on “Weekend, geng hangout & inspirasi

  1. sarah: takpe , at least you ade easy access kepada home-made halal chocolate cake hahaha kawan2 aku xde yang pandai buat kek pun! Pandai melantak sambai memboyot ramaaai gile, termasuk lah aku!😉

    j: adeee laaa…

  2. ha. terlupa nak ckp. sy kenal helmy razlan tu. wkt sy SMA di pahang lg sy dh kenal dia. dia popular. then baru sy tau dia pun ke kisas jgk. oh lg 1, sy kenal bakal org rumahnya jgk. sy sgt2 rapat dgn org temerloh tu =D what a small world.

  3. criticalthinker: haha, dah ko kate nak secret identiti, kang aku boh name penuh kang… ok2, n.a.m.a. pun ok la…

    Fid: kumbang sbb kumbang laa… hahaha.. xpe, geng ini terdiri daripada 2 org je.. aku ngan kumbang himself..

    sarah: huh, helmy razelan tu mane2 die pegi pun popular.. ni muka die dok keluar iklan tv pendidikan jd pengacara untuk slot subjek sejarah.. bertambah2 glemerr la die.. die kim salam kat awak! psst dengar2 die nak ehem2 blan 6 tahun depan..

  4. firdaus wahab : specky ke?? alamak specky, ko kan engine, ko ade geng sendiri.. aku pun xigt kite pernah hang out lepas zaman skolah2 dulu…so ko ialah GOOD OLD FRIEND, another special category in my heart🙂

  5. specky : aku masih dan masih lagi dok kat depan bas stand greenwood ni… tinggal berenam je.. yang lain semua memulakan hidup mengawan, keluar dari kepompong bujang hensem kahkahkah

  6. yela… aku la specky..huhuh
    mmg kita tak penah hang-out kat mane2 lps skolah, tp slalu je hang dkt cafe mahallah ape…. hehehe
    apa pun, aku mane boleh lupe hang….. jauh di mata dekat di mata jua, tetap dekat di hati ….hehehe…. masih terkenang sampe harini coklat 3 mac hang saban tahun dahulu… hehehe
    ooo klu masih membujang kat greenwood menarik gak tu….
    sbb aku akan pulang tak lama lagi… leh aa tambah sorg bujang nnti… hehehe
    (kalau yg tak hensem tp masih bujang pn kene kuar dr kepompong bujang hensem ka? heheheh)

  7. specky : ko nak balik dari jepun ke??? goodies oiittt!! hahahahaha jahat3, ko xde blog ke story psl life ko kat sane?

    keluar dari kepompong bujang hensem tu maksudnyer KAHWIN la… dan sape2 yang bujang is DEEMED HANDSOME! Sebab sape yang dah kawin tu hensem atau tidak seseorang itu sudah tidak penting lagi, unless die nak gunekan talian hayat kedua, ketiga dan keempat
    lalalala (marah org pempuan!)

  8. aah bulan depan… goodies?? hehehe tgk la klu ade lagi okane ni ke tak… byk mende nk kene bayar nk balik ni… org nk belah dr sini lagi kene cekik… huhuhu

    ooo itu jarang2 talian hayat dah zaman skrg…. itu dah jadi talian cari maut… melainkan talian yg keempat kot…. hehehee

    anyway!! aku setuju, sbb aku pn nk jugak hensem!!! hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s