Unfortunate events (1)


Pagi tadi seperti biasa, jam 8 aku bersedia meninggalkan
perkarangan rumah menuju ke tempat kerja…
Sedikit berhati-hati daripada biasa.. masih teringat-ingatkan
peristiwa malam tadi,
terlihat mangsa kemalangan
jalanraya, penunggang motosikal tertiarap disebelah kenderaannya di tengah jalan…
ketika aku makin menghampiri tempat kejadian makin jelaslah keadaan mangsa..
helmet selipar tertanggal… yang syahdu; mangsa menggelupur seluruh badan! Insaf! (sekejap)

Perjalanan ku teruskan sahaja…
jalan jem seperti selalu, kelebihan kepada penunggang, jadual perjalanan
jarang terganggu… aku biasa mengambil 20-30 minit sahaja untuk sampai ke opis..

Sampai sahaja di bangunan opis kami, aku seperti biasa memberi
isyarat belok ke kiri untuk ke parkir dalam bangunan tingkat M..
selalu juga aku pastikan kelajuan motor dalam gear 2 terlebih dulu
sebelum press minyak sampai M floor…

Namun ntah mengapa kali ini aku press.. ohhh masih berat..
aku press jugak, dalam kepala mesti aku set gear tiga nih!
ah malas nak tukar gear… nak sampai dah M floor..
press jeeee.. press press…
mata menjeling side mirror..takut ada kenderaan megekori
Takde..
lagi setengah meter je nak sampai lantai rata tuhh,
Ya Allah mmg dah tak boleh bergerak!
Last aku turunkan dua2 belah kaki,
kayuh2 je laaa .. ade la 2-3 kayuh je…
fuh! sampai!

Namun perasaan itu menakutkan…
memaksa jemari disuakan ke arah “itu”
jemari hebat ku.. pasti mempunyai deria sixth sense

kerna ia dapat membezakan
antara dua..
fabrik seluar kerja..
dengan..
fabrik seluar pendek yang pendek..
kerna itulah sentuhan pertama jemariku;
fabrik seluar pendek yang pendek…!
Perasaan aku tepat!

Pagi ni aku lambat masuk opis…patah balik..
9.30..
sampai2 orang senyum2..
sebelum tu aku sms akak assistant, cakap lambat sket,
hmm, mesti akak assistant bagitau sekali sumer
orang alasan aku! cheit!

PhotobucketKelihatan en. myraz melalui “lubang” yang tercipta daripada peristiwa tadi sedang khusyuk menonton astro

7 thoughts on “Unfortunate events (1)

  1. Salam joe.

    1st sekali, takziah ye atas insiden ni. hehe. ni boleh la jd peransang utk cepat memakai kereta plak lepas ni. 2ndly, salam utk bro miraz. sy dpt agak dh kot yg majlis diorg mungkin jun thn dpn. hehe. 3rdly, pendapat awk psl kisah pakistan tu yg paling logik lepas sy selongkar2 apa yg jd penyebab semua ni terjadi. hehe. terima kasih deh!

  2. puteribongsu: takut apenyer? takut masuk opis lambat ke, takut seluar koyak? haha

    sarah: eh, saya baru je taip komen tu sambil2 membrowse youtube.. nampaknya kita sama2 melayari internet serentak namun dibezakan oleh faktor geografi.. saya kat bumi bertuah, sarah di russia… i’m exited to realize this fact!

  3. hehe. boleh plak mcm tu ye. apa2pun masalah sy dh selesai. hihi. hey enchek peguam. silalah tido. esk kerja. kalau lambat n insiden mcm ni berulang lg, kan susah lg. 1 ofis gelak lg nnti =D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s