Kesempurnaan hanyalah mata coklat…


Malam semalam bersama teman serumah menonton Discovery Channel: Half Man, Half Tree. Mengisahkan Dede dari Indonesia si pengidap ketuat serius, ditambah burukkan lagi dengan tahap imunitinya yang terlalu rendah (setelah penemuan dilakukan oleh sukarelawan doktor yang merawatnya) yang menjadikan ketuatnya “hidup” malah memanjang dan membesar hingga kelihatan seakan-akan akar-akar kayu dan ranting-ranting pokok di hujung ke dua-dua belah kaki dan tangannya. Wajah yang sugul tak mampu menyembunyikan kesengsaraan yang di alaminya, bertarung dengan psikologi negatif, sekurang-kurangnya yang lahir daripada dirinya sendiri, setiap waktu, setiap saat. Ya Allah, rasa kasihan, insaf, sayu malah geli terbit dari sanubari tak henti-henti! Kita yang melihat rasa kurang selesa, apalagi Dede yang menanguung keperitannya bertahun-tahun!

Nak dipanjangkan cerita keinsafan, menyusul selepas itu dokumentari “A Child With A Tumor For A Face”, juga dari Indonesia. Ya Allah lagilah kasihan… anak kecil yang belum mengerti apa-apa mengidap tumor di kedua-dua belah pipi dan bawah rahangnya, empat ketul semuanya! Besar! Terlalu besar sehingga matanya terhimpit keaatas, bibirnya terjuih terlalu besar hingga meleleh-lelehkan air liur. Doktor terpaksa membuangnya satu persatu melalui empat pembedahan berasingan. Struktur wajahnya telah rosak akibat himpitan tumor keatas tulang pipi dan rahangnya yang hancur, menyebabkan doktor terpaksa membentuk wajahnya daripada saki baki tumor itu sendiri. Doktor terpaksa “mengukir” dengan menggunakan pahat dan tukul! Ya Allah betapa kerasnya tumor itu, hingga terpaksa dihentak-hentak pula tukul besi keatas wajah kecil kanak-kanak malang tadi…

Dipendekkan cerita, InsyaAllah sinar baru menanti kedua-dua pesakit dalam dua dokumentari tadi.

Mengikuti cerita ini,  tak dapat tidak keinsafan akan semua manusia itu serba kekurangan lahir tak semena-mena. Diri selama ini yang bertarung dengan segala macam ujian, kekurangan diri, kebencian manusia, malah sehingga satu peringkat menyalahkan Tuhan atas segala-galanya, terasa tewas! Tewas dengan ujian manusia lain yang serba dahsyat, jauh lebih dahsyat dari ujian yang pernah dilalui. Banyak perkara Tuhan beri yang tidak tersyukurkan, terlalu banyak! Namun perkara yang kita tak dapat itulah yang kita keluh-kesahkan… Manusia… manusia (aku… aku..), bersabarlah, kalau kita rasa berat.. ada orang lain di ceruk lain alam ini ujiannya jauuuuuh lebih berat dari apa-apa yang dapat dibayangkan oleh mana-mana manusia. Kalau aku ditempat Dede, mungkin dokumentari ku tak sempat dirakamkan sebab aku dah lama lari masuk hutan membiarkan diri mati dibaham binatang buas (itupun kalau ada yang berselera) atau setidak-tidaknya mati kebuluran! Dede sememangnya tabah!

Sempurna itu tiada. Semaikan perkara ini dalam diri, pasti terbuka menerima kekurangan-kekurangan yang Allah beri (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya), disamping terus bersyukur dengan sekian banyak lagi nikmat yang Allah limpahkan! Nikmat itu terlalulah banyak untuk kita (aku)  sebaliknya mengisi masa dengan bermuram-durja, bersedih hati atas kekurangan diri!

Mata coklat? oh.. mata ini, berwarna coklat jernih, sering disalah anggap sebagai warna palsu apabila mengenakan kanta lekap. Kenapa dengan mata coklat? Hehehe, sebab bagiku setiap kali terpandangkan betapa dalamnya keindahan sepasang mata sendiri di cermin, sehingga hati berkata, “Ok what, rabun jauh, rabun warna, tapi ada mata coklat pun kira ok la! Cantik!”

Mata yang menimbulkan rasa kekaguman di mata orang lain, lebihlah baik dikagumi empunya mata sendiri sehingga terbit rasa syukur, Alhamdulillah…

Perasan?
Mungkin! hehehe

5 thoughts on “Kesempurnaan hanyalah mata coklat…

  1. Terima kasih kerana menulis sebuah entri yg sangat bagus seperti ini. Ia juga membuat aku berfikir sejenak dan menginsafi diri. Ya, tidak ada apa yg sempurna. Kadang-kadang dalam asyik mencari kesempurnaan kita lupa untuk mengucapkan syukur atas kurnia yg sudah ada. Alhamdulillah.

  2. nama: ha ah, sumer adek badek laki aku rabun warna… aku tambah lagi, silau tahap cipan!! kalu pakai kontek drive malam2 mmg xnampak la lampu2 kete, nampak macam gugusan asap ala2 milky way atau komet halley bergerak laju nak menghentam aku!

    j: tq3, sememangnya tulisan yang betul2 dari hati akan menyentuh hati yang lain… hehehe

  3. Aku bersyukur, hidup serba mencukupi.
    tetapi terasa diri belum cukup mensyukuri atas apa yang diberi. Jauhkan aku dari alpa kepada siPemberi. Rasanya aku belum betul2 bersyukur..

    En. Radz, terima kasih atas entry yang sangat berkualiti ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s