Care to help my friend?


Tolong, sekiranya ada pandangan mahupun cadangan membina, sila nukilkan dalam ruangan komen. Pendapat dan pandangan anda bisa mengubah hala tuju hidup seseorang!

Subjek, seorang wanita berumur lingkungan 25 tahun, merupakan rakan rapatku. Muslimah menutup aurat dan komited terhadap tanggungjawab agama. Aktif; sukan dan kesenian. Peramah (mungkin terlebih peramah lebih sesuai), kelakar, dan tak boleh tutup mulut, mestibercakap 25 jam kalau jumpa orang…. Gila-gila (memang gila lah!) Hmm, cantik? Ohh itu subjektif!

Subjek berlatarbelakangkan keluarga yang Islamik, ibunya sendiri memakai niqab. Kesemua adik-beradiknya bersekolah agama. Saudara-mara terdekatnya memang Islamik la… Bapa mereka telah kembali ke rahmatullah sejak subjek di matriks. Ibu menjaga mereka sejak itu.

Pernah subjek beberapa kali berteman tetapi mesra, bahkan pernah ada yang bakal ke jinjang pelamin, namun ditolak ibunya atas alasan masih belajar. Dalam tempoh tersebut hingga baru-baru ini, bukan sekali ibunya berusaha match-making subjek dengan jejaka2 yang menawan hati ibunya. Dan bukan sekali juga subjek bermasam muka dengan ibu sendiri hasil dari konflik yang timbul.

Ibu mahu subjek terima pilihannya.
Ibu seolah-olah tidak terbuka hati untuk menerima pilihan subjek sendiri.
Subjek telah bertekad melambatkan perkahwinan, sekurang-kurangnya selepas berumur 27 tahun.
Ibu kelihatan tidak memahami atau mungkin tidak mahu memahami apa yang subjek mahukan.
Subjek berperwatakan unik; aktif, artistik, sosial namun masih menutup aurat.
Ibu seolah-olah tak kenal, atau buat-buat tak kenal siapa sebenarnya subjek.

Akhirnya, petang tadi berlakulah match-making of the year 2009. Setelah lebih seminggu disogokkan (semula) dengan isu perkahwinan, subjek bertemu calon bersama ayahanda calon juga ibu subjek sendiri…

Calon graduan Timur Tengah, al-hafiz, baru pulang ke tanah air, masih mecari-cari kerja tetap, bakal sambung master… dan yang penting sekali, calon jaauuuhh lebih tua dari subjek.

Setelah berdiam diri buat beberapa ketika, akhirnya subjek bersuara setelah diajukan soalan “Takde ape2 nak cakap ke?”
Dan subjek membalas, “Sebenarnya saya belum bersedia untuk berkahwin!” sambil air mata berjujuran jatuh membasahi pipi…

Subjek kecewa dengan keadaan, kecewa dengan ibu yang terlalu berusaha untuk semuanya tanpa mempedulikan pendiriannya.

Nasib subjek masih tergantung diantara istikharah2… Semua pihak beristikharah bagi mendapatkan petunjuk terbaik.
Subjek: Aku dah yakin dengan pilhan aku, so tiada point beristikharah!

Subjek masih menunggu………. nasib tak ketahuan

Tolong!

13 thoughts on “Care to help my friend?

  1. AKU RASA BAIK KAU JER YANG NGORAT SUBJEK.
    BILA MAK SUBJEK TGK RUPA KAU< ntah2 mak subjek pensan lalu koma. jadi subjek bole buat keputusan sendiri lepas tu.BIJAK?

  2. kadang2 kita tidak tahu apa yang sang ibu nampak. benda ni memang complicated.

    masa aku nak kawin dulu, bini aku tu kena interview 2 kali tu.

    adik beradik aku semua pelik sebab ini 1st time mak aku berkelakuan macam tu.

    rupanya, arwah mak aku mmg nak tinggalkan yang terbaik untuk aku. mak aku meninggal 2 hari sebelum hari akad nikah.

    bila aku fikir balik lama lepas hal ini berlalu, baru aku faham hati seorang ibu.

  3. kenapa tak diselami ciri-ciri yang boleh menawan hati si ibu? kemudian cubalah cari teman tp mesra yang menepati kehendak ibu?

    aku terbayangkan “seseorang” masa menjawab soalan ni. jadi aku rasa, konflik terbesar utk subjek adalah untuk mencari calon yg sesuai dgn kehendak ibu dia kan? lagipun, ibu mmg terlalu memahami anaknya, tapi kita yg slalu x fhm hati ibu. tu yg susah tu. ok lah.. nanti aku cari jawapan lain.

  4. chi am: i did remind her on that, but if i were to be at her place pun, i would aprreciate if my mum leave me with choices…

    kimi: ala kimi nih, orang series la…

    pakdi: hmmm, kalu kite tau semua bende adalah memang baik untuk kita dari awal dan bukannya sekadar kebetulan kan senang..?

    annidxam: bernas gak tuh…

    pakdi: thanx for your latest posting on home financing, it helps!

  5. fyi,sbg sorg ppuan sy rasa subjek dah ada yg berkenan di hati..kalo tak dia takkanlah nak tolak semua calon2 mak dia..
    org ppuan ni kalo dah suka seseorang,biarpun tak hansem atau papa kedana dia taakan tinggalkan laki tu unless laki tu yg cari pasal tinggal dia dulu (mostly la)
    dlm situasi subjek yg dr keturunan baik2,family background yg ok,dll-tentu subjek ada menaruh hati pd seseorang,tapi takleh nak reveal pada mak dia or mmg subjek sendiri ‘admire’ dlm diam, or mungkin subjek masih keliru dgn keputusan utk berumahtangga..
    sekian-tanya subjek ttg ciri2 tersebut jika ada

  6. apa yg pakdi cakap tu betol,mak ada instinct kat anak dia tau..bukan sekejap mak ngandung..9bulan seh..
    restu mak akan bawa kebahagiaan wpun dia ‘kurang redha n rela’ diperlakukan sebegitu..
    atau mungkin saja si ibu dah almaklum sgt dgn karenah2 anak dia..
    apapun mom always da best..
    bukan nak kata kuno kalo makayah yg pilih jodoh,tapi most of da time mmg pilihan makayah lah yg terbaik..

  7. Kalau bwh 40 tahun masih kira ok lagi. Tapi tanyalah hati plak. kalau tiada prasaan,mungkin boleh hadirkan prasaan. Tapi kalau dah ada prasaan smacam benci pd calon itu, elok jgn teruskan, takut susah nak tukarkan prasaan tu jd sayang. Tapi kalo pompuan tu dah firm dgn kputusan dia then she goes ahead la. Sbb dia yg nak hidup dgn lelaki itu bukan maknya.

  8. wei.
    ni hal akak tu ke?
    adoi.
    plihan ibu tu biase nyew betol.
    jarang berlaku kesilapan.

    tp, mgkin subjek tu perlukn mase.
    ibu dia perlu paham.
    asal kn ibu nyew bagi masa.
    dan subjek setuju dgn plihan ibu nyew nnt.
    xde hal kot.

  9. kawan asni: hmm, subjek dah bace komen anda, she sort of agree with you..

    j: kan? Tak semua arranged marriage berjaya, dan tak kurang banyak juga perkahwinan yang tidak direstui awalnya kerana alasan yang bukan2 tetap bahagia… Pokoknya kebahagiaan itu harus dicari oleh kedua-dua pihak.. Nothing is free!

    ikram: untuk sketika aku rase ko sungguh la matang huahuahua.. thanks for ur comment, i’ll let her read and of coz she’ll be the most happiest person to know that adik sayang die komen jugak hahahah

  10. klu aku ada anak pompuan baya2 subjek yg nk menikah, aku akan tgk dulu samaada aku bleh trust tak dia utk cari calon suami sendiri. klu boleh, ok, go ahead. tp klu anak aku ada tendency utk pilih lelaki yg ntahapahapa, sorry lah, aku akan kawinkan dia dgn pilihan aku sendiri. pokoknya, ibubapa yg mesti reasonable dahulu.

    so case subjek ni agak subjektif. kalau calon subjek ni seorang yg baik (di mata reasonable man), just follow ur heart babe! jgn paksa diri kawin dgn org yg taknak dikahwini, nnti tak abis2 nyesal. (aku tau sbb ramai je org yg aku kenal kawin ikut pilihan mak bapak n dan sampai skrg tak abis2 nyesal. ada yg rumahtangga porak peranda n sgt sgt x happy, tp masih stay together jgk sbb mak ayah tak bagi cerai). so nasihat aku, jgn kawin dgn pilihan org lain klu hati suah dicuri org lain.

    as for redha ibu, mcm2 mana pon nnti mak bapak kene terima jugak anak dia kawin dgn org bukan pilihan dia. tak silap aku kalau sampai dah pregnant dgn anak suami bukan pilihan mak bapak tu, mak bapak tu pula akan berdosa kalau tak reda dgn perkahwinan anak dia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s