Usia makin meningkat, makin banyak nak dikejar!


Aku suke bertangguh… Alasan paling konkrit; “ala, nanti aku buat jugak…”
Bab apdet blog antaranya… Byk peristiwa yang aku sempat rakamkan,
tapi bile dah bertangguh lama2, peristiwa itu macam dah tak relavan lagi..
Malam ni ntah kenapa aku rase malas dah nak tangguh bab apdet-mengapdet nih..
So, untuk 2-3 post lagi, sebenarnya ia adalah posting2 yang sepatutnya aku dah lame letak dulu,
cuma aku letak jugak sebab aku rasa ia penting… tu je!

Cuti 3 hari ni (sempena Thaipusam) aku banyak habiskan masa depan komputer,
sebab paling utama ialah aku nak install Photoshop (PS) dalam CPU aku nih..
lame dah tak edit-mengedit.. rindu gile!
Install punyer install, sampai aku tersengguk2 depan PC petang tadi!!
Dan sedihnyer menjelang 12.00 tengah malam tadi, aku masih gagal install PS..
7 jam lagi nak keja dah, sie2 saja cuti 3 hari!
Macam-macam problem, punyalah aku berusaha nak install,
sampai kat tangan aku sekarang ade 2 installer PS CS2, satu installer PS CS3 dan yang aku beli sendiri PS CS4!
SEMUANYA PROBLEM!

Sabar je la… Ingatkan dah boleh mengalihkan stress kerja sebelah siang kepada kerja design-mendesign sebelah malam..
Hmm, nampaknya tak start jugak lah minggu nih…
Sebelum ni stress dialihkan melalui joging ke, swimming ke, training zapin ke..
Tapi akhir-akhir ni hujan sebelah malam, joging tu mmg dah tak bleh lah,
swimming pun sama, nak2 pool tgh repair until further notice..
Request untuk performance ader, pack plak tuh.. tibe2 je kan?
Clash plak ngan training citrawarna, haiih, mane satu nak pegi nih..?
Training citrawarna dah la jauuuuhh nun kat MPAJ..
Pas keje nak balik umah, tukar baju, kluar balik…
Nape la tak wat kat stadium negara cam tahun lepas?? Leh aku trus gi pas opis..

Stress sangat ke kerja aku? Conveyancing je pun?
Aku suke je kerja ni, tapi kerenah immediate bos aku, walaupun bagi aku agak personal,
tapi kalu dah tiap-tiap hari mengadapnyer… Ya Allah, memang sape2 pun penat!
Aku bukan tak pernah kerja bawah perempuan sebelum ni,
tapi yang ni memang special case sikit… Kalu die kawan aku, bahasa yang sesuai aku gambarkan die ni
POYO! Mcm bagus…! eish! Penat lah! Sekarang pagi2 aku gi kerja susah hati je..
Nape la di saat-saat Bos besar dah bagi kebenaran terminate contract, takde plak offer datang??
Apapun tahniah pada rakan bijaksana akak H kerana akan memulakan karier di LHDN Putrajaya bulan depan
(aku plak tgh gelabah sbb kalu xde loyer baru, nampak sgt aku yang kene take over fail die
yang baaannnyyyaaakkk gile ittew),
aku tumpang gembira sbb kitorang mmg selalu meluahkan keluhan sesama sendiri…
Tahniah jugak kepda Pitat yang telah seminggu memulakan karier baru juga di LHDN, tapi lebih
kaya plus penjimatan berganda sebab dihantar ke Teluk Intan… jeleuosnyerrrr!

Begitulah ye Tuan-Puan, badan tgh bleh kerja ni.. semua benda nak buat!
Ya Allah berikanlah kekuatan!
(sape tau mane2 kelas muzik traditional? Ingat nak belajar violin or gambus la..)12

2 thoughts on “Usia makin meningkat, makin banyak nak dikejar!

  1. Ha??? Belanja makan??
    Ade kat Mesia ke?
    Datang la bumi Gombak ni … insyaAllah ade rezeki ade la tuhh…
    teringat kate2 ko:
    “Makanan paling sedap ialah bila ia didatangkan dalam dua keadaan (1) di waktu lapar dan (2) percuma!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s