Kembali ke Taman Ilmu…


Kali terakhir aku perform zapin sebelum hari ini ialah
pada penutup Sport Carnival UIA… Atas trek merah yang menipis dan sudah tidak lagi memberi “baunce effect” kepada para pelari, pejalan mahupun penari… Kerasnya lagi dua tiga cubit lagi nak sama seperti keras jalan raya…

Namun hujung minggu ini kembali terisi dengan aktiviti seni. Reinforcement (lagi..) untuk team zapin UIA yang kepupusan ahli. Bergegas ke raptai selepas solat maghrib di ofis, training di tengah-tengah lalu lalang pelawat booth2 kelab2 uia, ber”jejak kasih”an dengan beberapa personaliti sastera seperti Cik Nas, re-connect dengan junior pantun, paling tak bley blah terjumpe jugak mamat2 sebatch dok tolong2 junior gak dalam performance team2 art yang lain.. Hmm, aku tak keseorangan la.. hehehe

Persembahan kali ini di pentas yang didirikan di dataran commercial area depan masjid (betul2 depan tempat parking van jenazah tu)… Sambil menunggu-nunggu giliran raptai bersama team member yang lain, mendengar diorang berborak-borak pasal study, lecturer, project report, aku terbawa-bawa memori zaman-zaman belajar dulu… namun kali ini perasaan terbawa-bawa itu menjadi-jadi sampai tiba-tiba aku risau dalam hati, “Eh, aku lepak-lepak kat sini ni assignment aku dah siap ke?” Sebelum aku cepat sedar bahawa, “Weeiihhh, aku dah kerja la….! Takde apa yang aku perlu risaukan.. exam , assignment, tutorial.. no.. no… no!” Hahahaha Bukan ape, dua tiga orang jugak la yang menyangka aku masih student, malas la nak tanye soalan ni balik kat diorang, “Do I really look that young?” Muahahahaha… 3 tahun sudah aku tinggalkan zaman’kelas-study-assignment-revision-exam’ ni… Rasa macam sekejap je…

Hari ini berpagian awal, performance pagi dan tengahari… Sempat 2-3 round perform depan booth zapin team sambil orang lalu-lalang… Rasa macam pro je Muahahaha

Persembahan pagi agak janggal sebab jarak penonton dengan kitorang sangat dekat.. terlalu dekat sampai melangkah pun takut-takut… Walaupun selangkah dua menggel, tapi layaaan kan aje sorakan diorang… Best pasal perform kat uia ni sebab penonton sporting la… Dak uia tak kira interest background memang selalu exited kalau tengok cultural performance… Maybe U lain susah nak dapat sebab kat sana raaaammmmaaaiii sangat student yang boleh a.k.a. berbakat atau berminat untuk join sebagai performer… So, macam tak heran la kalau tak pegi tonton persembahan kebudayaan pun..13

Persembahan sebelah tengahari bermula 2.30 pm… Dan giliran team kitorang memang paling optimum la suhu dan kepanasan matt martial art yang dibentang untuk demo taekwondo, juga “pentas” kitorang nanti… Performace kali ini agak historic sebab (1) First time bawak zapin sebat dari sarawak dan (2) First time persembahan buat 3 orang jeee… Kesiannya kelab ku…! Alhamdulillah tak menggel, cuma kaki hampir melecet sebab rasa macam menari atas dapur je.. addooiii.. senyum kena senyum, dalam hati damn! damn! damn!

Hmmm.. satu yang aku perasan, design kerawang aku dah melambak-lambak junior guna wat poster la, bunting la… t-shirt la… Hmmm, walaupun xdapat royalti, tapi rasa bangga jugak la sebab ade orang appreciate kerja aku, mesti la bangga kan?

Lagi satu yang aku perasan dak uia sekarang, disamping laptop dibawa kemana-mana, mesti bawak kamera dslr sendiri untuk merakamkan event2… raaaammaaaiii sangat yang berjalan2 sambil dslr dalam genggaman.. tak kira yang 31berpakaian ketat menampakkan bentuk “jamban” mahupun yang bertudung labuh… maybe berbanding zaman aku antara barang wajib dibeli guna ptptn or jpa ialah pc dan handphone, dak uia sekarang mesti ada pc, handphone, laptop dan kamera dslr… Bagus la, makin tinggi permintaaan, makin competetive la harga dslr nanti… zaman anak-anak kita mungkin dslr dah gune sejak diorang sekolah rendah, dan masuk U, dah pakai kamera photogarpher F1 yang macam teleskop anak bulan tuh! Wawawa

tak terbayangkan muka aku bertebeng kat photopages mana2 wat performance tadi.. malunya…

4 thoughts on “Kembali ke Taman Ilmu…

  1. tu larr org ajak tak mo…
    mak tak bagi la.. ape la..
    ehehehehe

    ahad ni ade lagi, tp this time bayar la.. nak join? sekadar lepaskan gian jerr..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s