Corat-coret PPSMI, jati diri Melayu dan orang Malaysia kita


Isu kali ini aku tulis dalam point-form, sebab isinya bercampur-campur. Sekadar campur aduk pendanganku mengenai isu PPSMI, jati diri Melayu dan orang Malaysia kita. Anda bebas bersetuju atau berbalah pendapat denganku, kerana aku bukanlah Kementerian Pelajaran atau Perdana Menteri sekalipun yang merupakan sole-decider dalam isu-isu pendidikan negara.

1. Aku selalu “menyindir” adik-adikku bila sahaja mereka merungut DVD yang aku bawa pulang untuk tontonan bersama di kampung tidak mempunyai mode sarikata berbahasa Melayu. Biasanya sindiran aku berbunyi begini, “Ala.. kate belajar Bahasa Inggeris dan Sains dalam Matematik,” (memang aku selalu tersasul pun bila sebut istilah gemilang ini) “Bukanlah, Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!!” Jawab mereka ketawa…

2. Aku mengaku sepenuh-penuh pengakuan bahawa ketika keputusan PPSMI dibuat dahulu aku tidak pernah merasakan ia perlu, malah membuang masa dan mengambil langkah ke belakang, apatah lagi membaca atau mendengar alasan pihak berwajib bahawa PPMSI perlu bagi memastikan penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar kita bertambah baik.

3. Setelah beberapa tahun perlaksanaannya, reaksi aku terhadap isu PPSMI bercampur-campur (cewah, ala-ala laporan BSKL dagangan ditutup bercampur-campur!) Bagi aku (setelah menimbangkan BANYAK pandangan pro dan kontra) untuk memansuhkannya sekarang selepas enam tahun adalah satu (lagi) pembaziran dalam perlaksanaan polisi-polisi pendidikan kerajaan. Samalah juga seperti perlaksanaan dan pembatalan Penilaian Tahap Satu (PTS) suatu ketika dahulu. Kita tidak habis-habis mengatakan/ membuat keputusan/ bereksperimen untuk anak-anak kita, yang ini baik untuk mereka, yang itu tak baik untuk mereka, namun setelah kita rasa keputusan itu tidak lagi relevan, kita batalkan begitu sahaja, tanpa mengucapkan, “Minta maaf anak-anakku! Ayah/ibu telah membuat suatu tindakan yang salah!”

4. Namun, untuk meneruskannya (PPSMI) bulat-bulat, aku masih dan masih lagi percaya realiti yang pahit pasti terpaksa ditelan oleh khazanah warisan bangsaku; BAHASA MELAYU. Namun, adakah perjuangan memartabatkan bahasa Melayu akan terhenti dengan pemansuhan PPSMI ataupun ketika PPSMI tidak pernah pun dilaksanakan? Adakah pula ia akan bertambah hebat selepas ini sekiranya PPSMI terus dilaksanakan? Mari kita lihat atau imbas serba sedikit realiti Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melalui kaca mata aku nan berlapis ini dalam point2 yang seterusnya.

5. Aku bukan “mangsa” PPSMI, namun aku bertuah sebab emakku guru bahasa Inggeris di sekolah, biarpun itu bukanlah penentu utama pencapaian bahasa Inggeris kami adik-beradik. Mak selalu memarahi kami dengan arahan “Get lost!” kalau kami menyibuk mengganggu kerja-kerja mak di dapur atau di mana sahaja. Kami memahaminya tanpa perlu ia diterjemahkan oleh mak, iaitu kami harus berambus dari pandangan mata mak, walaupun setelah semakin dewasa aku mendapati “Get lost!” agak susah diterjemahkan secara literal (Sila hilangkan diri anda!), apatah lagi menerangkan hukum nahu atau grammar yang terbabit dalam ayat yang mengadungi hanya dua perkataan itu. Kami faham bila mak tanya “Have you take your bath?” namun kami sebenarnya tidak tahu menjawabnya dengan betul apabila menjawab begini, “Dah ambik (merujuk kepada take) dahh!” Memahami bahasa melalui perbuatan harian tenyata pengalaman amat menarik, terutamanya apabila kita faham sesuatu terma atau frasa itu tetapi kita tidak pasti bagaimana harus diterangkan maksudnya! Ia membayangkan suatu yang eksklusif bila kita dapati tiada cara lain menerangkannya (Terasa macam bangga gila bila budak-budak lain tak paham atau cuba meminta maksud GET LOST!). Contoh macam orang utan, dalam bahasa Melayu orang utan dalam bahasa Inggeris pun orang Utan, sebab orang utan hanya eksklusif di Borneo, pulau dimana mereka merujuk binatang comel berbulu panjang itu sebagai orang utan.

6. Akhirnya penguasaan bahasa Inggeris kami adik-beradik di tahap bercampur-campur. Aku yakin kami semua mudah faham kalau menonton rancangan berbahasa Inggeris, namun untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, masing-masing di tahap berbeza, apatah lagi membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris. Sebahagian kami merungut jika DVD tiada sarikata bahasa Melayu, namun tidak pernah setakat ini kami merungut Naruto yang berbahasa Jepun hanya menyediakan sarikata berbahasa Inggeris! Naruto merupakan animasi yang menarik, gambar yang cantik dan cerita yang kelakar. Semua ini praktikal dan realistik, kehidupan dalam Naruto dan segala-galanya menjadikan bahasa Jepun seronok didengar, walaupun hanya difahami setelah membaca sarikata berbahasa Inggeris. Samalah juga seperti menonton rancangan Hindustan dan Korea. Sedapnya bahasa mereka! Kami masih bahagia dan gembira melihat kepelbagaian ini, aku sendiri gila Korea sehingga membawaku ke negara itu 3 tahun yang lalu, dan adik bongsuku gila Jepun sampaikan hampir kesemua friend listnya dalam Friendster adalah orang Jepun (which I’m worried my sister is buta-buta being cheated!)

7. Aku pernah dan masih melihat bukan sedikit anak-anak Melayu sekarang terutamanya di bandar yang ibu bapanya membiasakan mereka berbahasa Inggeris di rumah, di pasar raya mahupun di kampung atuk mereka. Kebanyakan mereka bukan sahaja kedengaran kelakar apabila berbahasa Melayu tonggang terbalik, malah pencapaian bahasa bangsa mereka sendiri agak memalukan (Ye la, kalau dah dapat straight A, tapi kantoi Bahasa Melayu, kan kelakar?) Bagi aku ini realiti kelakar yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu.

8. Aku juga mendapati medium pengantara antara masyarakat muda Cina dengan masyarakat muda India, apabila berbual sesama mereka bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Bagi aku ini realiti malang bagi bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu. Namun aku tidak anggap ini masalah besar, tapi bila ada generasi muda Cina atau India mengaku malu berbahasa bangsa mereka (ni betul tau, aku tak tipu!) aku menyamakannya dengan realiti no. 6 – KELAKAR!

9. Aku akan berbahasa Inggeris apabila menghubungi klien bukan Melayu, hanya satu dua sahaja meminta aku berbahasa Melayu kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka kurang baik, dan bukan sedikit juga yang meminta staf yang boleh berbahasa bangsa mereka menggantikan aku supaya mereka lebih faham, dan aku bernasib baik staf bukan Melayu memang ramai di pejabatku (dulu). Di sebalik realiti ramai bukan Melayu lebih selesa berbahasa Inggeris, bukan sedikit orang bukan Melayu mengusai bahasa Melayu begitu baik sekali! Sehinggakan ada yang melatah opocot kalau terkejut! Hahaha Dan tidak kurang juga ramai Melayu boleh berbahasa Cina! Realiti ini bagi aku menarik dan penuh warna-warni!

10. Sektor korporat lebih mengutamakan bahasa Inggeris. Aku tak rasa syarikat-syarikat yang gagal menguasai bahasa Inggeris akan maju dan berdaya saing di Malaysia ini, apatah lagi hendak ke luar negara. Realiti ini wajib diterima semua usahawan negara kita yang menjadikan bahasa Inggeris bahasa kedua (atas kertas, tapi bukan realiti).

11. Bahasa Melayu salah satu khazanah bangsa Melayu, tahap penguasaan dan penggunaan pasti berbeza-beza di kalangan orang Melayu sendiri. Ada orang Melayu tidak tahu atau tidak mahu berbahasa Melayu standard . Mereka lebih selesa berbahasa daerah, dan mengharapkan atau memaksa orang lain memahami mereka. Bukan sekali orang Melayu berbahasa daerah (yang bukan daerah aku pun!) dengan aku di tengah-tengah Kuala Lumpur. “Hello, saye bukan orang negeri tuuutt nape nak cakap dengan saya bahasa tu??” jawab dalam hati la. Bagi saya ini orang macam ni biadap, melainkan di daerahnya tiada televisyen atau surat khabar, saya maafkan. Namun saya bangga dengan orang Melayu yang mampu menguasai bahasa daerah masing-masing, sekali lagi realiti amat kelakar apabila ada orang Melayu malu dan tidak mahu berbahasa daerah sendiri lagi!

12. Kebanyakan orang Melayu berbahasa Melayu standard, namun bukan bahasa baku. Sebahagian besar pengguna bahasa Melayu standard pula mencampur adukkannya dengan bahasa pasar, bahasa daerah dan juga bahasa Inggeris. Realitinya, bahasa Melayu baku dengan sebutan baku hanya diucapkan oleh sebahagian kecil pejuang dan pencinta bahasa (Setelah penyampaian bahasa Melayu baku oleh penyampai TV3 dimansuhkan).

13. Kebanyakan orang Melayu juga sekadar menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengantara, tidak pula mendalami bahasa Melayu dari segi sasteranya secara mendalam, apatah lagi mencintai dan mengamalkannya. Aku sendiri hanya mencintai dan mengamalkan (sekarang dah kurang) pantun dan sajak sahaja, namun agak kurang berminat dengan genre-genre sastera yang lain seperti cerpen, novel-novel sastera, teater atau bangsawan dan lain-lain lagi. Malah aku percaya lebih ramai lagi orang Melayu tidak pun ambil peduli pasal perkara ini. Aku dapati isi yang mudah dan biasa-biasa sahaja dalam kebanyakan cerpen atau novel sastera diterangkan menggunakan kata-kata yang tidak praktikal, berbunga-bunga dan ini menjadikan ia bagus dan sungguh “kesasteraan”. Banyak juga karya-karya kreatif berbahasa Melayu yang mengandungi jalan cerita menarik, mendebarkan dan menyeronokkan dianggap karya picisan oleh pejuang bahasa hanya kerana karya-karya ini menggunakan laras kata standard kurang berbunga-bunga, lebih dasyat lagi ada pejuang bahasa muda merujuk karya-karya sebegini sebagai “buat baca dalam kapal terbang, sebelum landing dah boleh buang dalam tong sampah!” Ini bagiku pejuang bahasa biadap dan macam bagus!

14. Kebanyakan generasi muda Melayu yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa harian tidak ada kaitan langsung dengan point2 no. 11, 12 dan 13; iaitu mereka tidak berbahasa daerah dan tidak juga ambil peduli kesusasteraan bahasa Melayu.

15. Realiti pahit yang perlu diterima, filem atau drama Melayu yang pernah atau cuba menggunakan bahasa Melayu baku dalam skrip kedengaran kelakar dan satu penipuan paling nyata sebab tiada pun orang Malaysia bercakap begitu! Apatah lagi drama-drama korporat Melayu yang berkereta besar, berkot bertali leher bermain golf, berapa kerat sahaja yang berbahasa Melayu semasa bermesyuarat di alam realiti??!!! Realitinya lagi, realiti penggunaan bahasa Melayu sebenar takkan berjaya dipaparkan di skrin TV mahupun layar putih sebab ini tidak dibenarkan! Dan penonton akan berterus-terusan bersedia untuk ketawa menantikan skrip-skrip yang tidak praktikal dan tidak realistik ini.

16. Bila lah sahaja kita akan mendengar orang Malaysia atau orang Melayu menyebut “Tumpang lalu!” dalam LRT yang sesak berbanding “Excuse me!”? Aku sendiri macam pelik nak sebut tumpang lalu berbanding excuse me. Ini lagi satu realiti kelakar!

17. Orang berkerjaya sekarang berbahasa Inggeris bukannya telo standard, tapi telo Melayu atau Cina, grammar pun bukannya betul, alah orang pejam mata je pun, asalkan faham dan maksud sampai, yes lorr! Aku masa-masa awal kerja pernah disalahkan tak mahir berbahasa Inggeris, padahal aku mengambil masa menyesuaikan diri dengan bahasa Inggeris telo Cina, sebutannya agak laju dan sedikit kelakar! Generasi muda pun sama, cakap bahasa Inggeris konon, berterabur jugak! Setakat nak berlagak je boleh cakap English. Paling tak tahan ade remaja dalam LRT ni guna “Hey, why lah?” Penggunaan “lah” dalam Manglish paling kurang tepat, bile pulak lepas “kenapa” ade “lah”? “Kenapalah?” Bodoh!

18. Bagi aku la, matematik dan sains pun bukannya nak dipelajari dan digunakan sampai ke tua, belajar yang asas-asas pun sudah cukup. Kalau peguam tu, kuadratik ape semua bukannya nak guna pun mase kerja. Samalah juga dengan matematik, bagi aku siapa yang jelas tidak berminat berkerjaya dalam bidang sains atau lemah matematik, belajar matematik moden pun boleh hidup, kenapa nak diwajibkan pelajar semua aliran mengambil matematik tambahan? Sudahlah susah, memburukkan slip keputusan je! Kalau yang belajar ekonomi asas atau perakaunan, tak perlu lah ambil matematik tambahan… Belajar tak pernah lulus, ni nak berbangga lulus mase SPM, sah-sah lah graf turun nak bagi muka kat orang Melayu! Bukan semua manusia otak die cepat tangkap benda teknikal, sebab otak die Tuhan jadikan lebih kepada kreatif. Tak payahlah nak paksa-paksa budak-budak ambil add math. Sape yang confident ambillah, sape yang tak confident tu berilah kebenaran untuk mereka gugurkan.

18A. (Ditambah pada jam 11.59 pagi, 20/3/2009) Dengan mengatakan aku lemah atau lembab Matematik, itu tidak bermakna aku tak suka Matematik. Aku sangat suka belajar Matematik, suka menyelesaikan masalah Matematik malah berjaya menjawab soalan Matematik yang agak susah dengan tepat adalah suatu yang sangat memuaskan! Aku yakin ramai manusia yang “artistic”, yang minda mereka “graphic-pattern-of-thinking” macam aku menggunakan pendekatan berbeza dalam mendapatkan jawapan dalam masalah Matematik, dan pendekatan ini biasanya direka sendiri, agak lambat pada mulanya dan semakin cepat selepas melalui latih tubi berkali-kali. Kalau dalam kelas, memang agak lambatlah nak pick-up ape cikgu ajar, cuma dapat teori je. Balik asrama kene buat latihan dengan dibantu kawan-kawan yang pick-up math ini. (Terima kasih kepada mereka!) Dan tempoh masa latihan yang panjang akhirnya membuahkan hasil ketika peperiksaan sebenarku seperti UPSR, PMR dan SPM. Kesemua percubaan peperiksaan ini aku masih tak score, tapi nasib baiklah sistem peperiksaan Malaysia bukan belajar hari ini, periksa esok! Kalau tak, orang-orang macam aku memang wajib “F” lah kalau tidak “E”!

18B. Subtopik2 tertentu sangat membantu aku dalam kehidupan sebagai penggiat seni, contohnya Pembesaran, sub-topik ini berjaya membantu aku membesarkan lencana sekolah yang aku ukur pada kulit buku untuk melukis mural lencana sekolah yang lebih seratus kali ganda dari saiz asal dengan kemas sekali kalau bukan tepat. Begitu juga dalam mencari huruf centre dalam penyusunan huruf-huruf backdrop pentas, membesarkecilkan imej atau layer dalam Photoshop dan banyak lagi! Kebanyakan subtopik-subtopik Matematik tidak langsung lagi digunakan, malah aku pun dah lupa cara menyelesaikannya. Umur yang semakin dewasa menjadikan aku terus mencipta cara-cara tersendiri dalam penyelesaian Matematik, seperti mengira umur seseorang melalui tahun kelahiran. Katakanlah tahun lahir A adalah 1956. Biasanya orang akan tolak 2009 dengan 1956. Tapi aku akan kira dengan jari, bermula dengan 66 (lipat satu jari), 76 (lipat jari kedua), 86 (lipat jari ketiga), 96 (lipat jari keempat), 2006 (lipat jari kelima), so mase ni aku dah dapat digit puluh umur A iaitu limapuluhan (50-an) mewakili lima lipatan jari, dan aku perlu sambung mengira sampai 2008 untuk mendapat digit sa umur A, bermula dengan 2007 (lipat lagi satu jari) dan 2008 (lipat lagi satu jari), so ada tambahan dua lipatan jari lagi disamping lima yang sebelumnya, jadi umur A adalah 52 tahun yeaaaa!!!

19. Bersambung dari point no. 18 diatas, kita tambah menyusah-nyusahkan lagi anak-anak kita dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Aku percaya ramai juga yang suka belajar malah mahir berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya Sains dan Matematik mereka tidak ke mana kerana mereka tergolong dalam pelajar-pelajar kurang pick-up subjek-subjek teknikal. Aku akan tergolong dalam senarai ini kalau aku sempat menjalani PPSMI. Dah susah-susah belajar dalam bahasa Inggeris, macam dalam point no. 18, akhirnya bukan semua sub-topik dalam matematik atau sains tu pun digunakan dalam hidup! Setuju tak? Habis tu orang Melayu malas tak nak berusaha memantapkan bahasa Inggeris ke kalau menetang PPSMI? Perkara yang kurang perlu kalau disusah-susahkan tambah menyakitkan kepala. Ini masalah sikap dan juga pilihan, memanglah ada pelajar luar bandar menjawab sains dan matematik dalam bahasa Inggeris malah score, tapi kenapa nak dipaksa-paksakan budak-budak yang nak belajar namun penerimaan dan penguasaan ilmu teknikal mereka agak lambat berbanding yang lain-lain? Kesian kat aku!

20. Bersungguh-sungguhnya “pencinta bahasa” berdemonstrasi menyuarakan supaya PPSMI dimansuhkan, tapi tidakkah mereka sedari aspek lain dalam jatidiri bangsa Melayu turut terhakis? Berapa ramai perempuan Melayu masih mahu berbaju kurung atau berpakaian longgar ke mana-mana di Kuala Lumpur atau mana-mana ceruk bandar sekali pun, berbanding mereka yang update dengan fesyen semasa. Kalau setakat berjalan nampak lurah dada tu fesyen lama la, sekarang disamping nampak lurah dada, kalau duduk tu mesti boleh nampak lurah punggung dari belakang. Barulah apdet namenye! Yang lelaki pun, kalu jenama atau warna getah seluar dalam tu mesti boleh bagi nampak mase duduk atau masa tangan diangkat sebab memakai t-shirt muat-muat badan. Jom berdemonstrasi menghalang orang Melayu Islam meninggalkan jati diri Melayu kita! (Boleh ke?)

21. Eh, tapi aku memang peliklah kenapa penari-penari Tample of Fine Arts (TOFA) boleh berbaju kurta sopan tak payah nak pakai baju-baju menari ala-ala penari ballet seluar ketat semua? Kenapa penari-penari perempuan Melayu kena pakai ketat-ketat tersembul tetek bontot semua sekadar nak menari tarian Melayu yang takde pun step-step terkangkang-kobak (bahasa mak aku)? Kenapa? Kenapa? Lebih malang lagi ade juga penari-penari ketat tonggek ini di kalangan penuntut universiti yang melatih bakal cikgu-cikgu untuk anak-anak kita, malu aku! Inikah contoh terbaik untuk anak-anak murid? Ini juga isu jati diri Melayu kita, belum cerita lagi bab-bab orang Malaysia kita yang taksub gila hip-hop lah shuffle lah stomping lah pekejadah semua, menari hip-hop pun berterabur jugak, koreografi pun lembik jer, meyampah! Asalkan cakap yo-yo aww yeaahh kira ok lah! Asalkan boleh tiru barat! Barat adalah segala-galanya! Kahkahkah

22. Majlis makan malam di hotel tu bolehlah (macam) diterima, ini kenduri kahwin di kampung-kampung pun nak panggil resepsi (pinjaman reception). Inilah kerja-kerja orang surat khabar, nak-nak akhbar hiburan menggunakan kata-kata pinjaman Inggeris sewenang-wenangnya, lepas tu semualah mengikut! Paling tak boleh blah, menggunakan “momen” sebagai ganti saat-saat… Kepala hotak diorang!!! Kalau memang dah takde perkataan bahasa Melayu tu lainlah! Lagi satu “berpacaran”, bila pula dah jadi bahasa umum Malaysia? Pernah bahasa pasar kekwat guna dalam akhbar!! Merapulah wartawan-wartawan ni! Orang DBP pun sama, dari zaman sekolah lagi, tatabahasa asyik berubah-ubah. Lepas tu ubah lagi, pastu balik kepada yang asal. Paling terbaru, “baru” sekarang disebut “BAHARU”! Ntah ape ape!

Kesimpulannya, pandangan peribadi aku:-

a.    PPSMI di peringkat sekolah tak perlu pun, kalau diteruskan bagi aku tak membawa banyak beza pun sebab bukan semua rakyat Malaysia akan berkerjaya di bidang sains. Kalau dimansuhkan sekarang mungkin sedikit pembaziran akan berlaku, jadi lebih elok kalau membuat sedikit penyelarasan sana-sini.  Pandai-pandailah pihak berwajib ye!

b.    Bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain sepatutnya dipelajari sebagai kemahiran bekomunikasi (bercakap dan mendengar) terlebih dahulu sebelum dipelajari dalam bentuk kemahiran pemahaman ataupun karangan apatah lagi mengira dalam bahasa selain bahasa ibunda.

c.    Kalau bukan Melayu ada kelas peralihan, sepatutnya dan sepraktikalnya semua pelajar ada kelas peralihan bahasa Inggeris sebelum masuk tingkatan Satu (kalau masih nak teruskan PPSMI la). Satu tahun belajar bahasa Inggeris yang ditajamkan dalam 4 kemahiran; membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Sama juga sekolah agama, patutnya ada peralihan setahun tu belajar bahasa Arab je dulu, barulah fair dengan budak-budak yang dah memang terrer bahasa Arab mase sekolah rendah, kan? Kan?

d.    Pra-universiti (terutama aliran sains) pun harus ada satu pre-requisite sebelum boleh ambil mata pelajaran kursus-kursus sains, mesti melepasi tahap tertentu penguasaan bahasa Inggeris, selagi tak lepas, tak boleh ambil subjek kursus! Macam matrikulasi UIAM atau lepasan diploma/STPM yang masuk main campus, mesti lepas semua skill English, baru boleh ambil subjek fakulti. Sama juga macam pelajar-pelajar yang nak sambung belajar ke Jepun dan Korea yang sedang kita praktikkan sekarang, belajar bahasa diorang bagi kaw-kaw dulu baru pergi sana, ni tak lah ternganga-nganga kat sana, tak lah membuang masa nak faham lecture dan buku-buku rujukan sebab dah boleh berlakon dalam soap opera Korea, dah terrer cakap diorang kan? Ahahaha

e.    Same jugak, semua kursus aliran agama kat universiti mesti belajar bahasa Arab dulu! Ni tak, malu je ustaz-ustazah bahasa Arab yang simple-simple pun tak tau maksud!

f.    Pembelajaran sains dan matematik haruslah lebih praktikal dan menyeronokkan. Tak tahulah sekarang macam mana, tapi zaman aku makmal sains sungguhlah dhaif, kalau eksperimen tu cikgu yang buat sorang-sorang kat depan, takde pun nak buat sendiri-sendiri ikut kumpulan, bosan! Cuba banyakkan program-program TV yang cantik-cantik dalam TV pendidikan tuh, tak pun alih bahasa dokumentari-dokumentari National Geographic ke dalam Bahasa Melayu, kan menarik? Barulah best budak-budak nak belajar!

g.    Penguasaan bahasa Inggeris generasi sebelum PPSMI bukannya masalah sistem, tapi masalah sikap. Ramai pelajar Melayu memang malas pun nak improve bahasa Inggeris, nak cakap pun malu. Pernah dalam satu group interview, satu pelajar Melayu ni angkat tangan awal-awal tak mahu cakap bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris die kurang bagus, malunya aku, takde usaha langsung! Cakap je… berterabur pun lantaklah, lama-lama ok punyer!

h.    Ramai jugak bukan Melayu yang tak pandai berbahasa Inggeris, tapi diorang belasah je. Beza diorang dengan orang Melayu, CONFIDENT! Takde sape pun nak bagi kita markah kalau cakap English perfect atau tonggang terbalik. Cakap je, yang penting yakin dan mahu belajar dan improve lagi dan lagi!

i.     Bahasa Melayu bagi aku tinggal atas kertas je lah nampaknya sebab realitinya memang begitu, ade PPSMI ke takde PPSMI ke sama je. Takdenye terbela nasib bahasa Melayu dengan pemansuhan PPSMI. Nak kata PPSMI menambahburukkan bahasa Melayu mungkin betul, tapi bahasa Melayu semakin buruk sejak dulu lagi. Orang surat khabar tak hormat bahasa Melayu. DBP pun buat kelakar. Kita pun tak cakap bahasa Melayu standard. Setakat ada Hadiah Sastera tiap-tiap tahun, baca-baca puisi sempena itu ini kira ok lah tu! Tak boleh nak paksa pun orang Melayu semuanya nak cinta bahasa Melayu. Terpulang pada mak ayah pulalah, nak ajar bahasa apa bercakap dengan anak-anak di rumah, nak terapkan jati diri Melayu ke jati diri orang putih ke kepada anak-anak? Kalau mak ayah pun dah tak kisah, anak-anak kenapa nak peduli?

Huhh, abis tulis ni jam pukul berape tau, 3:29 pagi! Meluap-luap sangat nak utarakan isu Bahasa Inggeris nih, selepas baca pro dan kontra macam-macam blog kat internet nih. Hahahaha

13 thoughts on “Corat-coret PPSMI, jati diri Melayu dan orang Malaysia kita

  1. chirping…
    pasal entri tu kalau ada masa aku buat….
    mungkin aku hanya emel kat kamu sebab kalau aku post kat blog aku maka akan terbongkarlah identiti aku yang gagah perkasa ini…
    hahaha…
    aku lebih selesa untuk tidak dikenali…

    berkaitan dengan enti ini aku agak setuju dengan kamu dalam beberapa perkara tapi sejak bila pulak semua pelajar diwajibkan mengambil metematik tambahan???
    aku tak pernah tau pun….

  2. gapodio: Pls, pasal QS tu harap2 ade mase, simple2 pun xpe, kelakar2 pun layan je…

    Ekceli aku baru first time baca pro PPSMI yang agak relevan (juga tidak semua) dekat entry kau, disambung pula dengan link2 yang ko provide tuh.. Baru aku macam agak “terbuka” nak belasah pembangkang2 PPSMI (sikit la tak semua), aku pikir satu je, aku kesian kat adik aku, die bukanlah scorer tp i know she work hard on it, buang masa die jugaklah cancel PPSMI, die sendiri pun merungut kenapa nak cancel2! Tapi itu tak bermakna cintaku terhadap nilai bangsaku berkurang, semakin hari semakin dalam tak terselam chewah!

    Pasal add math tu ntah, tapi kat sekolah adik aku sekarang di luar bandar yang amik aliran sastera pun kene amik add math, kat sekolah menengah aku kat ipoh dengan kat klang aliran agama pun kene ambil add math selepas batch aku, menunjukkan ada unsur pengwajiban add math di sekolah-sekolah, dalam erti kata lain pelajar tiada pilihan untuk drop this subject, mungkin tak semua sekolah macam tu.

    And now only i know ur political stance, hehehe Tapi kite bukan macam politician yang bukan2 tu rite? Kite tetap kawan sebab kite mengahargai persamaan dan bertolak ansur dalam perbezaan kan? kan? kan? Hehehe

  3. haha. panjang sungguh.

    aku kalau fikir pasal duit, memang dah lama aku tulis blog topic finance dalam bahasa PPSMI.

    tapi sebab aku kenang kawan-kawan aku, orang-orang Melayu ramai tak faham kalau aku tulis blog topic finance dalam bahasa PPSMI, maka aku tulis blog jugak dalam BM.

    kalau tak, tentu aku dah jadi jutawan adsense. topic finance niche mahal tuuu….

    kakak aku yang lecturer english pun tak setuju pasal ppsmi ni.

    bukan gapo, nak pandai bahasa kena ajar dalam teknik bahasa. bukan sebaliknya.

  4. weh…
    aku belum menjadi ahli mana-mana parti lagi la…
    hahaha…

    Pakdi

    terpulang kepada kamu…
    tapi hujah kamu itu membuktikan bahawa kamu masih tidak mengetahui apakah rasional sebenar disebalik pelaksanaan PPSMI itu sendiri, dan sememangnya ramai orang tidak mengetahui akan objektif sebenar PPSMI itu kerana isu itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu…
    sastera inggeris dan sains & matematik dalam bahasa inggeris adalah perkara yang berbeza…

  5. pakdi: ala, ko buat la bilingual, sediakan version english dan bahasa mcm Tun Chedet punyer blog tuh, mesti meletup! Kalu power lagi tulis arab jugak ahahaha

    Gapodio: O ye ke? Hahaha mane nak tau? Gaye dah macam ahli perwakilan je hahaha

    Encik Gapodio, kite tidak berniat untuk melihat siapa betul dan salah dalam isu ini, namun anda dan sesiapa sahaja bebas berpendirian dan menyatakan hujah masing2

    Seperti yang saya katakan siap2 dalam entry ini awal, yang akan decide pasal isu ini Kementerian Pelajaran lah jua, bukan kita.

  6. sebab menteri yg decide tu la yang aku risau tu…
    aku takut dia decide keputusan yang mengpopularkan diri dia saja…
    dia kan lawan naib presiden…dia no 4 skang…
    kalah naib presiden memang da tak jadi menteri la pasni…

    weh aku da siap jawab semua…
    camne nak kasi kat ko??

  7. hurm kalo dah markah lulus tuk sains dan matematik dah turun jadik 18 markah, cemana tue

    18= Gred C
    ? = Gred A

    berjaya kah?

  8. aku bukan bodoh. aku baca SEMUA hujah. pihak sokong ke atau tak sokong.

    dan akhirnya aku buat pendirian aku sendiri.

    1st & 2nd education – pembelajaran dalam bahasa ibunda

    tertiary – boleh dalam bahasa lain sebab basic dah ada. macam uia buat. macam IPTA buat utk sebahagian course.

    malah, aku rasa isu ni kalau susah sangat buat sekolah aliran Inggeris.

    SK / SMK – aliran BM

    SRJK / SMJK (T) aliran Tamil

    SRJK / SMJK (C) aliran Cina

    SRJK / SMJK (I) aliran Inggeris

    sekarang, sapa rasa PPSMi tu bagus, masuk sekolah inggeris.

    siapa rasa PPSMI tu tak bagus, masuk sekolah aliran masing-masing.

  9. pakdi: Menarik tu, aku nak apply la ngaja skolah SMJK(I), ajar Sejarah, Pendidikan Seni, jadik guru penasihat pantun dan zapin hahahaha. We will all converse, eat, dance, pray and dream in English. Serius menarik! Takde la isu lepasan ijazah IPTA potong line cikgu-cikgi UPSI kat sekolah2 pasal KPLI, berlambak je nanti degree holder nak join sekolah ni, ex-uiam especially!

    Pakdi pemikiran mu menjangkau kebiasaan macam Tun jugak!

  10. Aku pernah berjumpa beberapa org murid yang memang menjadi mangsa PPSMI. Dan aku bersimpati kerana mereka telah jadi mangsa. Aku pernah menulis tentang ini: http://nafastari.blogspot.com/2008/11/bahasa-matematik.html

    Aku bersetuju bahawa perjuangan memartabatkan bahasa itu sepatutnya lebih luas dan meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan, kebudayaan, kewartawanan dan sebagainya. Memang memalukan apabila setelah 50 tahun merdeka ada sebilangan orang Malaysia berketurunan cina dan india yang lebih selesa berbahasa Inggeris apabila berinteraksi dengan oang Melayu. Malah melayu juga akan sengaja memelatkan dialeknya apabila bercakap dengan orang cina dan india, mengikut dialek cina dan india. Aku rasa alangkah bagusnya kalau sekolah di Malaysia cuma astu aliran, iaitu aliran kebangsaan. Tentu ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah, termasuk integrasi nasional. Aku kagum dengan Indonesia terutamanya tentang bab ini.

    Joe, kamu telah utarakan perkara yang kukira sangat penting, di para 20. Jika aku harus taksub dengan melayu, hal-hal yang seperti inilah yang patut aku beri perhatian yang lebih dalam definisi melayu. Melayu itu harus Islam dan Islam itu wajib diamalkan.

    Aku tidak menyokong PPSMI, walaupun aku sangat faham tentang peri pentingnya bahasa Inggeris. Malah aku mungkin akan mengajar sendiri anakku untuk berbahasa Inggeris di rumah jika di sekolah tidak mencukupi. Tapi belajar matematik dan sains di sekolah, mestilah dalam bahasa Malaysia, melainkan dia belajar di sekolah aliran Inggeris seperti yang dicadang oleh Pakdi itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s