Destinasi kecergasan – Bukit Tonggek (?)


Aku tahu pasal tempat ni masa aku menumpang rumah sewa abang aku kat Sek. 2, Wangsa Maju, sepanjang semester akhir aku kene repeat satu subjek (sahaja). Aku tak pasti la nama rasmi bukit ni, tapi itulah yang abang aku bagitau, Bukit Tonggek hahahahaha.. puncaknya menempatkan kolam tadahan air Wangsa Maju. Memanjatnye memang kene wat gaye bontot tonggek la dek kecuramannya yang mencabar kekuatan otot punggung, peha dan betis. Haa, siapa rasa PEHA FAFAU (macam aku) tu boleh la datang exercise kat sini. Ye la, kalu asyik joging je, panjat tangga ke macam boring plak. Sekali-sekala panjat la bukit pulak, di bawah rimbunan pepohon nan menghijau, barulah refreshing kan?

Kat mana? Cari dalam peta ni…peta-bukit-tonggek-12

33Pejabat TM Wangsa Maju, “trek” mula Bukit Tonggek ialah sebelah kanan

32Ni lah “trek” mula dia, tak payah lari, joging-joging pun tak payah sangat. Berjalan je. Memang kecerunan die mencabar! Tapi pastikan buat regangan terutama bahagian kaki, takut kejang nanti, sape nak tolong plak turun bukit?

34Antara panorama kat situ

35Kecuraman paling mencabar!

30Nak pakai selipar pun boleh, kan makcik?

31Nak buat hulahoop pun bleh! Hulahoop bagaimanapun tidak disediakan, sila bawa sendiri ye.

36Check point terakhir, pintu pagar kolam tadahan air, lepas jumpa ni, just patah balik la, turun bukit balik. Macam tu la biasanya siapa-siapa buat, ulang-alik dalam 5-6 kali, kira ok la. Its better to bring along some friends for you to chit chat with. Kawan yang rajin bersenam jugak la. ahak3

291Lawak paling best pun bleh didapati di pintu pagar tuh. Wat pe la membazir duit beli mangga sejambak macam ni? Kalu pencuri nak masuk pun die hanya perlu bukak satu mangga je, yang lain2 tu hiasan je! Kan menyusahkan nak simpan semua anak kunci? Sambil joging sambil ketawa!

So, pada yang belum cuba Bukit Tonggek, apa lagi tunggu?

One thought on “Destinasi kecergasan – Bukit Tonggek (?)

  1. -lokasi jogging masa zaman sekolah dulu..dulu boleh panjat atas bumbung tangki air tu,permandangan dia luass jeeee..kene pepagi da lepak atas tu..rasa freshh jee.fuhh best..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s