Seni dan budaya milik siapa – 2


Lanjutan daripada entry dengan tajuk yang sama pada 25 Mac 2009 yang lalu, aku akhirnya menerima maklumbalas tuan yang terhormat tersebut. Sesuatu yang aku jangkakan. Hmm, malaslah aku nak bicara panjang. Anda nilailah sendiri.

Mesej balasan dari tuan terhormat tersebut berbunyi begini:-

Saya tidak menyalahkan tuan dalam hal apa pun. Tetapi saya hanya ingin memberi tahu tuan kalau Zapin itu adalah tarian Tanah Melayu seperti yang saya sudah katakan sebelumnya. Hal ini perlu saya katakan karena saya takut banyak warga Malaysia berfikir, “Tari Zapin itu adalah tarian Jawa, Bugis dan seluruh daerah di Nusantara, oleh karena itu tarian Bugis, Jawa, Lampung, dan dearah Nusantara lainnya adalah tarian Malaysia juga. Oleh karena itu wajar sahaja kalau tarian Nusantara lainnya juga di-copyright oleh Malaysia atau digunakan sebagai iklan untuk perlancongan ke Malaysia.” Dan saya yakin bahwa festival ini akan membuat banyak warga Malaysia berfikir bahwa seolah-olah Tari Zapin ditarikan oleh banyak dan pelbagai masyarakat di Indonesia, padahal hanya di tarikan di Sumatra, terutama di Tanah Melayu atau oleh orang Melayu pendatang di daerah luar Tanah Melayu.

“Jika tuan utuh berpendirian begini, maka tuan pasti bersetuju bahawa zapin sepatutnya dipanggil Tarian Hadharan Maut atau Tarian Arab,…” Di Indonesia memang banyak orang yang berpendapat bahwa budaya Melayu itu tidak berbeza jauh dengan budaya Arab (kecuali dalam hal makanan, baju adat dan beberapa satuan budaya lainnya), tetapi budaya Jawa, Sunda, Minang dan yang lainnya berbeza dengan budaya Arab.

“Maaf kalau saya lancang, namun saya nampak isu yang tuan ingin bangkitkan disini seolah-olah mahu mempolitikkan kesenian dan kebudayaan.” Dasar dari rasa prihatin saya memang berakar dari masalah politik. Ini tidak mengherankan karena negara memang sangat berperan dalam hal menentukan budaya dan kesenian seperti contohnya lagu apa saja yang dijadikan lagu-lagu kebangsaan seperti contohnya masalah dengan lagu “Rasa Sayange” yang dulu membesar di Indonesia-Malaysia. Sedangkan lagu ini adalah lagu daerah Ambon dimana banyak lagu dari daerah itu sering menggunakan kata ‘rasa sayang’ dan kata-kata lain yang terdapat di lagu itu yang diwariskan turun-temurun di Ambon. Ini membuat banyak warga Indonesia merasa seperti ditusuk dari belakang oleh Malaysia, karena orang Indonesia banyak yang menganggap bahwa budaya itu adalah sesuatu yang sakral. Bukan sakral seperti Tuhan atau agama, tetapi sakral karena itu adalah warisan dari nenek-moyang yang harus dipegang teguh oleh keturunannya. Memang Islam memiliki banyak sekali peraturan-peraturan tentang hidup, tetapi setelah semua peraturan itu dipenuhi, budaya dari nenek-moyanglah yang menjadi acuan kedua setelah agama yang juga dipegang teguh. Ini mungkin dikarenakan warga Indonesia (kecuali Melayu dan Bali mungkin) cendrung membedakan antara agama dan budaya, terutama agama Islam dan budaya Arab, sedangkan di Malaysia mungkin agama dan budaya tidak berbeza jauh. Oleh karena ini semua, untuk mencegah adanya permasalahan lain di masa mendatang, saya merasa sangat penting bahwa sebuah tarian itu diperkenalkan dengan daerah asalnya. Warga Indonesia tidak merasa tersinggung bila Malaysia meng-copyright tarian, lagu dan satuan budaya lainnya yang berasal dari Tanah Melayu (walaupun saya cendrung berfikir bahwa budaya adalah milik rakyat dan tidak sepatutnya di-copyright oleh negara.) Tapi akan sangat sakit hati kalau sebaliknya dilakukan.

Sekali lagi mohon maaf kalau saya sangat berlaku sebagai pengganggu. (Kalau anda sendiri tidak perlu minta maaf atas apa-apa, sayalah yang sedang mengajukan permintaan). Saya hanya tidak ingin masalah di kedua negara membesar, karena kalau saya bertemu dengan orang Malaysia diluar negri (walaupun dia orang Cina atau India Malaysia) saya merasakan adanya kedekatan. Sekian dari saya. Saya tunggu jawabannya. Salam saya dari Jakarta!:)

Tetapi diluar itu saya sangat sedih dan prihatin bahwa keturunan Bugis di Malaysia banyak yang sudah tidak faham bahasa Bugis dan budaya Bugis dan mungkin menganggap dirinya orang Melayu daripada Bugis.

Manakala balasan TERAKHIR aku berbunyi begini:-

Tuan “x”…

Balasan tuan baru-baru ini menyebabkan saya berfikir panjang, terlalu panjang sebelum saya benar-benar membuat keputusan adakah saya perlu memberi respond balas yang seterusnya. Sebelum saya teruskan, biarlah saya berterus-terang ini adalah mesej terakhir buat saya kepada anda. Saya tidak berminat lagi melanjutkan perbincangan ini.

Saya juga melihat-lihat comment-comment channel milik anda di Youtube.com. Terus sahaja saya terdetik, “No wonder!” I’m sorry but I have just found out that you are a person who loves to argue on anything regardless of its relevance or importance. Ini amat berbeda dengan budaya atau latar belakang saya bahkan ramai lagi rakyat Malaysia, bahawa kami tidak suka berdebat yang bukan-bukan. Kalau ada pilihan, kami lebih suka mendiamkan diri dan meneruskan kehidupan seperti selalu.

Tuan “x”, saya menghormati sesiapa sahaja tidak kira asal keturunan agama mahupun kerakyatan. Sekali lagi saya jelaskan, saya adalah orang-orang biasa, tidak punya pengaruh dalam politik mahupun keputusan-keputusan kerajaan. Namun saya amat sedih dan kecewa kerana respond tuan seolah-olah menjadikan diri saya mewakili seluruh rakyat Malaysia. Menggunakan perkataan “ditusuk dari belakang oleh Malaysia” amat pedih untuk saya terima, dan saya membuat kesimpulan tuan adalah seorang yang tidak menjaga adab dalam berdebat atau berhujah dan menggunakan perkataan dengan semberono tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ini juga adalah antara sebab saya tidak lagi berminat melanjutkan perbincangan kita. Maaf. Namun itu tidak bermakna saya tidak lagi berminat mengikuti perkembangan Indonesia, malah saya teringin juga ke Bali kerana saya dengar pantai di sana sungguh cantik.

Hujah-hujah tuan dalam respond yang lalu tidak sedikit pun menarik perhatian saya, malah saya faham semua ini berakar dari failure to appreciate history. Tuan harus faham dan menerima hakikat bahawa sejarah dan perkembangan sosio budaya Malaysia dan Indonesia amat jauh berbeza. You always make reference to this and that ethnic; Java, Bugis etc. but you just have to accept that we Malaysian regards these ethnics comes under one race i.e. Malay. Ini memudahkan kami walaupun masih timbul perdebatan dan percanggahan akan pendekatan mendefinikan “Melayu” terutama berkenaan hak-hak Melayu di sisi undang-undang di Malaysia. Percayalah, perdebatan akan jauh lebih teruk sekiranya kami membeza-bezakan etnik-etnik ini! Namun, adakah rakyat Malaysia berbalah dan berbunuhan hanya kerana isu kecil itu? Mungkin berlaku sedikit ketidak puasan hati di sana-sini hasil tangan-tangan politikus berkepentingan, namun kami masih meneruskan kehidupan seperti biasa kerana kami perlu makan dan minum secukupnya, belajar, berkerja dan berehat seperti manusia lain. Kami tidak sekali-kali akan berdemonstrasi berhari-hari malah berbulan-bulan seperti negara-negara jiran kami, kerana kami dibesarkan begitu, kami dididik begitu, kami diajar bahawa masih banyak lagi perkara dalam kehidupan jauh lebih penting daripada meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan. Rakyat Malaysia telah melalui banyak pengalaman pahit tentang perpaduan rakyat, dan kami banyak belajar dan lebih menghargai perpaduan dan keamanan yang dikecapi, lalu untuk berbalah dan berhujah mengenai budaya itu milik siapa hanyalah satu lagi isu yang kami boleh terus tutup telinga lalu meneruskan kehidupan kami dengan aman dan tenteram.

Subjek yang kita bincangkan pada mulanya hanya berkisar satu point kecil dalam kebudayaan iaitu TARIAN RAKYAT/ FOLK DANCE. Tarian rakyat sepatutnya menghibur dan memeriahkan hubungan persaudaraan sesama ahli masyarakat. Namun untuk berbicara panjang atau berantakan sama ada sesuatu tarian rakyat itu milik negara apa apatah lagi samada ia harus di copyright bagi saya adalah usaha yang membuang masa. Tuan, tarian adalah tarian. Manusia bisa sahaja hidup tanpa tarian, mungkin kehidupan akan menjadi sedikit bosan, tetapi hakikatnya hiburan itu datang dalam pelbagai bentuk dan untuk sekadar bermati-matian membincangkan tarian itu atau tarian ini milik siapa is not worth the arguments at all! Tuan, get a life!

Saya masih berpendapat tuan haruslah membawa perkara ini ke meja akademik jika tuan benar-benar mahukan penyelesaian. Saya dapati hujah-hujah tuan sangatlah berat dan untuk membincangkan perkara-perkara berat di Youtube bagi saya adalah satu lagi perkara membuang masa. Lihat sahaja komen dan respond di channel tuan, kesemuanya tidak relevan dan hanya mengundang lebih banyak spekulasi dan menonjolkan kejahilan masing-masing. Berhujah biar menepati adab. Isu yang dihujahkan, tempat mahupun masa biarlah jelas dan tepat, dan hasratnya biarlah tulus dan murni iaitu untuk mencapai kata sepakat dan meghormati perbezaan, bukan sekadar menambah kecelaruan apatah lagi menabur benih-benih kebencian sesama sendiri.

Tuan harus sedar tuan hanya mewakili sebahagian kecil sahaja khalayak negara tuan apatah lagi jika hendak dibandingkan oleh seluruh penduduk dunia. Bayangkan apa akan terjadi kalau semua orang pun dipaksa menerima pendirian tuan, maka pastinya tarian bharanatyam atau odissie tidak boleh di panggil tarian Malaysia kerana negara India berhak keatasnya, begitu juga tarian lion dance lebih berhak kepada negara China, malah tarian hiphop adalah milik mutlak Amerika. Tidakkah tuan sedari tarian ini mampu hidup dan dikembangkan ke peringkat global dengan penganjuran pertandingan tahunan bertaraf antarabangsa kerana pengasas mahupun pengamalnya tidak berpendirian sempit seperti tuan? Baru sahaja hendak memperkenalkan tarian zapin negara-negara Nusantara sudah terus melatah dan meniup semboyan sengketa. Kalau begini takkan berkembanglah tarian-tarian di sekitar Nusantara ini kerana semua tidak boleh dikongsi, semua harus ada copyright. Yang rugi masih juga orang-orang kita, kerana anak-anak muda Malaysia mahupun Indonesia berterus-terusan gembira menarikan dan menajamkan kemahiran tarian-tarian barat pujaan mereka yang percuma tanpa copyright itu!

Berkenaan kesedihan anda tentang perkembangan orang Bugis di Malaysia atau apa-apa etnik sekalipun yang bukan berasal dari Tanah Melayu seperti keturunan Mamak yang tidak lagi tahu berbahasa Tamil/ Hindustan, keturunan Cina yang hanya bercakap bahasa Inggeris, keturunan Syed/Syarifah yang tidak tahu lagi berbahasa Arab, keturunan Jawa, Mendiling, Banjar dan apa-apa keturunan lagi, apa yang dapat saya lakukan hanyalah “tumpang bersedih”. Sekali lagi, apakan daya, manusia itu berubah mengikut peredaran masa, kehidupan harus jua diteruskan.

Maaf. Saya tamatkan perhubungan singkat kita di sini sahaja. Terima kasih atas pehubungan ini.

2 thoughts on “Seni dan budaya milik siapa – 2

  1. ya! saya juga berminat untuk ke bali juga walaupun dikecam hebat orang indonesia terhadap orang malaysia.

    sekali lagi,encik ATBK menjadi pujaan dengan hujah yang dibentangkan. cewah!

    saya juga seorang peminat seni tarian diseluruh negara. tidak pernah memperkenalkan sesuatu tarian yang baru ditemui di dalam youtube tanpa memberitahu negara asal kesenian itu. termasuk tarian2 di indonesia. kita berbangga dan teruja dapat berkongsi pendapat mengenai apa yang kita minat.

    alangkah sedihnya apabila ada sesetengah pihak berfikiran sempit, sehingga meninggalkan kesan ke atas dirinya dan orang lain.

    teruskan perjuangan ATBK!!

  2. Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 – 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s