Layan


Aku selalu kagum dengan klip-klip lagu filem-filem Hindustan.
Akar budayanya selalu ditampilkan dengan sungguh mengesankan, penuh warna-warni dengan tarian dan lagu-lagu yang sungguh mengasyikkan melalaikan ape lah semua yang sesuai… Nilai seni dalam setiap shoot (cinematography, penataan cahaya dan bunyi) terlalu sempurna untuk digambarkan, hidup! (Pelik jugak persalinan tradisi perempuan mereka yang macam banyak gila kain berkerudung kepala segala, tapi tang pusat tu mesti expose jugak.. hahaha)

Ini sudah pasti juga bersandarkan industri perfileman India yang sudah terlalu develop dan sofistikated sebagai negara pengeluar filem paling banyak di dunia dalam setahun!Lagu-lagu mereka masih menekankan cara nyanyian tradisional dengan iringan alat-alat muzik tradisi, mereka memberi peluang seluas-luasnya pada nila-nilai tempatan mereka untuk berkembang walau sehabis moden manapun cara hidup yang ditampilkan dalam sesebuah filem! Hasilnya; irama tradisi mereka jauh lebih membangun berbanding irama tradisional negara-negara lain, termasuklah Malaysia!

Filem mereka seringkali dikritik di barat sebagai tidak realistik, too good to be true! Apapun, mereka telah menunaikan tanggungjawab menaikkan nilai-nilai bangsa di dalam filem-filem.

Kita jarang mahu mengangkat nilai-nilai tempatan ke dalam filem. Bila lagi unsur thrill seperti adengan kejar mengejar atau lumba-melumba mahu diiringi dengan paluan kompang rebana segala? Adakah terhenti setakat filem-filem epik? Kita ada pemain serunai tersohor seantero dunia, mainannya hanya terhenti setakat mengiringi slot-slot tazkirah, klip-klip tsunami dan yang sedih-sedih sahaja. Lagu-lagu tradisional kita kemeriahannya terhenti setakat fanomena Pak Ngah-Siti-Kak Ani. Kita lebih suka kontroversi dalam filem, balik-balik isu-isu kebejatan sosial, menampilkan tempelan-tempelan kemesraan keluarga dengan adengan himpi-himpitan dan berbogel separuh di ruang tamu rumah, tak ketinggalan bermain puting dada sesama berlawanan jantina… Alahai, malasnya kita berfikir dalam berkarya! Hmm, bila baju Melayu dipakai sehari-harian ketika babak menggambarkan masa depan, dikata tak realistik pula… Macam-macam orang kita!

Akhirnya aku terjumpa klip lagu yang aku suka dengar ketika selalu menonton MTV waktu pagi di NTV7 sementara nak tunggu masuk Tingkatan 4 lepas PMR dulu. Aku tak tau tajuk lagu dia hinggalah malam ini, tapi aku selalu suka part oooo-oooo, ooo tuh! Cam layan gila ah! Korang pun layan gak k!

3 thoughts on “Layan

  1. Aku rasa industri perfileman negara kita sebenarnya akan jadi lebih membangun sekiranya kita menampilkan cara hidup orang2 kita sendiri. Lihat bagaimana orang Iran juga telah melakukannya! AKu pun suka klip video dan nyanyian tu.. Aku tengok berkali2 dulu. Ada CDnya rumah aku. Sampai terhafal liriknya. Aishwarya Rai pun kelihatan sangat cantik dalam filem ni..

  2. j: Cerita dan penceritaan yang menarik dan kuat jarang berlaku dalam filem kita. Sebaliknya, drama-drama hujung minggu kita yang simple selalunya lebih mengesankan berbanding filem yang bemodal jutaan ringgit itu! Aku yakin drama-drama kita ada nilai eksport sebagai duta kecil negara. Ooops, drama tak termasuk drama bersiri / soap opera korporat mahupun seram ok! Ntahapapa je…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s