Tabiat terbaru.. baik @ tak ha?


Dulu… mase kecik-kecik aku takut gila nak baring terlentang sebelum tidur, rasa macam ada benda akan jatuh menghempap dari atas, alternatifnya aku akan selalu baring mengiring, kiri atau kanan…
Sekarang, posisi paling selesa aku sebelum melelapkan mata ialah;
terlentang;
kaki dijarakkan antara satu sama lain lebih dari paras bahu;
lengan diangkat ke atas bantal, siku lebih tinggi dari paras telinga, pergelangan tangan ke bawah diselitkan di bawah tengkuk yang dipisahkan keduanya oleh bantal… kira tangan aku bawah bantal la hahaha
Tapi aku malu kalau ade orang tengok aku tidur macam ni… sekali-sekali aku  tidak akan tidur macam ni
kat ruang tamu! Terbongkang macam budak lepas menyusu!!!

7Qistina: Haaa, pakngah tiru Qistina ek?
Pakngah: Ello, pakngah tido pesen ni sebelum korang lahir lagi tau!🙂

Dulu… mase kecik-kecik aku rase nak muntah telan tempe, tauhu basah atau goreng dan ape-apelah produk kacang soya…
Sekarang… huiii kalau bende ni ada antara lauk pauk, aku mesti kaut dulu! Kalu dalam lontong tuh, tempe habis dulu! Susu kacang soya panas gula merah plus taufufa pun gile feveret aku!

Dulu… mase kecik-kecik aku dilatih mandi dua kali sehari; pagi lepas bangun tidur dan sebelum maghrib. Even most Malaysian pun macam ni.
Sekarang… aku macam dah biasa tak memandikan diri sebelum siang berlabuh.. ntah tak tau kenapa… Sampai adek-badek aku pernah tanye, “Orang universiti memang tak mandi petang ek?”  Tapi, I don’t feel bad pun about it.. ntah la.. Kadang-kadang aku berpendapat, aku bukan nak pegi mana-mana pun lepas tuh… Tido je pun, bazir air jer! (Kalu memang aku xde program la) hahaha
Tapi lately dah rasa la bestnye mandi lepas balik keje… tu pun kalu teringat rase nak mandi…
Pastu kalu teringat mandi tu kul 10 malam ke atas, terus tak jadi.. nanti paru-paru berair, ntah betul ntah idak!
Teruk ke ha?

Ha ni yang terbaru!
Dulu aku cukup pantang kalu ade cabai burung/ cili padi dalam makanan! Kalu aku terkunyah ke,
terus aku hilang selera nak makan! Benci cabai burung!
Sekarang?? Ya Allah, aku gila kunyah2 cabai burung potong kecik2 tuh sekali dengan setiap suapan nasik!!
Macam heaven gila! Aku tak tau nak gambarkan. Memang la lepas makan tu bepeluh-peluh muka, rasa rimas dan menyesal kunyah-kunyah cabai burung. Pedas nak mampos kalu xde ais kosong kat sebelah macam nak mati rasanye!
Tapi, esoknya, lusa, tulat aku ambik lagi!!!! Ya Allah! Kegilaan apakah ini???!!

58Gile tak??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s