Resume format aTBK hehehe


Kat luar tu macam-macam jenis format resume dan curriculum vitae
dulu kalu resume tu paling berhelai-helai tu lah yang paling bagus…
Resume aku yang awal-awal je dah 3 helai. Pastu first time aku tengok resume format sehelai ialah masa interview PTD kat Putrajaya. Aku terpandang intervewee ni punyer resume.. huiyyo kemas dan professional kelihatannya sebab dah jadi sehelai, so macam memudahkan penemuduga la nak baca…

Aku try jugak nak adapt format resume sehelai tuh lepas balik dari interview PTD yang gagal itu.. try-try cari dalam internet xde yang comel pun. Last-last aku reka sendiri je… awal-awal tu cam o.k. la… Tapi bile akak aku soh hantar resume die kat booth2 karnival kerjaya tadi kat pwtc aku try adapt resume akak aku ke dalam format aku
sebab akak akunyer portfolio sangat bagus.. ye la keje dah bertahun-tahun, macam rugi plak apa yang dicapai selama ini tidak ditampilkan dalam bentuk yang paling menarik sekali! So sepanjang pagi tadi aku adjust-adjust resume akak aku daripada bentuk ini…

resume-lama-kecik
Kepada bentuk format sehelaiĀ  macam ni…

resume-format-atbk-tanpa-penunjuk- KECIK
So, aku panggil format ni RESUME FORMAT ALANGTENGAHBIRUKUNDANG / aTBK hehehe
(tiba-tiba dalam iklan kerja kosong ada arahan “sila pastikan pemohon mengadaptasi resume format aTBK” chewah!)
Untuk penerangan setiap details pada resume format aTBK, klik sini
Anda bebas mencetak dan mengadaptasi format ini …
Tiada hakcipta, tiada paksaan, sekarang anda ada tambahan pilihan bentuk-bentuk resume atau anda boleh perbaiki dengan design yang lebih kaw-kaw, setidak-tidaknya aku bagi sikit idea kurniaan Allah ini untuk kita share2, rite?

Sebenarnya tiada format yang tetap bagi sesebuah resume.
Apa yang penting ANDA MESTI PASTIKAN RESUME ANDA LEBIH MENONJOL BERBANDING BERIBU-RIBU RESUME YANG DIHANTAR OLEH PARA PEMOHON PEKERJAAN.
Menonjol dalam erti kata lain, sekali tengok terus boleh letak short-list! Insya Allah…

Secara ringkas, perkara-perkara yang anda paling perlu ambil perhatian dalam penampilan resume anda ialah :-
Gambar yang ceria dan meyakinkan! Sekali-sekala ambil la gambar posing ala-ala toleh tu.. sbb bukannya kita tgh wat pasport!
– Tulisan paling perlu dibesarkan saiz font ialah NAMA anda, dan segala cara-cara nak hubungi anda iaitu ALAMAT, EMAIL dan NO. TELEFON!
– perkara yang anda JANGAN SEKALI-KALI RINGKASKAN IALAH PENGALAMAN KERJA ANDA!!! Explain semua sekali kerja yang pernah anda buat!
– dll.

59Nak tercabut kepala lutut aku ronda-ronda kat sini tadi…

*aku balik dari pwtc mcm jeles plak sbb resume aku sendiri tak lah sekemas macam akak aku punyer.. sebab dah byk edit tapi aku tak adjust margin table die.. cam serabut sket huuuu

8 thoughts on “Resume format aTBK hehehe

  1. nizam: u know what, mase submit kat booth “company paling berprestij Malaysia” (u know wc company ahak3)… ramai yang terpandang resume akak aku mcm “wooww!!” aku rase nak je bagi softcopy kat derang kejap tu jugak, tp ehemm, nanti derang stood out pulak berbanding akak aku, sbb tu aku letak entry ari nih, hari terakhir karnival kerjaya! muahahaha (gelak jahat)

  2. tenkiu kasik idea…
    tercari2 nk buat resume format terkini..
    akhirnya dpt yg ringkas, padat, menarik n tepat..

    inilah yg dikatakan 1 malaysia..
    hihihi

  3. Hey! I know this is kinda off topic however I’d figured I’d ask.
    Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing a blog article or vice-versa?

    My website discusses a lot of the same subjects as yours and I think we could greatly benefit from each other.
    If you are interested feel free to shoot me an email.
    I look forward to hearing from you! Fantastic blog by the
    way!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s