Progress orang lain, progress aku


Progress “S”

s : bak mai alamat ko, aku nak anto kad..
aku : bile dimana mengapa?
s : 31hb ni kat Langkap, kalu ko nak pegi yang belah pompuan la..
aku : laa… “k” pun kenduri kat KL tarikh sama ngan ko, cume die nikah malam sebelumnya.. ko nikah bile?
(konon2 aku akan find out yang tarikh nikah derang sama la..)
s : aku dah nikah blan 12 ari tu daaa…
aku : …….. (aku tak diberitahu atau aku tak ambil tahu?)

~S kawan satu sekolah terorist, juga satu kos mase uia, kenduri belah laki kat Kedah.. so, amik chance gi kat Langkap je

Progress “k”

K hosmet aku skang, dah lame la kapel dari matriks dulu, kebetulan tunang die satu tempat chambering.. alhamdulillah ujung minggu nih akan berlangsunglah akad nikah diorang kat masjid sri gombak tuh.. insya Allah ade kelapangan masa akan ku tumpang sekaki jadi saksi… ye la, mamat ni memang the one and only dalam dunia, poyo, pengepau, pengkritik, pengusik dan apa2 lah lagi, nak gak tgk camne saat2 die takkan ade kaitan lagi dengan kitorang sebagai hosmet hahahahaha
Tapi K, duit kutu ko tetap akan ku bayar biar apa cara sekalipun… InsyaAllah!

~K teman satu negeri, satu kos uia, rakan bijaksana, juga hosmet. Kenduri kat KL xleh pegi sebb nak ke kenduri S kat Langkap, dekat sangat dengan kampung aku, insyaAllah kalu ade rezeki akan ke kenduri kat Sauk minggu seterusnya, tempat al-Maunah tuh hehehe

Progress “M”

aku : dah lekat ke belum?
M : eh, mane bleh.. kenduri lagi satu belum lagi, nanti bunting pelamin plak.. hehe
aku : alaaa.. brape bulan je pun kalu nak bunting bukannyer memboyot lagi kalu betul pun.. abis tu gagah la nak tahan2 tuh?
M : eh, bukan lah! belum ade rezeki lagi hehehe

~M teman satu sekolah terrorist, juga teman satu kos mase uia, rakan bijaksana, juga ex-hosmet… kenduri belah pompuan aku tak sempat pegi, insya Allah ade rezeki akan menjengah ke kenduri belah lelaki la kat Jengka, ujung blan depan..

Progress “rakan renang” (selepas daripada ini disebut sebagai rr)

aku : ko kat ne?
rr : aku kat iium presidential suite nih, atas bukit..
aku : mane motor ko, tak nampak pun!
rr : aku datang naik kereta la
aku : baru beli ker?? uiiyooo!
rr : lame dah la.. hehehe

63(hahaha aku dh tunaikan janji to advertise ur car!!)

~ rr rakan satu kos uia, juga teman rekreasi, juga rakan bijaksana, bakal bertunang tarikh yang sama kenduri belah laki “S” di kedah dan juga “K” di sauk..

Progress J

j: aku nak fly 29hb ni, pergi bertiga, esok aku dah ada kat KL, mahallah tiket! nanti wife nak balik plak konvo die kat uia (kata j dalam mengeluh)
aku : ala, biase lah konvo kan sekali seumur hidup… nape tak tunggu je sampai blan 10?
j: eh lama tuh.. 5 bulan..
aku : ha ah la lame gak..

j: sok aku dah ade kat KL
aku : hmm kalu sempat aku singgah la kat KLIA, nyanyikan lagu negara ku untuk ko!

~J akan ke Pakistan 3 tahun, imigresen kat sana..(hmm gaji + allowence of coz la super meletup!) bertiga dengan bini n baby embun yang baru lahir… J pernah memaksa kami menyanyikan lagu negara ku buat sorang lagi kawan yang kami farewell kat KLIA sbb nak sambung belajar ke Madinah mase kitorang 1st year dulu, kelakar!


PROGRESS AKU?

61berjaya menghangitkan pantry opis sebab bakar roti dalam microwave terlebih lama

62pindah sendiri ke tempat baru sbb tak tahan bilik loyer tengah dalam pantang tu
serabut sangat! sakit kepala tgk fail yang xde kaitan dengan aku! So, “bilik” baru aku
mengadap tingkap.. yeayy!

65S&P agreement aku dah siap! (lama gila!!)
So, aku akan berhutang dengan bank sedikit masa lagi! (adoi!)

Tu je la serba sedikit progress aku… sikit je la… huuu  Mungkin ache-cheng yang meminta-minta makanan seperti dibawah faham perasaan aku…

64cheng! sabar k! mungkin nasib aku dan kau akan berubah hanya dengan sedikit kesabaran + solat + usaha!
InsyaAllah, Acheng buleehh!!! aku boleh!!

Hmm, aku perasan 2-3 entry sebelum ni banyak tema keluh kesah kak esah jer.. sory la kepda pembaca juga peng”YM” kerana terpaksa rela melayan kerenah mengadu rajuk akan nasib diri ni kat korang…
Aku kalau ikutkan orang yang tak banyak cakap, lebih suka berdiam diri, tapi berpegang pada prinsip “yang penting aku mesti tunjukkan hasil”! Tapi kebelakangan ini aku bukan diri aku lagi… Harap dengan doa dan support korang aku akan kembali menemui diriku semula…”kurangkan mengadu, tunjukkan hasil!!!”
\(^_^)/

5 thoughts on “Progress orang lain, progress aku

  1. chaiyokk!!!! sila usaha lebih keras lagi….KAMI sentiasa menyokong anda!!!
    ~”nak tggu progress tuk makan nasik minyak lak….lalalalalala”~

  2. qis n ajim : sejak bile la plak anak sedara aku nih pandai taip komen kat blog? hehehe Baiklahhh!!!! By the power of the universeeeeee, i am captain planet!!!!! Hiaaakkkkkk!

  3. Tuan atbk yg budiman,

    sejujurnya saya tersentuh membaca entri ini walaupun ia penuh dgn gelak tawa yg menghiburkan. krn sy juga sering cemburu dan irihati melihat org lain yg berlari laju ke depan, sedangkan saya sendiri hanya mampu merangkak keseorangan

    tp takpe razz, kita hidup dgn cara kt sendiri, progress dan kemajuan kita sendiri. perjalanannya mungkin berbeza, tetapi destinasinya sama – “bahagia”

    doa saya senantiasa buat anda ^_^

  4. wan, boleh bagi no j kat pakistan..patut pun tak dapat call dia..jumpa fiddeen hari tu …kat sini…

    banyak benda dah lupa pasal hidup ni…

    yang ingat thn ni jer…apa dah jadi?

  5. man: haha dah lame xde kawan2 aku panggil aku wan…. selalu raz, joe or my full name with encik (ewwhh)… dan mcm2 lagi.. tp, aku mmg xgalakkan org panggil aku wan, sounds like family yang panggil, tp utk ko takpe aku bg spesel skit.. hehehe, aku dah emel j’s number kat ko… my first email to you after 2 years and 4 months.. teruk2 sorry morry

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s