Sewaktu jiwa bersih


Org kata budak2 jiwa bersih
Tak banyak dosa (x ade kot!)
Well, aku pernah merasa efek berjiwa bersih…
Aku akan kenang 2 occasion ini sampai bile2,
sebab ia adalah usaha dan pengharapan aku yang paling bersungguh-sungguh
dengan jiwa yang paling bersih…

satu
Mase lepas UPSR, lepas tu ade exam final sem lagi..
Budak-budak semua dah malas nak belajar
main carrom la seremban la kat belakang kalu cikgu tak masuk
Mase ni my aim is aku nak make sure aku dapat No. 1
mase penyampaian hadiah, sebab penyampaian hadiah ikut exam final ni,
bukan UPSR sbb UPSR lambat lagi nak keluar
aku punyalah belajar, berdoa..
paling tak boleh blah
Aku siap buat carta dalam kertas kosong
No. 1, saadah
No. 2, nik azrin
No. 3, aku
Dan aku buat arrow, dari no. 3, pergi no. 2, dari No. 2 pergi no. 1!
aku macam menggambarkan aku berjaya potong 2 budak pempuan nih
yang selalu kat depan aku masa exam sepanjang sekolah rendah
Dan aku letak kertas tu bawah bantal!!! Ya Allah, berusahanya aku mase tuh!
Saadah anak cikgu, die mmg setiap tahun No. 1
No. 2 adalah aku, aku start maintain no. 2 sejak darjah dua
mase darjah satu, ade 3 kali exam semester (plg last exam 3 kali setahun mase skool)
1st exam aku dapat no. 2, second aku dapat no. 6, dan thirdly aku dapat No. 9!
Mak bawak jugak aku pergi penyampaian hadiah, untuk aku cemburu meluap2 tgk kawan aku yang dapat hadiah dari No. 1 sampai No. 8! cis!
Terima kasih mak sbb bwk org pergi!
No. 3, nizar, anak ustazah… so, tiap2 tahun kitorang bertiga ni la dari darjah 2 sampai darjah 5 dok No. 1, 2 dan 3…

Nak dijadikan cerita, mase darjah 6, Nik azrin yang sempat kitorang kenal masa darjah satu datang balik sekolah tuh! Punyalah seronok sbb mmg rapat gak dgn die, tapi tak lama sbb dia push aku ke No. 3 mase exam 1st sem darjah 6… bengang gila aku!

Hmm, bila kenang2 balik mase ni lah aku paling fokus dengan matlamat dan impian aku.. akhirnya aku dapat No. 1, closing paling menarik bagi seorang belasahan sekolah rendah yang tak boleh2 nak potong orang lain sejak bertahun-tahun.

dua
masa ni lepas PMR, tunggu tawaran sekolah asrama penuh atau masuk sekolah izzuddin semula
Mase sekolah tingkatan 1, ada gambar Kolej terrorist ni kat
dalam buku bahasa Arab… cikgu2 dan senior selalu
menggmbarkan sekolah ni macam the one and only sekolah kat Malaysia
mcm every cream of sekolah agama akan masuk sekolah ni..
ramai senior2 izzudddin kitorang pun excel kat sekolah tuh, siap masuk malaysia hari ni lagi!
Mase tunggu tawaran tuh, punyalah aku berdoa dan bersolat hajat
siap sebut nama sekolah tu lagi dalam sujud
aku mcm tertarik dengan gambar (which turn out to be gambar opis sahaja) yang dalam buku bahasa arab tuh… setiap kali berdoa, setiap kali gambar opis tuh terbayang di kepala otak…
Dan akhirnya surat tawaran URUSAN SERI PADUKA BAGINDA tu pun sampai.
mase ni ade adik kecik aku dengan pengasuh kitorang je yang ade kat rumah Aku ambik surat naik buaian besi kat depan umah, bukak surat perlahan2.
Aku dapat apa yang aku impikan!
Ya Allah masa ni antara masa yang paling gembira dalam hidup aku
aku melompat-lompat tak henti2 seronok sangat, masuk umah pun melompat2, bagitau pengasuh kitorang pun terlompat-lompat…

Dah lama aku tak benar2 fokus, usaha dan doa dengan apa yang aku benar2 inginkan…
Jiwa dah makin polluted
Doa makin tak diucap
(-_-)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s