Penyesalan paling pertama!


Ia berlaku ketika aku masih bersekolah rendah.
Seingat aku, ketika itu aku bersekolah sebelah petang.
Mak meminta bantuan pengasuh kami sewaktu kecil untuk membantu menjaga adik kami yang masih kecil ketika itu, menjagaku dan adik sewaktu ketiadaan mak dan ayah yang mengajar sebelah pagi.
Aku masih ingat perasaan aku ketika itu.
Aku marah, benci,
memberontak.
Walaupun aku tidak ingat lagi secara jelas puncanya,
tetapi yang pasti kemahuan aku telah dihalang.
Aku pada awalnya membawa perasaan ke dalam bilik,
sebelum aku akhirnya nekad,
mengenggam bulu ayam plastik pencuci habuk,
dan berlari ke arahnya.
Dengan perasaan meluap-luap,
tangan kecilku sepenuh hati menghayun tenaga
melibas bulu ayam itu ke betisnya.
Bukan sekali, malah lebih…
Gambaran responnya yang cuba mengelak dengan hanya menjengketkan kaki dan menadah setiap libasan masih lagi jelas…
Aku hanya berhenti setelah aku puas!

Esok pagi,
sebelum ke sekolah untuk mengajar,
emak memanggilku ke ruang tamu.
Sudah pasti, seperti aku jangka, emak takkan membiarkan apa yang belaku berlalu begitu sahaja
hanya kerana aku kanak-kanak.
Emak bertanya apa yang aku telah lakukan.
Aku hanya berdiam diri,
sebelum emak hilang sabar dan mengherdik mengulangI soalan.
Lalu aku mengaku perlahan yang aku telah me”rotan”nya.
Emak terus lagi meninggikan suara memerintahkan aku meminta maaf.
Lalu aku akur mengucapkannya dengan deraian air mata,
“Mintak maaf, opah!”
Opah hanya membalas, “Takpelah.. sikit je.”

Ya, orang yang aku “rotan” pada hari sebelumnya,
dengan batang bulu ayam plastik pembersih habuk,
di bahagian betis yang hanya berbalut kain batik,
ialah Opah Esah, pengasuh kami 7 beradik…

Sejak hari itu, aku selalu berangan kalau masa boleh diputarkan kembali,
dan aku akan berfikir 20 mahupun 100 kali,
sebelum aku mengambil keputusan untuk manyakiti hati orang yang menjaga makan minum pakai kami,
apatah lagi memukulnya!

Inilah permulaan menyesal kemudian tiada berguna dalam hidup aku, macam terlalu awal kan?
Tapi series, setiap kali aku teringatkannya, aku selalu menepuk dahi, dan mengungkapkan ucapan syirik kecil itu,

“Kalaulah aku…”

And the list  of menyesal kemudian tiada berguna goes on, and on, and on….
Dan macam dah trademark pulak, setiap kali aku meminta maaf,
setiap kali itulah ia jatuh, setitik… dua titik… adoi! Malu sendiri!
Meminta kemaafan bukanlah sesenang mengungkapkannya!

~Maafkan aku!~

4 thoughts on “Penyesalan paling pertama!

  1. kd : x igt dah.. yg pasti opah esah tak benarkan org buat sumthing/ bagi sumthing yang org nak sangat100x, tp rase mcm menyesal sgt2 lepas tuh… mase tu budak2, tapi rase bersalah sampai dewasa tak ilang lagi… sedihh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s